Botol susu yang telah kosong ditarik keluar dari mulut kecil itu dengan perlahan-lahan sebelum bayi berusia 8 bulan yang kenyang minum susu di angkat dari perbaringan lantas di bawa ke dada sebelah kanannya untuk di sendawakan.
Lalu berjalan la dia ke hulu dan ke hilir ruang tamu itu sambil menghenjut lembut badan kecil dalam dukungannya. Sedang dia berbuat begitu muncul ibunya dari arah dapur.
"Devina belum balik lagi ke Damon?"tanya Renna dengan apron di badan. Sedang siapkan makan malam untuk keluarganya.
Damon berpaling dengan perlahan untuk menghadap ibunya. "Belum. Katanya dia ada di rumah Naylie dengan Haden Bersama Danish."jawabnya dengan perlahan sebelum mendengar suara sendawa kecil dari anak perempuan yang didukungnya.
"Risau pula ibu. Dia tu kan suka tau buat ibu risau.."geleng Renna sebelum bergerak ke arah dapur semula Bersama senduk di tangan.
"Nanti Damon call dia.."kata Damon sewaktu perhatikan langkah ibunya menjauh sebelum tersenyum sendiri. Tak sangka ya. dah empat tahu berlalu. Teringat dia akan perbualan ayahnya Bersama Devina empat tahun lepas. Sewaktu ayahnya pilih untuk pergi. Dan Devina beritahu kalau ayahnya pilih untuk pergi, maka mereka semua satu keluarga akan berpindah ke tempat baru dan bina hidup baru Bersama-sama. Sekiranya ayahnya pilih untuk stay, maka mereka akan teruskan hidup di Royal Sapphire Bersama-sama.
Dan seperti yang Devina mahukan, di sini tinggalnya mereka semua anak beranak Bersama-sama di rumah banglo tiga tingkat bersebelahan dengan jiran tetangga yang pemurah dan baik hati. Laman belakang yang penuh dengan hasil cucuk tanam berkebun ayahnya. Kolam renang yang cukup besar untuk mereka sekeluarga beriadah.
Jauh dari bandar Royal Sapphire. Jauh dari tekanan dan gaya hidup orang kaya! Mereka di sini jalani hidup yang bersederhana dan biasa-biasa. Tidak mewah tidak miskin. Sedang-sedang saja. Cukup untuk beri makan pada empat mulut.
"Ohh...cucu kesayangan atuk dah tidur ke?"muncul Kenzo yang segar baru mandi selepas selesai berkebun dekat laman belakang tadi dari arah tangga.
Damon yang dengar suara ayahnya dukung anaknya jauh dari bahu dia. "Tak...Dania baru je habis makan. Ayah nak dukung ke?"katanya semasa Kenzo sudahpun berdiri berdekatan dengannya.
Kenzo dengan senyuman senang di bibir terus hulur tangan. "Mesti la..."
Dengan berhati-hati badan kecil itupun bertukar tangan dari Damon ke Kenzo setelah itu.
"Mana Danish?Ayah tak dengar suara dia sejak tadi?"tanya Kenzo sambil tepuk-tepuk belakang badan Dania dengan lembut.
"Ikut mamanya"beritahu Damon semasa menyeluk tangan ke dalam poket nak keluarkan telefon. Nak hubungi Devina. Mana aje la isterinya. Dah nak masuk waktu makan malam ni!
"Iya ke?Eloknya kamu suruh mereka balik awal. Ibu kamu dah masak sedap-sedap tu. Kejap lagi pakcik-pakcik mereka nak pulang. Tercari-cari pula mereka nanti."seloroh Kenzo sambil gerak ke sofa di situ untuk duduk sambil memangku cucu perempuannya.
"Itu la...ni yang Da-"belum sempat Damon nak habiskan kata-kata dan sentuh skrin telefonnya, satu panggilan masuk muncul.. tertera tulisan 'Honey' di skrin tersebut yang mana buatkan Damon terus jawab panggilan tanpa berlengah. "Saya baru nak call awak ni.."
"Ahhaha...sorry..."ketawa Devina dalam panggilan.
"Awak dekat mana ni?"tanya Damon dengan kening berkerut susah hati.
"Hospital."jawab suara tu dengan riang namun perlahan.
Terangkat tinggi kening Damon setelah itu. "Apa dia?Kenapa awak ada dekat sana?"tanya dia dengan risau.
"Naylie dia dah nak bersalin. Sekarang ni Haden ada dalam bilik bersalin sama-sama dengan Naylie. Saya temankan mereka sekarang da-Papa!Kepala kau!"suara Danish menyampuk dari hujung ayat tiba-tiba.
Semakin tercengang Damon dibuat. "Apa?"
"Ahhaha...Danish!Sshh!Stop it!"ketawa Devina diselangi dengan teguran.
"Apa yang berlaku sebenarnya ni?Dan kenapa Danish mencarut?"tanya Damon sewaktu jalan mendekati slidding door menghadap kolam renang.
"Panjang ceritanya. Oh ya Damien dengan Danzo dah sampai ke?"soal Devina dalam panggilan sambil diselangi suara Danish membebel akan sesuatu dari balik latar belakang.
"Belum...itu yang saya nak call awak. Sekali tu awak call saya."Damon ketap garis nipis di bibir lalu menggeleng kepala.
"Okay...kejap lagi saya balik."pamit Devina.
"Okay. Jumpa nanti."balas Damon kemudiannya.
Setelah itu panggilan pun diputuskan dengan Devina terlebih dahulu.
Share this novel