BAB 39

Romance Completed 13446

TERINGATKAN peristiwa tadi, hati terasa ngilu. Sangat ngilu. Terasa seperti ditoreh dengan bilah pisau satu-persatu. Disiat-siat. Dikopek-kopek. Dibelah-belah. Sakit sekali. Aku menangis lagi. Menangis, menangis dan menangis. Itu saja yang mampu aku lakukan malam ini.

Air mata yang laju mengalir diseka kasar. Seketika kemudian, pandangan mula melekat pada sesuatu – sebentuk cincin yang sudah lama bertakhta di jari manis ini. Lama aku memerhatikan cincin itu. Menghayati kecantikan rupanya. Mengingati semula asal usulnya. Pada masa yang sama, hati terasa sebak. Sedih. Pilu. Terkilan. Terkilan kerana diperbodohkan selama ini. Dipermainkan sesuka hati.

“But I’m sincerely giving you this ring.”

“Your acceptance toward this ring signifies your willingness to forgive me.”

“It shows that the ring is really yours. Literally yours – been destined since early.”

“One day you will know.”

“Cuz you were the only person who crossed on my mind just now?”

Satu-persatu kata-kata lelaki itu berlayar di minda ini. Kata-kata yang sedikit sebanyak melembutkan hati aku, meruntuhkan ego wanita aku. Kata-kata yang juga berjaya membuka pintu hati aku untuk seorang lelaki. Menerima apa adanya kekurangan yang dimiliki lelaki. Namun, segalanya musnah. Hancur. Runtuh. Lebur, tatkala..

“And I’m the owner.. of the ring.”

Air mata menitis lagi. Hangat. Terasa seperti ada beban yang berat di bahu ini. Berat maha hebat sehinggakan aku tidak mampu memikulnya lagi, menampungnya lagi. Air mata aku biarkan jatuh terjuntai di atas pipi. Biarkan ia bercucuran semahu hati. Tanpa disedari, ada tangan yang menyekanya. “Kenapa menangis ni?”

Gulp! Peluh memercik dahi. Rasa macam sesak nafas pula saat suara itu bergema. Menerpa di pendengaran ini. Aku menoleh, memandangnya. Memandang wajah yang bagaikan sudah sebati pada penglihatan. Lama aku memerhati wajah itu. Menilik segala rasa yang tersimpan di dalam mata hazel itu. Sayu. “Nina.. kenapa ni?”

“Kenapa awak tipu saya?” Soalan dibalas soalan. Mata masih tidak berganjak daripada memandangnya, merenungnya. Noah berpaling – melarikan mata daripada aku. Tampak seperti ada sesuatu yang disorokkannya. Mencurigakan sekali. Dia menghela nafas, tenang. “Aku buat semua ni untuk kebaikan kau, kebaikan Rayyan.” ucapnya, perlahan.

Matanya kembali merenung aku, memandang aku. Memandang aku dengan pandangan yang cukup sukar untuk diertikan. Lama. Gugup aku tak semena-mena. Namun, dikawal jua. “Aku nak kau bahagia.” tambahnya lagi. Kali ini tangan sasanya sudahpun mencapai tangan aku. Digenggam tanganku sekuat hati, sepenuh jiwa. Anak mata ini ditikamnya dalam. Dalam hingga ke lubuk hati. Termangu aku dibuatnya. “Terimalah Rayyan, Nina. Dia cintakan kau. Dia sanggup buat apa saja untuk kau.”

“Saya tak cintakan dia. Saya cintakan..” Aku berhenti seketika. Nafas aku atur dahulu sebelum meneruskan kata. Aku pandang dia. “Awak.”

Terdengarkan kata-kata itu, terus berubah riak wajah Noah. Terkejut. Tergamam. Terus dileraikan genggamannya pada tangan aku. Terus dilepaskan juga anak matanya daripada memandang aku. Dia tunduk seketika – memandang rumput di taman itu. Aku sekadar memerhati dari tepi. “Saya tahu, awak terkejut. Tapi saya ikhlas, Encik Noah. Saya ikhlas. Saya benar-benar ikhlas.”

“Don’t give me a hope, Nina. Kau tak cintakan aku, kau cintakan Rayyan. Aku ni cuma bayangan Rayyan di mata kau.” Dia bayangan Rayyan di mata aku? Benarkah begitu? Aku termangu sendiri – cuba menghadam kata-kata Noah itu. Cuba mengenalpasti kebenaran kata-kata itu. Keliru.

Buntu. Noah kembali memandang aku. Senyuman mulai diukir di bibir merahnya. Pahit. “Baliklah semula ke pangkuan dia, Nina. Dia perlukan kau, dan kau juga, perlukan dia. Bukan aku. Don’t make it wrong.”

“Tapi..”

“Tak ada tapi-tapi, Nina. You and me, we’re just like siblings. A brother and a sisiter. Sayang kau pada aku cukup takat sayang seorang adik kepada seorang abang. Tak lebih daripada itu. Ingat tu,” ucapnya seraya mengangkat punggung. Berpaling. Tampak seperti ingin berlalu pergi, meninggalkan aku. Namun.. “Oh.. wait. One more..”

Noah kembali menoleh, memandang aku yang masih tercongok di situ. Aku turut berpaling – memandangnya. Riak bingung masih aku tayangkan sedari tadi. Masih keliru. Masih buntu. “Hmm..

actually, your acceptance toward the ring signified your willingness to accept him, to marry him. So aku rasa.. tak terlalu awal kot untuk aku ucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’. And hopefully kau bahagia dengan Rayyan hingga ke anak cucu. While me, always praying for it. Amin.” tambahnya lagi seraya melangkah pergi. Langsung tidak berpaling lagi.

Aku sekadar memerhati – memandang kelibatnya yang semakin hilang. Lesap. Berat terasa hati ini. Sarat. Plus, kepala pula terasa pening. Bingung. Buntu. Keliru. Argh! Stres! Kenapalah hidup aku jadi macam ni? Kenapalah aku perlu hadap takdir sebegini? Kenapalah hidup aku perlu tersepit antara dua orang lelaki? Sungguh, aku keliru sekarang ni. Keliru dengan perasaan sendiri, isi hati sendiri. Persoalan jodoh masih berlegar di minda ini. Membuatkan aku tertekan sendiri – memikirkan siapa sebenarnya Mr Right Perfect dalam kisah hidup aku.

Huh.. siapalah agaknya mamat tu. Mamat yang sudah tercatat namanya di Luh Mahfuz sebagai jodoh aku, sebagai hak milik aku. Hmm..

Noah ke? Rayyan? Atau.. bukan mereka?

***

PERLAHAN-LAHAN kaki ini menapak ke Masjid Besi. Masjid yang bakal menyaksikan majlis pernikahan aku. Majlis kebahagiaan aku. Majlis yang sudah lama aku tunggu. Hmm.. dengan siapa? Adalah.. Tak perlu tahu. Hehe.

“Allah.. Nina.. buat apa tercongok lagi kat depan ni? Tak habis-habis berangan lagi ke? Haihh.. dah-dah lah tu. Dah nak nikah dah pun. Jom masuk.” bebel Nenda tak henti-henti. Ditarik tangan aku masuk ke dalam masjid itu. Aku sekadar menurut – membontotinya dari belakang. Tudung yang sedikit senget aku perbetulkan sikit. Karang dah tak cun pula pengantin kita hari ni, hehe.

Setibanya di tengah masjid, aku mula menyambut saudara-mara pengantin lelaki pula.

Bersalam-salaman sebelum akad nikah bermula. Oleh kerana aku ini hidup sebatang kara, tiada siapalah yang datang untuk aku. Setakat kawan-kawan bibik aje – Bik Sofi, Bik Laila, Mak Umi, Mak Bedah. Haa.. Bik Tania pun ada uolls. Bukan main cun lagi minah tu hari ni. Siap berkebaya bagai. Hmm.. nak kahwin dengan aku sekali agaknya, hehehe.

Usai beramah mesra, aku melabuhkan punggung pula. Ingin menanti kehadiran si pengantin lelaki. Haih.. manalah dia agaknya. Takkan lari? Whoa, janganlah. Nak kahwin dengan siapa aku nanti? Oh lupa, pengganti dah ada. Siapa? Lu tekalah sendiri.

“Tu dia.. pengantin lelaki dah sampai,” ucap satu suara yang entah datang dari mana.

Pantas aku menoleh – memandang si dia yang tampak segak berbaju Melayu. Allahu.. lega hati aku rasanya. Lega, kerana dapat melihat wajahnya di sini. Di majlis pernikahan kami. Tenang sekali wajah kacak itu. Ceria. Gembira. Bahagia. Pasti sudah lama menantikan detik ini. Berapa lama? Hmm.. kiralah sendiri ya.

“Dah bersedia?” soal Tok Kadi itu sebelum menghulurkan tangan kepada aku bakal suamiku. Dia mengangguk, begitu juga dengan para saksi yang lain. “Baiklah..”

“Megat Rayyan bin Megat Jamal.”

“Ya, saya.”

“Aku nikahkan engkau dengan Nina Aulia binti Mohd Noor dengan mas kahwin seperangkat alat solat dan mushaf Al Quran dibayar tunai.”

“Aku terima nikahnya Nina Aulia binti Mohd Noor dengan mas kahwin seperangkat alat solat dan mushaf Al Quran dibayar tunai.” ucapnya tenang. Yakin. Tok kadi dan para saksi berpandangan sesama sendiri. “Sah?”

“Sah..” Air mata mulai menitis di pipi. Terasa seperti beban yang aku pikul selama ini semakin ringan. Namun, ada tanggungjawab besar harus aku pikul selepas ini. Tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Perlahan-lahan Rayyan menghampiri, mendekatiku. Mata ambarnya tak lepas memandang aku, merenung aku. Entah kenapa aku terasa sayu saat terlihatkan pandangan aku. Sebak. Jika dahulu, pandangan itu diertikan sebagai pandangan seorang ajnabi. Pandangan haram sesama kami. Namun, kini, tidak lagi. Rayyan sudah menjadi suami aku. Sudah halal bagi aku.

Cincin platinum disarungkan semula ke jari manis aku. Cincin yang dibeli oleh Noah satu ketika dahulu. Cincin yang kononnya dibeli khas untuk aku – as a forgiveness gitu. Sangkaku dulu, Noah adalah pemilik cincin itu. Namun, hakikatnya, tidak. Tidak sama sekali. Oh ya, Noah. Mana Noah?

“Terima kasih, Nina..”

“Sebab?”

“Sebab.. sudi jadi isteri abang?” Tersenyum bibir aku untuk seketika. Tersentuh juga hati aku dibuatnya. Tak sangka, aku sudahpun menjadi isteri dia. Menjadi sebahagian daripada hidup dia. Tak terduga, kerana sangkaku, cinta kami tiada makna. Tiada erti. Membuang masa semata-mata. Namun hakikatnya, tidak. Tidak sama sekali. Cinta aku dan dia bagaikan anugerah ketentuan illahi. Hmm.. nak tahu apa yang aku faham tentang cinta?

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience