BAB 15

Romance Completed 13446

ANGIN pagi yang menenangkan jiwa aku hirup perlahan. Alangkah indahnya jikalau angin seperti ini dapat aku rasakan setiap hari, setiap masa. Segar dan nyaman. Nyamannya tak tumpah seperti suasana di kampung halamanku. Kampung halaman yang sudah lama aku tinggalkan untuk belasan tahun.

“Kasut saya kat mana ya?” Bunyi suara garau itu mengejutkan aku. Mematikan lamunan pagiku. Aku menoleh – memandang ke arah belakang. Kelibat Megat Rayyan yang tampak segak berkemeja biru gelap aku perhatikan. Kacak. Hot. Gorgeous. Persis Chris Evans?”.

“Nina? Pandang apa tu?” tegur Mak Umi yang sedang asyik berbual dengan Rayyan sebentar tadi. Rayyan di hadapannya sudah memandang aku dengan riak yang aneh. Namun, dapat aku tangkap senyuman nakal yang terukir di bibirnya. Aku tunduk, garu belakang kepala yang jelas tidak gatal. Malu. “Err.. tak ada apa, Mak Umi.”

“Mm.. eloklah kalau begitu. Haaa Rayyan dah nak bertolak ke? Tak nak sarapan dulu? Penat Mak Umi masak ni,” pelawanya ramah kepada Rayyan. Rayyan pula sekadar tersenyum. Senyuman paling manis yang pernah aku lihat. Mungkin sebagai tanda hormat kepada yang lebih tua. Salute! Kalau ya. “Toksah lah, Mak Umi. Rayyan dah lambat ni. Biar je lah dia orang yang makan.”

“Yalah Rayyan oi. Tapi jangan lupa makan kat ofis ya? Karang tak tentu fasal kamu kena gastrik. Pening pula kepala Datin nak melayan nanti. Eh, tali leher kamu kenapa tu?” Membundar mata tua Mak Umi memerhatikan tali leher Rayyan. Nak memastikan apa yang dilihatnya barangkali. Aku di hujung dapur sekadar memanjangkan kepala. Sengaja nak menyibuk. Sekali sekala. Rayyan bingung sendiri terlihatkan perlakuan kami. Tali leher yang sudah elok diikat dipandangnya. “Kenapa apa, Mak Umi?”

“Tak.. Tie tu. Senget,” komennya setelah berjaya mengenalpasti. Entah kenapa aku berasa tak sedap hati pula. Dapat aku rasakan mata tua itu sedang tajam memerhati diri ini. Tanpa berlengah, pantas aku menoleh – memandang wajah Mak Umi penuh penasaran. “Err.. kenapa, Mak Umi?” Polos aku bertanya.

“Haish, budak ni.. Buat-buat tanya pula. Tu hah.. tie. Betulkan.” Selamba Mak Umi arahkan aku. Tergamam aku mendengar permintaannya itu. Bibir bawah aku gigit perlahan. Teragak-agak mata ini ingin memandang Rayyan, namun akhirnya, dipandang jua. Terpaksa.

Akibat desakan Mak Umi, sedaya upaya aku cuba gagahkan diri. Menapak setapak demi setapak ke hadapan, mendekati Rayyan. Pabila jarak kami sudah diistilahkan sebagai ‘rapat’, perlahan lahan tangan ini memegang tali leher itu. Cermat. Tali leher yang sedikit senget itu aku betulkan agar tampak kemas. Pada masa yang sama, sempat pula mata ini memandang halkum Rayyan yang asyik bergerak. Ah, baru aku perasan. Ketinggian aku sekadar paras halkumnya sahaja. Ya, halkum. Pendek kan? Err.. pendek sungguh! “Done..” ucapku setelah selesai. Jarak antara kami dijauhkan semula. Hah, lega hati.

“Thanks, Bik..”

“No biggie, Encik Rayyan.” Senyuman separuh ikhlas aku hulurkan.

“Kau orang berdua ni nampak sepadan lah! Elok kalau menikah.. Macam pinang dibelah dua,” omel Mak Umi yang asyik memerhatikan kami sedari tadi.

Rayyan yang sudah tercegat di pintu dapur sekadar tersenyum. Tampak manis di pandangan ini. Entah kenapa hati berdebar pula. “Saya okey aje, Mak Umi. Asalkan.. Nina kata setuju.”

Gulp! Aku telan liur. Kesat. Sejurus itu juga, aku memandang Rayyan. Tajam. Sambil membeliakkan biji mata. Dan Rayyan pula.. Sekadar mengenyit mata. Erghhhh! Panas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience