"Inara Sophia abang tak akan lepaskan sayang untuk selama - lamanya" pantas Inara membuka semula mata. Bayangan Helena kini tiada lagi , yang ada cuma dirinya dan Adrian sahaja.
"Jangan permainkan saya Adrian. Kalau awak dah tak nak dengan saya , lepaskan saya. Awak boleh hidup bahagia dengan Helena tanpa gangguan saya" kata Inara. Adrian yang semakin rapat dengannya membuatkan Inara terundur kebelakang sehingga dinding menghalang gerakkanya.
Adrian tersenyum puas. Kedua belah tangan di letak sisi kanan dan kiri Inara untuk menghalang Inara dari melarikan diri. "Abang dah cakap pada sayang , yang cinta abang , jiwa abang dan segala - galanya hanya untuk sayang. Hanya untuk Inara Sophia , isteri abang yang tercinta" Inara hanya berdiam diri sambil menatap mata Adrian yang jelas menunjukkan keikhlasan.
Adrian merapatkan dahinya pada dahi Inara. "Kehadiran sayang telah mengubah kehidupan abang , Jadikan sayang sebagai Isteri abang adalah satu keputusan yang sangat - sangat bermakna pada abang. Cinta abang pada sayang , sangat besar. Sampai abang takut akan kehilangan sayang. Hilang sayang , hidup abang akan kosong" ujar Adrian lalu tangan kanannya mengusap pipi mulus Inara.
"Apa yang awak cakap ni Adrian ?" dada Adrian di tolak sekuat yang mungkin. Belum sempat Inara menjauh diri dari Adrian , pinggangnya pula di peluk oleh Adrian menyebabkan tubuh mereka rapat sehinggakan tiada ruang untuk Inara melepaskan diri. Rambut Inara yang berada di hadapan itu di tolak ke belakang telinga.
"Sayang tak percaya abang ?" soal Adrian. Inara menunduk , tidak mampu untuk menatap mata indah itu kerana dia akan lemah. Lambat - lambat Inara mengangguk , tanda dia percaya kan Adrian.
"Tapi kepercayaan saya dah dikhianati oleh awak dan Helena. kepercayaan dan kesetian saya , awak dah hancurkan Adrian. Jadi bukan senang untuk saya terima maaf awak , lepaskan saya. Kita perlu masa dan ruang. Andai jodoh kita panjang , kita masih boleh bersama tetapi kalau disebaliknya. Saya redha dengan apa yang berlaku" ujar Inara yang masih menunduk lemah. Walaupun perkataan itu pahit , tetapi dia terpaksa meluahkan juga.
Adrian tergelak kecik. Dagu Inara di tolak ke atas agar menatap wajahnya sebelum bibir Inara di kucup sekilas. "Awak ingat ni perkara kecik ke adrian ? awak boleh ketawa ? awak gila ke ?" marah Inara.
Adrian masih lagi tersenyum , sempat kening Inara di kucup sebelum. "Welcome to our home darling" kata Adrian sambil tersenyum manis tetapi tidak pada Inara yang masih lagi tidak dapat menangkap maksud Adrian.
"Our home sayang. Rumah kita , syurga kita dan tempat anak - anak kita membesar" dengan sekuat tenaga Inara menolak kasar tubuh Adrian. Berjaya sahaja terlepas dari pelukkan Adrian , Inara terus menjauh.
"Apa yang awak cakap ni ? apa maksud awak ?" soal Inara. Dahinya berkerut seribu , Adrian pula masih lagi dalam keadaan tenang. Adrian menepuk 3 kali dan keluar la sekumpulan yang tersorok itu dengan kek , bunga dan belon di ikuti dengan lagu.
"Happy birthday to you , happy birthday to you , happy birthday to Inara Sophia. Happy birthday day to you" nyanyi mereka. Sebelum...
"Happy birthday to my baby" sambung Rayyan dengan dengan bersahaja...
PAK
Satu tamparan hebat di layangkan pada Tengkuk Rayyan. Laju sahaja kepala Rayyan menoleh ke belakang , amarahnya terus menurun apabila melihat gerangan yang memukulnya itu. "Asal kau nak marah aku ke ?" soal Hanif datar.
"Eh mana ada aku nak marah kau. Aku nak tengok semua dah ada ke belum ha , lagipun tak sakit la kau pukul" bohong Rayyana walhal tengkuk nya sudah memerah.
"Merah tengkuk kau tu tak sakit ke ? menipu , dah bla sana kita nak sambut birthday Inara. Kau pula membala dekat sini" Harriz terus menolak tubuh Rayyan ke tepi. Kek yang berada di tangan Harriz itu di bawak ke arah Inara serta Adrian yang dari tadi hanya memerhatikan sahaja.
"Jadi tadi awak dengan Helena..."
"Sayang satu - satunya perempuan yang bertahta di hati abang. Mana mungkin abang curang dengan sayang" jawab Adrian.
"Inara , tadi tu cuma lakonan je. Kitaorang tahu kau akan ikut Adrian. Aku tak bodoh lagi nak rembat suami kawan baik aku sendiri , kalau aku nak. Ha ni Rayyan ada , senang ajak kahwin je terus" kata Helena pula agar salahfaham itu berlalu pergi.
Rayyan yang mendengar itu terus bersinar. "Jom la kahwin , malam ni juga aku nikah dengan kau. Jom" lengan Helena di pegang. Acah - acah untuk menarik tetapi belum sempat Rayyan menarik lengan kirinya menjadi mangsa Harriz.
"Kau nak mati ke ? majlis Inara jangan rosakkan majlis ni boleh?" Rayyan menelan air liur kesat. Nampak yang Harriz menahan sesuatu , seperti..
"Jeles cakap je la. Bye" laju lengan kirinya di tarik dan berlari ke arah Hanif. Harriz menarik nafas panjang dan di lepaskan kasar , Lengan kanan Helena di sambar dan di tarik agar merapat ke arah yang lain iaitu sebelah Inara.
Helena memandang wajah Inara. Mulutnya yang mahu dibuka tertutup kembali apabila tubuh nya di peluk kuat oleh Inara. "Terima kasih , sayang kau ketat - ketat. Aku percaya kau" jawab Inara.
"Sayang korang" ujar Helena dan menarik Rysha agak masuk ke dalam pelukkan. Mereka yang lain hanya memerhatikan sahaja ketiga - tiga itu berpelukkan.
"Dah pelukkan ? jom la makan , aku lapar dah ni" sampuk Rayyan dengan selambar dia mencuit kek Inara dan mengilat cream kek yang ada di tangannya. Tanpa rasa serba salah , senyuman di ukir.
"RAYYAN" jerit mereka semua. Rayyan masih dengan senyuman tidak bersalah dan acara di teruskan dengan memotong kek berserta makan malam yang di masak Helena dan Rysha.
Fail yang berada di tangannya itu di tenung lama. Maklumat tentang seseorang telah membuatkan dia tersenyum sinis. "New york ? Nice , shooting class wow" kata Carlos sambil membaca setiap detail milik Helena. Tangan seseorang yang menyentuh dada bidangnya di tolak kasar dan itu menbuatkan James memandang ke arah abangnya.
"I don't need this cheap woman anymore. Kill him, leave no trace" arah Carlos pada James. Wanita itu terus cuak dan cuba untuk melarikan diri tetapi James lebih pantas darinya membuatkan wanita itu memberontak.
Wajah James di pandang. "All my attention is now on Helena. Her has what I want, her is different and that makes me more interested" ujar Carlos tanpa menunggu James bersuara.
Kad yang tertera nombor telefon Helena di genggam erat , kini tujuannya bertambah. Membunuh Adrian Luthfi dan menjadikan Helena sebagai miliknya. Pantas James menunduk apabila Carlos bertindak menarik wanita yang berada di genggaman James dan di tolak ke katil.
"Your face is like Helena" kata Carlos dan terus menindih wanita tersebut. James dengan pantas keluar dari bilik sang abang , meninggalkan mereka berdua yang berada dalam dunianya sendiri atau lebih tepat dunia abangnya sendiri.
"Stupid" kutuk James sendiri. Anak buahnya menunduk hormat apabila James berjalan melepasi mereka dengan wajah yang cukup menakutkan. Dimana dia menahan amarah pada sang abang dan juga Harriz.
*
*
*
*
*
*
Pagi pagi lagi Adrian sudah memenuhi permintaan Inara yang ingin meneroka rumah mewah ini. Setiap sudut di rumah mewah itu di perhatikan oleh Inara dengan senyuman lebar. "Abang cantiknya gambar kahwin kita yang ni" ujar Inara sambil memandang frame yang cukup besar iaitu gambar mereka berdua semasa akad nikah dan bergambar di pelamin mewah itu.
"Puas dah perhatikan rumah ni ? ada yang kurang ? kalau ada yang sayang tak puas hati atau rasa nak tambah , just let me know okey sayang"
Inara mengeleng pantas sebelum dia menarik Adrian rapat ke arahnya dan pinggang Adrian di peluk tepat di hadapan frame yang tergantung besar itu. "Ini semua dah cukup untuk Inara. Lagipun abang dah buat yang terbaik untuk rumah ni"
"Inara minta maaf sebab semalam Inara lepaskan kata - kata yang tak sepatutnya Inara cakap. I am sorry okey abang" tambah Inara lalu mengucup pipi kanan Adrian menandakan permintaan maaf.
Adrian tersenyum lebar. "Abang tak marah , sebab rancangan abang berjaya. Lagipun abang dah dapat hadiah malam semalam , siap bonus lagi tu" jawapan Adrian membuatkan kedua belah pipi Inara memerah laju sahaja kepalanya di jatuhkan ke dada bidang sang suami.
"Oi kau nak cakap elok sikit. Pandang kiri dan kanan dulu , tahu tak sini ramai single" sampuk Rayyan yang baru menapak ke ruang tamu. Kelihatan Rayyan memakai baju tidur boboiboy berserta teddy bear merah jampu di dalam pelukkannya.
Adrian dan Inara hanya tergelak kecik. Kelakar tapi dalam masa yang sama comel. "Kau tak malu ke ?" Rayyan mengeleng bagi menjawab soalan Adrian.
"Cuba tengok belakang kau" Rayyan mula mengerut dahi. Toleh sahaja di belakang terus membuatkan Rayyan tersenyum malu , ada Rysha di belakangnya. Lebih tempat , Rysha baru keluar dari dapur dengan membawa mangkuk berisi mee.
"Cila...Bodoh la kenapa tak bagitahu awal awal" jerit Rayyan sebelum melarikan diri ke bilik tetamu. Selepas sahaja acara semalam selesai , Adrian meminta semua agar bermalam di rumahnya agar tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku.
Rysha yang baru meletakan mangkuk mee di meja turut terkebil - kebil. "Aik Rysha kau kenapa pipi merah tu ?" soal Inara. Rysha mengeleng perlahan , malu sebab dia dapat melihat kecomelan Rayyan dengan memakai baju tidur boboiboy berserta teddy bear yang di peluk. Nampak sangat comel.
Selesai sahaja menghidangkan menu sarapan , mereka semua berkumpul untuk menjamu selera pagi. "Mana Helena ?" soal Harriz yang baru tiba di meja makan , hairan batang hidung Helena tidak kelihatan langsung di meja makan itu.
"Helena dah keluar. Dia kata nak jumpa orang , jadi dia minta diri awal. Tapi jangan risau la , petang dia balik semula ke sini" jawab Inara memihakkan Helena. Betul , awal pagi lagi Helena sudah meminta diri pada Adrian dan Inara untuk keluar.
"Orang ?"
"Haa la orang tak kan beruk kot. Yang kau ni sibuk kenapa ? rindu ke tu ? ha tu la kau orang tu ada depan mata kau sibuk kasa...."
Terhenti bebelak Rayyan apabila Hanif menyumbatkan mee di mulut Rayyan. Rayyan menjeling tajam , baru nak bebel dah tak boleh. "Helena ada hal la tu , bukannya kau tak jumpa dia lagi" kali ini Hanif bersuara datar.
Harriz berdeham seketika sebelum mengambil tempat di sebelah Erzan yang turut memandang ke arahnya. "Ada benda aku nak cakap dengan kau nanti. Kita jumpa dekat tepi kolam" bisik Erzan pada Harriz tanpa pengetahuan yang lain.
Selesai sarapan macam yang di janjikan Erzan dan Harriz berjumpa di tepi kolam , ipad di hulurkan pada Harriz. Sempat Harriz memandang wajah Erzan sebelum ipad itu bertukar tangan. "Kau tahu dia ada dekat sini tapi kenapa kau tak bagi tahu dekat yang lain ?" Harriz mengeluh kasar.
"Mana kau dapat ni ? macam mana kau tahu James dah ada dekat Malaysia ?"
"Cctv kedai bunga tu senang je untuk aku minta. Kau tak boleh tipu aku , wajah kau tu ketat dua tiga hari sebab ni kan ? kau takut benda lama terjadi ?" Harriz mengeluh tetapi kali ini kedengaran perlahan. Bangku yang ada terus di duduki oleh Harriz. kejadian hitam sekali lagi menghantui dirinya dimana ahli keluarganya menjerit , memohon agar di lepaskan.
"Dua bangsat tu dah bunuh keluarga aku. Aku dah bersumpah yang aku akan bunuh dua bangsat tu dengan tangan aku sendiri" Erzan mengangguk lemah. Iya , itu adalah sumpah Harriz pada dirinya bahawa dia akan membunuh James berserta Carlos dengan tangannya sendiri.
"Buat masa ni kita jangan bagitahu pada yang lain. Carlos cari Adrian , jadi buat masa sekarang kita perlu berjaga jaga je" kata Erzan. Sempat kedua belah bahu Harriz di tepuk sebelum ia melangkah masuk ke dalam meninggalkan Harriz bersendirian di situ.
"Damn Carlos , kenapa time macam ni kau muncul. Dah puas hidup agaknya kau ni" bisik Harriz lalu meraup wajahnya kasar. Hampir 20 minit baru Harriz menapak ke dalam , lintas sahaja bahagian dapur suara Rysha kedengaran membuatkan Harriz terhenti di sebalik dinding.
"Kawan baru Helena tu lelaki dan dia orang luar negeri"? soal Rysha pada Inara. Inara yang sibuk menyusun pinggan itu mengangguk sahaja. Helena memberitahunya tentang seseorang yang baru menjadi kawannya.
"Helena tak mudah untuk berkawan. Tapi kenapa kali ni dia macam easy to go ?" Inara turut terkaku seketika. Ada betulnya yang di katakan Rysha , Helena seorang yang susah untuk bergaul dengan orang baru tapi kali ini Inara dapat melihay dari riak wajah Helena yang dia sangat sangat bahagia dengan kawan barunya itu.
Inara terus duduk di kerusi yang tersedia ada. "Aku rasa Helena dah ada boyfriend tapi dia mungkin belum bersedia nak kenalkan dengan kita" teka Inara. Pantas Rysha menepuk tangannya sekali , menandakan dia teruja.
"Alhamdulilah kalau dia dah jumpa orang yang tepat. Kita ni kawan baik dia hanya mampu mendoakan yang terbaik je untuk dia kan" Inara mengangguk ceria. Tetapi tidak bagi Harriz , entah kenapa mendengar berbualan Inara dan Rysha membuatkan hatinya sakit.
Harriz terus beredar dari situ , dirinya tidak dapat menahan sesuatu yang membuatkan dirinya terasa marah. Pantas dia masuk ke bilik dan katil di tuju , mata di tutup rapat buat seketika tetapi otaknya mengingatkan wajah Helena yang tersenyum manis membuatkan matanya terbuka kembali.
"Kau , kau buat apa pada aku Helena?" tanya Harriz atau lebih tempat bertanya pada dirinya sendiri. Tipu kalau dia kata , dia tidak tertarik pada Helena , sejak pertama kali dia bersua muka dengan Helena. Helena sudah menjadi tarikkan pada dirinya. Nafas berat di lepaskan. Matanya di kejap semula sehingga tanpa sedar dia di buai mimpi.
*
*
*
*
*
*
Helena yang fokus pada skrin phone di kejutkan dengan kedatangan seseorang. Laju sahaja mata itu bertukar tujuan dari ke skrin phone kini pada wajah seseorang , "Hey, please sit down" ajak Helena pada seorang lelaki yang berada di hadapannya ini.
"Forgive me for being late. I had business earlier so I came here late" Helena tersenyum kecik.
"It's okey. I have just arrived" jawab Helena.
"You are beautiful, very beautiful Helena" puji Carlos sambil menatap seluruh wajah Helena. Baginya Helena ada gadis yang paling sempurna yang pernah temui olehnya dan siapa sangka gadis itu berjaya mengusik sesuatu dalam dirinya.
Helena tergelak kecik. "You are handsome Carlos. I love your eyes, they are blue like ocean, very calm and peaceful" puji Helena pula.
Berbualan kosong di teruskan sehingga. "It's 6.30 pm. Omg we talked until we forgot the time. Carlos I have to go first and maybe we can go out again"
"Sure Helena. Thank you for being friends with me, you have shared so many interesting places. I appreciate that" mendengar kata kata Carlos , Helena hanya mampu melemparkan sesuatu iaitu senyuman yang lebar sehingga membuarkan Carlos terkaku.
Susuk tubuh Helena di perhatikan sehingga susuk tubuh itu hilang dari pandangan baru la Carlos mengedip matanya. "Shit , She is not human, but an angel" bisik Carlos.
Hanya mengambil masa 45 minit sahaja untuk Helena tiba di rumah mewah milik Adrian dan Inara. Tiba sahaja di halaman rumah itu , dia di sambut oleh Harriz yang terpancar wajah dingin dan bengis.
"Apa la yang dia nak bebel ni ?" soal Helena sendiri.
Helena yang baru keluar dari perut kereta itu terus di terjah dengan bebelan Harriz. "Kau pergi mana ? jumpa sapa ? Helena kita tak boleh gerak sesuka hati. Kau tahu apa yang tengah berlaku sekarang ni , jadi keadaan kita tak selamat untuk kau keluar seorang diri macam ni" kata Harriz.
Helena mengeluh kasar , wajah Harriz di pandang. "Apa yang berlaku tak bermaksud aku tak boleh keluar langsung. I can take care of myself Harriz. Kau tak perlu jadi babysitter aku untuk jaga aku 24jam" jawab Helena datar. Langkah Helena di buka untuk masuk ke dalam rumah agam itu.
Langkah Helena pantas di kejar oleh Harriz. "I know you can fight. Tapi tak bermaksud kau boleh sesuka hati keluar , kau boleh buat kita semua dalam bahaya. Sekarang bukan cuma Faris seorang je musuh kita tapi..."
"Ada musuh lain selain Faris ? siapa ?" sampuk Rayyan. Pantas Harriz dan Helena menoleh ke arah sumber suara itu , terdapat Rayyan , Adrian dan Inara yang baru keluar dari dapur bersama biskut di tangan.
Helena menarik rambutnya lalu di bawak ke belakang telinga. "Kau tak perlu risaukan aku. Aku boleh jaga diri aku sendiri , tanpa kau pun aku boleh hidup. Aku tak nak bergantung pada sesiapa , jadi stop membebel. Kau bukan sesiapa bagi aku pun Harriz jadi jangan paksa diri kau untuk jaga aku sebab aku tahu benda tu membebankan kau" ujar Helena dan terus mendaki tangga ke atas. Harriz yang ingin mengejar di tahan Inara.
"Dia marah tu. Biarkan dulu , sekarang saya nak awak terangkan pada saya apa jadi sebenarnya ni ? kenapa awak perlu halang Helena?" soal Inara.
Harriz memandang sekilas wajah Inara sebelum wajah itu memerhatikan tingkat atas lebih tempat pintu bilik Helena. Salah dia ke kerana terlalu risaukan keadaan Helena , sepanjang Helena berada di luar. Dia adalah orang yang paling risau dan tidak dapat duduk dengan selesa sehingga dia dengar kereta Helena masuk ke kawasan rumah , Baru la nafas leganya di lepaskan.
Share this novel