"Auw!Auw!Hei...apa ni!Lepas la."aduh Devina semasa tarik pergelangan tangan dia yang sedang dicengkam oleh Damon. Tak ada lembutnya langsung. Sakit dia!
Damon buat tak dengar. Dia terus tarik Devina ke arah bilik tidurnya.
Sementara Devina yang diheret sejak tadi cuba memberontak!
"Awak dengar sini eh...saya ada hak untuk tidakkan kehendak awak!I'll never ever accept you as my husband neither do i accept my title as your wife!"kata Devina sambil pulas-pulas tangannya dengan muka berkerut-kerut. Urgh! Asal kuat sangat Damon ni. Tahu tak pergelangan tangan dia ni kecik! Nanti patah ke tertanggal ke macam mana. Tak pasal-pasal handicaped pulak dia nanti.
Damon berdengus tak percaya. Bukan main pandai lagi isteri dia ni berkata ya! Kepalanya dipalingkan sedikit ke Devina setelah berhenti di depan bilik dua pintu. Lalu dia buat poker face."Kalau awak tak terima kenapa awak lafazkan ikrar pada hari perkahwinan kita pada hari tu?"tanya dia sambil pulas tombol pintu lalu menolak ia ke dalam.
Menjegil bulat mata Devina dibuatnya. "Eh..hello...siapa yang paksa hari tu ya?Bukan awak ke!Suka hati nak menyalahkan orang. Saya tak nak pun kahwin dengan awak la...!" bidasnya dengan bersungguh.
Masa Devina sibuk membebel tu la Damon tarik isterinya masuk ke dalam bilik. Masuk saja mereka berdua ke dalam, Damon tutup pintu kemudiannya kunci ia. Kunci pintu tersebut pula diseluk masuk ke dalam poketnya. Baru la pergelangan tangan Devina dilepaskan.
"Itu bermaksud dah memang jodoh awak dengan saya. Kenapa perlu perdebatkan lagi isu ni?Tak boleh ke awak terima takdir awak dengan berlapang dada dan tangan terbuka menjadi isteri dan juga ahli dalam keluarga ni?Awak tahu betapa ramainya wanita di luar sana mahukan saya sebagai pasangan mereka?Sementara awak buat perangai menyakitkan hati awak ni."ujar Damon semasa dia menanggalkan kot dari badan lalu di letakkan atas katil sebelum dia duduk di situ menghadap Devina.
Devina mencekak pinggang. Dia berdengus tak percaya semasa memerhati Damon tarik tali leher dari kolar kemeja."Oh really?Kalau memang betul ramai dekat luar sana nakkan awak, yang saya jugak yang awak pilih tu kenapa?Itu namanya cari pasal. Lagi satu, terima awak dengan rela?Hello Mr Menjengkelkan. Macam mana saya nak terima awak kalau niat awak kahwini saya hanya kerana harta?Orang gila je nakkan awak kalau macam tu.."bidasnya dengan jengkel. Syok bagus!
"Sebab awak tak nakkan saya la saya pilih awak. Sebab wanita yang mahukan saya tu bukan nakkan saya tapi harta saya. Ada beza dekat situ okay?"balas Damon dengan nada bersahaja dan sikap tenangnya.
Devina buat muka kengerian, nak muntah dia dengar. Nafasnya naik turun mahu melenting! Namun dia tabahkan jugak. Kenapa ya kalau dia berdua dengan Damon, darah dia pasti akan menggelegak bengang!Pasti ada sesuatu dekat lelaki ni yang buat dia trigger!Pasti!
"Beritahu saya...berapa banyak wang awak mahukan?Saya akan berikannya. Dengan syarat ceraikan saya secara rasmi. Sebab saya tak nak ada kaitan dengan ketamakan family awak yang suka gunakan orang lain untuk kaut kekayaan dengan sewenangnya."Devina angkat handbag yang dipegang lalu keluarkan telefon bimbit dari situ.
Damon hanya berdengus kecil seakan mahu ketawa sewaktu perhatikan tingkah Devina. Berapa kali dia nak beritahu dekat Devina ya?Dan macam mana dia nak jelaskan dekat Devina yang dia takkan ceraikan Devina tak kira apa sekalipun sebabnya. "No need to bother...sebab saya tak perlukan harta awak Devina. Orang yang nakkan harta tu adalah parents saya. Bukan saya..what I want is you. End of discussion."katanya sambil sondongkan badan ke belakang dengan kedua-dua tangan di topang ke atas katil tu.
Terus berhenti Devina dari kalutnya mahu mendail nombor pembantu peribadinya. Perlahan-lahan dia angkat kepala memandang Damon dengan muka tercengangnya. Apa dia baru dengar tadi? "Apa awak cakap?"tanya dia dengan nada tak percaya.
Damon tarik sengih sinis meleret bila tengok muka lucu Devina yang sedang terkejut. Huh!Kata orang kan, now tengok siapa yang terkena balik. "Saya bukan kaset untuk di rewind semula. Awak dengar apa yang awak dengar. Itu je." balasnya dengan nada berlagak. Nak tunjuk sangat perangai sassy tu kan. Nak amik sebijik dari dia!
Terjatuh mulut Devina apabila Damon ulang balik apa dia pernah cakap dekat lelaki tu. Seriously! Wah! Sakit gila hati dia sekarang ni! Rasa panas tiba-tiba kerana menyirap, Devina kipas mukanya dengan tangannya sambil melilau lihat sekeliling ruangan bilik. Dia kena alihkan perhatian supaya tidak melenting di situ.
"Kenapa?Marah ke?"sakat Damon yang cuba nak api-apikan lagi perasaan Devina, macam yang Devina buat dekat dia. Dia diam memang diam, tapi kalau dia dah tak sabar lagi, jangan salahkan dia!
Sambil gigit bawah bibir, Devina pandang ke Damon. Dalam hati dah mencarut-carut geram! "Tak adala."balasnya sambil tarik senyuman terpaksa. "Happy sangat...bertuahnya saya dapat suami macam awak ni kan...sudahlah menjengkelkan, muka pulak macam mintak penampar. Ya tak?"sindir dia sambil tayang giginya.Aish!Mahu saja dia maki lelaki ni sekarang jugak.
"Good then."Damon berdiri lalu mula membuka butang kemejanya.
What the heck!Devina dengan ngerinya undur ke belakang sambil buat silang pangkah ke depan dadanya lalu dipeluk badan dia. "Apa awak nak buat ha!"
Damon dengan muka blurnya pandang Devina tanpa berhenti dari tanggalkan butang pun berkata. "Mandi la...dah seharian saya ke hulu hilir temankan nenek awak..nak apa lagi.."
Haih!Devina turunkan tangannya ke bawa setelah lega. Ingatkan apa tadi. "Ya sudah..kalau macam tu saya keluar dari sini.."pamitnya yang serta merta palingkan badan ke pintu. Tak mahu dia sebilik dengan Damon masa lelaki ni nak mandi! Tombol pintu di pegang dia. Dan bila mahu di pulas, ianya tidak bergerak.
Klik!
Klik!
Ah sudah!
Kenapa pulak ni?Devina goncangkan sikit tombol tu. Cubaan untuk buatkan ia berfungsi. Namun ketika dia berbuat begitu, satu tangan muncul dari belakangnya lalu ikut pegang tombol pintu bersama-sama dengan tangannya sekali.
Seperti kali pertama dia disentuh, Devina cepat-cepat tarik tangan dia lalu berpaling membelakangkan pintu tersebut. Namun malangnya, nasib dia tidak menyebelahi dirinya kerana bila dia pusing je dari situ, mukanya bertembung dengan dada Damon yang terdedah.
Damn!
Devina pandang tak berkedip ke dada bidang Damon lalu naik ke dagu sebelum berhenti dekat bibir suaminya.
"Nak ke mana?"tanya Damon semasa tunduk sikit untuk pandang Devina.
Tanpa sedar Devina jilat bibirnya lalu menelan air liur. Siut betul!Asal dekat sangat ni! Buat dia gugup tak pasal-pasal je la! "Ke-keluar la! Awak kata nak mandi kan?"jawab dia tergagap tanpa sedar.
"Buat apa nak keluar. Kita kan husband and wife. Apa salahnya"goda Damon yang saja nak sakat Devina sebab rasa suka pulak bila tengok Devina jadi malu macam ni.
Devina pandang ke mata Damon pula sebelum tumbuk dada tu dengan kepalan penumbuknya yang kecil.
BUK!
"Auw!"aduh Devina yang mengerang kesakitan terlebih dahulu bila tangan dia menyapa permukaan rata lagikan keras tu. Mak aih! Badan ke dinding ni sakit betul!
"Ahahah"ketawa Damon sambil pegang bekas tumbukan Devina tadi. Tak sakit pun. Rasa macam kena tumbuk dengan bantal je. "Please...don't hurt yourself before I did."selorohnya semasa berpaling dari situ dan bergerak ke arah bilik air meninggalkan Devina yang sedang tunduk menggosok kepalan penumbuknya.
Dengan renungan marahnya, Devina pandang belakang badan Damon. Grr!Tak guna. Sia-sia betul. Kalau dia tahu tadi, tak adanya dia tumbuk!
Share this novel