Rate

Bab 46

Romance Completed 50332

di rumah,lucy menelefon julian dan memberitahu kalau dia akan membawa sejambak bunga untuk ayahnya lilly dan meminta maaf padanya kerana menghalang proses syuting selama beberapa hari ini.

setelah selesai menelefon,lucy ke hulur-hilir mencari sesuatu.kad nama lelaki yang semalam hilang dan lucy tidak ingat di mana dia meletaknya.

"apa lydia melihatnya?"

"tidak,"jawab lydia.

jangan-jangan lucy lupa mengeluarkan kad nama itu dari seluar jeans-nya semalam.lucy sudah mahu mencarinya,tapi lydia mengaku kalau dia sudah mengirim semua baju kotornya lucy ke dobi.

ya,sudahlah.bagaimanapun itu kad nama dari seseorang yang kebetulan bertemu dengannya.belum tentu mereka akan bertemu lagi nantinya.lebih baik lydia berangkat kerja saja sekarang.

tapi tunggu dulu,lucy memperhatikan penampilan lydia agak berbeza hari ini.apa dia pakai bulu mata palsu? katanya lydia tidak suka pakai itu.

"kau kan sudah terlanjur membelikannya dan aku cuma merasa sayang saja kalau tidak terpakai,"alasan lydia.

lucy tak percaya cuma itu alasannya.hari ini pasti ada sesuatu yang special,kan? apa lydia mahu keluar sama seorang lelaki? lydia langsung melotot dengan canggung dan berkeras untuk menolaknya,dia beralasan kalau hari ini ada acara di sekolah tempat kerjanya.

lucy tetap tak percaya. "jika tidak,lalu kenapa wajah mu memerah? telinga mu juga memerah.kalau seperti ini,kau jatuh cinta pada seorang lelaki kan?"

lydia terdiam canggung yang jelas saja membuat lucy jadi semakin curiga dan langsung menggelitik ludia sambil menutut jawapan.lydia menolak mengatakan apa pun dan buru-buru melarikan diri dari lucy.

"kalau pun ada juga aku tidak akan memberitahu mu."

"ya kan? pasti ada!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience