Bab 3 : Hodoh Sungguh!

Drama Completed 7381

Satu bulan kemudian..

"Hodoh sungguh!"getus sahabat baiknya,Naylie yang sedang baring mengiring menikmati popcorn dalam mangkuk atas katilnya.

"Kenapa pulak?Cantik apa?Kau tak tahu apa itu fashion..."balas Devina sambil depakan tangan di depan cermin besar di sebelah katilnya. Dan bila dia pandang akan penampilan dirinya, hendak ketawa dia dibuatnyanya sekarang ni. Sumpah! Ada ke patut, dia pakai pakaian tak semengah ni masa perkahwinannya.

Kalau wanita lain sudah pasti mahukan dresswedding dan

"Kepala kau cantik...cuba kau tengok betul-betul dekat cermin tu. Dengan rambut kerinting maggi afronya, gincu merah, freckles palsu penuh dekat pipi, braces palsu, cermin mata bingkai tebal tebuan, dress ropol-ropol entah siapa kau kebas...itu kau panggil cantik?"soal Naylie sambil mengunyah bertih jagung dalam mulut.

"Ahahaha"Devina akhirnya ketawa kerana tidak tahan dengan komen tu. Dia yang buat dia yang ketawa. "Habis tu...kau ada idea yang lebih baik ke?"soal dia sambil ketawa memegang perut.

Naylie menjuling mata menyampah. "Harap je usia 25 tahun tapi perangai tak ubah macam Budak 15 tahun. Tak matang langsung"cebiknya.

Terus mencekak pinggang Devina sewaktu hadapkan badan ke Naylie. "Hello...cakap tu elok sikit. FYI! Kematangan seseorang itu bukan berdasarkan pada usia mereka okay. Tapi keperibadian dan jugak karakter diri yang mereka tunjukkan tu...aku matang apa."ujarnya dengan mendabik dada yakin.

"Hm...yalah matang. Kalau kau matang kau takkan buat perangai pada hari perkahwinan kau macam ni."kata Naylie lagi.

Devina buat muka sambil mengetap garis nipis di bibir. Buat rosak mood betul la Si Cendawan ni. Kalau dia tahu tak adanya dia ajak ke sini. "Kau tu...aku jemput kau untuk sama-sama raikan hari berbahagia aku bukan malah buncitkan perut kau tu!"bantal kecil yang ada dekat depannya di capai lalu di baling ke Naylie. Geram betul!

"Apa ni! Habis tumpah kan!"marah Naylie serta merta bila mangkuk tu tergolek ke atas cadar lalu menumpahkan isi popcorn setelah bantal tersebut mengenainya.

Devina kembali menghadap cermin. Pelan asal dia adalah nak jengkelkan kaum kerabat sebelah lelaki. Dia nak tengok sejauh mana mereka boleh hadap dia! Nak sangat menantukan dia...rasa la ni. Hamak sangat!Ramai-ramai anak perempuan orang kaya dalam bandar ni, dia jugak yang di pilih. Gilo apo!

"Kau sure ke kau setuju dengan perkahwinan ni?"soal Naylie tak lama kemudian selepas selesai kemas sepah atas katil tu. Dia bangun lalu bersila menghadap Devina. "Aku dengar kan dia orang tu family berpengaruh tapi banyak buruknya dari baiknya yang aku dengarkan."beritahunya.

Devina termenung sekejap lepas dengar. Dekat beberapa saat baru la dia palingkan kepala ke Naylie semula. Memang tak la dia nak setuju. Kena ugut punya pasal la dia ada dekat sini sekarang ni!

"Sepupu perempuan aku...dia pernah berkahwin dengan seorang dari anak lelaki dalam keluarga tu. Kau tahu apa yang terjadi?Tiga bulan lepas kahwin keluarga dia jatuh muflis...kemudian dipaksa pindah dari bandar ni lepas semua harta dia orang disita dengan keluarga The Royal. "cerita Naylie dengan nada susah hatinya.

"Kau risaukan aku ke?"soal Devina sambil pandang lucu ke Naylie.

"Tak ada la...aku tumpang happy untuk kau..."mulanya Naylie senyum tapi dibuat-buat. Sekali tu air mukanya jatuh kepada serius. "Iya-iya la aku risau! Tanya lagi!"marah dia kemudiannya.

"Jangan risau."kata Devina dengan renungan penuh keyakinannya. "Sebab pertaruhan mereka akan berubah meja lepas ni. Sebab ada ahli baru akan ikut join dia orang..."beritahunya.

Naylie kerutkan kening tak faham. "Apa maksud kau?Pertaruhan apa?"

Dia nak tengok siapa yang tahan hadap perangai gila-gila dia nanti."Ahh...nanti la aku cerita. Sekarang jom. Majlis akan mula tak lama lagi."Devina hulur tangan ke Naylie lalu tarik rakannya turun dari katil tu.

"Fine...make sure kau ceritakan dekat aku lepas ni.."Naylie turun dari katil tu.

"Ya-ya...aku beritahu kau nanti."Devina rangkul lengan Naylie setelah rakannya berdiri di sisinya.

"Tapi kan..."Naylie berdiri dekat situ sambil tilik Devina dari atas ke bawah ingin tahu.

"Asal?"Devina jungkit keningnya masa pandang reaksi Naylie.

"Perlu ke kau pakai macam ni?Kau tahu tak dekat bawah tu semua tetamunya adalah ahli bangsawan yang berpengaruh, tak ke malu nanti semua orang termasuk kau sendiri?"soal Naylie lagi yang tidak faham apa la yang ada dalam kepala kawannya ini. Buat kali ke berapa dalam hidupnya, dia persoalkan kenapa la dia boleh berkawan dengan Devina ni?

Devina meledak ketawa sambil dongakkan kepala ke belakang kerana berasa lucu. "Ahahahah!"ketawanya sebelum pandang ke Naylie. "....memang itu niat akuaku nak beritahu pada semua orang dekat sini yang menantu kepada The Royal adalah seorang fashion terrorist dan hodoh. Biar padan muka dia orang...."ketawanya sewaktu jalan dekati pintu biliknya.

Naylie buat muka kengerian semasa pandang muka Devina yang di solek menjadi hodoh bila ketawa. "Dia orang tak marah ke?"

"Gila dia orang nak marah?"tanya Devina sambil tarik pintu ke dalam lalu berjalan keluar dari situ. "Marah la kalau nak marah....aku okay je."ujarnya sebelum tersengih meleret semasa pandang ke depannya.

Game on honey!

Game on!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience