BAB 20

Romance Completed 13446

Tiga tahun kemudian..

DEWAN Hotel Raja Chulan aku langkah masuk. Sesak. Dengan kunjungan ratusan tetamu.. Dengan kehadiran ahli-ahli korporat yang berjaya.. Bukan itu sahaja, jutawan Malaysia turut menunjukkan muka.

Ugh. Keadaan yang benar-benar aku tidak suka. Dikelilingi mereka yang tidak setaraf dengan aku. Namun, apatah daya? Demi si dia..

“Miss Nina Aulia?”

Pantas aku menoleh – memandang si empunya suara yang menyeru nama ini. Kelihatan seorang gadis muda sedang tersenyum memandangku. Cantik dan.. tinggi. Persis model Hollywood lagaknya. Senyuman separuh ikhlas itu aku balas ramah. “Ya, saya?”

“Your seat is here,” ucapnya sopan. Penuh hormat. Tempat duduk yang sudah siap tersedia ditunjukkan kepada aku. Lama aku memerhati tempat duduk itu. Terkedu. Wajah cantiknya kembali dipandang. Serius. “VVIP seat?”

“Yes..” Semakin lebar senyuman gadis itu. Malu aku dibuatnya. Namun, ditahan sahaja. Aku sekadar menurut.

Meletakkan clutch Ted Baker di atas meja bulat itu terlebih dahulu sebelum melabuhkan punggung. Terkial-kial gadis itu menarik kerusi untuk aku. Amboi.. terasa diri ini seperti VVIP pula. Eh tapi.. bukan ke aku memang VVIP sekarang ini?

“Kalau ada apa-apa masalah, just beritahu pada saya. Saya sedia membantu,” pesannya sebelum pamit. Pantas aku menghalangnya. Masih banyak lagi persoalan yang dipendam sedari tadi. “Err.. those empty seats tu, seats siapa ya?”

soalku sambil menunding jari ke arah beberapa tempat duduk yang jelas kosong di hadapanku. Hairan. Takkan aku seorang sahaja yang bertapa di second table of VVIP seats ini? Ish.. besar pangkat?

Berkerut seribu wajah gadis itu mendengar pertanyaanku. Mungkin sudah pening melayan kerenah aku yang pelbagai ini. Namun, sebaris senyuman masih terukir di bibirnya. Senyuman hormat. “Itu seats keluarga Megat, Cik Nina. Dan di sebelah Cik Nina ni pula.. seat Datin Maria.”

Gulp! Seat Datin Maria? Sebelah aku? Mati. “Ada apa-apa lagi pertanyaan, Cik Nina?”

“Ehem!” deham seseorang yang baru sahaja tiba di situ. Seorang wanita yang tampak anggun berkebaya ungu, bersama-sama tiga orang putera kacak yang tampak segak bertuksedo hitam. Tergamam aku melihat ketibaan mereka di situ. Pantas aku berdiri tegak sebagai tanda hormat.

“What’re you doing here?” soal Datin Maria garang. Tegas. Mata ambernya tidak lepas memandang diri ini. Atas bawah, atas bawah aku ditiliknya. Bersertakan riak tidak puas hati. “She said.. my seat is here,” Perlahan aku menjawab. Takut. Mata sudah tekun memandang lantai. Tidak sanggup menatap wajah singa itu.

Datin Maria mengalihkan pandangan – memandang gadis cantik yang berdiri tegak di tepiku pula. Tajam. “What the heck with you, girl?! She’s my maid and she should sit there – VIP seats (maid seats) instead of here!”

“Err I’m sorry, Datin. But.. Megat asked me to set her seat here. Erk, he said, she’s the important one,” tergagap-gagap gadis itu menjelaskan. Pasti gerun akan sikap Datin Maria yang sememangnya garang itu. Mengalahkan singa betina. “Err.. I’m off.” pamitnya. Laju sahaja kakinya menapak meninggalkan kami. Takut disoal siasat secara terus-terusan barangkali.

Aku kembali melabuhkan punggung tatkala majlis hendak bermula. Jelingan maut Datin Maria di sebelah langsung tidak aku hiraukan. Malas. “Nice dress, Bik Nina..” puji Megat Dayyat a.k.a Merlin yang sedang asyik memerhati pakaianku. Termangu-mangu aku mendengar pujiannya. Terkejut.

Megat Fayyad a.k.a Andrew Garfield di sebelahnya tampak tidak senang duduk. Tajam mata hazelnya menjelingku. Seolah-olah cemburu. Aku sekadar tunduk. “But my eyes said not, brother. It’s.. old-fashioned,” komennya tidak berlapik. Sinis. Dan.. selamba. Sakit pula hati ini mendengarnya.

“Kini, tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan daripada Megat Rayyan Megat Jamal selaku CEO terbaru Mahkota Holding yang sedang diraikan. Dipersilakan, Megat..”

Bunyi tepukan tangan bergema kuat. Begitu juga dengan suara sorakan. Riuh sungguh. Namun, di sebalik keriuhan itu, dapat aku perhatikan kelibat si dia dari bawah pentas.

Segak. Bergaya. Kacak.

Terpaku diri ini tatkala terpandangkan penampilannya. Penampilan yang jauh berbeza daripada biasa – bertuksedo hitam, bersama-sama sekuntum ros merah di poket kot. Looks charming and.. elegant.

“Assalammualaikum semua. Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke Majlis Watikah Perlantikan Jawatan CEO Mahkota Holding. Sejujurnya, kehadiran kalian semua bagaikan penyeri yang memberi tuah kepada majlis ini. Syukur Alhamdulillah.”

Penuh bersemangat Rayyan menyampaikan ucapan di hadapan. Almaklumlah, CEO baru. Tulang belakang syarikat. Contoh teladan seluruh karyawan. Harus menunjukkan semangat yang berkobar-kobar dalam diri agar dicontohi oleh para pekerja yang lain. Itulah namanya seorang pemimpin. Sentiasa dicontohi dan diteladani. Bukan setakat dikagumi ya, anak-anak.

“To Datin Maria Zainal Abidin, my dearest mummy, thanks for everything. She sacrificed a lot of things just to make me happy and blithe. She gave me supports and spirits when I was down.. She thought me to be tough, strong and success along the journey of this heartless life.. She spent her time by listening to my problems.. She calmed me down when I felt lost.. She told beautiful stories when I felt lonely.. She kissed my foreahead when I need love.. She widen her ears when I need someone to talk to.. And.. you know what. She is not only a mummy but.. she is also such a.. diary. A lovely diary.”

Bergenang air mata kini tatkala terdengarkan ucapan itu. Ucapan yang cukup menyentuh perasaan dan mengusik jiwa. Khas untuk seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan seorang anak. Seorang ibu yang banyak berkorban nyawa demi membahagiakan si anak. Sesungguhnya, jasa seorang ibu tiada nilai. Tiada harga. Mahal.

Lama mata ini merenung anak mata amber itu. Tampak bersinar bak cahaya bulan. Namun, apa yang jelas di sebalik anak mata itu hanyalah.. Kebahagiaan. Bahagiamu, deritaku. Ah, deritakah aku?

Untuk seketika, mata kami bertaut. Kemas. Berdebar sakan hati ini. Berdegup kencang jantung kini. Bergetar hebat jiwa ini. Tidak keruan aku dibuatnya. Resah. Gelisah. Peluh sudah memercik dahi. Tatkala mata ini ingin melarikan pandangan..

“Keep in sight, Nina Aulia. Don’t turn.. Away.” Selamba Rayyan menegur. Ya, selamba! Langsung tidak mempedulikan para hadirin yang sedang fokus menyaksikan majlis itu. Semua mata sudah melirik padaku. Serentak. Bersertakan riak ‘kau siapa pada dia sebenarnya hah?!’ di wajah. Aku.. gugup di situ. Kaku.

Oh man.. Bala is coming!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience