Bab : 4

Romance Series 63406

Hanif yang berjalan kehulur - kehilir itu di perhatikan oleh Imani dan Datin Husna. Wajah Hanif di hiasi dengan perasaan risau dan resah , dia risau akan keselamatan Inara. Adik bongsunya itu baru sahaja jejak ke malaysia seminggu yang lepas dan dia tidak di nafikan yang keselamatan Inara turut akan terjejas akibat dia adalah adik kepada Mafia yang bernama Hanif Sufian.

"Hanif. Sit down and calm down" arah Datuk Hisyam terselit juga nada ketegasan di situ. Naik pening kepala dia melihat anak sulungnya sebegitu rupa , dia pun turut risau akan keadaan Inara cuma dia selindung dengan wajah tenangnya itu.

"Awak jangan la macam ni. Kita tunggu Harriz jejak lokasi inara dulu , jangan resah macam ni" pujuk Alice iaitu tunang Hanif. Alice juga merupakan anak buah Adrian , perkenalan mereka juga sudah lama kini baru mereka setuju untuk melangkah ke alam perkahwinan setelah hampir 5 tahun mereka bercinta.

"Macam mana saya nak tenang. Adik saya dekat luar sana , apa yang jadi pun saya tak tahu" jawab Hanif dan terus duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

"Bro aku dah dapat lokasi Inara. Dia dekat kawasan yang sunyi bro , baik kita gerak sekarang" ajak Harriz. Adrian , Aryan , Erzan dan juga Rayyan berada di rumah Hanif , ini semua kerana Hanif yang memanggil mereka untuk mencari keberadaan Inara.

"Aku pergi" kata Adrian serentak itu dia bangun dari duduknya. Wajah ceria Inara petang tadi berlayar kembali di fikirannya , kalau terjadi sesuatu pada Inara dia la orang yang akan menuntut bela untuk Inara.

"Kejap. Kau kenal ke siapa musuh kau kali ni ? kenapa dia attack keluarga aku ? kenapa keluarga kau langsung tak kena ancaman ?" soal Hanif nada yang digunakan kedengaran dingin di telinga mereka semua. Kini Hanif berdiri tepat di hadapan Adrian , wajah dingin itu di pandang lama oleh Hanif.

Adrian tidak menjawab malah dia bertindak untuk melangkah pergi. "Aku cakap dengan kau ni hanat" marah Hanif , pantas lengan Adrian di tarik lalu kolar baju Adrian di cengkam kuat.

Erzan dan yang lain terus bangun dan berlari ke arah mereka. Bukan boleh percaya mamat dua ekor ni , kalau tidak di leraikan maka tercetus la peperangan di sini. "Apa ni hanif , sudah la" ujar Alice dan cuba menyentuh lengan tunangnya.

"Kenapa bukan keluarga aku ?" soalan adrian membuatkan api kemarah Hanif membuak. lengan yang di peluk oleh Alice di tepis kasar sehingga Alice terundur kebelakang , mujur Imani menahan tubuh Alice kalau tidak badannya mungkin tercium bucu tangga.

"Hanif sudah tu" halang Datuk Hisyam pula. Datin Husna pula hanya memerhatikan dengan tangisan yang tidak henti , anak bongsunya kini berada di tangan musuh mereka. Macam - macam perkara negatif yang menyerang fikirannya.

"Sial mana yang ambik adik aku ? sial mana yang tak puas hati dengan kau sampai adik aku jadi mangsa ? sial mana yang kau dah bunuh ha" soal hanif. Suaranya bergema satu rumah mewah itu , anak buah yang berada di luar itu terus menunduk.

Keluhan berat keluar dari celahan bibir Erzan. "Nif kau tak boleh macam ni. Kita tak ada masa untuk bergaduh , sekarang ni nyawa adik kau lagi penting" pujuk Erzan nadanya sehabis baik di kawal.

Hanif menarik nafas panjang lalu dia melepaskan cengkaman. "Jom la cepat , beruk ni pun satu lembab serupa pondan" ujar Rayyan dan lengan Hanif di tarik keluar. Mereka hanya pergi dengan 2 biji kereta sahaja agar memudahkan urusan mereka dan tidak merumitkan keadaan.

*
*
*
*
*
*

Tubuh inara di baringkan di bahagian tempat duduk belakang van. Tanpa sengaja baju yang di pakai oleh Inara terselak dan menampakkan kulit mulus milik inara , serentak itu ketiga - tiga lelaki menelan air liur dan memandang antara satu sama lain.

"Untung kita tangkap dia ni. Dah la cantik , mata hazel , body dia pun peh mantop" puji salah seorang dari mereka. Lelaki yang berbadan besar itu cuba menindih Inara tapi pantas di halang oleh lelaki yang berbadan sedikit sasa dan memiliki tatu di lengannya.

"Aku dulu. Korang pergi tengok line luar okey ke tak" arahnya dan kedua nya mengangguk perlahan , siapa mereka untuk lawan arahan dari orang kepercayaan boss mereka. Tutup sahaja pintu van itu kepalanya menoleh ke arah Inara semula , perlahan - lahan dia dekat ke arah Inara lalu pipi kemerahah maisarah di usap.

"Cantik kau ni. Tak apa kita berseronok kejap je , aku nak tanam benih dalam rahim kau. Kalau kau mengandung mesti kau akan cari aku so jom la kita" kata lelaki itu.

Baju yang elok tersarung di badan lelak itu di buka lalu di campak ke sembarang arah , seluar di longgarkan. Bibir nya di jilat lalu baju Inara di tarik ke atas tapi belum sempat dia menarik , kedengaran bunyi tayar kereta yang berhenti di hadapan van mereka.

Dua orang lelaki itu pantas berjaga - jaga. Besi yang berada di atas jalan tar itu di capai dan di tunjuk ke arah mereka yang baru sahaja keluar dari kereta , Wajah mereka tersentak apabila mereka terpandang wajah dingin milik Adrian. Lelaki itu seperti singa yang mahu menerkam mangsanya pada bila - bila masa sahaja.

"Mana adik aku ?" suara Hanif di kuatkan agar musuh mereka di sana mendengar suaranya. Dia yang paling depan di antara mereka , Rayyan bersandar di kereta sambil kedua belah tangannya berada di dalam poket seluar.

"Tak nak main barang , jom la by one" ajak Erzan. Dia dan Hanif sama - sama ke hadapan untuk berlawan dengan lelaki yang berbadan sasa itu manakala Adrian hanya memerhatikan sahaja.

Perlawanan antara Hanif dan Erzan di perhatikan oleh Adrian. Cukup kenal dengan mereka berdua yang sememangnya hebat dalam seni pertahankan diri , pintu van yang di buka dari dalam menyentakkan mereka. Erzan dan Hanif berhenti dari membalas serangan dan memandang ke arah lelaki yang berbadan sasa , tatu yang berada di lengan lelaki itu di pandang oleh Adrian.


"Apa benda yang korang memekak ni ? aku nak unboxing pun susah tau" katanya dengan senyuman mengejek. Hanif menoleh sedikit kepalanya wajah Inara kelihatan di situ membuatkan fikirannya melayang ke arah lain , lagi - lagi lelaki itu keluar dengan keadaan yang cukup serabai.

Adrian menegakkan badannya. "Boss kau liam , hm tak mati lagi orang tua tu ? panjang juga nyawa dia , mungkin dia nak aku yang cabut nyawa dia kot baru dia mampus" ujar Adrian cukup sinis.

"Boss kami tak akan mati di tangan kau. Boss aku semakin berkuasa dan tak lama lain kedudukan kau pun akan jatuh ke tangan dia" jawab lelaki bertatu itu. Dia mencapai bajunya dan di sarung ke tubuh lalu dia melangkah ke hadapan tepat di hadapan Hanif.

"Kau...kau dah buat apa dekat adik aku ?" soal Hanif matanya masih memandang ke arah inara. Adrian pula sudah berada di sebelahnya , Lelaki bertatu itu tersenyum sebelum di merapatkan wajahnya ke arah telinga Hanif.

"Adikk kau. Hm bagus kau jaga dia , sedap dan puas" bisik lelaki itu. Dan ia berjaya memancing apa kemarahan Hanif , tangannya di genggam kuat tunggu masa untuk di layangkan sahaja.

Lelaki itu tertawa kuat , "What ? kau marah ? jangan marah , sebab tak lama lagi benih aku akam bercabang dalam rahim adik ka..."

BUK

Ayat yang di tuturkan lelaki bertatu itu terhenti tatkala tumbukkan padu hinggap ke tulang pipinya. Mereka tersentak , kerana yang melayangkan tumbukkan itu adalah Adrian bukan Hanif. Nafas Adrian kelihatan berat , mungkin marah ?

"Sial" Adrian meludah tepat di wajah lelaki itu. Lelaki berdecis perlahan , tanganya di lekatkan pada wajah tempat yang telah di ludah oleh Adrian.

"Kau sentuh dia bermakna kau berurusan dengan aku. Nif settle yang lain , mamat sial ni biar aku yang ajar" arah Adrian.

Hanif tidak mampu membantah. Adrian yang mula melayangkan serangan itu di pandang sekilas oleh Hanif sebelum dia berlari ke arah van manakala dia lelaki itu di tahan oleh Erzan dan Harriz. Rayyan ? jangan di tanya lelaki itu hanya duduk mencangkuk sambil memerhatikan Adrian membalas serangan.

"God. The devil is comeback , hm maybe kau tak akan jumpa matahari kot esok. Alamak asal tak ada popcorn ek ?" soal Rayyan sendiri.

Hanif tercungap - cungap bila sampai di tempat Inara. Hanif memeriksa adiknya , apabila dia terpandang akan koyakkan di bahagian baju belah kanan hatinya seakan - akan di hiris. Adik bongsunya telah di rogol kah ? atau di sebaliknya ?

"I'm sorry , sorry" ucap Hanif sebelum melaburkan ciuman di dahi Inara yang masih pengsan. Tubuh Inara di gendong lalu di bawak ke dalam kereta milik Hanif.

"Oi bangsat cepat bawak adik aku pergi hospital" jerit Hanif pada Rayyan. Lelaki itu pantas bangun dan berlari ke arah tempat duduk pemandu , Erzan memandang ke arah mereka seblum kereta itu laju meluncur meninggalkan mereka disitu..
"Ingat kuat sangat ? badan je besar tapi gaduh macam pondan" ejek Harriz.


BUK


BUK


Adrian yang hampir hilang kawalan itu di tahan oleh Erzan dan Harriz. Lelaki bertatu itu sudah nyawa - nyawa ikan dan kalau Adrian melayangkan tumbukkan padu sekali lagi maka terbang nyawanya buat selama - lamanya.


"Dah Adrian. Jom" ajak Erzan dan menarik lengan Adrian untuk beredar manakala 3 lelaki itu terbaring lemah di jalan , lelaki bertatu itu tidak mampu bergerak dia lemah akibat pukulan dari Adrian yang jauh lebih kuat darinya.


Harriz tersengih kecil , wajah lelaki bertatu itu lunyai di kerjakan Adrian. "Cakap dengan boss kau , devil ucap salam pada dia. Tunggu masa dia dan tunggu masa kau , sebab bila ia nya tiba tak ada maaf untuk kau" pesan Harriz dan dia beredar.

*
*
*
*
*
*

Hampir setengah jam mereka tunggu di luar bilik kecemasan. Inara masih di rawat , Datin Husna dan Datuk Hisyam turut berada disitu. "Mummy duduk dulu boleh ? insha allah Inara tak ada apa apa" pujuk Imani.

Dia merangkul erat bahu Datin Husna , bahu Datin Husna di urut perlahan. "Mummy risau pada Inara. Ini semua salah mummy sebab kan mummy Inara jadi macam ni , Mummy tak nak dia terlibat"


Hanif menoleh. "Habis tu macam mana ? mummy nak hantar Inara ke New York semula ? mummy kalau betul dia di rogol , emosi dia tak akam stabil. She need you and she need us" sampuk Hanif pula.

Datin Husna mengeleng , wajah Hanif di pandang lama sebelum pandangannya beralih pada pintu kecemasan yang baru di buka oleh doktor. Datin Husna terlebih dahulu menyapa dan menyoal pada doktor tentang keadaan Inara.

"Anak datin stabil , syukur alhamdulilah dia tidak mengalami sebarang luka. Cik Inara tidak di rogol kerana tiada kesan koyakkan atau air mani di situ , is nya masih bersih mungkin penjenayah itu tidak sempat melakukan apa - apa pada cik Inara. Datin don't worry , anak datin selamat"


Mereka menghembus lega. "Boleh saya masuk dalam doktor ?" soal Datin Husna.

"Boleh datin" jawab doktor perempuan itu dengan senyuman. Datin Husna pantas melangkah ke dalam dan di ikuti yang lain , hanif yang mahu mengikut jejak datin Husna itu terhenti apabila lengannya di tahan oleh Adrian.

Hanif mengangkat keningnya sebelah pada Adrian. "Aku nak kahwin dengan inara" dengna sekali lafaz Adrian meluangkan niatnya pada Hanif , wajah Hanif yang tersenyum itu kendur.

"Mengarut la kau" tolak Hanif. Dia cuba untuk tersenyum tapi dia tahu setiap percakapan Adrian , lelaki itu tidak pernah bermain dengan kata - kata bermakna Adrian berniat dengan perkataan itu.

"Bagi aku jaga dia. Aku mampu jaga dia" kata Adrian lagi. Hanif menghela kasar , bahu Adrian di tepuk untuk beberapa kali.


"Aku fikirkan pasal ni dulu. Kau tahu kau siapa diri kau dan siapa Inara ? aku cuma nak dia hidup selamat , kehidupan kita bukan macam orang lain. Aku percaya kau tapi bagi aku masa dan bagi aku bincnag dengam mummy daddy termasuk inara" jawab Hanif.


Adrian mengangguk perlahan. Hanif tersenyum kecil dan memusingkan tubuhnya untuk masuk ke wad Inara , kahwin kan Inara bersama Adrian ? hm mungkin itu satu keputusan yang bagus dan ia nya boleh jadi keputusan yang kurang bijak di sebabkan pengaruh kuat Adrian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience