Rate

Bab 300

Romance Completed 50332

tidak mendapati lydia di mana pun,lucy akhirnya menyerah dan masuk ke sebuah lounge kosong dengan sedih teringat ucapan terakhir lydia dalam suratnya.

"aku ingin memberitahumu,bahawa kau tudak memilih lelaki yang salah.kris adalah orang yang baik dan satu-satunya lelaki yang kuyakini boleh menghangatkan hatimu.aku sangat lega dan bahagia kerana hari ini aku melihat dua orang yang kucintai,saling mencintai.jagalah cinta ini dengan baik.aku sangat menyayangimu lucy."

"bukan kris,lydia.bukan kris,"tangis lucy.

dalam kesedihannya,dia mencuba menelefon peter.tapi malah terkejut mendengar bunyi telefon di dekatnya.saat dia menoleh,dia melihat peter muncul di sana lalu mengangkat telefonnya.

"bukankah aku sudah menyuruhmu untuk mematikan telefonmu?"omel lucy.

"dan kau?"

"kenapa kau menelefonku kalau kau menyuruhku mematikan telefonku?"

"aku tidak memikirkan sesiapa pun...selain kau."

lucy langsung berlari ke dalam pelukan peter dan menangis di sana.peter pun membalas pelukannya.tapi mereka tidak sedar seorang anak buahnya simon mengambil gambar mereka lalu mengirimnya ke simon.

simon jelas marah melihat gambar itu.jadi sekarang mereka saling mencintai? kalau begitu,sekarang saatnya dia bertindak.entah apa rencananya.tapu kemudian dia membuka sebuah laci yang didalamnya ada pistol.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience