Bab 41 : Serious Talk.

Drama Completed 7381

Selepas seharian dia fikirkan dan buat pertimbangan, Devina ambil keputusan untuk beritahu Damon mengenai segala yang dia simpan selama ini. Serta rancangan dia yang seterusnya. Jadi selepas pulang dari syarikat dan hang out bersama Haden dan Naylie, dia bersihkan diri, makan makan Bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Kemudian masuk ke bilik tidur untuk buat sedikit persiapan. Setelah itu baru la dia masuk ke bilik study dimana Damon suka habiskan masa setiap hari sehingga tengah malam.

Setiba di depan pintu kayu itu, Devina berdiri sekejap nak pastikan keputusannya tepat atau tidak. Dekat lima minit jugak dia berdiri di situ. Dan selepas yakin apa yang dia buat ini adalah keputusan yang betul, baru la dia ketuk permukaan pintu buat beberapa kali sebelum tolak ia ke dalam dengan perlahan-lahan.

"Awak?"panggil dia sambil jenguk kepala ke balik daun pintu.

"Sini..."sambut Damon di depan sebuah rak dimana fail-fail tersimpan.

Devina palingkan kepala ke sebelah kiri pintu kemudiannya sebelum ternampak suaminya berdiri di situ sedang tunduk memeriksa isi sebuah fail."Busy ke?"tanya dia sambil tutup pintu di belakangnya.

Kepala Damon tersentak memandang ke tepi lalu bertentang mata dengan Devina sebelum tersenyum. "Tak adalah. Awak perlukan apa-apa ke?"tanya dia sambil tutup fail di tangan lalu disimpan semula ke dalam rak.

"Ada sesuatu yang saya nak beritahu awak." kata Devina sambil jalan dekati sofa di ruang tengah bilik study tersebut tanpa alihkan matanya dari Damon.

"Sure."tanpa berlengah Damon pun ikut mendekati Devina ke sofa yang sama. Sebaik saja dia Devina duduk, dia baru la duduk di sebelah isterinya dengan rapat. "Apa perkaranya tu?"tanya dia setelah itu.

Devina pandang muka suaminya dalam-dalam. "Sebelum tu saya nak minta maaf."ucap Devina sambil tenung mata Damon. "Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Untuk setiap kata-kata dan jugak perbuatan saya terhadap awak selama ni."

Terus tersenyum Damon lepas dengar. "It okay...saya dah lama maafkan awak."tepi kepala Devina di pegangnya sebelum dia usap rambut licin Devina dengan kasih. "Saya tak pernah marahkan awak. Dan sejak awal lagi semua salah awak saya dah lupakan."

Oh..so sweet!"Kalau macam tu saya nak awak dengar apa yang saya akan sampaikan."Devina kerutkan sikit keningnya sewaktu pandang Damon. Serious talk now! Nak romantik-romantik tunggu bila semuanya settle.

Damon mengangguk kepala faham.

"Sekejap lagi, keadaan kan jadi sangat kelam kabut dan tertekan. Everything gonna be so messed up. Sebab saya dah serahkan maklumat yang boleh gulingkan legasi The Royal sepenuhnya termasukla isi-isinya sekali." beritahunya.

"Apa yang awak dah serahkan?"tanya Damon dengan muka tak faham.

Devina termenung sekejap masa pandang kolar baju Damon yang tidak berbutang tiga dari atas. Beberapa saat kemudian, dia gerakkan matanya semula ke mata Damon. "Sesuatu yang mungkin akan buatkan atuk awak meringkuk dalam penjara dan semua harta dalam keluarga ini di sita. Awak serta ahli keluarga awak akan jatuh miskin."katanya dengan nada serius. Kening Damon terangkat sedikit sebaik.mendengarnya.

"Jadi apa saya nak mintak dari awak sekarang adalah percayakan saya dan letakkan kesetiaan awak pada saya. Boleh awak lakukannya?"minta Devina dengan nada serius.

Dah tiba ke masanya datuknya menerima hukuman yang setimpal?Damon pandang ke jari bercincin Devina buat seketika. Dia dah lafaz ikrarnya untuk Bersama dengan Devina sewaktu majlis perkahwinannya tempoh hari, jadi sekali pun Devina tak minta, dia tetap akan lakukannya. "Boleh."jawab dia sebelum tersenyum nipis. "Janji awak tak tinggalkan saya."

Devina tersenyum nipis. Hish!Sempat lagi la suaminya ni. Dia nak serius pun tak boleh. "Saya janji semua ini akan berakhir dengan baik. Macam mana papa saya minta saya supaya lindungi keluarga awak. Itu la yang saya akan lakukan."katanya bersama hati yang hiba. Amanah terakhir papanya perlu dia laksanakan jugak.

Air muka senang Damon jatuh menjadi keruh sebaik mendengarnya. "Apa awak cakap tadi?"dia salah dengar ke?Papa Devina minta apa?

"Ya,Damon....saya buat semua ni sebab atas permintaan terakhir ayah saya supaya bantu dan lindungi keluarga sahabat baiknya. Kenzo. Sehingga akhir hayat dia, awak semua tetap di hati dia."Devina beri senyuman sedihnya kepada Damon.

Mulut Damon terbuka sedikit kerana dia tergamam. Sampai ke sudah, keluarga Devina tak pernah berhenti berkorban demi keluarganya yang tak guna ini?Tapi kenapa?Apa hutang keluarga Devina pada keluarga mereka yang hina ini?

"Oh...Devina...maafkan saya."ucap Damon dengan sedih sebelum tarik Devina ke dalam pelukannya. Sungguh!Dia bersalah pada Devina kerana terpaksa tanggung semua ni sendirian. Jadi selama ini apa yang Devina lakukan bukan sebab Devina bencikan keluarga dia, tapi sebaliknya. Devina hanya hendak lindungi ahli keluarganya saja. Malah siap bantu mereka lagi tu.

Devina pejam mata dia sebaik sahaja tubuhnya di peluk. Dia berasa lega yang sangat menyelesakan. Rasa macam semua beban yang dia tanggung selama ini perlahan-lahan menghilang. Dia tak tahu seronok jugak bila dipeluk macam ni. Lagi-lagi dengan suami sendiri yang sweet lagikan gentle ni.
Haih..Nampaknya dia dah tak boleh la nak lepaskan Mr.Menjengkelkan ni! Sebab Mr.Menjengkelkan ni dah buat dia tersuka pada suami sendiri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience