Hell no!
Memang tak!
Ada ke patut!
Ihh.Tak nak la!
"Kalau macam tu saya balik ke rumah nenek saya. Apa sekalipun yang ibu dan Danzo nak buat, buat la."kata Devina.
Sekarang ni mereka ada di ruang tamu Utama. Bersama-sama dengan Kenzo, Renna, Damon dan juga Danzo sendiri. Mereka dikumpulkan untuk maklumkan mengenai majlis hari lahir yang ke 25 tahun untuk Danzo. Yang mana perlu menjemput semua ahli keluarga lelaki ni dan jugak sanak saudara mereka.
Devina yang baru saja masuk ke dalam keluarga ini belum temui semua ahli keluarga The Royal tidak mahu. Sebab itu la!
"Kenapa pulak. Hei...kau tu baru masuk keluarga ni. Jadi kena la pay respect dekat saudara yang lain. Jangan nak berlagak sangat boleh tak?"ujar Danzo yang sedang duduk bersandar dengan malas di sofa menghadap Devina.
Mata Devina naik turun perhatikan Danzo. Kecik besar je dia tengok si bongsu ni! Nak makan kaki sangat ke! Langsung tak respect dia sebagai kakak iparnya. Dan ini la sebabnya kenapa bagi dia untuk uruskan si bongsu adalah satu cabaran yang besar! Pertama sebab mereka berdua sebaya. Kedua sebab mereka berdua ada sejarah yang mana tak ada siapa tahu mengenainya!Termasuk kawan baiknya sendiri!
"Keluarga tak keluarga, saya masuk dalam keluarga ni bukan atas kerelaan saya sendiri okay?"balas Devina lagi dengan nada jengkel.
"Still...kau terima perkahwinan ni kan?Kalau tak rela kenapa terima?"dengking Danzo lagi.
Damon pandang Danzo dan Devina silih ganti.
Sementara Kenzo dan Renna yang sememangnya tak berani nak cakap apa lagi melawan Devina hanya diam di situ memerhati lagat mereka.
"Sebab keluarga awak ugut untuk jejaskan keluarga saya. Awak rasa saya akan berada di sini ke kalau saya tak di ugut."dengking Devina pula. Ya tuhan! Boleh hilang kewarasan dia dibuat Danzo ni.
"Alasan.."decit Danzo dengan menyampah setelah. "Cakap je la kau sama je dengan perempuan dekat luar sana...tergila-gilakan abang aku.."cebik dia dengan jelingan benci ke Devina.
"Cukup Danzo."tegas Damon.
Danzo tidak hiraukan Damon. Dia sekarang ni tengah merinding jengkel!Jadi sesiapa cuba halang dia memang tak ada gunanya. "Bukan ke kau bijak?Asal tak guna otak tu untuk lakukan sesuatu?"
"So unbelieveable!"lafaz Devina dengan muka tak percaya. Dia tersengih mengejek taktala mendengar komen tu. "You see here...isunya adalah satu saja. Iaitu saya tak nak hadir pada majlis hari lahir awak ni. Yang nak ungkit semua tu kenapa?Bukannya rugi apapun kalau saya tak hadir."getusnya.
Serta merta Danzo mengepal penumbuknya mendengar jawapan tu.
"Danzo...Devina cukup."tegas Damon lagi. "yang nak bertekak ni kenapa?"
Devina terus pandang tak percaya ke Damon. "Danzo yang mulakan dulu. Awak Nampak sendiri macam mana dia cakap dengan saya tadi. Salah saya?"soal dia dengn muka tak percaya.
Damon pandang mencerlung ke Devina. "Mana ada saya tuduh.Saya beritahu supaya berhenti kan?"
Anak emak ayah semua sama!Menyakitkan hati!Devina melepaskan dengusan kasar tak puas hatinya.
Danzo berdengus mengejek sewaktu perhatikan pasangan suami isteri depannya. "Beritahu je la...kau still tak boleh move on lagi. Sebab itu la kau tak nak berada dekat dengan aku?"sengihnya mengejek. Dia nak buat Devina marah sebenarnya. Tadi ibunya ada call dia untuk datang ke rumah lakukan sesuatu pada Devina kerana Devina buli ibunya. Kerana itu dia ada di sini sekarang.
Dengan serentak kepala Damon, Kenzo, Renna dan Devina sendiri berpaling memandang Danzo.
"Apa maksud kamu?"tanya Renna.
"Belum move on?"Damon pandang tak faham ke Devina pula.
Kenzo hanya silih ganti pandang Danzo yang sedang tersengih jahat memandang Devina silih ganti mengerling.
Sementara Devina sudah mengepal penumbuk menahan sabar sewaktu balas renungan mencabar Danzo. Lelaki ni memang nak gali kubur sendiri la!
"Don't you dare!"deram Devina dari balik ketapan giginya.
"Kenapa?Takut?"sengih Danzo dengan meleret lagi.
"Apa semua ni Danzo?"tanya Damon sewaktu alihkan perhatiannya ke adik bongsunya pula. Kening dia berkerut tak faham.Dadanya mula berdegup sakit!
Danzo silangkan kaki dia masa pandang ke Damon. Rasanya abang dia akan dapat terima berita ni dengan baik atau tidak ya?Risau pulak dia kalau abang dia ni kena heart attack pulak. "Kau nak tahu?"tanya dia.
"Danzo!"tegas Devina yang cuba hendak bangun.
Namun Damon pegang peha Devina. "Duduk Devina."arahnya sambil memandang Danzo. "Beritahu aku Danzo."arahnya ke adik dia pula.
Berbelah bahagi tidak tahu hendak buat apa, Devina terduduk semula lalu pandang ke Danzo dengan kening mencerlung marah. Berani lelaki ni buka mulut. Dia bersumpah!Lelaki ni akan dia kerjakan dekat depan semua orang di sini.
Sambil memandang Devina, Danzo pun berkata. "Untuk pengetahuan kau, aku dengan Devina pernah bercinta. Masa dekat kolej tempat kita orang belajar beberapa tahun lepas."beritahu dia dengan renungan padan muka ke Devina.
Tercengang Damon sebaik mendengarnya.
Devina pulak tunduk menekap dahi dengan tangan yang di sikukan atas kaki. Gosh!
"Kamu berdua?"soal Renna dengan muka terkejut. "Sejak bila?"matanya terbutang luas tak sangka.
"Sejak tahun pertama lagi sampai tahun akhir. Kemudian kami berpisah lepas Danzo dijodohkan dengan pilihan ibu?"balas Danzo. "Pada hari lahir yang sama, Danzo di tunangkan dengan calon tu...dan Devina ada di majlis tu..hari kami putus."
Terpejam mata Devina semasa tunduk dan dengar semua itu. Dia berusaha untuk tidak ingatkan balik semua yang menyakitkan tu. Sumpah!Betapa susahnya dia nak move on. Dan sekarang Danzo ungkit ia semula!
Darn it!
Bersama nafas tertahan-tahan, Damon pandang tak percaya ke isterinya. Macam mana dia boleh tak tahu?
"Well...such drama right?"Danzo pandang ke Devina.
Perlahan-lahan dia angkat kepalanya lalu buka mata untuk memandang Danzo, Devina lepaskan hela nafas panjangnya sambil tu. Renungan dingin terarah pada Danzo. "So what?"balas dia dengan kepala berpinar-pinar nak pitam. Stress dia! "Kita dah putus. Benda pun dah lepas?Untuk apa awak ungkitkan?You think this gonna make me mad?"terus berdengus kecil dia hendak ketawa. "You wrong. I don't felt on it."
Terus jatuh sengih Danzo dari bibirnya.
"Fine...awak nak sangat saya hadir pada majlis hari lahir tu bukan?Sure. Saya akan hadir. But one thing that you should know. It gonna be messed up so much."beritahu Devina dengan renungan jahatnya. Tidak mahu lama-lama di situ, dia bangun dari situ. "Kalau dah tak ada apa-apa saya pergi dulu."pamitnya yang mahu masuk ke dalam bilik. Takut dia pengsan dekat sini pulak.
Danzo yang terkesan dengan kata-kata Devina pandang belakang badan tu sehingga la Devina hilang dari muka pintu.
Kenzo pandang ke Damon sebelum ke Danzo. "Perlu ke kamu ungkit semua ni depan abang kamu?"soal dia.
Damon yang sedang termenung itu tersentak lalu pandang ke ayahnya. "It okay...Damon masuk bilik dulu."pamit dia juga dengan tiada mood.
Renna yang berasa serba salah itu pandang kasihan ke Damon sewaktu anak lelakinya bangun dari situ dan perlahan-lahan melangkah pergi dari situ. Hilang saja Damon dari situ, dia pandang kesal ke si bongsu.
"Apa yang kamu fikirkan kamu cuba buat?Kamu tahu kan keadaan abang kamu tu?"tanya Renna dengan kerutan di kening.
Danzo yang dengar buat muka lalu bersandar ke kerusi. Nak buat macam mana. Dah dia tak boleh nak kawal perasaan dia lepas Nampak Devina. "Bukan ke ibu suruh Danzo sakitkan hati dia.."
"Memang tapi ibu tak tahu pulak yang kamu dan dia pernah Bersama!"desis Renna dengan berang.
Kenzo menggeleng kepala. "Elok la...seorang macam tu seorang macam n...elok."luahnya dengan letih semasa bangun dari situ hendak keluar.
Renna turut ikut langkah suaminya setelah itu. Tidak mahu berkata lebih lagi. Takut nanti anak lelakinya ini terasa pula.
Danzo yang ditinggalkan sendirian di istu hanya menjuling mata kejengkelan dan duduk di situ termenung buat seketika.
Share this novel