BAB 7

Romance Completed 13446

“OIT, Bik!”

“Oh mak kau!” latahku selamba gara-gara terkejut beruk punya pasal. Rayyan di belakang aku pandang tajam. Geram akan tindakan lelaki itu yang suka mengenakanku. “Awak buat apa kat sini?” soalku serius. Atas bawah, atas bawah aku menilik penampilannya. Mmm.. gaya macam baru bangun tidur.

“Sepatutnya, saya yang tanya soalan tu. So, what’re you doing here?”

“Mengemas,” balasku pendek. “Mengemas apa pagi-pagi buta ni?”

“Mengemas bilik.”

“Bilik siapa? Mmm.. semua bilik berkunci kecuali, bilik saya,” bertalu-talu soalan maut dikemukakan kepadaku. Aku teguk liur, buntu hendak membalas apa. Wajah penasaran Rayyan aku tilik seketika – wajah baru bangun tidur. Mungkin aku patut gunakan peluang yang ada.

“Bilik? Bilik apa? Haish.. awak mamai ni. Bila masa pula saya sebut perkataan bilik,” helahku, terpaksa. Harap-haraplah dia percaya. Tapi nampaknya..

“Awak fikir, saya percaya cerita gebang awak?” Gulp! Terus tegak bulu romaku. Terus tegang otot sarafku. Bibir bawah aku gigit perlahan. Kali ini, aku benar-benar buntu hendak memikirkan helah yang seterusnya. “ So, answer me. What’re you doing here?”

“Sa.. saya.. saya..”

“Saya apa?”

“Saya sebenarnya nak..”

“Nak apa?”

“Err.. nak minta baju kotor Megat Fayyad,” jujur aku berkata. Moga Rayyan mengerti maksudku, situasiku. Dan moga dia dapat membantu. “Oh I understand.”

“I understand je ke? Tak nak tolong?” selorohku tapi memang benar. Aku amat mendambakan pertolongan daripadanya, ceh! Wajah simpati aku tayangkan khas untuknya – berharap dia sudi membantuku. Namun..

“Sorry, I’m busy. Lain kali maybe,” Tercengang aku mendengar jawapannya. Dipandang wajahnya dengan riak tak percaya. Lain kali, kau kata? Hotakmu Rayyan oi! Mak Umi dah bebel minta baju kotor Spiderman ni!

“It’s okay, Encik Rayyan. I don’t need any of your help. Even a little,” ucapku bagaikan patah seribu, atau mungkin beribu-ribu. Pantas aku menghampiri pintu kamar Megat Fayyad tanpa mempedulikan Rayyan di belakang. Nafas aku tarik sedalam-dalamnya, lalu dihembus perlahan.

Dengan lafaz Bismillah, pintu kayu jati itu aku ketuk sedikit kuat. “Assalamualaikum, Megat Fayyad,” Tiada jawapan. Sekali lagi aku ketuk. “Megat Fayyad.. oh Megat Fayyad.. Ini Bik Nina ni,” Hampa. Masih tiada sebarang respons mahupun jawapan.

Aku menoleh – memandang Rayyan yang sedang leka merenungku. Entah apa yang direnungkan, aku sendiri tak tahu. Mmm.. mungkin aku tampak lebih cantik di pagi hari ini. Mungkin lah. “Apasal pandang?” soalku hairan.

Dia tersenyum memandangku. Bertambah hairan aku dibuatnya. “Tak ada apa. Saja.”

“Err.. whatever. Mm.. abang awak ni memang budeg kan? Dua kali saya ketuk pintu, tapi dia langsung tak sedar. Itulah.. suka sangat mengutuk saya budeg. Kan sekarang ni dia yang budeg,” selamba sungguh aku mengutuk abang ketiganya tanpa menyedari kemunculan lelaki itu.

“Apa kau kata?” tegur Megat Fayyad dari muka pintu. Sungguh, tersentak yang amat aku dibuatnya. Serta-merta mataku terbeliak luas. Aku pandang Rayyan, Rayyan pandang aku. Dan kami pandang abang ketiganya, Megat Fayyad the Spiderman. “Kau nak apa?” soalnya kasar, seperti biasa.

“Ba.. ba.. baju..”

“Baju apa?!” laju sahaja dia memotong. Dup dap dup dap jantungku dikerjakannya. “Baju kotor.”

“Tunggu,” arahnya seraya kembali semula ke kamar. Mungkin ingin dikumpulkan baju-baju kotornya lalu dilemparkan ke mukaku seperti biasa. Ah, aku sudah boleh baca sikapnya – biadab, celaka, tak sayang nyawa.

“Nah, ambil dan bla. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Bla,” ucapnya kasar, lalu melemparkan baju-baju tersebut ke wajahku – seperti yang aku jangkakan sebentar tadi. “Terima kasih, Me..”

Bap!

Belum sempat aku ingin berterima kasih, sudah dihempas pintu kayu jati itu. Haih, biadab sungguh budak ni. Apalah nak jadi agaknya dengan putera ketiga Datin Maria ni. Entah kahwin, entah tidak mamat ni. Kesian sungguh bakal bininya! “Sabarlah..” ucap The Prince Charming a.k.a Megat Rayyan.

“Tak apa, dah biasa.”

“I know you’re offended, right?”

“It’s okay.”

“Mm.. sebagai tanda maaf, maybe I should buy you a cup of I tarik,” Rayyan mula menunjukkan sikap murah hatinya. Disogokku berbagai-bagai benda semata-mata ingin mengharapkan kemaafan daripadaku atas perbuatan abangnya. Mmm, bagus betul mamat ni. Adik yang baik.

“Tak perlulah.”

“Perlulah.. Alright, mamak jom?” sekali lagi dia mempelawa. Naik segan aku dibuatnya. “Tak apa, saya dah kenyang.”

“Jangan banyak mulut. Jom,” paksanya, seraya menarik lenganku ke garaj kereta. Aku hanya mampu menurut. Kalau bertegang urat sekalipun, tak mungkin Rayyan bakal mengalah. Ah, lantakmu lah Rayyan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience