Rate

Bab 235

Romance Completed 50332

tercengang,peter akhirnya menurutnya dan menautkan jari kelingking mereka.katrina langsung semangat mengingatkan peter bahawa mereka tidak boleh saling meninggalkan dan tidak boleh terjadi apapun pada peter.

tepat saat itu juga,kris tiba-tiba muncul.peter langsung melihatnya dan cepat menyuruh katrina masuk rumah dan minta diri dengan alasan mahu check laptop itu.

begitu peter pergi,kris langsung bertanya katrina.kenapa dia pulang dihantarkan peter? di mana keretanya?

"kami pergi kerana ada urusan dan aku parking keretaku di pejabat."

"Oh-ho! kau yakin kalian pergi kerana ada urusan?"

"kris! aku bukan anak kecil.berhentilah berkongkong hidupku."

"bukan anak kecil sama sekali.tadi itu ada janji jari kelingking segala.hei,apa semua gigi gerahammu sudah tumbuh?"

"hei! apa kau malukanku."

simon baru saja pulang saat dia mendapat telefon dari peter yang mengaku sebagai way.simon jelas tidak percaya,way sudah mati,jadi dia siapa?

"bagaimana kau tahu dia sudah mati?"

"beritanya bahkan belum keluar."

"kau siapa?"

"kejahatan yang kau lakukan,kau harus melihatnya sendiri.hukum tidak akan membiarkan orang jahat sepertimu bebas berkeliaran."

kesal,simon langsung memerintahkan pengawal peribadinya untuk menyelidik teman way ini.peter lalu mencuba menghubungi nombor telefon orang yang mengirim email ke way.tapi nombornya tidak aktif.

saat merenung gambarnya bersama way yang dijadikan wallpaper laptop itu,peter bersumpah bahawa dia tidak akan membiarkan way mati sia-sia.dia janji akan menegakkan keadilan untuk way.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience