Damon bawa tangannya ke atas dada lalu tenangkan dirinya dengan hela lepas nafas buat beberapak kali dengan perlahan lantas berkata. "Sebenarnya saya dah lama pendam niat nak berkahwin dengan awak dua tahun lepas. Sejak saya nampak awak keluar di kaca Tv promote buku baru awak. Tapi sesuatu telah terjadi pada tempoh tu. Yang buatkan saya diamkan niat saya dan selesaikan dulu isu saya."ceritanya dengan nada mendatar.
"Apa isunya?"tanya Devina yang agak terperanjat mendengarnya. Well...disebabkan keluarga The Royal kebanyakannya high profile, tak pernah pulak dia dengar apa-apa masalah dari keluarga ni. Jadi pelik la bila dengar yang Damon ada masalah.
"Saya sakit Devina. Sejak remaja lagi saya sakit. Sehingga la satu masa, ada yang sanggup hulurkan bantuan kepada saya dan berikan saya peluang kedua untuk hidup...tapi sakit saya datang balik lepas beberapa tahun kemudian...Ianya ambil masa untuk saya sepenuhnya. Kerana itu la baru sekarang saya mintak berkahwin. Dan tak sangka pulak ibu saya jodohkan awak dengan saya yang mana semuanya kebetulan. Saya tak tahu orang tu adalah awak sehingga la awak sendiri datang temui saya pada hari tu.."
"Awak sakit apa?"tanya Devina lagi dengan nada mendatar seakan tidak peduli dengan cerita tu.
Baru la Damon ngiringkan badan dia dan bawa lengan dekat bawah kepalanya sama macam Devina buat lalu pandang muka Devina yang samar-samar di bias cahaya dari lampu tepi katil. "Jantung berlubang."jawabnya setelah itu.
Air muka Devina tidak berubah. Dia hanya buat muka tiada perasaannya namun tetap merenung tepat ke mata Damon. "Dan macam mana awak boleh survive dari sakit ni?"tanya dia lagi.
"Ada yang berikan jantungnya kepada saya.."tanpa sedar Damon angkat tangan dia lalu naik hendak menyelak anak rambut Devina yang berada di pipi tu ke belakang telinga sebelum tangan dia hinggap di leher Devina.
"Awak tahu siapa orang tu?"tanya Devina lagi, tidak bergerak untuk alihkan tangan Damon.
"Tak. Saya tak tahu. Benda tu dah lama terjadi."jawab Damon dengan nada orang termenung sewaktu tatap wajah Devina. Khayal sendiri kerana terpana dengan isterinya sendiri.
"Kalau awak tahu siapa orang tu, apa awak nak buat?"
Tersenyum memikiran siapakah orang itu, Damon gosok leher Devina dengan lembut. "Saya nak ucapkan terima kasih pada keluarganya kerana bagi saya peluang untuk bernafas lagi."
"Kalau macam tu ucapkan la terima kasih sekarang.."minta Devina sambil selesakan dirinya di atas bantal itu.
Kening Damon berkerut tak faham. Dia buat muka lepas dengar."Apa maksud awak?Berterima kasih pada siapa?"tanya dia dengan gelabah.
Devina Tarik sengih meleretnya. "Saya."
"Hah?"ternganga Damon sekejap sampai dia bangun dari baringnya. Matanya terbutang luas sewaktu pandang ke Devina.
Devina ikut bangun dari situ lalu bersila menghadap Damon. "Itu...jantung dekat dalam badan awak tu.."juihnya. "Ianya milik mama saya.."
Menahan nafas terkejut, Damon pandang kaku ke Devina seperti baru ditampar. "Apa?"
Devina sikit pun tak tunjuk reaksi sedih atau terkilan. Malah dia berdengus mengejek. Kenyataan yang selama ini dia simpan seorang diri akhirnya terluah juga. "Ya...sewaktu saya berusia 13 tahun, ibu saya meninggal dunia kerana tumor otak. Dan papa saya...menjadi kawan yang baik buat ayah awak, dermakan jantung mama saya untuk kelangsungan hidup awak.."Beritahu dia."Kelakar bila di fikirkan balik....The Royal, dari harta hingga ke darah, semuanya mereka conquer. Apa lagi yang mereka tak pernah tak conquer ya?"pandang Devina dengan sinis ke Damon.
Air mata berkumpul dekat mata Damon kerana dia terkesima dengan kenyataan yang didengarnya. "Tak mungkin. Awak tipukan??"nafi dia.
"Terpulang...nak percaya atau tidak."Devina menjungkit bahu tak kisah. "Apa yang awak kena tahu, itu la sebabnya kenapa saya bencikan keluarga ni dan bantah akan perkahwinan ni. Sebab awak...dan keluarga awak. Berhutang dengan saya sampai harta bergunung sekalipun tak boleh langsaikannya."
Damon tak terkata. Mulutnya terbuka tutup tak tahu nak cakap apa.
"Mengejutkan bukan."tanya Devina sambil lentokkan kepalanya ketika bertanya.
"Ibu dan ayah saya tahu tentang hal ni?Siapa penderma jantung saya?"tanya Damon tidak lama selepas dia sober dari terkejutnya.
"Tak. Papa saya rahsiakannya dari mereka. Sebab dia tak nak keluarga awak bersimpati kepada kami anak beranak."jawab Devina dengan bersahaja. Macam dia tak kisah langsung.
"Dan awak beritahu saya seorang saja?"
"Yup."angguk Devina.
"Awak tak sedih ke?"
Devina ketawa kecil. Sedih??"Hmm...let me think.."jedanya sambil ketuk bawah dagu buat seketika. "Nope. Nothing need to be sad about."jawabnya kemudian sewaktu pandang mata Damon."Ianya adalah keputusan mama dan papa saya sendiri. Mereka tak pernah kecewakan saya, tapi awak semua ya."kata dia sebelum tersengih.
Nafas Damon naik turun tertahan-tahan. Dia tersedar sesuatu. "Apa yang awak cuba lakukan pada keluarga saya Devina?"
"Well..my husband...it obviously show now." kata Devina sambil tepuk tepi pipi tu. "I gonna make your family suffer. Like you do to other people especially me."beritahu dia.
"Semuanya sekali?"tanya Damon.
"Kenapa? Awak nak halang saya ke?"Devina jungkit kening mencabar.
Buat seketika Damon diam membuat pilihan. Dia pandang lama muka Devina. Tak, dia takkan halang. Sebab dia tahu apa yang Devina lakukan tiada salahnya. Damon lantas menggeleng kepala. "Tak...awak buat apa yang patut awak buat. Sebab kalau awak beri saya pilihan. Saya akan pilih awak."
CLAP!
Devina tepuk tangan satu kali. "Good then. You make a good choice my husband."senyum dia dengan lebar. "Make sure tak ada siapa tahu apa yang kita bualkan ni. Dan kalau ada yang tahu, you are done!"
"Kenapa?Kalau mereka tahu hal sebenar kan lebih baik. Tak adalah mereka bencikan awak."bidas Damon.
"Did I look so pathetic to you?I don't need sympathy from other including from your family. Apa baik apa buruk yang family saya dah buat demi keluarga awak. Tak ada siapa patut tahu mengenainya."kata Devina dengan renungan tegasnya.
"Tak..saya-"
"Enough. Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Sekarang awak bangun dan pindah ke sofa sana. Saya nak tidur."potong Devina serta merta. Tidak mahu mendengar apa-apa dari Damon lagi.
Damon perhatikan Devina yang gerak untuk baring semula dengan renungan terkilannya. Dia ingatkan kalau dia open up pada Devina, isterinya akan menerima dia dengan baik.Sekali tu tidak. Tanpa berlengah dia pun turun dari katil tu lalu gerak ke sofa senyap-senyap.
Devina yang sedang baring mengiring itu peluk selimut rapat ke dadanya sambil memejam mata dengan erat. Dalam kepala dia dah ada pelan seterusnya. Pelan macam mana dia nak rosakkan parti hari lahir Danzo nanti!
Share this novel