Dua minggu kemudian.
Selepas naik turun mahkamah selama lima kali dan keluar masuk jabatan percukaian dan anti rasuah. Maka dengan rasmi keputusan undang-undang menjatuhkan hukuman penjara kepada Knight Royal kerana bersalah memiliki harta tidak sah yang diambil dan dikumpulkan dengan cara yang salah. Beliau di jatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun di atas salah guna kuasa dan rasuah yang diberikan kepada ramai bekas pemerintah sebelum ni untuk kekalkan kedudukannya sebagai pemilik bandar ini. Selain itu semua harta The Royal yang dimiliki oleh Knight dan angkatannya turut di sita.Lalu di serahkan kepada pemilik asal yang kehilangan harta mereka angkara kerja jahat yang di lakukan oleh The Royal kepada mereka.
Dan maksud sita itu adalah termasuk la keluarga Kenzo sendiri.
"Tak...tak mungkin."raung Renna dengan sedih sewaktu melihat rumahnya di welding dengan pekerja penyita harta dari mahkamah. Berjuraian air mata turun dari pipinya.
Kenzo yang kelihatan serabut dan tidak terurus itu hanya berdiri memeluk bahu isterinya.
Sementara Danzo dan Damien masing-masing kelihatan papa kedana berdiri memerhati kereta-kereta mewah mereka ikut disita. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan oleh mereka.
Namun antara mereka, hanya Devina dan Damon sahaja yang berdiri di situ memerhati ahli keluarga mereka meratap dan menangis seperti tiada lagi hari esok untuk mereka.
"Haih...dah-dah la tu.."keluh Devina dengan muka menyampahnya.
Damon yang dengar pandang sekilas ke isterinya lalu menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya. Jahat betul Devina kenakan mereka. Sampai menangis sedih ibu dia dibuatnya.
Renna yang sedang menangis itu pandang tak percaya ke Devina. "Apa kamu kata?Kamu tahu tak sebab siapa semua ni berlaku?Dan lihat!Apa yang kamu telah lakukan!Habis musnah semuanya. Dirampas dari kami!Nak makan apa kami lepas ni?Nak duduk mana?Menantu tak guna tahu tak kamu ni!"katanya dengan benci.
"Ibu jangan la cakap macam tu.."pintas Damon. "Devina ada sebab buat semua ni."katanya. Dia nak beritahu, tapi baiknya biar Devina sendiri yang beritahu pada ibu dan ayahnya.
Dengan tak percaya, Danzo pandang ke Damon. "Sebab apa?Sebab nak tengok kita orang menderita itu maksud kau?Hah!"bentaknya sekuat hati.
Tidak terasa sikit pun dengan kata-kata mereka, Devina pandang bosan ke satu arah sambil korek sedikit telinganya kerana berasa bingit dengan suara bentakan Danzo.
"Devinakau puas hati sekarang?"soal Damien pula.
Kenzo yang mendiamkan diri sejak tadi, pandang letih ke Devina sebelum bercangkung dekat situ sambil merenggut rambut dia. Serabut kepala dia!Kenapa semuanya boleh jadi macam ni!
"Dah habis dramanya?"tanya Devina selepas mereka semua selesai bersuara seorang demi seorang. "Boleh kita balik sekarang?Panas tahu tak dekat sini?"keluhnya sambil mengipas muka dengan tangan sendiri.
Orang-orang dari mahkamah sibuk ke hulu dan hilir rumah agam lakukan sesuatu kelihatan di mana-mana. Kenderaan dengan tulisan besar 'SITAAN HARTA' terletak di laman rumah tersebut.
"Balik ke mana?Kamu sedar tak kami tiada apa-apa lagi yang boleh di gunakan selain pakaian dekat badan kami ni?"marah Renna dengan air mata dekat pipi.
"Rumah la.."Devina pandang penat ke Renna. "Yang tiada rumahnya ibu dengan ayah. Bukannya saya." beritahu dia matter of fact!Asal la dia orang ni tak terfikir langsung?Memangnya semua harta The Royal telah di sita. Bukan harta dia. So?Apa masalahnya.
Semua orang kecuali Damon buat muka tercengang lepas dengar. Kenzo yang tadi bercangkung terus berdiri. Danzo yang berkerut kening tak puas hati pandang tak percaya, Damien yang mencekak pinggang marah jatuhkan tangan ke sisi. Renna yang menangis terus berhenti menangis.
PIN!
Bunyi hon kereta kedengaran tidak lama kemudian.
Sambil berkerut kening sebab silau, Devina payung atas mata dengan tangan dia sewaktu pandang ke arah dua buah kereta hitam yang sedang bergerak masuk ke laman lalu perlahan-lahan berhenti di tepi mereka sekeluarga.
Sebaik sahaja kereta itu berhenti, pintu kereta tempat duduk belakang terbuka sebelum Mariah dengan pakaian vogue dan cermin mata hitam keluar dari perut kereta. "Hai semua!Lama tunggu?"lambai dia dengan riang kepada mereka semua di situ.
"Kenapa baru sampai?"bebel Devina serta merta sewaktu turunkan tangannya ke bawah. "Nak hangus orang berdiri dekat tengah panas macam ni.."
Mariah yang dengar terus beri jari tengah kepada cucunya itu. Bertuah betul! Berani sungguh ya kurang ajar dengan dia. "Hei Budak bertuah...untung-untung nenek datang jemput.."beritahu dia sewaktu tiba di depan Renna dan keluarga wanita itu.
Mereka di situ pandang silih ganti ke Devina dan Mariah dengan muka kebingungan masing-masing. Tidak tahu apa yang sedang berlaku di sini. Dan terkejut dengan sikap selamba Mariah terhadap Devina. Nak kata orang muda, tidak la sebab Mariah sendiri sudah berusia separuh abad!
"Ke-kenapa puan ada di sini?"tanya Kenzo tersekat-sekat sebab masih belum sober dari terkejutnya.
Mariah palingkan kepalanya dari Devina ke Kenzo serta merta. Terus dia tersenyum. "Ya sudah tentu la untuk bawa keluarga cucu saya balik ke rumah.Jom la kita masuk kereta. Kita borak masa dalam perjalanan nanti."Mariah pegang lengan Renna lalu tarik wanita itu ke tepi badannya.
Devina yang perhatikan sikap selamba dan bersahaja neneknya hanya beri renungan kosong. Neneknya ni kan!
"Mari-mari...jangan segan-segan. Kita keluarga pun. Ayuh. Danzo. Damien. Kamu naik kereta dekat belakang tu. Biar nenek dengan ibu ayah kamu.."ujarnya semasa pandang dua lelaki muda yang kelihatan muram dan sugul tidak bertenaga di sebelah Kenzo.
"Prank ke semua ni?"soal Danzo dengan nada tak percaya dia.
"Awak nak ikut ke tak nak?"tanya Devina dengan nada penuh amaran pada Danzo setelah itu.
Damien yang dengar cepat-cepat maju ke depan dan jalan mendekati kereta kedua yang dimaksudkan oleh Mariah. Tak sanggup dia bermalam di tepi jalan. Baiknya dia tutup mulut dan patuh!
Kenzo terpaksa ikut bila nampak Renna sudahpun di bawa pergi oleh Mariah mendekati kereta hitam di depan mereka.
Damon pandang ke tepinya, dia tatap tepi muka Devina dengan perasaan berterima kasih dan sedihnya.
Share this novel