Bab 26 : Pelan Tiga

Drama Completed 7381

Akhirnya!

Malam yang dinantikan tiba juga. Selepas perancang demi perancangan, maka meriah la laman Utama rumah agam The Royal itu dengan prop birthday, meja buffet dj booth, para tetamu yang mengenakan pakaian mewah lagikan bergaya. Rentak lagu yang rancak meriuhkan lagi suasana majlis tersebut.

Kek empat tingkat terletak di atas meja menghadap lantai tarian. Kelibat host majlis pula sibuk dikelilingi tetamu wanita, yang terdiri daripada scandal dan keluarga sendiri.

Para tetamu yang lain pula seronok menjamu selera dan berborak sesama mereka.

Beberapa orang staf catering berlegar sana ke mari menghidangkan makanan dan minuman atas dulang kepada mereka semua di situ.

Semua dekat situ seronok. Senyuman terukit di bibir masing-masing. Tapi sayang...mereka tak jangka apa yang bakal menimpa mereka di situ.

"Selamat hari tua Danzo!"ucap Damien yang beri bro hug pada adiknya.

"Thanks bro!"

"Oh ya...katanya awak ada kakak ipar?Dia tak ada sekali?"

"Yalah...kenapa tak pelawa dia sekali Bersama kita?"

Danzo yang dengar rakan-rakannya bertanya hanya beri senyuman nipis. Entah...mana cik akak seorang ni?Dia nak jadikan modal ejek pun tak menyempat dari tadi.

BOOM!BOOM!

Tak semena bunyi yang kuat muncul dari depan dj booth. Lantas skrin yang dipasang menghadap para tetamu di situ menyala dan mengeluarkan cahaya putih yang terang dengan tiba-tiba.

Semua di situ tersentak, siap ada yang melompat terkejut kerana bunyi kuat dari stereo tersebut.

Danzo, Damien dan rakan-rakan lelaki itu ikut berpaling.

"Kau ada surprise untuk kita orang ke?"tanya mereka di situ dengan senyuman di bibir sewaktu pandang ke arah pentas.

Danzo yang tak tahu apa yang tengah berlaku hanya diam memandang ke arah pentas itu. Sekali bila dia Nampak kelibat wanita bersanggul kemas dan mengenakan dress paras lutut fit ikut bentuk badan warna purle gelap off shoulder, mata dia terus di kecilkan.

Devina, si master devil sendiri naik ke atas pentas dengan langkah yakin dia lalu berdiri menghadap para tetamu yang kebanyakan terdiri daripada sanak saudara sebelah ibu dan ayah mentuanya itu. Lalu muncul seorang lelaki muncul di sebelah lalu menghulurkan sebuah mikrofon ke tangan Devina.

Tanpa alihkan matanya dari para tetamu di situ, Devina capai mikrofon itu lalu di bawa ke depan mulut. "Ehem...mic test 1..2..3."ucap dia. "Dengar semua?"tanya dia.

Habis senyap sepi laman tu. Semua orang berhenti dari bercakap, lagu pulak berhenti di mainkan.

Tersengih senang kerana semua perhatian terarah padanya, Devina berdiri di situ sambil mencekak tangan sebelah pinggang, sebelah lagi memegang mikrofon. "Hai...good evening to everyone at here." mulanya sambil lirik setiap wajah di situ. "As you know...today is Danzo birthday. My beloved brother in law."lantas tangannya di ajukan kepada lelaki segak mengenakan sut dan t-shirt hitam di baliknya. "Bagi yang tidak mengenali diri saya. Perkenalkan. Saya Devina Winter, isteri kepada Damon Knight. Lelaki yang sedang berdiri di sebelah ibu tercinta, Renna.."tangan dia di aju ke orang dimaksudkan.

Semua di situ yang beri perhatian pada Devina pandang ke arah yang ditunjukkan oleh wanita itu dengan patuh.

"So for tonight event, I have big surprise for everyone. Especially for you Danzo"ucap Devina dengan senyuman jahat tayang barisan giginya.

Danzo yang sedang berdiri dekat belakang tu perlahan-lahan bergerak di celah tetamu di situ sehingga la dia tiba depan pentas tersebut.

Devina petik jarinya sebagai isyarat. "Persembahkan"ucap dia setelah itu sebelum gerak ke tepi untuk tunjuk skrin tersebut.

FLIK!

Skrin yang tadi putih kini mengeluarkan warna dan imej lalu diselangi dengan suara orang bercakap-cakap.

Pada awalnya semua dekat situ agak kebingungan sekejap. Sekali lepas imej dan video yang dimainkan diskrin mula menunjukkan visual yang jelas, terus berdekah-dekah ketawa mereka semua.

"Apa tu?Danzo ke?"

"Kelakarnya!"

"Ahahaha!"

"Apa yang dia pakai dekat kepala?"

"Oh my god!Aku tak tahu pulak kau minat dengan pakaian perempuan Danzo!"

Habis kecoh satu halaman tu dengan suara orang berborak dan ketawa selepas menonton video dan gambar lama yang Devina simpan sewaktu Bersama dengan Danzo dahulu. Gambar-bambar memalukan yang Danzo sendiri tidak tahu telah ambil.

Devina dekat atas pentas bersilang tangan ke dada sewaktu perhatikan Danzo memberi reaksi dengan hadiah yang dia berikan ini. Sekarang tengok siapa cari pasal dengan siapa.

"DEVINA!"bentak Danzo lepas 15 saat video di mainkan. Lelaki tu dengan marah naik ke atas pentas.

Tidak takut akan Danzo, Devina hanya berdiri di situ memerhati langkah lelaki itu. Selangkah demi selangkah sehingga la Danzo berdiri depan dia Bersama muka bengis nak membelasah orang.

"Padam video ni!Berani kau kan!"marah Danzo selantangnya dekat situ.

"Ahahaha...kenapa?Comel apa video ni...kan awak sendiri yang tunjuk benda ni...kenapa nak marah?"ejek Devina dengan ketawanya.

Danzo angkat tangan hendak menampar Devina. "Kau memang nak ke kena kan!"lafaz dia semasa angkat tangan menghayun ke muka Devina.

Ingat dia takut?Well..selain ni dia ada sediakan 'hadiah' lain.

Seincin sebelum tapak tangan tu hinggap ke muka Devina, tidak semena, Danzo kaku berdiri di situ. Dia pandang membutang mata ke Devina sebelum bawa tangan dia yang tadi ke perut lalu berkerut kening menahan sakit.

Walaaa!

Here it come!

"A-apa kau dah buat?"tanya Danzo dengan muka kemerahan dan berpeluh sakan.

"Apa saya dah buat?"tanya Devina semasa tunduk memandang Danzo yang sedang membongkok memeluk perut. Dia kemudiannya alihkan mata dia ke para tetamu yang ada di situ.

"Apa kau dah letak dalam minuman aku ha?"seperti mahu membuang air besar, Danzo tahan sekuat hatinya bila rasa memulas yang amat mendesak isi perutnya di keluarkan dekat situ jugak.

Pada masa itu la beberapa orang tetamu di situ mula menunjukkan simtom yang sama seperti Danzo tunjukkan. Lantas Devina capai rambut Danzo lalu dicengkam kuat untuk berdirikan lelaki tu tegak menghadap dia.

Dengan muka berkerut-kerut, Danzo terpaksa berdiri bila rambutnya di Tarik dengan Devina. Sumpah dia perlu ke tandas sekarang jugak! Tapi dia perlu tahu apa yang Devina dah buat!

Dia lentokkan sikit kepala ke kanan lalu berkata."You lose. Seperti dalam perjanjian sekiranya awak marah, harta awak akan jatuh ke tangan saya Danzo. Sebagai buktinya awak tinggikan suara pada saya tadi."sengih Devina dengan jahat setelah itu.

Menjegil bulat mata Danzo. Dia tak perasan yang dia naik marah tadi. Oleh kerana terkejut dengan apa yang di tontonkan pada umum tadi, buatkan dia terlupa mengenai pertaruhan mereka."K-kau-"tak mungkin! Habis la harta dia!

"Jangan risau...awak dan mereka semua ni tak apa-apa. Saya hanya bubuh ubat julap di dalam setiap makanan dan minuman yang ada dekat sini?Macam mana sedap tak?"beritahu Devina dengan nada perlahan di depan muka Danzo. Namun hanya cukup kuat untuk Danzo seorang saja yang dengar.

Sebaik saja Devina beritahu hal itu, suara orang berteriak dan kekecohan pun berlaku di laman tersebut.

"Argh!Perut aku!Mana tandas!"

"Aduh kenapa ni!"

"Sakitnya perut...saya nak ke tandas!Mana tandas!"

Para tetamu di situ mula jatuhkan apa saja yang mereka pegang dan terburu-buru pergi ke merata arah nak cari bilik air.

Danzo yang lepas dengar tu pandang tercengang ke Devina. Tak terkata dia dibuatnya.

"Saya dah beritahu bukan...this party gonna be messed up so much?"sebut Devina sebelum lepaskan rambut Danzo dan tolak lelaki tu jatuh ke lantai pentas tu begitu saja dan menuruni tangga pentas tersebut dengan langkah sassynya.

Damon dan Renna yang berdiri dekat tepi hanya perhatikan langkah Devina tanpa berbuat apa-apa.

Bersimpuh la Danzo dekat situ cuba bangun dari situ hendak selamatkan dirinya.

Berdiri saja di depn Damon dan Renna, Devina tersengih pada mereka. "Dah makan?"tanya dia dengan muka tak bersalah. Langsung tak peduli akan kekecohan para tetamu yang bertempiaran lari dekat laman tu tak tentu arah di belakangnya.

"Belum."jawab Renna takut-takut.

"Kalau macam tu...mari la kita makan dekat dalam...wahai ibu..encik suami. Makan makanan yang lebih selamat. Mereka pasti sudah siap sediakannya?"ajak Devina sambil lirik mereka berdua seorang demi seorang dengan mesra.

Takut kena nasib yang sama, mereka berdua mengangguk kepala patuh tanpa berkata apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience