BAB 8

Romance Completed 13446

SETERIKA yang sudah siap digunakan aku simpan di dalam almari. Perlahan-lahan aku menapak ke muka pintu untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala.

“Eh, Laila?” tegurku ramah tatkala bertembung dengan gadis itu di hadapan pintu. Laila menyambut teguranku dengan sebaris senyuman. “Nina? Nina buat apa kat sini?”

“Err.. Nina simpan seterika tadi. Eh, kenapa ni? Laila menangis ke?” soalku prihatin saat terpandangkan setitis air jernih di wajahnya. Laila menyeka titisan itu, lalu menggeleng. “Tak ada lah Nina. Peluh je tu,” sangkalnya.

“Tapi kenapa mata merah?”

“Masuk habuk. Eh, Nina.. Laila minta diri dulu ya? Ada kerja,” ucapnya sebelum meninggalkanku sendirian di situ.

Aku angkat kening, hairan dengan tingkah laku rakan sekerjaku itu. Sikap Laila yang cukup pendiam sedikit sebanyak membuatkan aku tertanya mengenai asal-usulnya. Tapi patutkah aku menjaga tepi kainnya?

“Oit, mak nenek!” tegur satu suara di muka pintu. Terus termati lamunanku sebentar tadi bagaikan wap di udara. Tajam mataku memandang si empunya suara. “Apa ni.. tegur orang tak beri salam? Nak jadi Megat Rayyan nombor dua ke?”

Terkekek kekek Sofi melepaskan tawanya. Apa yang lawak, aku sendiri tak pasti. Mungkin terselit nama Megat Rayyan kot. Tapi.. kalau terselit nama mamat tu sekalipun, apa yang lawak?

“Sorry.. Apa kes tercegat kat depan muka pintu ni? Teringatkan siapa? Megat Rayyan?” selorohnya, selamba. Terus merah padam wajahku bak buah delima tatkala dikenakan sebegitu. “Sofi..”

“Apa? Apa?”

“Nina tengah panas ni, Sofi curah api pula,” serius kedengaran suaraku. Tapi aku memang serius! No jokes at all. “Okey.. okey. Maaf. Mm.. Nina ada masalah ke?”

“Eh tak ada lah. Cuma..”

“Cuma apa?”

“Mmm.. Nina nampak Laila menangis tadi. Tapi dia sangkal. Err dia ada problem ke?” soalku berhati-hati. Penuh dengan lagak prihatin, seolah olah tiada niat untuk menjaga tepi kain atau sebaliknya. “Oh Laila.. Mmm biasalah tu. Dia memang bermasalah sikit.”

“Apa masalah dia?” soalku ingin tahu.

“Masalah cinta..”

“Mmm.. cinta?”

“Ya, cinta tak kesampaian. Biasalah tu,” Tenang sahaja Sofi menuturkannya. Sempat pula dia menguntumkan senyuman buatku. Motif? Entah lah. “Nina kalau nak bercinta dengan Megat Rayyan, kenalah berhati-hati. Kena berfikir panjang sikit,” pesannya tiba-tiba. Tercengang aku dibuatnya – tak faham!

“Huh, bercinta? Megat Rayyan? Apa ni?”

“Mmm.. Sofi Cuma mengingatkan. Sofi tak nak Nina ditimpa nasib yang sama seperti Laila – terlalu berharap pada mereka yang tak setaraf dengan kita. Ingat, Nina. Mereka orang kaya, sedangkan kita, hanya orang gaji saja,” pesannya ikhlas dari hati. Tiada niat hendak iri hati, tapi sekadar ingin menyelamatkan rakan-rakannya sendiri.

“Laila pernah berharap pada siapa?”

“Megat Qayyum,” balas Sofi pendek. Aku berfikir sejenak, cuba untuk mengenalpasti which one is Megat Qayyum. Andrew Garfield kah? Atau mungkin.. Chris Evans?”? Eh, bukan ke Chris Evans?” tu Megat Rayyan? Haish, banyak sangat Megat. Pening aku dibuatnya!

“Megat Qayyum.. yang mana satu ya?”

“Ala.. yang putih-putih macam vampire tu. Itulah Megat Qayyum,” Oh.. yang putih-putih? Yang macam vampire? Ah, tidak lain tidak bukan, confirm Megat Qayyum tu Edward Cullen! Ah, Megat Cullen yang pernah tertangkap di hatiku dahulu.

“So, Laila was his Bella?” spontan sahaja ayat itu terhambur keluar daripada mulutku tanpa disedari. Almaklumlah, api cemburu sedang membara kateko. “Huh?”

“Err.. tak ada apa-apa. Hee, eh Sofi.. Nina minta diri dulu ya? Assalamualaikum!” pantas aku pamit. Sengaja hendak meloloskan diri daripada diburu soalan.

Sofi yang tercengang dengan perlakuanku sekadar menggeleng. Pasti gadis itu cukup hairan dengan tingkahku. “Waalaikumussalam..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience