Bab 32 : Shall We Have The Bet

Drama Completed 7381

"Devina...bukan?"tanya Knight sambil dekati kerusi kosong yang sedia di tarik untuk dia oleh butler di situ.

"Ya saya...menantu yang atuk tak sempat nak hadirkan diri masa majlis perkahwinan hari tu." beritahu Devina dengan nada sindiran dia. "Sila la duduk. Kami baru saja nak sarapan." aju dia sambil sandar ke belakang gaya bos masa perhatikan langkah orang kuat The Royal yang telah banyak makan ramai mangsa dan kaut keuntungan dengan scam dan penipuan.

Kenzo ikut duduk selepas nampak ayahnya duduk. Setelah itu dia buat muka tak senang hati. Ini lain tak bukan mesti ayah dia nak tanya soal perkembangan rampasan harta keluarga Devina. Yalah...biasanya dalam seminggu selepas perkahwinan diadakan, pasti harta dapat dirampas. Ini tidak dah masuk sebulan lebih bukan harta Devina saja melepas malah harta mereka sendiri melayang!

"Apa yang atuk buat di sini?"soal Damon ketika baca butiran dalam dokumen sambil kunyah makanan dalam mulut.

Knight pandang ke Damon dengan kening terangkat judging. "Memangnya salah ke atuk ke sini?lawat kamu sekeluarga memandangkan ayah kamu langsung tidak beri khabarnya kepada datuk..."katanya berbaur penuh maksud tersirat. Dah masuk sebulan! Dia suruh cucunya dan anak lelaki dia rampas harta keluarga Mariah. Kenapa tak rampas-rampas sampai sekarang?Ke mereka dah rampas tapi diam-diam kaut semua tu harta sendiri!?

Devina yang sedang memotong telur mata kerbau lalu diletakkan atas garlic breadnya tersengih meleret. "Khabar apa yang atuk nak dengar? Khabar mereka sihat and doing good atau mereka tak beritahu sama ada harta saya dah dirampas atau belum ke?"tanya dia sebelum suap roti itu ke mulut sambil memandang Knight. Heh...kelakar la orang tua ni..sanggup ya sampai ke sini sendiri semata nak tahu!

Renna cepat-cepat letak tangan ke lengan Kenzo sebab takut. Takut Devina akan apa-apakan ayah mentuanya pula. Dia sedaya upaya kawal dirinya supaya tak bersuara.

Sementara Knight palingkan kepala ke Devina dengan jelingan tajam dia. "Oh...kamu dah tahu?"kepalanya dilentokkan sedikit.

Sambil mengunyah tu, Devina angguk kepala dan beri senyuman manis kepada Knight. Of course. Awal-awal lagi dia dah tahu. Apa ke lembabnya orang tua ni!

Damon menggeleng kepala sewaktu lirik ke isterinya. Mula dah!

Danzo dan Damien yang masing-masing dalam keadaan tidak mengizinkan tak dapat nak masuk campur atau beritahu siapakah Devina ini sebenarnya. Sebab kalau mereka bukak mulut, habis jatuh miskin terus mereka nanti. Jadi mereka hanya sibukkan diri dengan makanan masing-masing dan buat-buat tak dengar akan perbualan itu.

Devina tarik senyuman jahatnya setelah selesai menelan makanan. Shall we start the bet now?

"Ya...saya dah tahu segalanya. Dan nak tahu apa yang paling menyeronokkan?"ujar dia pada Knight dengan over reaction.

Kening Knight berkerut tak faham. "Apa perkara tu?"tanya dia ingin tahu.

Devina buat-buat ketawa sinisnya. Lalu air muka dia jatuh dari main-main kepada serius.  "Dari mereka patut rampas harta saya, sebaliknya saya yang rampas harta mereka. Dan sekarang giliran datuk pula."beritahunya sebelum tarik sengih meleret.

Terbutang luas mata Knight lepas mendengarnya. "Kamu apa!?"

Cangkir berisi kopi di capai Devina lalu dia bawa dekat ke bibirnya sebelum berkata. "Shall we have the bet now?"lantas air kopi hangat itu di sisip sedikit.

Knight pandang ke Kenzo dan Renna dengan muka tercengang dia. "Betul ke apa yang dikatakan oleh  menantu kamu tu?"tanya dia pada mereka.

Kenzo dan Renna tidak memberi reaksi. Mereka hanya diam menundukkan mata menikmati makanan mereka. Mereka tak berani nak buka mulut.

"Tak perlu susah-susah tanya mereka..." beritahu Devina sewaktu dia meletakkan cangkir tadi ke piring kecil di situ.

Bersama dada sesak tiba-tiba sebab terkejut, Knight pandang ke Devina semula.

"Sebab mereka takkan bercakap selagi saya tak suruh mereka bercakap."sambung Devina sewaktu pandang ke Knight yang sedang berkerut kening seakan tidak puas hati terhadapnya.

"Siapa kamu ni?Hah?!Menantu jenis apa sampai sanggup buat keluarga mentua kamu macam ni?"Knight tumbuk permukaan meja dengan berang.

"Ahah.."Devina ketawa pendek. "Saya?Well..kalau atuk tanya saya siapa, nama saya Devina Winter Wood. Menantu dari neraka untuk keluarga ni..."beritahunya sambil letakkan dua jari bawah rahangnya sewaktu menyiku lengan kanan di arm rest kerusi makan tersebut.

Semua di situ pandang Knight dan Devina silih ganti dengan renungan penuh gementar. Ini la kata peribahasa, bila buku bertemu ruas.

Knight orang yang licik.

Tapi selicik Knight, Devina seorang yang paling berbahaya untuk di berurusan dengan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience