Bab 31 : Datuk Datang Mintak Tuntut!

Drama Completed 7381

Sebulan kemudian....

Biasanya dekat kepala meja mestilah ketua keluarga yang duduk. Dan orang itu adalah lelaki, tapi tak lagi. Sejak kuasa sudahpun diboloti oleh Devina. Dalam keluarga itu segaka arahan dan setiap bentuk peraturan adalah dibawah izin Devina.

Walaupun begitu, Devina tetap melayani mereka dengan hormat, sikit saja la. Kadang-kadang tu dia ada jugak cakap main lepas. Tapi tak adala sampai kurang ajar sangat. Cukup untuk buat orang annoying je.

Dan seperti hari-hari sebelumnya, segalanya berjalan seperti biasa dalam rumah agam utama The Royal. Renna dam Kenzo dengan urusan mereka, Damon dengan company lelaki tu. Danzo dan Damien sekali sekala datang kr rumah sama ada untuk hadiri makan malam bersama keluarga atau mintak duit dari Devina memandangkan segala aset dan duit mereka sudahpun dipegang oleh Devina.

Pagi tu, semua orang ada dekat meja makan. Dari Kenzo hingga la anak-anaknya. Para maid dan butler yang ada dekat rumah tu sendiri terkejut sebab ahli keluarga The Royal jarang duduk semeja atau makan secara beramai-ramai seperti ini.

Sejak sebulan yang lepas, segala norma biasa dalam keluarga ini telah berubah. Yang mana buatkan suasana keluarga The Royal tidak sehening dan sekelam seperti sebelumnya.

"Macam mana dengan kerja yang saya suruh awak uruskan tu Danzo?Dah settel belum?"tanya Devina semasa memerhati Kenzo memasang gigi palsu ke dalam mulut. Siap sedia nak makan.

Danzo yang sedang meletakkan kiub gula dalam kopi bersuara. "Dah. Dua orang bekas isteri yang aku rampas harta dulu dah di pulangkan balik harta dia orang.."dia bernada grumpy sewaktu bawa sudu ke dalam cangkir lalu mengacau minumannya dengan perlahan-lahan.

Devina yang dengar gerakkan matanya ke Danzo lalu tersenyum. "Good boy...lain kali kalau awak buat kebaikan, saya berikan sedikit demi sedikit harta awak ya?"katanya bernada baik yang dibuat-buat.

Danzo hanya jeling menyampah ke Devina lalu menghirup kopinya sebelum makan sarapan yang disediakan.

Renna yang duduk dekat dengan Kenzo tolong letakkan susu creamer dalam kopi suaminya ketika itu.

Sementara Damon makan sambil memeriksa dokumen di tangan.

Damien yang enak menjamu selera tidak susahkan diri untuk bercakap. Dia lapar!

Baru sahaja Devina hendak capai telinga cangkirnya, pintu ruang makan itu terbuka secara mengejut. Buatkan dia berhenti lalu pandang ke pintu itu dengan kening terangkat tinggi.

"Ayah!"tidak semena Kenzo berdiri dengan lekas. Terkejut dia!Kenapa ayah dia datang tak beritahu! Habis la kalau macam ni!

Renna membutang mata menahan terkejutnya.

Damon dan dua orang adiknya hanya perhatikan langkah datuk mereka itu sehingga la orang tua itu duduk dengan perasaan gusar dan khuatir.

Devina yang dengar tidak terkutik sebab sia tahu siapakah lelaki tua berjambang putih yang berjalan masuk ke ruangan itu tanpa kebenarnya.

"Datuk Knight...what a suprise seeing you here?"sapa Devina dengan nada gembira yang dibuat-buat. Datang dah mangsa seterus dia.

Mendengar panggilan namanya, Knight a.k.a former pewaris The Royal itu pandang ke arah wanita yang cantik bersanggul kemas dan mengenakan dress tanpa lengan warna putih cekak leher di kepala meja.

Well...well...tengok menantu sulung keluarganya ini. Baru sebulan dah jadi kepala keluarga?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience