Sampai saja di rumah, dia tak expect apapun. Lagi-lagi memikirkan kelibat isterinya ada di rumah ini atau tidak. Yalah, kalau dapat isteri yang lebih muda dari dia, memangnya dapat apa kalau bukan stress dan tekanan semata.
Biasanya kalau dia balik rumah, pasti akan maid yang sambut dia balik, akan serve dia. Ambil kot, simpankan barang, tanya dia nak makan apa, dah makan atau belum dan sebagainya la. Jadi sebaik saja dia melangkah masuk ke lobi Utama rumah agam tu, Bersama semangat yang malas dan tiada mood, Damon jalan sambil tunduk memandang ke lantai.
Penat satu hari ni. Meeting sana sini, attend majlis perasmian dan pecah tanah. Lawat site projek, check dokumen dan pantau prestasi. Semuanya dilakukan satu hari suntuk ni tanpa rehat.
"Baru balik ke?"sapa suara lembut tu tiba-tiba dari arah depan.
Bagai hendak terhenti jantungnya, Damon angkat kepalanya lalu berhenti dari berjalan. Dia pandang tak percaya ke depannya sampai beg bimbit yang dipegangnya terlepas lalu jatuh ke tepi kakinya.Mulutnya terbuka sedikit taktala melihat wanita yang mengenakan robe satin warna biru dari balik pyjama tidur. Selipar dalam berbulu hitam terpasang di kaki. Sebelah tangan memegang mug putih. Di muka terpasang cermin mata bingkai bulat emas. Muka bersih tanpa solekan.
Devina buat muka pelik sebaik bunyi beg itu menghentak lantai kedengaran. Terkejut sangat ke?Ke Damon nampak hantu dekat belakang dia?Nak tahu punya pasal, dia dengan blur-blur pun palingkan kepala ke belakang. Matanya lirik sekeliling. Cuba cari sesuatu yang aneh atau yang mengejutkan. Tapi tak ada apa-apa pun. Dia kembali pandang ke Damon semula.
"Ada apa?Why you look so shock?"soal Devina dengan kening berkerut sewaktu tilik suaminya bawah ke atas, Kena sampuk ek?
"You home."kata Damon selepas sober dari terkejutnya.
Devina buat muka pelik. "Yalah...ke mana lagi saya kena berada?Yang awak ni kenapa?Macam baru nampak hantu je gayanya!!?"kata dia sambil gerak maju ke depan menuju Damon.
Gelabah tiba-tiba bila nampak Devina menghampiri dia, Damon kejung dekat situ. Entah kenapa otak dia tak berfungsi lepas tengok Devina simple macam ni. "Tak...cuma terkejut. Awak ada dekat rumah. Yang biasanya jarang sekali untuk saya lihat."
"Apa yang awak cakapkan ni?Saya baru ada dekat rumah ni okay! Lepas ibu awak halau saya keluar. Memang la awak baru nampak saya dekat sini. Entah apa-apa je la..."kata Devina yang kemudiannya jalan melepasi Damon begitu sahaja. Dia nak naik ke tingkat atas. Cakap macam dia dah duduk bertahun pulak dekat sini. Dasar si pelik!
Damon ingatkan Devina nak dapatkan dia, lepas Devina jalan lepasi dia begitu sahaja, hela nafas lepas dari bibirnya. Dia tak sedar yang dia tahan nafas sejak tadi. Teruja plus seronok punya pasal, Damon tunduk kutip begnya lalu bergegas mengejar langkah Devina yang sudah pun mendaki anak tangga.
Berdiri saja di belakang Devina, Damon perhatikan rambut hitam Devina yang panjang mengurai ke belakang pinggang disanggul tinggi itu sebelum ke langkah tenang dan bersahaja tu. Lalu naik semula memandang leher yang terdedah tu pula.
"Hari ni..awak ada ke mana-mana ke?"tanya Damon sewaktu mereka jalan mendaki tangga diam tak cakap apa-apa.
Devina pandang ke depan sewaktu belok ke kanan dan kembali mendaki tangga untuk ke tingkat dua pula. "Tak."jawabnya pendek dan mendatar. Dia satu hari ni duduk rumah. Buat research macam mana nak ambik harta dari dua beradik ipar dan juga Renna. Jadi dia tak keluar langsung lepas perbincangan dia dengan Kenzo hari ni.
"Kenapa tak keluar?"Damon pandang penuh minat ke leher Devina. "Sebab saya suruh ke?"
Devina dekat depan berdengus mengejek. "Please la...jangan nak perasan.Saya stay dekat rumah sebab memang tak sempat nak keluar. Bukan sebab awak. Jadi jangan full of yourself okay.."getusnya. Ingat dia ni jenis yang dengar kata ke?
Elok Damon nak berdamai dengan Devina hari ni, niatnya terus terbatal. Kurang asam punya bini. Buat spoilt mood betul. Kalau cakap tu tak menyakitkan hati tak boleh agaknya!Urgh! "Okay. Kalau macam tu giliran awak pulak yang tidur atas sofa malam ni. Hari tu saya, kali ni awak."beritahu dia yang kemudiannya jalan melepasi Devina begitu saja, dan sempat jugak dia langgar lengan tu dengan sengaja.
"Mak!"latah Devina apabila tangan dia yang sedang memegang mug itu di langgar dengan sengaja oleh Damon. "Hei!Careful there!"marahnya lepas air coklat panasnya tertumpah sedikit ke anak tangga tu. Sambil mencebik bibir geram, Devina pandang belakang Damon dengan kening mencerlung. Dah kenapa suami dia ni! Angin tak pasal-pasal. Nak monopos ke! Menjengkelkan betul!
Share this novel