Flashbacks
Di saat genting seperti ini, sepatutnya ahli keluarga atau orang tercinta berada di sisi untuk menemani saat-saat terakhir sebelum tinggalkan dunia ni buat selamanya. Namun begitu, oleh kerana kerana keadaan tidak mengizinkan dan hanya menjadi anak tunggal seumur tanpa saudara mara lain. Maka terbaring la sendirian ayahnya di atas katil sambil ditemani dirinya pada senja ini.
"Devina"
"Ya papa."sambutnya dengan perlahan. Namun tangan sejuk lagikan dingin milik ayahnya di gengam erat. "Devina dekat sini.."
"Maafkan papa sayang."
"Kenapa papa mintak maaf?There is nothing that you do wrong. You always make me proud.Always. " ujarnya sambil beri senyuman paling ceria yang dia boleh berikan saat ini.
Papanya pandang dia dengan renungan berkaca dan serba salah yang mana buatkan perpisahan ini semakin sukar untuk dia tangani. "Sebab papa akan tinggalkan kamu sendirian dalam dunia ni...Maafkan papa sebab tak dapat hantar kamu ketika kamu berkahwin suatu hari nanti."
Ya Tuhan!Hampir hendak luruh jantungnya sebaik mendengar bait kata papanya. Namun dia sudah berjanji yang dia takkan menangis. Jadi dia tidak akan mengalirkan air mata tidak kira apa sekalipun keadaannya. "Jangan risau.Devina tak apa-apa. Papa jangan la sedih sebab Devina takkan berkahwin."kata dia dengan nada main-main.
Tersengih nipis papanya.
"Sayang...papa tahu apa yang papa minta ini berat buat kamu. Tapi boleh ke kamu berjanji pada papa?"
Dia mengangguk kepala sambil tersenyum. "Sure. Apa dia?"
"Sekiranya satu hari nanti bila kamu telah dewasa dan jadi seseorang yang kuat. Boleh ke kamu sampaikan salam terakhir ayah kepada Kenzo?"
Sampai ke akhir nafas, papanya masih tetap setia mengingati rakan baik yang sudahpun lama melupaka diri tuanya ini. Sungguh mulia sekali hati papa dia. Tapi Kenzo tahu ke ini?"Boleh Pa, apa yang papa nak Devina sampaikan?"
"Beritahu dekat dia, Papa nak berterima kasih pada dia sebab sudi jadi kawan kepada papa sewaktu papa bersendirian dan terpinggir. Terima kasih sebab sudi terima kawan tidak berguna seperti papa dan bantu papa bina kehidupan papa sehingga Berjaya seperti ini"ucap papanya dengan nafas naik turun tersekat-sekat susah payah.
"Boleh. Devina akan sampaikan kepada dia nanti."janji dia sewaktu bawa tangan dingin papanya ke bibir lalu dikucup dengan kasih. Hanya Tuhan saja yang tahu, betapa dia berharap papanya tidak akan meninggalkan dia.
"Sekiranya kamu tak kisah. Tolong la bantu Kenzo dan keluarganya. Mereka sebenarnya bukan orang jahat. Mereka hanya dibesarkan dengan cara yang salah sahaja. Kerana itu la mereka begini. Papa harap kamu faham."ujar papanya lagi dengan terdesak.
Ya. Dia tahu...malah dia faham sangat. "Berehatla. Semuanya akan baik-baik. Papa dah lakukan yang terbaik untuk semua orang. Devina relakan papa pergi."beritahu dia supaya papanya tenang di sana nanti. Dia tak nak papa dia berasa kesal atau terkilan pada saat-saat akhir begini.
"Terima kasih Devina. Papa bangga mempunyai anak seperti kamu ini."lafaz papanya dengan hela nafas pendek.
Sambil berikan senyuman lebar kepada dia untuk kali terakhir, perlahan-lahan mata papanya pun terpejam. Lantas nafas itu menghela keluar dengan panjang sebelum dada tersebut tidak lagi bergerak.
End of flashbacks
"Bah!"sergah Naylie dari arah tepi sambil pegang bahunya sebelum ketawa.
Dia yang tidak mudah tersentak itu palingkan kepala ke sisi sebelum tersenyum senang. "Kau dah sampai?"tanya dia.
"Ahaha...sorry. Lambat. Jalan sesak tadi. Lama kau tunggu?"Naylie gerak menarik kerusi menghadap Devina sebelum duduk selesakan diri di situ. Namun tak sempat nak helakan nafas lega, ada yang menyampuk.
"Kerusi tu ada orang yang punya."sampuk satu suara dari sebelah satu lagi dengan tiba-tiba.
Naylie yang dengar dengan laju palingkan kepala ke sebelah mejanya. Terbuka luas terus mata dia lepas nampak lelaki lampai bercermin mata di situ. "Woi!Asal kau dekat sini?"tanya dia dengan terkejut sewaktu Haden jalan dekati meja mereka sambil tatang dulang berisi minuman dan makanan ke situ.
Haden buat muka toya yang menyampah lepas dengar soalan itu.
"Aku yang patut tanya kau! Apa kau buat dekat sini??"soal Haden semasa berdiri di sebelah Devina lalu meletakkan dulang makanan yang mereka order tadi lalu duduk di kerusi di sebelah kanan meja bulat tersebut.
Naylie buat muka terkejutnya.
"Aik...aku pulak. Kau tu yang menyibuk dekat sini kenapa?Dah blah sana."halau Naylie dengan muka menggerutu tak suka. Menyemak betul budak skema ni!
"Suka hati aje kau halau aku eh. Hello cik buntal, Devina ajak aku dulu ke sini okay! Kau tu yang menyibuk. Kau je la yang blah sana!" balas Haden yang tak nak lebih kurang dengan Naylie.
"Apa kau panggil aku?Cik buntal?Kalau aku buntal kau tu si nobita mata empat tak cukup umur!"lawan Naylie dengan merinding geram!
Dua kali lima je perangai dua orang ni!
Devina yang melihat lagat dua orang rakan baiknya tersenyum sendiri sewaktu duduk tegak hendak mencapai mangkuk aiskrim yang dia order keluar dari dulang tu. "Saya pelawa Naylie dulu baru ajak awak ke sini Haden." beritahu dia.
"Hah...dengar tu. Nampak tak dekat sini siapa yang menyibuk?"bidas Naylie sambil tunding jari ke bilah bahu Haden kejengkelan.
"Hei!Apa pegang-pegang ni hah!Jauhkan tangan kotor kau tu dari aku!"Haden tepis-tepis tempat Naylie sentuh dia tadi.
"Eeew!Eeew!"geletis Naylie pula. "Bagi aku sanitizer~Aku nak sucikan tangan aku ni!" Naylie acah-acah kalut cari sesuatu dekat meja tu. Macam la dia tak jijik sentuh Haden!
Malas nak melayan kerenah dua orang itu, Devina hanya sibukkan diri menyuap aiskrim ke dalam mulutnya. Hanya duduk di situ menyaksikan pertengkaran kartun antara Naylie dan Haden. Kerana ini la dia treasurekan dua orang sin chan di depannya. Sebab mereka la penyeri hidup dia selama ni. Kalau di beri emas atau duit berjuta sekalipun, dia akan tetap pilih Naylie dan Haden.
Kalau bukan kerana papa dia ajar dia untuk hargai seseorang yang dipanggil rakan itu. Mungkin dia takkan tahu betapa pentingnya seseorang kawan itu dalam hidup dia. Dan sejak munculnya Naylie dan Haden dalam hidup dia, dia sikit pun tak pernah rasa kurang. Sebab dua orang ini kadang-kadang boleh berkelakuan seperti mama dan papa dia. Ada masa risaukan dia, ada masa manjakan dia, ada masa beri nasihat dan teguran kepada dia. Dan ada masa tu suka menyakitkan hati dia. Tapi dia tak kisah pun. Kerana semua itu la yang buatkan hidup dia bermakna.
"Tarik balik apa kau cakap tadi tu mangkuk!"
"Memang betul pun...kau si buntal berambut cendawan tak cukup hormone!"
"Habis kau tu apa kurangnya...si nerd dengan neuron tak berhubung!"
"Si buntal!"
"Si nerd!"
"Argh!Aku bencikan kau Haden Norman!"
"Kau ingat kau seorang je ke!"
Devina ketawa kecil mendengar komen itu sewaktu menyuap satu sudu penuh dengan aiskrim ke dalam mulutnya. Dia tak nak menyampuk. Dia nak tonton lebih lama hiburan free ini. Kalau la papanya ada bersama dengan dia sekarang, pasti orang tuanya itu akan ikut dengan perbualan kartun Haden dan Naylie ni.
Share this novel