Duduknya empat orang lelaki di sofa tengah ruang pejabat Knight. Orang tua itu sedang tunduk membincangkan soal syarikat kepada orang kuat dalam organisasinya ketika ini. Sama sekali tidak sedar akan nasib yang bakal di hadapinya sebentar lagi.
Tiga lelaki yang duduk di situ pula dengan tekun bercakap akan sesuatu. Saling bertukar pendapat mengenai isu yang di bincangkan oleh Knight. Dan Knight pun buka mulut untuk membalas perbincangan mereka itu. Sekali baru saja dia hendak keluarkan suara, tidak semena pintu pejabatnya terbuka dari luar lalu dua orang lelaki berebut masuk ke dalam sebelum jatuh terduduk dekat situ dengan tiba-tiba.
Telentang dua orang lelaki itu di situ sambil mengerengkot menahan sakit dan memegang dada serta perut masing-masing.
Lalu diikuti dengan orang seterusnya di depan dua lelaki tu.
"Seriously?"keluh suara itu."Saya dah beritahu elok-elok supaya ke tepi tadi kan?Nah...kan dah terjatuh tadi."berdirinya Devina dekat depan pintu masuk tu sambil pandang ke lantai dimana dua orang pengawal keselamatan yang di tending olehnya sebentar tadi. Yalah siapa suruh berdiri dekat depan pintu. Kan dah kena tendang!
Haih...saja nak cari pasal betul!
Knight dan tiga lelaki di situ pandang ke arah pintu masuk pejabat itu dengan kening berkerut di wajah masing-masing. Hairan dengan kekecohan yang berlaku disitu. Dan setelah menyedari siapa puncanya, Knight orang pertama yang berdiri dari sofa tu.
What the hell!
Sambil selak anak rambutnya dengan lemah lembut ke belakang telinga, Devina angkat kepalanya lantas bertentang mata dengan Knight. Terus terukir lebar senyuman manja di bibir dia. "Atuk!"panggil dia dengan nada riang yang di buat-buat."Oh my goodness...you don't know what I have go through just to see you.."katanya dengan penuh dramatic sambil melangkah badan dua lelaki yang baru nak bangun dari lantai tu begitu saja. "This two dumbass said I'm not allow to be here meeting you...doesn't it ridiculous?"soal dia dengan muka acah-acah terkejutnya.
Ternganga mulut tiga lelaki di situ sewaktu termangu memandang wanita cantik berambut hitam berkilat yang mengenakan dress merah menyala off shoulder dan bercermin mata depan mereka. Kagum sekejap dengan kehadiran tetamu asing mereka ini.
Wow!Siapakah wanita depan mereka ni?
Mengerenyet kejengkelan tepi mata kiri Knight dibuat kehadiran Devina. Tak pasal-pasal darahnya mula menyirap bengang! "Apa kamu buat di sini Devina?"soalnya dari balik ketapan gigi.
Devina tiba di sofa dimana seorang lelaki duduk. Sambil memandang Knight, dia dengan selamba capai neck tie lelaki tu lantas di tarik untuk bangunkan lelaki tersebut dari situ yang mana berjaya. Lelaki itu berdiri. Dan setelah itu Devina tolak dada tu hingga buatkan lelaki tersebut undur ke belakang secara paksa.
"Lah...kenapa pulak atuk tanya macam tu?Salah ke kalau menantu sulung The Royal lawat bekas ketua rumahnya sendiri?"seloroh Devina sambil ambil tempat di sofa yang Berjaya di rampasnya tadi. Lantas dia silangkan kaki kurus dan putihnya depan mereka semua seperti bos besar. Dalam keadaan bersandar yang selesa, dia angkat matanya ke Knight yang sedang berdiri di depannya. "Duduk la...tak sakit ke lama-lama berdiri.."mintanya selepas perasan yang Knight berdiri sejak tadi 'menyambut' kedatangannya.
"Keluar."arah Knight yang masih berdiri di situ. Hidungnya kembang kempis hendak mengamuk.
Devina pun tanggalkan cermin mata hitam dari wajahnya lalu dedahkan sepasang mata yang disolek penuh aura tegas dan garang. "Siapa?Saya?"tanya dia sebelum tarik sengih meleretnya.
Masih terarah pada Devina, dia angkat tangan lalu bersuara."KELUAR!"ngaum Knight buat kali kedua dengan kuat sampai melompat terkejut tiga lelaki di situ dari tempat mereka duduk. Dia tunding jari ke arah pintu pejabatnya.
Namun begitu suara lantang dan menakutkan itu sikit pun tak buatkan Devina berkedip atau tersentak. Malah dia sempat lagi tersengih hendak ketawa selepas itu. "Ahahaha...wow...chill down old man. You gonna have heart attack if you yell like that.."kata Devina dengan ketawa dibuat-buatnya.
Fine!
Berketik rahang Knight setelah itu. Dia berpaling dari situ lalu gerak ke arah telefon pejabatnya. Dia nak hubungi pasukan pengawal keselamatan untuk tendang Devina keluar dari sini. Dia tak mahu perempuan tak guna yang telah rampas harta anak-anak dan cucunya berada di sini!
Devina perhatikan saja langkah lekas Knight itu dengan sengih jahat di bibirnya.Tanpa pedulikan apa yang Knight hendak lakukan, dia pandang ketiga-tiga lelaki di sisi kanan dan kirinya. "You guys can dismiss."arah dia menggunakan tangan yang memegang cermin mata hitamnya.
Mereka bertiga pandang bingung ke Devina buat seketika. Mulanya mereka nak geleng kepala dan bersuara tidak mahu, sekali bila Devina jungkit kening sebelah kiri dan buat muka 'seriously' kepada mereka, serta merta dengan kalut mereka kemas semua barang di situ. Tanpa pamitan pada Knight terlebih dahulu mereka mencicit keluar dari pejabat tersebut dan tutup pintu tersebut.
Maka tinggallah Devina berdua dengan Knight dalam ruangan tersebut.
Share this novel