Bab 15 : Pulangkan Balik Sebagai Ganti

Drama Completed 7381

"Dah ingat?"tanya Devina sebaik selesai ceritakan segalanya kepada Kenzo. "Kalau tak cukup...I give you proof."katanya dengan malas. Yalah nak imbas balik benda sedih bukannya perkara yang menyeronokkan. Malah buat dia lagi depressed lagi adalah.

Nafas Kenzo dah naik turun dengan cemas. Anak matanya menggigil takut. Peluh dingin mula berkumpul di tapak tangan. Sumpah terperanjat dia lepas dengar tadi. Tak jangka langsung!Macam mana dia boleh lupa semua tu! Dia terlupa tentang sahabat lamanya itu setelah khabar mengenai kematian rakannya tersebar 10 tahun lalu. Setelah itu dia pun dapat mewarisi kekayaan keluarganya. Dan kemudian dia lupa terus. Dia tak ingat langsung sampaikan siapa Devina sebenar pun dia tak ambil peduli. Apa yang dia tahu semua ini adalah idea dari Renna sendiri.

"Nak buat macam mana ni?Anak kepada orang yang dah berhutang darah dan juga nyawa sudahpun menjadi menantu kepada orang tu...what on earth is going on right now?"Devina capai gelas berkaki berisi jus orennya lalu di sisip dengan bergaya. Kering pulak tekak dia sebab bercakap banyak sejak tadi.  Sambil tu matanya melirik ke Kenzo.

Takut-takut, Kenzo bersuara semula.

"Adakah kamu kahwini Damon untuk balas dendam pada saya?"tanya Kenzo dengan lemah. Dia tiba-tiba rasa tak ada tenaga lepas dengar semua ni. Ibaratnya seperti roh dalam badan dia telah bergetayang keluar!

Devina mengecap bibir sebaik saja selesai minum. Dia letakkan gelas berkakinya ke meja semula dengan perlahan-lahan lantas topang bawah rahangnya dengan tangan kanan sewaktu memandang wajah kasihan Kenzo.

"Buat apa?Macam dah tak ada kerja pulak. Kalau saya nak balas dendam. Tanpa perkahwinan ni, awal-awal lagi saya akan lakukannya."jawab Devina dengan muka tak pedulinya. Yalah, kalau betul dia nak balas dendam. Lama dulu dah dia buat. Bukannya sekarang. Dia berkahwin ni pun sebab dipaksa kan. Suka hati je nak label dia orang jahat!

"Habis tu?"soal Kenzo. "Kamu nak rampas harta saya dan semuanya ni?Tak ke bukan sebab nak balas dendam?"

"Apa yang ayah merepekkan ni?"sengih Devina. "Bukan ke ini permainan ayah sejak awal?Rampas merampas ni?"dia beri renungan 'entah apa-apa' pada Kenzo. "Saya hanya join je."

"Tak...aku tak benarkan kau ambik harta aku...aku takkan benarkannya!"tegas Kenzo yang kemudiannya menampar pinggan di meja itu jatuh ke lantai sehingga pecah.

Devina sikit pun tak tersentak, malah dia boleh menguap sewaktu bunyi pinggan pecah di lantai itu. "Okay...kalau macam tu, saya takkan rampas. Tapi dengan syarat, kalau ayah pulangkan semua harta dan juga hak pemilikan orang-orang yang ayah pernah scam dulu kepada pemilik aslnya, Saya takkan rampas harta ayah. Deal?"ajunya.

Kenzo berkerut kening susah hati sebaik mendengar cadangan Devina itu. "Kamu takkan rampas?"

"Yup."angguk Devina. "So sebagai ganti, ayah kena pulangkan balik. Semua harta tu kepada pemiliknya.Setiap sen, setiap inci. Tak ada kurang tak ada lebih. Sebijik macam mana ayah ambik, sebijik macam tu ia dipulangkan."

"Macam mana kalau Renna marah nanti?"tanya Kenzo yang teringat akan isterinya. Kalau Renna tahu mengenai hal ini pasti wanita itu akan meroyan sakan.

"Memangnya harta ni harta ibu ke...harta orang kan?Ala...Ayah tak payah pening kepala pasal ibu. Biar Devina uruskan dia."Devina lambai tangan tak kisah sambil berkata. "Apa yang penting selama seminggu ni, Devina nak dengar berita mengenai pemulangan harta-harta dan juga syarikat yang ayah rampas dari orang baik-baik. Jumpa mereka depan-depan. Sekiranya tidak, semua rahsia dan juga kegiatan lama yang ayah buat dulu akan saya bongkarkan kepada media. Ayah nak ke hal tu berlaku?Nak hak perwarisan ni jatuh ke adik beradik ayah yang lain?"aju Devina dengan nada sassy dan professionalnya.

Kenzo pandang ke permukaan meja tu dengan muka tidak pasti dan takut-takut. Kenapa la hal boleh jadi terbalik macam ni?Niat dia nak kenakan Devina. Tapi sebaliknya dirinya yang terjerat!

"Dengar tak?"tekan Devina bila dia tengok Kenzo macam dengar tak dengar apa yang dia baru cakap tadi.

"Dengar."angguk Kenzo dengan lemah.

Devina kecikkan mata. Berasa tidak yakin dengan Kenzo. Boleh percaya ke orang tua ni?"Dan lagi satu, apa yang kita bualkan ni, Ibu, Damon mahupun adik-adik yang lain tak boleh tahu tentang ni?Kalau dia orang tahu, ayah jawab sendiri dengan mereka. Saya cuba tolong ayah niso jangan cuba buat perkara yang tak sepatutnya pulak nanti."

Kepala Kenoz tertunduk memandang ke bawah kerana sudahpun kalah dengan peperangan ni. Devina sudahpun menguasai permainan ni."Ya." balasnya pendek.

"Good."Devina pandang ke pinggan dan menyambung semula makannya. Seorang dah settle. Sekarang tinggal empat. Yang mana mungkin sukar untuk dia tangani nanti! Terutama sekali si bongsu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience