"Kenapa Hanif nak sorokkan benda ni dari kami ? Daddy dan mummy berhak untuk tahu sebab Inara anak kami. Tak perlu nak berahsia dengan kami" Marah Datuk Hisyam pada Hanif.
Hanif mengeluh perlahan. Rancangan mereka untuk serang musuh pada malam itu tidak berjaya di sebab kan harriz tidak dapat jejak lokasi Inara. Musuh mereka kali ini bukan mudah di musnahkan. Sehingga Harriz sendiri tidak dapat jejak dan sehingga kini Hariz masih cuba.
"Mummy , Daddy jangan la risau. Hanif dengan Adrian boleh handle. Kami akan cari Inara sampai dapat dan musnahkan orang yang dah culik Inara , Hanif janji" Pujuk Hanif lalu menyentuh kekura tangan Datin Husna.
Datin Husna yang dari tadi senyap dan hanya air mata sahaja yang mengalir. Mereka baru balik dari dubai dan bila balik berita buruk yang mereka dapat. Alice yang duduk di sebelah kanan Datin Husna turut mengusap perlahan lengan Datin Husna untuk tenangkan Ibu mertuanya.
"Assalamualaikum" Adrian masuk ke rumah agam itu. Hanif yang memandang ke arah Adrian turut mengeleng kepala. Mata sembab dan wajah penat di pandang mereka. Nampak sangat yang Adrian tidak melelapkan mata oleh kerana sibuk mencari Inara.
"Waalaikumussalam" jawab mereka serentak. Datuk Hisyam hanya memandang Adrian yang menyalam tangannya. Turut rasa kesian pada keadaan Adrian. Baru sehari Inara hilang sudah begini keadaan Adrian.
"Kamu tak tidur ke Adrian ? Muka kamu tu nampak sangat kamu penat. Pergi la masuk bilik , berehat sekejap" ujar Datin Husna. Jatuh kesian dia dengan menantu dia sorang ini , sungguh tidak terurus keadaan Adrian.
Adrian tersenyum. "Tak apa mummy. Adrian okey lagi , kejap lagi Adrian sambung nak cari Inara. Adrian nak jumpa kawan - kawan adrian yang lain , nak tanya mereka" Datuk Hisyam menepuk bahu Adrian sebelum dia melaburkan punggung tepat di sebelah Adrian.
"Nak cari Inara kamu perlukan tenaga yang banyak. Daddy tak nak Inara tengok kamu dengan keadaan macam ni. Pergi berehat sekejap , tenangkan fikiran kamu. Biar kami yang cari Inara dan daddy nak kamu berehat" arah Datuk Hisyam dengan tegas.
Tiada pilihan selain mengangguk setuju. Lagupun matanya memang dah berat , cuma di gagahkan juga. Adrian meminta diri untuk masuk ke bilik. Tubuh Adrian di pandang mereka sehingga bayangan Adrian hilang dari mata mereka.
"Dia sakit. Mata Adrian tunjuk betapa seksanya dia dengan keadaan sekarang" ujar Hanif.
"Daddy tahu betapa risaunya Adrian. Daddy pernah alami macam ni tapi tidak seteruk Adrian. Musuh kali ini lebih pandai dan ada sifat berjaga - jaga sebab itu Harriz susah nak jejak" Sampuk Datuk Hisyam pula. Kali Ini Hanif dan Alice mengangguk setuju.
Sampai sahaja di bilik Inara matanya tertumpu pada frame gambar Inara yang tersenyum manis. Perlahan - lahan kakinya melangkah ke arah frame gambar itu sebelum di pegang.
"Sayang. I miss you so much , maafkan aku sebab gagal jaga kau dengan baik. Aku janji , aku akan cari kau dan baby sampai dapat. Aku janji" ucap Adrian pada gambar itu. Wajah Inara di usap tanpa sedar air matanya jatuh.
Dia lemah , untuk kali ini dia betul - betul lemah. Lemah kerana Inara , lemah kerana anaknya. Musuh dia kali ini dia tidak dapat anggak siapa tapi baginya musuh kali ini cukup kuat sehingga Harriz tidak dapat jejak lokasi mereka.
Adrian jatuhkan tubuhnya di katil empuk. Frame gambar Inara di letak atas dadanya , dia mahu Inara menemankan dirinya untuk berehat cukup dengan gambar sahaja. Matanya perlahan - lahan di tutup sehingga dia terlena.
*
*
*
*
*
*
Mata Inara perlahan - lahan di buka. Kepalanya yang rasa berdenyut itu di pegang olehnya , sakit tapi dia masih boleh tahan. Dia memandang sekeliling , pelik sebab ini bukan bilik dia bersama Adrian mahu pun hospital.
Apabila dia sepenuhnya sedar baru dia teringat yang mereka di kejar musuh Adrian. Dia dan Rayyan terlibat dalam kemalangan , selepas itu dia tidak ingat apa yang berlaku. Perlahan - lahan dia bangun dan sandar pada kepala katil itu.
"Dah sedar mi amor ?" Suara seseorang mengejutkan Inara. Dahi Inara berkerut seribu , Mi Amor pantas dia teringat akan seseorang kerana hanya seorang sahaja panggilnya sebegini , mi amor bermaksud ' cinta saya ' Tubuhnya terus di tegakkan , suara itu dia kenal suara itu dan yang pasti itu bukan suaminya. Bukan suara Adrian luthfi tapii..
"5 tahun aku tinggalkan kau dan sekarang kau pegangan gelaran ISTERI " perkataan Isteri di tekan. Jantung Inara berdegup laju , laju seakan - akan dia berlari.
"Kenapa ? kenapa awak buat macam ni Faris. Say...saya nak balik. Lepaskan saya" kata Inara. Bari sahaja dia hendak berdiri kepalanya memberi kesakitan yang buat dia terduduk di katil semula.
Faris tersenyum sinis , kini dia berdiri tepat di hadapan Inara. Inara memegang kepalanya yang terasa sakit. "Don't run mi amor. Stay with me and you safe" kata faris datar sahaja nadanya sehingga buat Inara sendiri sukar untuk tafsir.
Sakit di kepalanya mula beransur pulih dia gagahkan diri untuk berdiri. Perut dan ari - ari kewanitaannya sakit tapi di abaikan sahaja. Wajah sinis Faris di pandang lama , Wajah yang pernah dia sayang dan cinta tapi kini tidak ada secebis perasaan sayang mahupun cinta pada Faris kerana semua itu layak untuk Adrian Luthfi sahaja.
"Why ? kenapa ? kenapa buat saya macam ni Faris ? awak tinggalkan saya 5 tahun , 5 tahun bukan waktu yang singkat. Lama dan susah untuk saya lupakan apa yang awak dah buat pada saya. Sekarang baru awak nak muncul ? kenapa sekarang ?" Marah Inara. Kecewa , ya itu la dia rasakan 5 tahun dahulu.
Faris tidak menjawab malah ralat memerhatikan wajah Inara. "Kau tak perlu tahu mi amor. Aku ada sebab aku tersendiri , kenapa aku tinggalkan kau tu biar la dulu sebab nanti kau akan tahu juga" jawa Faris cuba untuk meraihkan jemari Inara.
Inara menepis. "Jangan buat saya ni macam perempuan yang tak ada perasaan. Let me go , saya dah bersuami dan saya nak sentiasa ada di sisi suami saya" Faris mengetap rahangnya kuat.
"Mi amor" panggil Faris sebelum rahang Inara di cengkam kuat sehingga Inara terlepas rintihan kecik. Inara cuba memberontak tapi kenapa tenaganya seakan - akan tidak membantu.
"Aku masih cintakan kau Inara. Kau boleh minta cerai dengan dia sebab tak ada yang boleh halang kau untuk balik dengan aku semula , Baby ?" faris tersenyum sinis.
"Is gone , kau keguguran. Tapi jangan sedih sebab itu adalah kebaikan untuk aku dan juga kau. Tak sangka pula kau Inara sophia isteri Adrian , kau masih kekasih aku Inara dan kau curang" cengkaman di rahang Inara di kuatkan.
"Ke...kekasih yang awak tinggalkan. 5 tahun Faris , saya dah moveon sepenuhnya jadi tolong la jangan buat macam ni pada saya. Saya sayang dan cintakan Adrian. Hanya Adrian" Lawan Inara.
Faris menolak kepala Inara ke tepi sehingga membuatkan Inara terduduk semula di katil. "Aku dah pernah lafazkan pada kau. Selagi aku tak putuskan hubungan kita , kau tetap milik aku selamanya Inara" kata Faris sebelum dia melangkah keluar.
Air mata yang mengalir di sekat lembut. Tangan kananya memegang perut nya , "Adrian i'm sorry , anak kita dah tak ada di sebabkan saya. Baby mama , i'm sorry sayang" tersedu - sedu Inara melepaskan tangisan. Dia baru sahaja ingin merasakan gembira tapi kegembiraan itu hanya seketika sahaja dan apa yang buat Inara makin sayu adalah Adrian.
Suaminya masih belum tahu kewujudan cinta mereka di rahimnya tapi sekarang tiada lagi. "Saya rindu awak Adrian. Please cari saya , selamatkan saya dari Faris" bisik Inara sendiri sebelum dia tertidur dengan keadaan sedih.
"Bodoh , Bodoh , bodoh" amuk Adrian Luthfi. Mereka baru sahaja menerima jejak lokasi Inara dan apa yang buat mereka terkejut adalah lelaki itu. Faris Affan adalah anak Liam , Hanif mengeluh lembut sebelum dia memegang bahu kanan Adrian.
Tindakkan Adrian yang ingin membaling pasu itu terhenti. Dia menoleh ke belakang dan wajah kawan baiknya merangkap abang ipar itu di pandang. Dulu bapaknya dan kini anaknya pula yang mencari masalah padanya.
"Jangan biarkan kemarahan kau kawal diri kau. Tenang kan diri kau dan kita akan selamatkan Inara. Kau nak dia dalam keadaan yang baik , jadi siapkan mental kau. Emosi kau perlu di jaga , ingat ada nyawa yang Inara bawa" pujuk Hanif.
Dia abang Inara dan semestinya dia turut bimbang dengan keadaan adiknya tapi dia tahu yang lebih layak adalah Adrian luthfi. "Aku cuba hanif tapi setiap kali itu la aku terbayang wajah Inara"
"Hampir seminggu Hanif. Hampir seminggu aku , kita tak tahu khabar berita Inara. Keadaan anak aku. Jadi macam mana aku nak sabar ? dulu bapak dia , sekarang bapak dah mati anak pula yang menyusahkan" jawab Adrian sambil menepis lembut tangan Hanif yang ada di bahunya.
"Kita serang. Kita ambik Inara malam ni juga" sampuk Helena yang dari tadi hanya berdiam. Semua memandang ke arah helena termasuk Harriz yang bersandar di dinding sambil kedua belah tangannya berada di poket seluar.
"Kita tak boleh biarkan Inara dengan musuh terlalu lama. Entah macam - macam yang boleh terjadi , musuh akan lakukan apa sahaja yang penting dia dapat apa yang dia nak. Sekarang dia nak kau Adrian jadi dia akan gunakan Inara sebagai kelemahan kau. Aku takut terjadi apa - apa pada Inara dan kandungan tu"
Semua terdiam. Apa yang di katakan Helena ada betulnya. Mereka dah lama dalam dunia ni dan apa yang helena katakan , pernah terjadi pada mereka. Kelemahan akan di gunakan oleh musuh mereka untuk menjatuhkan mereka. Harriz tersenyum kecik.
"Settlekan semuanya. Malam ni kita serang rumah itik tu , ada hati nak sentuh baby Inara aku. Zirafah jom bawak gun besar - besar dengan bom sekali" ajak Rayyan dan menarik zander bersamanya ke arah bilik senjata manakala Harriz dan Harry mengikut dari belakang.
"Tenangkan diri kau sana. Hal ni biar aku uruskan" arah Hanif dan dengan terpaksa dia mengikuti arahan Hanif. Masuk sahaja di bilik dia terus mencapai sehelai baju Inara , dia mencium baju itu melepaskan rasa rindu yang membuak - buak. Mata sembab terus di abaikan.
"Tunggu aku sayang. Aku datang untuk selamatkan kau dan baby kita. Aku harap kau kuat. Aku sayang kau , i love you so much" luah Adrian pada baju itu.
Mereka yang sibuk menyusun senjata itu terhenti apabila Helena melangkah masuk je bilik itu. Harriz memerhatikan Helena dengan tatapan tajam , manakala Rayyan pula tersenyum sumbang.
"Boleh aku dapatkan satu tak benda tu ? aku tahu guna sebab dulu pernah masuk kelas menembak. So boleh kan ?" tanya Helena pada mereka yang memandang ke arahnya.
"Yes dapat baby baru. Baby Helena meh ambik yang kecik je jangan besar - besar berat nanti" jawab Rayyan dan menghulurkan satu pistol yang bersesuaian dengan Helena. Pistol itu bertukar tangan tapi Helena tersentap bila Pistol itu di rampas agak kasar oleh Harriz.
"Apa masalah kau ni ? tak boleh ambik baik - baik ke ?" marah Helena dengan wajah yang berkerut. Lidah Harriz serta merta terkelu , cantik tapi dalam masa yang sama menyeramkan.
"Ini tak sesuai untuk kau. Kau stay rumah jaga Emma dan yang lain , tak payah ikut pergi sana bahaya" larang Harriz sambil pistol kecik itu di selitkan pada pinggang belakangnya.
Helena memeluk tubuh. "Kenapa ? kau tak percaya aku ke ? aku boleh jaga diri aku dan aku nak ikut sebab Inara kawan aku"
"Dia isteri ketua aku"
"Dia bestfriend aku"
"Dia adik kepada kawan aku"
"Diaaa..."
"Dia adik aku dan dia isteri Adrian" sampuk Hanif dan terhenti la pergaduhan antara Harriz dan juga Helena. Helena mengetap gigi nasib ada Hanif sahaja kalau tak dah lama dia menang.
"Helena stay rumah. Tpi kalau ada apa - apa macam mana ? senjata tak ada , saya boleh menembak sebab tu saya minta satu yang kecik cukup la" Hanif mengangguk faham sebelum dia menyentuh satu pistol tapi tangannya di pegang oleh Harriz.
"Tak perlu. Pisau ada , tak payah nak bgi dia pistol aku takut dia salah tempat. Orang lain pula yang mati" tangannya masih menahan tangan Hanif tapi matanya menikam anak mata Helena.
Helena mengeluh kasar. Tak ada guna gaduh dengan orang keras macam Harriz dan semestinya dia akan kalah , "Tak apa Helena guna tangan kosong je nanti. Sekurang - kurangnya Helena yang mati dan bukan orang lain" jawab helena sebelum dia beredar.
"Kenapa kau keras sangat dengan perempuan ni ? helena kawan adik aku , sebab tu dia risau. Dia pernah masuk kelas menembak dan aku tahu kemampuan dia macam mana. Kau tak boleh layan perempuan macam ni harriz. Jangan keras sangat dengan perempuan" pesan Hanis dan menarik tangannya semula.
Hampir 1 jam mereka bersiap sedia dan kini tiba masanya untuk mereka pergi menyerang. "Mummy , daddy kalau 2 jam dari sekrang kami tak bagi apa - apa info mummy daddy call je polis ya. Bgi alamat ni pada mereka" pesan Hanif.
Datuk Hisyam dan Datin Husna mengangguk setentak. Alice yang berada di sebelah Datin Husna hanya memberi senyuman manis pada sang suami. Dia tahu mereka semua akan balik dengan selamat bersama Inara.
Harriz memandang ke arah Helena. "Nah , jaga baik - baik" Helena memandang pistol yang di hulur oleh Harriz. Perlahan - lahan dia sambut dan selamat sahaja pistol itu di tangannya Harriz terus beredar.
"Baby Helena itu pistol kesukaan Harriz tau. Jaga baik - baik tau sebab dia tak pernah bagi sesiapa pun pakai pistol tu so kita awak orang pertama la. Dah bye baby helena" ujar Rayyan pula.
Tuan Hisyam menoleh ke arah Adrian. Kini aura lelaki tu agak berbeza , "Mummy daddy adrian pergi dulu ya. Adrian akan bawak balik Inara semula ke sini walauapapun terjadi Adrian akan pastikan Inara selamat walaupun nyawa Adrian jadi galang gantinya" ujar Adrian pada keluarga Inara.
"Balik la dengan keadaan selamat. Mummy nak kamu dan Inara balik bersama" Adrian tidak menjawab malah tidam mengangguk ata mengeleng. Dia hanya pasrah dan tawakal sahaja.
Mereka semua memerhatikan 3 buah kereta itu pergi sehingga la bayangan mereka hilang. Doa mereka yang di rumah sentiasa mengiringin mereka dan berharap semuanya berjalan dengan lancar , serta tiada yang menjadi mangsa peluru musuh mereka nanti.
Share this novel