BAB 24

Romance Completed 13446

Ish aku bermimpi lagi. Kenapalah aku asyik termimpikan Megat Rayyan sejak dua menjak ni? Apa dah tak ada orang lain ke dalam kepala otak aku ni? Hanya Rayyan, Rayyan dan Rayyan?

Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Tak sangka sampai macam ni sekali rindu aku pada Rayyan. Sampai terbawa-bawa ke alam mimpi. Dah berbulan-bulan aku tinggalkannya, pergi jauh dari hidupnya. Dah berbulan-bulan juga aku bersusah payah melupakannya, memadamkannya dari kotak minda. Namun hasilnya? Begini. Asyik masuk dalam mimpi. Hambar sekali.

“Amboi anak dara.. tak bangun lagi?” ucap satu suara di sebalik muka pintu. Tersentak aku dibuatnya. Pantas aku membaluti tubuh dengan comforter. Sampai ke muka. Buat-buat tidur kononnya, hehe. “Nina.. oh Nina. Bangunlah.. dah subuh dah ni.” Suara itu masih bergema. Namun, kuatnya makin ketara. Hmm mungkin si empunya suara sudah mula mendekati aku. Mata kekal dipejam. Rapat. “Nina.. bangun. Nenda panggil Noah karang.. baru tahu!”

Terdengarkan sebaris nama itu, terus menaik bulu romaku. Terus tegak tubuh aku. Wajah tercengang Nenda Nerina aku pandang. Dia juga turut sama memandang aku. Ternganga luas mulutnya – terkejut barangkali. Aku sengih. “Hehe, terkejut ke Madam? Sorry..” Selamba aku bersuara. Gigi yang putih tersusun sengaja aku tayangkan. Dia hela nafas lega.

“Nina niii.. kalau nak kidding-kidding dengan Nenda sekalipun, agak-agaklah. Nasib baik tak terlompat keluar jantung Nenda tadi. Tersentak tau,” adu Nenda manja. Dadanya diurut lembut, kononnya terperanjat maha amat. Serba-salah aku dibuatnya. Wajah takut-takut aku dipandangnya. “Oh ya, alang-alang dah bersua muka dengan Nina ni, Nenda nak beritahu something.” ucapnya perlahan. Nampak gaya macam berat hati.

Aku terpempan seketika. Terpinga-pinga diri ini memandangnya. Dalam hati, aku sudah curious. Membuak-buak rasa ingin tahu dalam diri. Telinga aku tadahkan seluas-luasnya – bersiap sedia hendak mendengar omongan dia. “Nenda.. err.. Nenda dah nak bertolak ke Hong Kong pagi ni.”

“What?!” Mata terbeliak luas. Mulut menganga besar. Terkejut. Tergamam dan segala-gala ‘ter’. Wajah Nenda aku pandang bagaikan tak percaya. Tangan tuanya mula aku capai. “Nenda.. Nenda cakap apa ni? Takkan Nenda nak tinggalkan Nina kat vila ni? Dengan Encik Noah pulak tu? Adoyai, Nenda..

mana boleh. Meletus Perang Dunia Ketiga nanti,” ujarku selamba bersertakan riak sedih di wajah. Nenda Nerina sekadar tertawa lucu. Bingung aku melihatnya. Lawak ke?

“Alahai, sayang.. Nenda pergi kejap aje lah. Tak sampai sebulan.”

Tak sampai sebulan dia kata? Oh My God. Gila, takkan aku nak tinggal sebumbung dengan Encik Noah tanpa dia? Lebih seminggu pula tu. Mahu melarat perang antara kami nanti. Haritu pun sudah

bergusti, apatah lagi hari-hari yang seterusnya? Tanpa Nenda lagi. Masak dia begini. “No, Nenda. No.. Nina tak setuju. Pokoknya, Nina tak nak Nenda pergi. Nina tak nak! Nenda tahu kan, perangai Encik Noah tu macam mana.. Usung perempuan ke hulu ke hilir. Nanti kalau dia bawa perempuan masuk rumah macam dulu, acanee?” ucapku tanpa berlapik. Selamba badak aje aku dok mengutuk cucu wanita itu. Ah, nasiblah. Lagipun, memang itu kenyataannya, hakikatnya. Tidak boleh dinafikan.

Nenda tersenyum nipis. Rambut panjangku dibelainya dengan penuh kasih sayang. Senang aku melihat perlakuannya. “Nina, Nina jangan risau ya. Nenda tahu, cucu Nenda tu tak baik mana. Nakalnya boleh tahan. Tapi senakal-nakal Noah tu, Nenda yakin ada baiknya juga. I mean, I convince that he can take care of you. Trust me.”

“Tapi kalau..”

“Tak ada tapi-tapi. Think positive, Nina. Mana mungkin Noah sanggup apa-apakan Nina sebab.. yeah. Dia dah anggap Nina macam adik dia sendiri. Nenda pun dah sayangkan Nina macam cucu Nenda sendiri.. Tiada alasan untuk dia bertindak bodoh. Am I right dear?”

Kata-kata Nenda Nerina itu dibalas dengan diam yang lama. Kelu lidah untuk seketika. Cukup keberatan untuk mengangguk dan berkata ‘ya’. Hmm.. boleh percaya ke mamat tu? Boleh count on ke? Hmm.. tengok muka macam tak. Muka player. Muka buaya. Muka yang langsung tak boleh diharapkan. Ah, matilah aku begini. Matilah. Aku ketakutan sendiri.

“Dah.. pergi solat Subuh sana. Termenung apa lagi?” Bahu aku ditepuk Nenda. Tersentak aku untuk seketika. Terus mati lamunan aku juga.

Aku mula bangkit – bangun daripada pembaringan. Terasa longlai lutut ini mahu berjalan, menapak ke bilik air untuk berwudhuk. Keluhan kecil dilepaskan jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience