Inara yang sedang duduk di tepi kolam itu tersentap apabila bahunya di sentuh perlahan oleh seseorang. Lantas dia memaling , "Inara buat apa dekat luar ni ? dah malam tak elok berembun dekat luar" soal Hanif pada Inara.
Sejak Inara keluar dari hospital Inara banyak berdiam diri dan tidak ceria seperi selalu. Majlis Hanif dan Alice pun inara masih berdiam cuma senyuman sahaja yang terukir cantik di bibir bak delima Inara itu.
"Inara nak tengok bintang. Bestkan jadi bintang , dia selalu bersinar dan selalu menerangkan langit yang gelap tu" ujar Inara. Hanif mndongak kan kepalanya , ada banyak bintang yang menghiasi langit gelap itu.
"Abang pergi la masuk. Kak Alice mesti cari abang maklum la bakal pengantin kan" usik Inara. Hanif dan Alice di ijab kabulkan selepas sehari Inara keluar dari hospital , majlis sempat di tunda tapi kini semuanya berjalan dengan lancar.
Hanif memeluk bahu Inara serentak itu Inara menjatuhkan kepalanya di dada bidang sang abang. "Masih fikir tentang lamaran Adrian ?" Inara mengangguk , kini sudah hampir seminggu selepas adrian melamarnya di hospital.
"Macam mana kalau Inara betul - betul dah tak suci ? dapat ke Adrian terima Inara bang ? Sebab Inara tahu tiada lelaki pun nak perempuan yang dah kotor , macam barang. Mesti kita nak yang elok kan tak kan kita nak ambik barang yang dah rosak"
"Inara tak ingat tapi Inara tahu lelaki tu dah tindih Inara. Inara tak tahu apa yang jadi lepastu tapi Inara rasa diri Inara ni dah kotor , so biar la Inara tolak lamaran Adrian sebab dia layak dapat perempuan jauh lebih baik dari Inara" sambung Inara.
Hanif menunduk ke bawah untuk memandang wajah Inara apabila dia terasa ada cecair yang jatuh di dadanya. Tubuh Inara di tolak jauh sedikit sebelum kedua belah bahu Inara di pegangan erat , Inara menangis.
"Jangan menangis" pujuk Hanif dan menyekat air mata Inara.
"Abang percaya Adrian mampu jaga adik. Dia akan terima adik seikhlas hati dia sebab abang kenal dia dah lama , dia tak akan buat keputusan kalau dia tak mampu nak hadap jadi dia nak jaga adik sebab tu dia ambik keputusan untuk kahwin dengan adik. Cinta itu boleh terbentuk bila adik dan Adrian dah berkahwin , duduk sebumbung , tidur sebantal. Semua tu boleh hadirkan perasaan cinta"
Inara masih menangis , hanif mengeleng perlahan lalu tubuh Inara di tarik ke dalam pelukkannya. "Sweetnya suami akak kan Imani ?" soal Alice pada Imani lengannya di langgarkan pada lengan Imani.
"Yelah semua kahwin. Ha pergi la sana dengan suami sana , nanti Inara dah kahwin tinggal Imani je seseorang dah ah benci" Imani memalingkan wajahnya ke kanan. Rasa la culik je lelaki kacukan lepastu ajak kahwin boleh tak ek ?
"Tu di Aryan ada tak nak ke ? Kak Alice tengok dia macam syok dengan awak je Imani" Imani mengeleng. Dengan lelaki hauk tu hm jawapannya memang idok la , lelaki tu mana pernah serius asyikk nak melawak je.
"Dia tu mana pernah serius kak , hidup dia asyik fikir melawak je ish nasib la siapa bakal bini dia nanti masak nak kena layak lelaki macam tu" jawab Imani sambil melangkah ke biliknya. Alice hanya mampu tersenyum lalu kepalanya di geleng beberapa kali , hm cakap la macam tu sekali itu la jodoh dia.
"Ish tak boleh fokus la aku" adu Adrian sendiri. Fail - fail yang ada di depannya di tolak ke tepi lalu phone miliknya di capai sebelum satu nombor di tekan , Adrian menarik nafas panjang dan phonenya di larikan di telinga kanan.
Hanya perlu tunggu beberapa saat sahaja panggilan itu telah pun bersambung. "Hello Adrian ada apa awak call saya ?" soal Inara , suara merdu itu membuatkan Adrian menarik senyuman.
"Aku nak tanya pasal lamaran aku , kau dah fikir ?" Soal Adrian menyentakkan Inara. Macam mana dia nak cakap yang dia tolak lamaran Adrian atas kerana takut pada diriny sendiri yang sudah pun kotor , inara yang duduk itu terus berdiri dan berjalan ke balkoni biliknya.
"Saya rasa , saya terima..."
"minggu depan kita nikah , aku ikhlas terima kau Inara jadi kau hanya perlu bersiap sedia kan diri kau je sebab yang lain aku akan settlekan. Thanks sebab sudi terima aku and see you my future wife"
Baru sahaja Inara hendak membalas panggilan terlebih dahulu di matikan oleh sebelah pihak. Inara tersenyum kecik , mungkin Adrian memang jodohnya tapi tak apa dia akan solat istikharah untuk dapatkan jawapan dari tuhan.
"Terima jela si Adrian tu. Lagipun adik memang suka dekat dia pun kan ? kenapa nak tolak lamaran dia pulaa" sampuk Imani yang baru masuk ke bilik Inara. Inara memaling sebelum dia menjatuhkan punggung ke atas katilnya semula.
"Akak dengar ?" Imani mengangguk.
"Dengar cukup jelas. Tapi tk tahu la dia balas apa pada adik , terima je insha allah dia terima adik seikhlas hati dia" kata Imani lalu mengusap kepala Inara perlahan , Inara diam hanya senyuman yang membalas.
"Amboi encik abang asal kau senyum macam binatang pink tu ? kau okey tak ?" tanya Rayyan yang baru masuk ke bilik Adrian bersama satu fail di tangannya. Adrian mendeham seketika dan membetulkan tienya , senyuman manis itu hilang bila rayyan menegurnys ish sibuk je.
"Sibuk ah kau. Buat kerja je la"
"Dah angau dengan inara ah tu , ish kenapa la dia nak dengan kau. Aku ni handsome kaya pun kaya tapi kenapa dia tak nak denga aku ?" Adrian mengangkat bahunya. Fail yang di tolak ke tepi itu di tarik semula untuk menyemak.
"Tak apa , tak dapat inara dapat kawan dia pun jadi ah. Okey bila majlis kau ? aku nak pergi spa ni" tanya Rayyan pada Adrian. Adrian mengeluh kasar dahinya di urut perlahan , kenapa dia dapat kawan macam ni ? boleh tolong kutip tak ?.
*
*
*
*
*
*
Harini adalah hari yang bermakna buat Inara dan Adrian. Dimana mereka di satukan , puas Inara memujuk Adrian untuk menguruskan majlis mereka tapi Adrian menghalang. "Smile Inara , you look pretty" puji Emma lalu memeluk inara.
"Hey jangan peluk Inara kuat sangat habis tudung dia nanti" marah Helena pula. Inara hanya terkekeh perlahan , sempat dia mengeleng kepala apabila dia melayan keranah tiga kawan baiknya ini.
"Adik pengantin lelaki dah sampai. Kita dah boleh turun bawah" ajak Imani pada Inara. Inara mengangguk dan sempat dia menarik nafas panjang , Inara turun di iringi oleh emma , helana dan raysha. Wajah Inara membahang apabila dia dia perhatikan oleh Adrian yang turut segak perpakaian baju melayu putih.
"Handsome Adrian" puji raysha yang berbisik pada Inara. Tidak dapat di nafikan Adrian sememangnya kacak dan dapat mencairkan hati Inara lagi dan lagi , sepanjang bersiapan majlis mereka Adrian dan Inara langsung tidak berjumpa itu semua kehendak Inara sendiri tapi bila dah jumpa di majlis sendiri makin cair di buatnya.
"Dah ?" soal Datuk hisyam pada Adrian. Adrian menoleh ke arah Inara sebelum dia mengangguk perlahan , tangan datuk Hisyam di sambut baik oleh Adrian.
"Adrian Luthfi Bin Datuk Malik"
"Saya"
"Aku nikahkan dikau dengan puteri ku Inara Sophia Binti Datuk Hisyam dengan mas kahwin sebanyak 50 ribu ringgit tunai"
Adrian menarik nafas panjang. "Aku terima nikahnya Inara Sophia Binti Datuk Hisyam dengan mas kahwin sebanyak 50 ribu ringgit tunai"
"Sah"
"Sah"
Dengan sekali lafaz kini Inara sah menjadi isteri kepada Adriam Luthfi ketua mafia yang kejam akhirnya jatuh ke pelukan Inara Sophia. "Inara bagi tangan tu Adrian nak sarung cincin" ujar Datin Husna , pantas inara mengangkat wajah.
"Assalamualaikum bidadari Adrian Luthfi" bisik Adrian tepat di telinga kanan Inara. Serentak itu pipi Inara membahang malu , Adrian tidak pernah menujukkan sikap manis pada dia tapi harini Adrian nampak lain.
"Waalaikumussalam Syurga Inara Sophia" jawab Inara walaupun malu dia tetap memberani kan diri. Adrian tersenyum manis , flash camera yang terpancar dari telefon Rayyan , Erzan dan Harriz menyentakkann mereka berdua lantas itu Adrian menjauh sedikit dari Inara.
"Bang sabar bang lagi berapa jam je nak malam. Jom kita makan dulu ha ada tenaga baru syok" Inara menunduk malu dengan kata - kata Rayyan. Adrian pula hanya membuat muka dingin sahaja , malas nak melayan budak gila tu.
Manakala tetamu yang lain pula sudah tergelak kecil. "Dah la bodoh malu adik aku , eh erzan bawak binatang ni keluar semak je la" erzan mengangguk dan
ARGH SAKIT
"Padan muka kau. Nak sangat kan ha ambik ni hadiah dari aku untuk kau" kata erzan yang menarik cuping telinga milik Rayyan dan di bawak ke meja makan khas untuk tetamu. Rayyan mengosok telinganya yang jelas merah itu malu oi ada kawan Inara yang comel gebu tu.
"Dah makan la apa lagi kau tunggu ?" soal harriz pula. Cawan di letakkan di hadapan Rayyan yang memuncung itu , merajuk dengan erzan la tu tapi tak ada guna pun kalau kau merajuk sebab dia tak akan pujuk.
"Malu tahu tak ada kawan Inara tengok. Tu ha cantik kan ? nak pikat la kejap lagi mana tahu sangkut dapat kau makan nasi minyak aku" muncung di arahkan pada emma yang. Harriz menoleh dan tanpa sengaja matanya bertembung dengan mata coklat milik helena.
"Hmm. Boleh la" jawab Harriz berdeham sesekali. Rasa janggal apabila ber eyes contack dengan perempuan. Rayyan tersenyum sumbang alah ingat kita tak nampak ke bang , ish beku tu memang beku kan ?
"Yang rambut ikal mayang tu helena , yang pakai spek tu emma dia budak bijak tau dan lagi seorang tu raysha dia power bab seni pertahanan diri ha erzan boleh ah kau fight dengan dia nanti" sampuk Hanif yang baru duduk di sebelah erzan.
"Apahal sebut nama aku pula ?" hanif mengeleng perlahan lalu bahu erzan di tepuk perlahan.
"Helena tu dia suka motor macam kau ah harriz , emma tu pula dia lembut sikit tapi tak sesuai ah dengan kau rayyan sebab dia pandai kau pula terlebih bodoh adeh kesian emma kalau dia berjodoh dengan kau. Raysha tu pula ah sama la macam erzan dia minat gun , fight and dia pernah menang muai thai tau so dia kira se level dengan kau ah" ujar hanif panjang lebar.
Rayyan mengangguk faham sambil memandang emma yang agak jauh darinya nampak keayuan pada gadis itu. Senyuman pula uish boleh tahan manis , "Tak penting untuk aku dengan erzan tahu sebab aku malas nak ada perempuan lagi. Takut lalai dengan kerja sampai dia terabai" jawab harriz yang terus menikmati makanan.
"Tengok la nanti. Ha mana tahu aku kahwin dulu sebelum rayyan masak la kau" usik erzan pula. Mereka tergelak kecil melihat wajah mencuka milik harriz. Pantang cakap pasal kahwin mesti muka mencuka , tunggu je la jodoh awak sampai ya harriz.
"Hanif nak nombor emma tu boleh ?"
"Rayyan usaha la sendiri aku malas okey bye nak makan dengan bini kejap" tolak hanif dan terus beredar meninggalkan kawannya di meja itu
"Kedekut , tak apa aku minta sendiri nanti" erzan dan harriz mengelengkan kepalanya. Sempat mereka menoleh ke arah Adrian dan Inara yang sibuk melayan tetamu pasangan itu nampam serasi dan sepadan. Harap - harap Adrian dan Inara dapat bertahan dan dapat menghadapi masalah yang akan menimpa mereka nanti.
Selesai sahaja majlis mereka Adrian mengajar Inara untuk ke bilik mereka untuk berehat. Penat kerana melayan tetamu walaupun jemputan sedikit tapi cukup meriah dan ia di buat agak tertutup kerana ini semua demi keselamatan Inara.
"Say...saya mandi dulu" ujar Inara tiba di bilik. Dia pantas melangkah ke arah bilik air tapi langkahnya terhenti apabila pingggangnya di peluk oleh Adrian manakala dagu adrian pula di rehatkan di atas bahu Inara.
"Kau ikhlas terima aku ?" Inara mengangguk laju. Gila ke tak ikhlas , kita kahwin dengan crush kita kot mesti la suka , seronok dan yang penting bersyukur.
"Aku tahu kau penat so kau pergi la mandi lagipun aku tak akam tuntut hak aku sebagai suami selagi kau tak bersedia. Tapi malam ni aku nak tidur peluk kau , peluk bear terbaru aku ni" pipi Inara di kucup sekilas.
Serta merta tubuh Inara kaku. "Sayang kau tak nak mandi seseorang ke ? kalau tak nak jom mandi dengan aku , baru fresh sikit kan" lengan Inara di tarik perlahan tapi Inara pantas menepis dan berlari ke arah bilik air.
"Ya allah jantung jangan berkerja keras macam ni hari - hari. Boleh pengsan aku" kata Inara sendiri yang menyandar di pintu. Tangan kanan pula di letakkan atas dadanya yang berdegup kencang atas perilaku Adrian ke atas dirinya.
"You my angel. Aku akan jaga kau sebaik mungkin inara , kerana inara sophia hanya untuk adrian luthfi" kata Adrian sendiri sambil memerhatikan frame gambar inara yang berada di atas meja solek itu.
Share this novel