Semua yang ada di situ berdiri tegak memandang pasangan yang berjalan masuk ke dalam ruang tamu mereka.
Mereka renungan serius dan wajah tanpa perasaan. Masih marah dan terkesan dengan kejadian yang berlaku sewaktu majlis perkahwinan tadi.
Ada ke patut!
Orang kahwin pakai la yang cantik-cantik, solek yang betul, ini tidak pakai macam orang baru keluar dari hospital sakit jiwa. Buat malu orang aje!
"Kamu dah sampai Damon?"sapa Renna, ibu kepada Damon. Wanita berambut kerinting paras dada dan tinggi lampai.
Damon beri anggukan kecil sewaktu mendekat.
Lalu mata Renna jatuh pada wanita berambut panjang lepas ke paras dada yang sedang jalan dengan langkah yakin dan penuh aura berani. Lain dari penampilan sebelumnya, wanita ini kelihatan lebih bertamadun dari sebelumnya.
"Ingatkan siapa tadi?"tegur Danzo, anak ketiga dengan nada sinis. "Mana rambut afro yang dipakai tadi?"
Devina pandang kelima-lima manusia yang berdiri di hadapannya dengan renungan penuh minat. "Show dah habiskan...buat apa di pakai."selorohnya sebelum tersengih lebar.
"Woah...siapa ni?Dari mana ibu dapat dia?Ibu kata calon kali ni senang ditundukkan?"sampuk anak lelaki kedua, Damien, pula.
Damon yang dengar menjuling mata menyampah. "Apa-apa je la. Dah cepat selesaikan urusan perjanjian ni serta merta."gerutunya semasa jalan ke arah sofa berdekatan lalu duduk menghenyak punggung dengan letih di situ. Penat!Dia tak tahu pula majlis resepsi ni begitu memenatkan. Harap-harap dia takkan hadapi hal yang sama di masa hadapan nanti.
Devina pandang ke Damon dengan kening terangkat sebelum pandang ke mentua dan ipar di depannya. "Perjanjian?Perjanjian apa?"
Terus tersengih jahat Kenzo, ayah kepada tiga beradik dan suami Renna. "Ianya hanya tradisi yang biasa keluarga kami tetapkan kepada setiap pendatang baru ke keluarga ini..sila la duduk. Boleh la kita berbincang dengan lebih baik."ajunya.
Renna hanya memberi jelingan menyampah ke Devina sebelum ikut duduk di sebelah Damon. Tidak ingin dia biarkan Devina dekat dengan anak lelaki sulungnya. Lalu diikuti Danzo dan Damien yang duduk di sofa yang ada di situ. Sementara Devina seorang diri duduk di sofa satu seat di situ menghadap lima beranak di depannya.
Seusai semuanya selesakan diri di situ, mereka yang ada di situ. Lalu muncul seorang butler lelaki dari tepi lantas meletakkan dua fail hitam berdokumen di dalamnya di atas meja kopi depan Devina dan Damon. Setelah itu sebatang pen di letakkan di situ.
Devina yang tahu apa yang akan dilakukan oleh mereka Tarik sengih mengejek. Berasa lucu. Ingat mereka saja ke yang sediakan perjanjian. Dia pun ada lah. Awal-awal lagi dia prepare semua ni. Heh!
"Seperti yang disertakan dalam dokumen itu, terdapatnya syarat untuk kamu ikuti dan persetujui. Sekiranya kamu gagal penuhi setiap syarat yang ditetapkan di situ, maka terdapatnya denda yang kamu perlu bayar."ujar Renna dengan nada sinisnya.
Devina mengangguk kepala sambil buat muka innocent dia. "Untuk apa ya?"tanya dia sambil capai fail tersebut lalu di bawa ke atas pehanya. Dia baca tajuk besar pada headline dokumen tu. Ianya bertajuk, pertukaran hak milik harta. Dan di bawahnya disenaraikan beberapa syarat yang perlu dia ikut dan larangan yang dia perlu elak.
"Untuk apa lagi..baca la. Ke buta huruf sampai tak boleh nak baca?"seloroh Damien dengan nada mengejeknya.
Damon yang duduk di sebelah ibunya hanya tilik Devina yang kelihatan begitu tekun sekali meneliti dokumen di situ. Seperti calon-calon yang sebelum ni, tak ada siapa yang pernah dapat bertahan untuk hidup dalam keluarga The Royal ni. Jadi dia yakin, Devina juga salah seorang dari mereka. Mungkin bulan depan atau dua minggu dari sekarang mereka berdua akan bercerai. Dan harta mereka akan berlambak kemudian!
"Oh...so. Pendek ceritanya, dekat dalam dokumen ni, kalau saya tak tandatangan, kalian akan jejaskan nama baik keluarga dan rosakkan company keluarga saya. Dan kalau saya tandatangan saya perlu ikut syarat di sini yang mengatakan, saya tak boleh ingkar setiap arahan yang diberikan oleh suami saya iaitu encik Damon. Sekiranya saya ingkar maka saya perlu bayarkannya dengan harta saya 50 peratus darinya. Paling penting syarat dekat sini kata, saya tak boleh naik angin atau tinggikan suara kepada mana-mana ahli keluarga The Royal. Sekiranya saya berbuat begitu, maka dengan itu penceraian akan berlaku dan harta saya akan disita sepenuhnya."baca Devina sewaktu tunduk memandang dokumen di dalam fail tu.
Semua di situ diam tidak menyahut. Renna mahupun Kenzo hanya tersengih bangga. Ya. itu adalah syarat yang mereka telah kenakan kepada menantu-menantu yang berkahwin dengan keturunan keluarga ni selama berpuluh tahun lamanya. Dengan cara inilah mereka dapat teruskan legasi agung The Royal tanpa rasa goyah dan gentar.
Lantas Devina pun angkat kepalanya. "Kalau begitu saya pun ada agreement untuk keluarga ni. Yalah mana adil kalau anda saja yang buat keputusan tapi tidak saya. Baru la win-win ya tak?"katanya sambil seluk tangan ke dalam beg tangannya sebelum satu sampul surat saiz A4 dikeluarkan dari situ lalu di luncurkan ke sebelah meja. Terus Devina silangkan tangannya ke dada saat sandarkan badan ke belakang. "Buka la...tawaran saya lebih menarik dari anda punya."dia juih dagu ke sampul surat tu.
Damon orang pertama yang capai sampul tu lantas membukanya. Sebaik dia buka dua helai kertas dengan butiran di atasnya dikeluarkan dari sampul tersebut. Dikeluarkan saja dari sampul tu, dia baca isi dokumen itu dengan kening berkerut.
"Di dalam dokumen itu mengatakan, sekiranya anda semua boleh buatkan saya marah sepanjang masa saya di sini. Dengan rasmi saya akan serahkan hak pemilikan harta kepada keluarga ni. Namun sekiranya sebaliknya berlaku, iaitu saya buatkan awak semua naik angin dan melenting dengan tindakan saya di sini, maka anda perlu serahkan setiap harta yang anda miliki kepada saya?Amacam okay tak?"kata Devina sewaktu perhatikan Damon baca isi perjanjiannya.
Renna yang hendak minum teh dari cangkirnya hampir hendak tersedak lepas dengar. Dia cepat-cepat letakkan cangkir tadi ke meja lalu Tarik kertas dari tangan Damon dan membaca isi dokumen tersebut. "Kamu serius?"
Devina tersenyum sambil mengangguk kepala perlahan. "Yes. I'm dead serious now. So saya tandatangan dokumen ni, awak semua tandatangan dokumen tu. Deal?"ajunya.
Kenzo yang dengar terus tergopoh-gopoh capai pen dari poket kot yang dipakai lantas capai kertas dari tangan Renna lantas menurunkan tandatangan ke atasnya. Damon yang tak sempat nak halang hanya pandang tercengang dengan tindakan ayahnya.
Devina tersengih senang. That easy!"Well...it official then."dia turunkan tangan ke bawah lalu duduk tegak sebelum capai pen yang ada di sebelah fail tadi lantas turunkan tandatangan ke perjanjian yang diserahkan oleh mereka tadi.
Renna pandang ke Kenzo yang sedang turunkan tandatangan lalu ke Devina. Dia yakin!Mereka semua pasti dapat buatkan Devina naik angin. Dengan menggunakan Damon, semua ini hanya sesenang Ais Batu Campur!
"Kalau begitu mulai malam ni, kamu tidak dibenarkan tidur sebilik dengan Damon."ujar Renna yang terus melancarkan serangan dia serta merta.
Devina yang baru saja selesai turunkan tandatangan itu angkat kepala memandang Renna. Dia pandang tidak kisah dengan arahan itu. Macam la dia nak sangat duduk sebilik dengan manusia menjengkelkan ni. "Sure why not...tapi encik husband saya ni tak kisah ke jalani malam pertama sendirian tanpa isteri di sisi?" balas dia dengan bersahaja sewaktu pandang ke Damon. Ingat dia nak mengalah!Memang tak!
Damon tersentak lepas dengar dan pandang Devina pada masa yang sama. Pergh!Selamba betul!
"Ahahah!"ketawa Danzo tak semena lepas dengar.
Damien pula hanya menjuling mata menyampah sebelum bangun dari situ. Malas nak lama-lama dekat situ.
"Kalau macam tu, saya mintak diri dulu."pamit Devina semasa bangun dari situ sambil meletakkan failnya di atas meja itu lalu capai kertas perjanjian yang ditandatangani oleh Kenzo lalu disimpan semula ke dalam sampul.
"Nak ke mana?"tanya Renna yang taken back dengan sikap selamba Devina. Tidak menyangka akan reaksi yang diberikan oleh menantunya.
"Hari ni kan wedding saya...tak ke patut saya enjoy dekat kelab malam dan berparti sampai esok hari."seloroh Devina dengan sengih devilishnya. "Selamat malam semua. Terima kasih untuk masanya. Dan encik husband. Enjoy your night."ucap Devina sebelum kerutkan hidungnya dengan manja sebelum melangkah keluar dari situ.
Damon yang terkejut dengan kata-kata itu bangun nak menempik marah. Sekali tu Renna cepat-cepat halang Damon dari bersuara. "Jangan...biarkan dia. Kamu tak boleh marah sekarang."pesan Renna kemudiannya sambil mematai langkah Devina yang berjalan keluar dari rumah agamnya. Tak pasal-pasal pulak pelan dia backfire pada mereka semula.
Bersama dada naik turun hendak mengamuk, Damon terduduk semula di sofa itu sambil mengepal penumbuk menahan sabarnya. Berderau betul darah dia!Isteri jenis apa yang sanggup tinggalkan suami di hari pertama perkahwinan mereka!
Share this novel