BAB 11

Romance Completed 13446

“NAH..”

Huluran Datin Maria itu aku pandang hairan. Termangu-mangu aku di situ sambil memandang wajah seriusnya. Dahi yang sudah sedia berkerut dikerutkan lagi. “Baju apa ni, Datin?”

“Baju event malam ni. Mmm.. cantik tak?”

“Cantik..” Terangguk-angguk aku mengiakan kata-kata Datin Maria itu. Mata tidak lepas memandang maxi dress labuh itu. Senyuman manis dikirimkan buatku.

“Hatta Dolmat yang design.. Specially for my birthday gift,” ucapnya mendabik dada. Penuh bangga. Yalah, pereka fesyen terkemuka Malaysia menghadiahkan sehelai seni rekaan yang cukup cantik, gah dan menawan. Cukup memukau bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Siapa je yang tak bangga? Kalau aku jadi Datin Maria pun aku bakal bangga tak ingat dunia. Atau mungkin jauh lebih bangga daripada si dia. “So, it might be the exclusive one,” telahku.

“Of course.. Eh Nina, tolong seterikakan baju ni ya. Malam ni saya nak guna. Ada majlis makan-makan sikit,” pesannya sebelum berlalu dari situ. Aku sekadar mengangguk bak burung belatuk tanda mengerti. Penuh cermat dress itu digantung pada hanger. Mahu menyelesaikan urusan lain terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas yang Datin Maria arahkan.

Baru sahaja aku ingin membuka pintu kamar… “Hai.” Terjengul wajah kacak Megat Rayyan di hadapan muka pintu. Aku terkedu di situ. Terkejut. Atas bawah, atas bawah tubuh sasa itu aku perhatikan. T-shirt Nike merah tanpa lengan bersertakan seluar pendek hitam paras lutut menjadi pilihannya. Err.. dia ni memang model Nike ke apa? Sepanjang berminggu-minggu aku bekerja di Vila Idaman ini, hampir hari-hari aku melihatnya bersama barangan jenama Nike. Kalau bukan baju, kasut. Kalau bukan kasut, baju. Kalau tak pun, seluar. Hmmm..

“Awak nak apa?” Mendatar sahaja suaraku bertanya. Mata masih tak lepas memerhati wajah iras Chris Evans?”itu. Dia tersenyum memandangku. Manis dan ikhlas di mata ini. “Tak ada apa. Just nak ajak awak have fun with me..”

“Have fun?” Belakang kepala yang tidak gatal aku garu perlahan, selamba. Berkerut seribu dahiku mencerna kata-katanya itu. Gara-gara reaksiku yang jelas keliru dan tampak bodoh, dia ketawa, sehingga menampakkan sepasang lesung pipitnya. Terpaku aku memerhatikan gelagatnya itu. Comel. “Haha yes. Mmm.. jom? Teman saya cuci kereta?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience