Bab 28 : What The Heck!

Drama Completed 7381

Tepat jam 9 malam, kereta Devina terparkir di garaj rumah agam The Royal. Selepas seharian menghadap kerja dan hadiri majlis pelancaran lalu diikuti dengan makan malam Bersama sponsorshipnya, tenaga dia drop kepada zero level.

Penatnya macam nak mengesot je dia sekarang ni. Sakit kaki dan betisnya sebab bertumit tinggi sepanjang hari ni!

"Urgh!"ngerang Devina dengan jengkel sebaik keluar dari keretanya. Dia kemudiannya berdiri dekat situ sekejap untuk tanggalkan high heel dari kaki dia. Tak larat ah..nak terus berjalan dengan kasut tinggi tiga incinya ni!

Sebaik saja tanggalkan kasut, Devina jalan dengan langkah malasnya untuk keliling kereta menuju pintu masuk garaj. Sekali tu, baru je dia tiba depan hood kereta, seseorang keluar dari pintu masuk garaj tersebut marah-marah. Tersentak Devina dibuatnya. Seperti pencuri hendak tertangkap, Devina terus berlutut dekat atas lantai tu di belakang kereta.

What the heck!

Dengan gelabah, Devina sembunyikan diri, tanpa sebab!Terkejut punya pasal!

"Aku tak nak!Kau tak faham ke!"dengking suara Demian yang lantang lagikan kuat itu tidak semena.

"Demian..please. Jangan macam ni. Saya merayu. Ayah saya sakit. Saya perlukan wang tu untuk biaya rawatan dia..."lalu diikuti suara seorang wanita.

Devina yang tengah melekat dekat badan kereta tu membutang mata terkejut. Lah!Ingatkan apa tadi. Orang bergaduh rupanya. Ingin tahu dia pun intai sedikit ke balik cermin kereta. Dari situ dia Nampak kelibat Demian sedang berdiri di sebelah kereta hitam sambil menghadap seorang wanita.

Dan wanita itu adalah Marisa!

"Masalah kau!Bukan masalah aku!Kau yang tak berduit, apa kaitannya dengan aku?"bentak Demian dengan sekuat hati. "Kau panggil aku ke sini semata nak mintak duit. Better kau mengemis je dekat tepi jalan tu!"ngaum Demian di depan muka Marisa.

Dengan idea yang tiba-tiba muncul di dalam kepala, Devina tanpa membuang masa, cepat-cepat keluarkan telefon bimbit dari beg tangannya lalu rakam kejadian tersebut. Yang mana mungkin dia akan gunakan untuk ugut si mangkuk ayun ni nanti.

"Awak...please. Saya merayu. Duit saya dah dirampas dengan awak. Saya bekerja di sini pun tidak di beri gaji. Macam mana saya nak berduit. Tolong la...berikan saya sedikit wang!"raung Marisa sambil pegang kedua-dua lengan Demian dengan terdesak.

Demian terus buat muka bengis dia lalu tolak Marisa sekuat hati ke lantai. "Pekak ke!Aku kata aku tak nak bagi! Duit kau tu dah jadi duit aku!"

Devina yang rakam buat muka terkejut dia sambil tutup mulut dengan tangan sebelah lagi kerana terkejut. Haish...si mangkuk ayun ni kan!Suka hati betul!Terus dia matikan rakamannya dan simpan telefon ke dalam beg tangan. Tunggu sekejap eh! Nak kena disekolahkan kejap lagi anak orang ni!

Dia tunduk capai kasut tumit tingginya lalu bangun dari tempat persembunyian dia serta merta. Sesuka hati kepala bana Damien nak sakitkan anak orang macam tu!Ingat Marisa tu guni apa?Tak reti sakit tak reti marah!

"Oi!"panggil Devina sewaktu berjalan berarak mendekati tempat dimana Demian dan Marisa berada sambil acukan tumit tingginya ke lelaki tu.

Dengan mata terbuka luas, dan kening terangkat, dua orang itu berpaling serentak ke Devina. Baru saja Damien hendak buka mulutnya, masa itu la, kasut tumit tinggi Devina melayah terbang lalu mengenai tepat ke dahi lelaki tu.

PLUNG!

"Auw!"tunduk Damien sambil pegang dahi bila sakit dek balingan itu.

"You son of the b*tch!"carut Devina yang kemudiannya capai rambut Damien lalu di Tarik kasar sehingga teleng sebelah kepala lelaki tu. "Awak ingat hebat la sakiti wanita eh?"

"Argh!Kau kenapa perempuan gila!"aduh Damien yang memegang lengan Devina sebaik rambutnya di rentap seperti mahu tercabut kulit kepalanya.

"Puan jangan!"minta Marisa yang cuba selamatkan Damien.

"Apa yang jangannya?Mangkuk ayun macam lelaki ni kena di ajar biar tahu langit tu tinggi ke rendah. Awak tepi. Biar saya uruskan lelaki tak guna ni."balas Devina yang kemudiannya tolak Damien hingga lelaki tu terjatuh ke lantai.

Termangu Marisa dekat situ.

Damien jatuh dalam keadaan merangkak di lantai sebaik di tolak. Berasa bengang dengan tindakan Devina, dia gerak hendak bangun dari situ dan membalas semula. Namun tidak sempat. Baru saja dia palingkan kepala hendak berdiri, masa itu la satu hempukan yang kuat hinggap ke muka dia dengan kuat dan amat menyakitkan.

Beg tangan Hermes Devina melayah ke muka Damien!

"Rasakan ni!Amik ni!"kata Devina sambil melempuk-lempuk Damien dengan begnya berkali-kali. Habis melingkar Damien dekat lantai tu dengan tangan terangkat nak lindungi dirinya.

"Puan tolong berhenti!"minta Marisa sambil peluk pinggang Devina dan tarik wanita itu menjauh dari Damien.

"Sakit?Hah?!Sakit tak?"tanya Deviba

Sambil bergelut nak lepaskan diri, Devina sempat lagi angkat kaki dia yang berkaki ayam untuk tendang kaki dan badan Damien mana yang dia boleh tendang.

"Berhenti la perempuan!Kau dah kenapa!Gila ke!!!" jerit Damien selantangnya.

Mendengar perkataan itu,mata Devina terus menjegil bulat. "Ya!Memang saya gila!Gila hadap perangai lelaki tak guna macam awak ni!"lafaz dia dari balik nafasnya yang tercungap-cungap lalu menerkam Damien dan hempap badan lelaki tu sebelum dia pukul dan tampar berkali-kali ke muka dan badan tu.

"TOLONG!!!!!"teriak Marisa sekuat hati bila dia tak dapat nak bendung Devina lagi.

Tidak lama kemudian muncul la pengawal keselamatan yang saksikan kejadian itu dari rakaman CCTV di garaj tersebut. Mereka berlari ke arah Devina lalu dukung wanita itu menjauh dari Damien.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience