BAB 35

Romance Completed 13446

Mata ku melilau memandang sekeliling. Macam tak percaya pun ada. Macam baru bangun daripada mimpi ngeri juga. Terkejut? Pasti. Gila tak terkejut kalau..

“Mimpi apa awak bawak saya ke Midvalley ni?” soalku bodoh. Langsung tak memandang Noah di sebelah. Mana taknya, mata masih merayap di sekeliling bangunan shopping complex yang cukup besar itu. Besar. Luas. Cantik. Sejujurnya, inilah kali pertama aku menapakkan kaki ke sini. Kesian kan?

“Tak mimpi apa. Just mimpi nak bawak kau pergi beli barang dapur lah..” Selamba Noah bersuara.

Diselitkan juga loyar buruknya. Aku memandangnya hairan. Berkerut juga keningku untuk seketika. Masih bingung nampaknya. “Masalahnya, saya nak ke supermarket, bukannya shopping mall. Encik Noah ni korek telinga ke tak?” sindirku pedas. Sengaja.

Noah sekadar menahan rasa. Merah padam muka dia dikerjakanku. Mungkin bengang akan sindiranku itu. Dia berpaling. “Kau ni gosok gigi ke tak? Mulut punyalah busuk dok mengata orang. Lagipun, apa masalahnya? Dalam shopping mall ni pun ada supermarket apa? Come on, dunia dah lama maju lah.. Kau je yang mundur. Mentaliti kolot.” Kali ni, giliran Noah pula menyindir aku. Sindiran yang jauh lebih pedas dan lebih menyakitkan hati.

Huh, puaka betul mulut mamat ni. Langsung takda insurans. Ikut sedap mulut dia aje. Nasib baiklah buaya tak reti bercakap. Kalau tak, em, puaka beginilah mulut binatang tu agaknya. “Cakap tu berlapik sikit ya. Saya tahu lah saya ni bibik. Tak macam Encik Noah, Pengarah Urusan. Tapi tak payah lah nak mengata saya ni mundur, kolot. Well, saya ni manusia biasa. Ada hati dan perasaan juga.” ucapku sebelum melangkah pergi. Namun..

Terus termati langkahku saat merasakan lengan ini dipaut. Kemas. Kuat. Cukup membuatkan aku tersentak untuk seketika. Pantas aku angkat muka – memandang Noah yang sedang enak memaut lenganku. Selamba. Tajam mata ini menikam mata hazelnya. Namun, dia langsung tak beriak. Tangan sasanya juga masih tak berganjak. “Laluan ke Aeon Big bukan kat sini. Kat situ,” ucapnya lembut. Tidak berangin seperti tadi. Terdiam lima saat aku dibuatnya.

“Jom..” Lenganku ditariknya pula. Nak tak nak, terpaksalah aku menurut. Kalau tak, mahu kena pelangkung. Perlahan-lahan kaki ini membontotinya dari belakang. Sekali sekala aku menilik wajahnya dari tepi. Tenang. Selamba. Seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka. Sedangkan tadi, ribut dan taufan baru saja melanda.

Lima minit berjalan sambil berpimpin tangan, akhirnya tiba juga ke Aeon Big. Satu-satunya supermarket yang terletak di dalam Midvalley. Lama aku menilik supermarket itu sebelum melangkah masuk. Noah di sebelah sekadar memerhati. “Nak masuk ke tak ni?” soalnya bangang abadi.

Aku pandang dia. “Kalau tak masuk, macam mana nak beli barang dapur?” Sekali lagi aku menyindirnya. Geram. Siapa je yang tak geram kalau ditanya soalan bodoh? Soalan bangang? Adoi. Noah sedikit terangkat, seolah-olah tak berpuas hati. “Habistu yang kau tercongok lagi kat sini, apahal?”

Huh! Tak nak kalah tu! Apalah masalah si Noah ni sebenarnya? Memang sengaja nak sakitkan hati aku ke? Kalau ya, okey, dia berjaya. Memang aku dah sakit hati pun sekarang ni! Hah, siap membakar lagi. “Whatever, saya nak masuk. Tak ada hati nak melayan perangai tak senonoh awak tu.”

“Aku pun. Tak ada hati nak melayan perangai kolot kau tu.” Dan akhirnya, kami membuat haluan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience