Rate

Bab 194

Romance Completed 50332

peter berusaha membangunkannya dengan kesal.tapi lucy terus gelisah memanggil-manggil nenek.lama-lama peter cemas,teringat betapa menderitanya lucy saat di tinggal nenek.

dia teeus bergerak-gerak dalam tidurnya hingha tak sengaja tangannya menyentuh tangan peter yang secara tiba-tiba membuat peter jadi semakin cemas.

dia mengulurkan tangannya ke balik kelambu untuk check dan mendapti lucy demam.walaupun tadi lucy berkata bahawa dia tidak akan menyalahkan peter jika dia mati,tetap saja hati nurani peter tak boleh mengabaikannya begitu saja.

dengan cepat dia mengambil sebekas air dan ubat yang tadinya di lempar ke lucy.dia lalu selak kelambu tempat tidurnya lucy,menarik lucy bangun dan berusaha memaksa lucy untuk menelan ubat itu.

lucy terbangun kerananya.tapi dia langsung undur ketakutan.peter sindir melihat reaksinya,jadi lucy boleh takut juga sama dia? dia berusaha lagi memaksa lucy.tapi lucy berkeras tidak mahu minum ubat itu sampai peter kesal.

"hei! jangan sakit atau mati di sini! minum ini!"

lucy berkeras menolak dan menutup mulutnya rapat-rapat.kesal,peter langsung menutup hidung lucy sampai lucy akhirnya tidak tahan lagi dan terpaksa harus membuka mulutnya.

peter cepat-cepat memasukkan ubat itu ke mulutnya lalu memaksa lucy minum air sampai airnya tumpah dan lucy terbatuk-batuk kerananya.

peter lalu membantu mengelap tubuh lucy.tapi saat dia mengelap bahagia atas dadanya,lucy secara tiba-tiba menjauhkan tangan peter darinya dan menarik selimut untuk melindungi dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience