BAB 38

Romance Completed 13446

KATA Mak Bedah, cincin yang gagal dileraikan menandakan kekuatan jodoh. Tapi kata Noah, satu hari nanti aku akan tahu. Ah, sudah! Masak aku begini. Runsing. Pening. Pening nak memikirkan sesuatu yang belum pasti.

Runsing tak runsing, pening tak pening. Namun, gara-gara kenyataan Mak Bedah itu, aku jadi janggal pula nak berdepan dengan Noah. Nak bersemuka dengannya. Nak bertentang mata dengannya. Nak bercakap dengannya. Argh! Malu. Segan. Gelisah. Resah. Semuanya bercampur baur menjadi satu. Pendek kata, tak tenang lah kata orang. Tak keruan. Argh! Gila!

Ya, ini semua gila. Buat aku gila. Rasa macam orang gila.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu mengejutkan aku untuk seketika. Mengejutkan aku daripada lamunan yang gila. Tersentak aku dibuatnya. Aku bangun, bangkit – menghampiri pintu kayu jati yang terletak jauh daripada katil. Terfikirkan berkemungkinan besar si pengetuk itu adalah Noah, serta merta pakaian yang tersarung di tubuh aku tilik.

T-shirt lengan pendek. Track suit. Okey. Nampak mengancam. Agak mengancam. Terkenangkan sikap buaya si Noah, pantas tangan ini mencapai kardigan hitam di belakang pintu. Lalu disarung pada tubuh tanpa berfikir panjang. Setelah berpuas hati dengan penampilan yang lebih sopan, barulah pintu itu dibuka. Tersembul wajah Noah yang kelihatan kusut. Berserabut. Namun, kekacakkannya masih tersisa.

Aku pandang dia. Takut-takut. Malu-malu pun ada. “Nak apa?”

“Nak kau.”

“Hah?” Terbuntang luas biji mata aku tatkala terdengarkan jawapannya. Ternganga luas juga mulut aku dibuatnya. Terkejut. Tergamam. Matu aku terjah pada anak mata dia – ingin mencari niat sebenar lelaki itu di sebalik mata. Noah tampak tersenyum. Manis dan lucu. Musykil aku tak semena-mena. “Nak kau makan dengan aku lah.. Takkan nak apa-apakan kau pulak?” ucapnya bersertakan gelak tawa. Bengang aku dibuatnya.

Aku menghela nafas lega. Cukup lega akan penjelasan Noah itu. Kemudian, aku kembali memandang Noah – masih ketawa. Berair mata hazelnya. Lawak sangat agaknya. Sekali sekala aku menilik wajah cerianya itu. Comel.

Apa kau kata Nina? Comel? Err.. kau buang tebiat ke apa? Muka punyalah macam buaya darat, kau kata comel? Euww.. gatal pulak tu. Gatal macam ulat bulu. Ops, silap. Mengalahkan ulat bulu. Ulat bulu pun takda lah gatal macam tu agaknya. Itu yang kau kata comel? Oh Nina, come on! Celik mata sikit.

Tapi kalau tengok betul-betul, comel lah. Comel sangat. Macam Dylan O’Brien comelnya. Ada lesung pipit. Ada senyuman manis. Ada dagu terbelah. Hmm.. perfect. Perfect sekali. Cukup sempurna untuk menawan hati ini. Melonglaikan lutut ini. Melemahkan jantung ini. Mendebarkan dada ini. Menggoyahkan iman ini.

Hesy! Apa yang aku merepek ni? Astaghfirullahadazim, Nina.. Mengucap Nina. Mengucap. “Dengar tak apa yang aku cakap ni?”

Terdengarkan suara garau itu, serta merta aku mendongak – memandang Noah. Wajah blur sempat aku tayangkan. “Awak cakap apa?” soalku, segan sendiri.

Kedengaran Noah mengeluh kecil. Dia tersenyum nipis. “Aku dah masakkan nasi goreng untuk kau. Jom makan?”

“Ma.. ma.. masak? Awak?” Tergagap-gagap aku bertanya. Macam tak percaya. Yalah.. sejak bila pula mamat CEO ni pandai masak? Setahu aku, Noah ni bodoh perihal rumahtangga. Lainlah Megat Rayyan. Err.. CEO yang serba lengkap – pandai masak, pandai kemas rumah, pandai pergi pasar. Perfect 10 lah orang kata.

Tapi Noah? Hmm.. perfect 5 aje lah aku boleh bagi. Muka je boleh pakai, huhu. “Yep, masak. My first time. Just for you. Rasa jom?” pelawa Noah lembut. Pada masa yang sama, sempat pula diselitkan ayat yang gilang-gemilang sebagai seorang kasanova yang berjaya – my first time, just for you.

Huhuhu, kembang kempis hidung ini rasanya. Bukan setakat hidung, punggung pun sama. Rasa macam dah melebihi elastic limit pun ada. Walaoweh.. kenapa Noah buat aku macam ni weh? – mengayat aku dengan ayat player dia tu. Haish.. tak tahan aku. Meleleh-leleh hati yang beku ni tahu tak! “Kenapa jadikan saya orang pertama yang rasa? Kenapa tak orang lain je?” soalku penasaran. Musykil juga sebenarnya. Tertanya-tanya.

Noah senyum sebelum melontarkan kata-kata. Anak mata aku menjadi sasarannya. Di tikam anak mata ini dalam hingga ke dasar hati. Aku terpana. “Because.. you were the only person who crossed on my mind just now?”

Gulp! Rasa macam nak pitam pun ada sekarang ni. Namun, aku tahankan saja demi menjaga maruah diri. Arghhhh.. sengaja. Sengaja Noah berkata sebegitu. Sengaja nak memperkotak-katikkan perasaan aku. Huh! Dasar lelaki. “Nina.. fikir apa tu? Jomlah.. Aku dah tak sabar ni!” ajaknya seraya menarik lenganku. Kuat, bagaikan enggan dilepaskan.

Aku sekadar membontotinya. Langsung tak melontarkan sepatah kata.

***

“JODOH ni macam lebah dan bunga. Saling melengkapi – lebah hirup madu dengan tenang, lalu bunga pun mekar berkembang. Kalau pasangan kita buruk, kita yang akan menutup kekurangannya dengan kecantikan kita. Dan kalau sebaliknya pula, dia yang akan menutup kekurangan kita dengan kelebihan dia. Baru sempurna.”

Berlayar kata-kata Mak Bedah malam semalam di benak. Kata-kata yang menyedarkan aku tentang satu perkara – jodoh. Ya, jodoh. Jodoh yang memisahkan aku dengan Megat Rayyan. Menghalang hubungan cintaku dengan Rayyan. Mencipta jurang antara aku dengan Rayyan. Kerana jodoh, aku menjauhinya, mengelakkan diri daripadanya. Kenapa? Sebab aku tahu, dia bukan untuk aku, dia bukan jodoh aku, dia bukan pilihan Allah untuk aku. Tapi..

Terpandangkan sebentuk cincin di jari, aku termangu sendiri. Terdiam. Berselirat seribu satu rasa di hati ini – sedih, sebak, terharu, gembira. Gembira kerana aku telah menemukan orang yang tepat dalam hidup aku. Orang yang Allah pilihkan untuk aku. Orang yang Allah ciptakan untuk aku. Dan pastinya, orang itu adalah..

Pemilik sebenar cincin ini.

Dan malam ini, aku akan bertemu dengannya. Bersemuka dengannya. Bertentang mata dengannya, di sini. Di Flora Café. Kafe yang dikatakan oleh Pak Daud tadi (pemandu Nenda). Pak Daud lah yang bersusah-payah menghantar aku ke sini. Katanya, disuruh oleh majikan. Terpempan aku seketika saat mendengar kata-katanya itu. Huh.. majikan. Takkan Nenda kot? Haha. Mimpi apa Nenda buat semua ini? Lagipun, wanita itu kini masih berada di Macau, Hong Kong. Ya tak?

Dan kalau bukan Nenda, mestilah..

Aku tersenyum sendiri. Bahagia. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan si dia. Si dia yang sudah termaktub sebagai jodohku sejak azali lagi. Dan.. cincin ini. Cincin inilah yang berjaya menyatukan kami – dengan izin Allah. Kegagalan cincin ini dileraikan daripada jari manisku memberikan satu keyakinan kepada aku. Keyakinan yang mengatakan, jodoh aku dengan pemilik cincin itu.

“Nina?” Suara itu. Suara yang sudah sekian lama tidak menerpa di pendengaranku. Suara yang semakin lama semakin tenggelam daripada hidup aku. Dan kini.. suara itu muncul kembali. Bergema kembali.Aku angkat muka – memandang si empunya suara yang usah lagi diteka.

Rayyan.

“Awak buat apa kat sini?” soalku dengan nada geram. Marah. Menyampah. Meluat. Cukup bengang akan kemunculan lelaki itu. Cukup anti. Mana taknya, rasa macam watak antagonis sudah mula memainkan peranan dalam kisah aku, kisah hidup aku. Watak antagonis yang bakal memisahkan aku dengan jodoh sebenar aku. “Saya ke sini sebab.. nak jumpa awak.”

“Untuk apa? Untuk sakitkan hati saya? Untuk musnahkan kebahagiaan saya?”

“Bukan.”

“Habistu, untuk apa?!” tengkingku kuat. Lantang. Tersentak Rayyan dibuatnya. Pasti tak sangka amarah aku bakal meledak secepat itu. Namun, air mukanya sedikitpun tidak berubah. Tetap tenang. Tetap lembut. Langsung tak ada aura nak mengamuk. Mata ambarnya memanah mata aku. Dalam, hingga menembusi ruang hatiku. “Untuk sedarkan awak, yang awak memang untuk saya,” tuturnya seraya merenung aku. Berair matanya, membuatkan aku kaku.

Namun, hanya seketika. “Enough, Rayyan. Enough.”

“Nina..”

“Rayyan! I’ve told you right yang awak bukan jodoh saya! Awak tak faham bahasa ke?!” Satu lagi tengkingan aku hamburkan padanya. Geram gila! Rasa macam terajang muka dia sampai ke London pun ada. Namun, aku batalkan saja niat itu. Tak nak sekiranya merangkak di dalam penjara. “Huh.. Rayyan. Dengar sini, jodoh saya bukan dengan awak. Sama sekali bukan. Tapi dengan..” Cincin di jari aku pandang sekilas. Kemudian, ditayangkan kepada Rayyan pula.

“Pemilik cincin ni.” Tenang aku menuturkannya. Terus berubah riak wajah Rayyan. Seakan-akan terkejut. Namun, aku jauh lebih terkejut saat tangan sasa itu sudahpun mendarat pada wajah aku. Dipegang kuat kedua-dua belah pipiku tanpa belas kasihan. Lalu didekatkan sedikit wajahnya dengan wajah aku. Tergamam aku dibuatnya. Terpempan. Mata kami bertaut. Bersatu. Lama. “And I’m the owner.. of the ring.”

Menitis air mataku tatkala terdengarkan kata-kata itu. Terasa seperti ada cakaran halus yang melakar di hatiku. Cakaran yang cukup halus sehingga bisa mengoyakkan lapisan kulit aku. Sakit. Ngilu. Membuatkan tubuhku terasa lemah. Longlai. Namun, aku tidak peduli. Dengan kudrat yang masih tersisa, perlahan-lahan aku alihkan tangannya daripada wajahku. Air mata mengalir laju. Deras. Bagaikan tiada noktah.

Aku pandang Rayyan. Dalam. “You’re lying right?” Lemah aku bersuara. Lemah. Rasa macam kudrat yang ada semakin tipis. Semakin hilang. Rayyan tersenyum sayu, memandangku. Cecair yang bertakung di tubir matanya sedari tadi, terus ditahan daripada pecah. Sungguh tak dinafikan, kekuatannya, ketabahannya. “Untuk apa saya menipu kalau dah memang itu kenyataannya?”

“Tapi.. Noah..” Terasa semakin lemah diri ini saat nama itu menjadi sebutan. Noah. Nama yang sudah mula kuukir dalam hati tanpa disedari. Dalam diam, nama itu sudah menempel di benak ini. Menggantikan tempat Rayyan yang sangkaku sudah berakhir. Sudah tidak lagi bererti. Namun, segalanya berubah. Bertentangan dengan apa yang aku fikirkan. Sekelip mata.

Rayyan mengatur nafas terlebih dahulu. Dia senyum. “He’s my friend, don’t you remember? He knew everything about us, about you.”

“No. Saya tak percaya.” Laju aku menggeleng. Tetap ingin menafikan.

“Nina.. saya..”

“Pergi, Rayyan. Pergi! Jangan pernah muncul lagi!” Terlihatkan kedegilanku, Rayyan terpaksa mengalah. Namun, aku pasti, mengalahnya tak bererti mengaku kalah. Cukup pasti. Kenapa? Kerana itu Megat Rayyan. Dan seperti yang aku katakan.. “Treat me in whatever way you want, Nina. But remember, I’ll never stop loving you.” ucapnya seraya mengangkat kaki, meninggalkan aku di situ.

Aku termangu sendiri. Terdiam. Namun, air mata masih tak lekang mengalir. Berjuraian. Bibir bawah aku gigit kuat – menahan rasa. Sakit. Pedih. Perit. Segala-galanya lah. Dan untuk seketika, aku menoleh – memandang bayangan Rayyan yang sudahpun menapak jauh, meninggalkan aku di sini. Lama.

“But I will.” Air mata menitis lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience