Bab 20 : Pelan Dua

Drama Completed 7381

Disebabkan suaminya tidak berbuat apa-apa untuk permintaannya, dia ambil keputusan untuk lakukan hal itu sendiri. Memandangkan tiada apa-apa dapat buatkan menantunya naik angin, Renna rancang untuk gunakan orang lain untuk cetuskan amarah menantu dia itu. Orang yang menantu dia sendiri tak boleh nak tangani sendirian!

Pintu bilik bacaan itu di tolak dia dengan kasar lalu dia dekati meja yang penuh dengan kertas, laptop, buku terbuka sana sini lalu mencampak kasar gulungan tepat dekat keyboard laptop tu.

PAP!

Tersentak Devina lepas gulung kertas tu jatuh pada laptopnya semasa dia sibuk menaip diatasnya tadi. Sambil berkerut kening dia dongak memandang depannya lalu bertentang mata dengan Renna yang sedang Tarik senyuman sinisnya.

"Wahai menantu yang baik hati lagikan cantik, ibu mentua kamu ni perlukan bantuan kamu?Boleh kamu luangkan masa sekejap?"ujar Renna dengan nada manis yang disengajakan.

"Busy."tiada mood nak berdrama, Devina tolak gulungan kertas itu ke tepi lalu kembali menaip.

Terus jatuh senyuman dari bibir Renna, dia buat muka bengang dia masa pandang Devina. Haish! Mujur dia tak bawa apa-apa dekat tangan, kalau dibawanya tadi, sudah di pelangkung kepala ni sekarang jugak! "Hei...aku tanya elok-elok ni kan. Boleh tak jangan nak kurang ajar sangat."katanya dengan nada benci tak suka pula.

Devina tidak membalas, dia hanya buat tak dengar dan terus focus menaip story line untuk bukunya. Kalau nak berdrama tunggu kerja dia siapa dulu.

Melihatkan reaksi Devina yang sikit pun tidak hiraukan dia, Renna pandang setiap kertas dan barang yang ada di situ buat seketika. Heh!Ya-tak ya...kenapa la dia tak terfikir ya. Bersama sengih meleretnya, Renna tunduk ke meja tu lalu menyepahkan semua yang ada di meja itu ke lantai dengan kasar.

SPRAA!!

Elok jari jemari Devina laju menaip atas keyboard laptop itu, ianya terus terhenti. Dia jeling ke lantai dan barangnya yang bersepah dekat lantai tu tanpa bergerak sikit pun.

"Sekarang kau nak buat apa?Aku dah mintak elok-elok bukan dengan kau tadi?Kau yang mintak semua ni. Jadi jangan salahkan aku!"Renna silang tangan ke dada sambil berkata. Dia yakin pasti semua ini dapat buatkan Devina menyirap.

Yang mana ianya memang berjaya. Devina turunkan monitor laptopnya sewaktu berdiri dari situ. "Mother...did you really ask trouble from me?"Lengan baju sweater yang dipakai dia kemudiannya di sinsing naik ke siku kanan dan kiri sambil tu.

Renna pandang pelik ke Devina bila Nampak gaya macam nak membelasah dia. "Apa kamu nak cuba lakukan hah?Berani kamu sentuh aku, Damon takkan maafkan kamu.."beritahu dia.

"Lah...kenapa pulak?Takkan dah takut?Tadi bukan main lagi berani nak cari pasal. Sekarang dah kecut?"tanya Devina sebelum Tarik sengih meleret jahatnya. Sudah la dia tengah pening kepala, penat, marah, jengkel, bengang, fed up. Dan orang tua di depannya ini menambahkan semua itu pada dia! Itu namanya cari pasal.

Tanpa susahkan diri untuk keliling meja kopi tu, Devina dengan bersahaja melangkau meja tu dan tiba di depan Renna dalam sekelip mata.

"Hei!Apa ni!Jangan dekat!"arah Renna yang tiba-tiba rasa cemas.

Devina buat tak tahu. Dia malah terus cekau kolar baju Renna dengan sebelah tangan. "Ada saya beritahu tak dalam perjanjian yang ayah tandatangan hari tu terdapat syarat dimana saya boleh angkat tangan pada sesiapa dalam rumah ini?"tanya dia dengan renungan penuh aura membunuh. Memang silap la cari pasal dengan dia time macam ni!

"Arggh!!!"teriak Renna serta merta kerana ketakutan.

Jeritan nyaring itu sama sekali tidak buatkan Devina terkutik. Malah dia terus dorong Renna undur ke belakang hingga ibu mentuanya jatuh terduduk dekat sofa tu.

"Lepas!Lepaskan aku la!!"Renna pukul-pukul tangan Devina yang ada di kolarnya itu. Habis koyak baju custom made dia nanti kang!

Sambil buat muka bengangnya, Devina angkat tangan ke Udara seakan mahu menampar Renna.

"Argh!"jerit Renna dengan ngeri sambil pejam mata seeratnya. Habis la dia!

Buat lima saat berlalu, tiada apa-apa yang berlaku, sebaliknya ledakan ketawa yang kedengaran. "Ahahahaha"

Hairan dengan hal itu, Renna pun buka mata dia. Sekali lepas dia pandang, dia Nampak Devina sedang terbongkok memegang kedua-dua lutut ketawa terbahak-bahak dengan sakan. Dumbfounded dengan keadaan itu, mata Renna terbutang luas.

"Seriuously?"tanya Devina semasa berdiri tegak memegang perutnya yang kejang. "Kalau la ibu tengok macam mana muka ibu tadi...ahahahaha"kata dia sambil ketawa. Merah padam muka dibuatnya.

Berasa bengang dengan apa yang berlaku, Renna berdiri dari situ lalu berdengus benci! "Dasar perempuan sewel!Kau...aku akan suruh Damon ceraikan kau serta merta. Harta tak harta!Aku tak peduli!Aku nak kau berhambus dari sini!!"marahnya dengan sekuat hati sampai timbul urat beliratnya di dahi.

Devina yang sedang ketawa itu terus tunding jari ke Renna. "Oh-oh...ibu marah.Hah...got you!"

Seperti baru tertelan biji durian, Renna bungkam dekat situ pandang Devina dengan kening terangkat tinggi. Haish*t!Serius!Lagi sekali?Dia rancang nak buat Devina marah dia pulak yang terkena.

"Ahahaha...apala...hah. Ibu dah kalah pertaruhan kita. Suka atau tidak, ibu kena serahkan semua harta ibu pada Devina. Kalau ibu mungkiri janji dan langgar kontrak, mahkamah jawabnya."seloroh Devina sebelum seluk tangan ke dalam poket.

"Kau sengajakan perangkap aku!"tuduh Renna pula.

"Eh...saya pulak. Ibu yang datang serang saya. Kemudian kacau kerja saya. Ibu yang naik angin sendiri. Kenapa saya pulak yang kena?"

Tidak tahu nak kata apa, Renna terduduk semula dekat kerusi tu dengan muka devastatednya. Habis harta dia. "Semuanya ke?"tanya dia sewaktu dongak memandang menantunya. Apa lah nasibnya.

"Ha'ah..semuanya termasuk yang ibu simpan dalam bank dan asset yang ibu adasemuanya. Tak boleh tinggal satu pun."kata Devina semasa tundukkan mata memandang Renna di depannya.

Tak guna!Sofa itu di tumbuk dengan Renna kerana geram!

Devina yang perhatikan Renna tersengih senang. Comel je ibu mentuanya ni. Macam Budak kecil merajuk tak dibelikan mainan kegemaran je rupanya. "Kalau ibu tak nak serahkan harta ibu kepada saya. Boleh je. Tapi ada syaratnya."cadang dia setelah itu.

Kepala Renna terus tersentak naik. Dia pandang dengan penuh bersemangat ke Devina. "Huh?Boleh?Kamu akan lepaskan ibu?"

"Tak la...mana boleh Devina lepaskan ibu macam tu je. Ada syaratnya. Kalau ibu ikut syarat ni, harta yang ibu ada selamat dan takkan di rampas."Heh!Orang tua depannya ingat semudah itu je ke dia nak lepaskan. Jangan mimpi. "So macam mana?"kepalanya di lentokkan sedikit.

Renna buat muka sebelum termenung memandang ke lantai. Cuba memikirkan apa yang patut dia buat. Setuju atau tidak. Kalau dia setuju dia takkan muflis. Kalau dia tak setuju, menantu tak gunanya ini akan susahkan hidup dia.

"Fine. Apa dia syaratnya?"tanya Renna dengan muka bercemberut dia.

"Simple. Ibu pulangkan semua harta yang ibu pernah rampas dari sesiapa kepada pemilik asalnya. Setiap sen dan asset asal dipindahkan hak milik pada pemilik sebenar. Kalau ibu buat hal tu dalam masa terdekat, Devina akan pertimbangkan semula pertaruhan kita. Dan sekiranya ibu gagal lakukannya, Devina tak teragak-agak rampas semua yang ibu miliki sekarang ni."

"Kamu apa!"Renna pandang tak percaya ke Devina. Suka hati je suruh dia itu ini!

"Saya apa?Tak nak?"tanya Devina dengan kening terangkat.

Berbolak balik dengan tawaran yang diberikan, Renna dengan kasar lepaskan dengusan geram lalu palingkan kepala ke kanan sambil silang tangan memprotes. "Ya."setujunya dengan tidak rela.

"Semuanya...termasuk harta bekas menantu ibu yang pernah berkahwin dengan anak ibu yang dua orang tu..."tegas Devina lagi dengan jelingan ekor matanya ke tepi muka Renna.

"Yalah!Tahu! Tak payah ulang banyak kali!"sentap Renna dengan jengkel sewaktu palingkan kepala ke Devina semula.

"Good. Sekarang kemas sepah yang ibuĀ  buat tadi. Kutip setiap kertas dekat sini dan letak balik dekat meja tu."arah Devina lagi sewaktu berpatah balik semula ke sofa tempat dia duduk tadi. Duduk saja di situ, dia buka laptopnya semula. Nak teruskan kerja menaipnya.

"Kamu-"

"Apa?Tak nak?"sampuk Devina serta merta apabila Renna cuba memberontak. Haoh orang tua...masih lagi berani nak melawan. Tak cukup ke?

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan Renna ketap giginya untuk tahan diri dari bersuara. Mahu tak mahu dia paksakan jugak dirinya untuk melutut di situ dan kutip kertas, buku dan peralatan tulis Devina dari atas lantai tu.

Sewaktu Renna berbuat begitu, Devina yang sedang duduk menghadap laptop itu tersengih sendiri. Padan muka situ!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience