Bab : 3

Romance Series 63406

Tiba sahaja di halaman rumah , Inara Sophia tersenyum besar. Ruangan matanya di penuhi dengan wajah kedua ibu bapanya iaitu Datuk Hisyam dan juga Datin Husna.
"Mummy daddy" Inara berlari ke arah mereka. Tubuh Datin Husna dan Datuk Hisyam di peluk se erat yang mungkin , menyalurkan kerinduan yang terpendam selama ini.

"Anak mummy makin cantik. Mesti dah ada peneman hati kan ?" usik Datin Husna pantas Inara mengangguk laju menandakan apa yang di katakan oleh Datin Husna itu adalah benar.

"Biar betik dik , siapa je nak dengan kau ni ? merana la hidup dia" sampuk Hanif pula. Tangannya sibuk mengeluarkan beg pakaian Inara manakala Imani pula berdiri di sebelah Datuk hisyam.

"Hm nama dia Adrian. Ha adrian ala kawan abang tu ha , adik minat dengan dia. Dia memang sesuai jadi menanti mummy dan daddy , gagah , kuat , handsome pula tu"

BUK

Pantas ke empat - empat kepala itu menoleh ke arah Hanif. Terkejut dek kerana bunyi beg roda terhempas jatuh ke tanah , wajah terkejut Hanif membuatkan mereka tergelak kecik.

"Kalau Adrian aku tak restu. Pergi cari lelaki lain selain dia , aku tak nak kau kahwin dengan dia" Inara terdiam.

"Han.." niat Datuk Hisyam terhenti apabila Hanif terlebih dahulu memotong percakapannya. Wajah Hanif di pandang dalam oleh Datuk Hisyam , dia tahu Hanif hanya merisaukan keadaan sang adik sahaja.

"Kehidupan Adrian bukan normal daddy , Hanif tak nak Inara jadi mangsa. Kalau Adrian diorang tak dapat bunuh yang akan jadi mangsa adalah Inara , Hanif tak suka walaupun Hanif tahu Adrian mampu jaga Inara" Tegas ayat yang meluncur keluar dari bibir Hanif.

Inara mengeluh kecik. "Tapi kawan abang tu dah curi hati adik , so nak buat macam mana ? kalau abang tak nak adik kahwin dengan dia ha suruh la dia pulangkan balik hati adik tu. ish menyampah"

Inara terus menarik lengan Datin Husna dan Datuk Hisyam untuk ke dalam. Imani yang berada di situ mengelengkan kepalanya sahaja , "Alice pun dalam dunia yang sama macam abang tapi dia okey je. Kalau dah jodoh adik dengan Adrian kita tak boleh halang bang" ujar Imani sebelum dia melangkah masuk.

"Ish ini semua salah Adrian. Yang kau handsome sangat tu apahal syaiton habis adik aku dah gilakan kau" bebel Hanif sendiri lalu meneruskan kerjanya. Dalam hati tidak habis - habis memaki hamun kawan baiknya sendiri , dia hanya bimbang akan keselamatan Inara itu sahaja.

*
*
*
*
*
*

Seminggu Inara di malaysia dan seminggu juga la dia meluangkan masa bersama keluarganya dan hari ini baru la dia berjumpa dengan kawan - kawannya dari New York berpindah ke malaysia. Inara yang sibuk bersiap itu di tegur oleh Imani , serentak itu dia memusingkan badan untuk memandang kakaknya itu.

"Cantik Inara. Tapi tak macam seksi sangat ke ?" soal Imani lalu duduk di hujung katil milik Inara. Baju yang di pakai oleh Inara itu separas lutut dan kelihatan agak ketat di bahagian dada , Inara menundukan kepalanya untuk memerhatikan baju yang di pakai.

"Baju ni okey la kak , tapi kalau akak kata seksi inara boleh tukar. Inara dah biasa pakai macam ni dekat New York dulu tapi lepas Inara pindah sini , Inara kena la jaga pemakaian kan?"

Imani mengangguk , mujur Inara dapat menerima tegurannya. "Lagi elok kalau Inara tukar. Pakai yang longgar sikit , tak elok pakai yang ketat - ketat. Akak tak marah cuma akak tegur lagipun inara kena biasakan pakaian longgar jangan pakai ketat - ketat , cuba slow - slow ya" ujar Imani mendapat anggukkan dari Inara.

Inara dan Imani sangat berbeza , Imani bertudung manakala Inara pula sebaliknya begitu juga dengan tingkah laku mereka yang berbeza tapi dengan tingkah laku Inara la mereka semua happy.

"Inara salin kejap ya" Inara terus berlari ke arah bilik pakaiannya , almari baju di buka untuk cari pakaian yang elok sedikit..

Hampir 20 minit Imani menunggu dan akhirnya Inara keluar dengan pakaian yang elegant tapi cukup menyejuk kan mata. "Kan cantik macam ni" puji Imani dan menyentuh rambut Inara.

"Dah pergi cepat , nanti kawan adik tunggu lama pula. Kakak tk boleh hantar sebab ada hal , drive tu elok - elok okey" pesan Imani.

Inara mengangguk sempat dia mencium pipi kanan Imani sebelum dia mencapai handbag dan kunci kereta audi milik imani. Datuk Hisyam dan Datin Husna sudah keluar rumah awal pagi lagi , katanya ada kerja yang perlu di uruskan.

BAM

Bunyi yang mengejutkan itu membuat mereka semua menoleh ke arah Rayyan. Hairan dengan mamat sorang ni tiba - tiba je hempas fail - fail semua ke atas meja , manakala Adrian pula tida peduli akan keadaan sekeliling malah masih fokus menghadap laptop yang memamparkan kerja - kerja.

"Kau kenapa hanat ? dah gila ? meh la aku bawak kau pergi hospital gila , ramai kawan kau dekat situ" Ajak Erzan dan menghulurkan tanganngan.

Rayyan menepis tangan Erzan sebelum dia memandang wajah Hanif. "Hanif mana adik kau Inara ? asal tak bawak sekali ? aku nak tengok muka comel dia tu kalau dia ada ha mesti aku semangat nak buat kerja" kata Rayyan pada Hanif.

"Nak tengok dia buat apa ? meh tengok muka aku sampai muntah meh" Lengan Rayyan di tarik agak rapat ke arahnya pantas Rayyan mengelak dan mengelengkan kepalanya.

"Aku nak tengok adik kau la gila bukan kau. Ish adik cantik nak mampus , abang buruk nak mampus. Pergi balik sana la esok kan kau nikah ish tak padan bakal pegantin sibuk kerja" kutuknya dan terus berlari ke arah Harriz.

"Nak mati ke kau ?" Rayyan mengeleng.

"Dah tu jangan cari masalah. Kita nak buat kerja ni kan" marah Harriz serentak itu dahi Rayyan di jentik kuat sehingga merah.

"Otak mu la Harriz. Eh dahi aku ni kalau jual dapat 20 j.."

"Diam" tegas suara Adrian menerpa gegendang milik Rayyan. Mulutnya yang di tekup oleh Harriz itu di tepuk , ayat aku belum habis lagi hanat kau dah tutup mulut aku. Beku ni lagi satu asyik nak dingin je menyampah la.

"Settlekan kerja korang sebelum aku balik" pesan Adrian dan terus keluar dari bilik kerjanya. Dia nak pergi tenangkan fikiran kejap , kepalanya dah penuh dengan kerja.

"Beli starbuck satu oi" jerit Rayyan tapi Adrian tetap la Adrian. Jeritan itu di abaikan , buat - buat tak dengar ha lagi bagus macam tu kan.

Inara memandang sekeliling starbuck itu mencari bayangan 3 ketul sahabatnya. "Inara come here" jerit satu suara yang berjaya menarik perhatian Inara , serentak itu dia tersenyum dan berjalan ke arah mereka.

"Babe miss you" kata Emma lalu memeluk tubuh Inara. Hubungan bersahabatan mereka hampir mencecah 10 tahun dari mereka di bangku sekolah rendah lagi sehingga la emma , helena dan rysha berpindah ke malaysia atas sebab - sebab tertentu.

Hubungan mereka kekal di sebabkan Emma membangunkan sebuah group di whatsapp agar tidak memutuskan hubungan antara satu sama lain sehingga la Inara pulang ke malaysia semula.

"Babe you nak tahu tak Helena dia beli motor baru" kata Emma dengan nada teruja. Bukan apa di kalangan mereka berempat cuma Helena sahaja yang minat Motor dan aktiviti lasak dan helena pernah mendapat gelaran the savage girl semasa di New York.

"Serius helena. Kau beli motor baru untuk apa ? lumba ?" soal Inara dan helena mengelengkan kepalanya sahaja. Jaket hitam yang tersarung di tubuhnya itu di betulkan sebelum dia menegakan tubuhnya.

"Saja , nak buat koleksi" jawab Helena mendatar sahaja nadanya. Inara yang baru nak membuka mulutnya itu terhenti apabila dia menangkap satu susuk tubuh yang sangat di kenali.

"Give me 2 minute" kata Inara dan terus bangun menujuk ke arah susuk tubuh yang masih bercakap dengan staff starbuck itu.

"Hmm hi" tegur inara yang sudah berdiri di sebelah kanan lelaki tersebut. Inara menjeling manja apabila tegurannya di abaikan , walhal jantung lelaki itu sudah pun berdegup kencang.

Perasaan yang tidak pernah dia rasakan dari mana - mana perempuan tapi dengan Inara. Perasaan itu seakan - akan berubah , dia cuba untuk mengabaikan kehadiran Inara.

Inara mencebik , "Awak tak nak layan saya ke ? saya ni rindu awak tau Adrian kenapa awak tak nak layan saya ni ? dah la number awak saya tak ada , jual mahal kan awak ni ?" sekali lagi suara lembut inara menyapa gegendang Adrian.

"Thanks" ucap Adrian pada staff lelaki starbuck itu. Minuman itu di bawak keluar manakala inara pula mengikut jejak Adrian yang ke arah kereta sport milik adrian yang berwarna hitam.

"Wait kenapa Inara ikut Ceo kaya tu ? jangan - jangan tu pakwe Inara ?" soal Emma pada Helena dan Rysha.

"Biar la. Sesuai la sorang dingin , sorang lagi happy go lucky hmm not bad" komen Rysha pula. Rysha menarik air nya lalu di hirup perlahan matanya pula tidak lepas pandang dari Inara dan Adrian yang masih di luar.

Pintu yang baru nak di buka itu di tahan oleh Inara menyebabkan pintu itu tertutup kembali , Adrian mendecis perlahan. "Inara apa kau nak ?" tanya Adrian , inara sudah tersenyum sumbang.

"Saya nak number awak boleh ? senang untuk saya kacau awak awak nanti" mata Inara di kelip kan beberapa kali menandakan dia meminta simpati pada Adrian.

"My number not for you , Just go move Inara"

"Awak ni tak rasa apa - apa ke ? saya kan cantik ha awak tak cair ke ?" Adrian mengeleng. Tangan kirinya menolak sedikit tubuh inara ke tepi dan dia terus memasukkan dirinya ke perut kereta , wajah masam mencuka milik inara itu di pandang sebelum satu senyuman terbit di bibir adrian.

"Aku tak nak cair dengan kau. Aku tak nak kau terlibat dengan aku tapi kalau kau dah tertulis untuk aku , aku akan jaga kau lebih dari diri aku sendiri" bisik Adrian sendiri sebelum bayangan inara hilang di sebalik kedai starbuck itu.

"Babe , are you okey ? baru lepas jumpa pakwe tak kan kau sedih kot ?" usik Emma. Inara mengeluh perlahan serentak itu ketiga - tiga rakannya memandang antara satu sama lain.

"Aku tak cantik ke ?" soal Inara.

"Terlalu cantik" jawab mereka serentak.

"Aku tak baik ke ?" soal Inara lagi.

"Baik , terlalu baik" jawab mereka serentak.

"Perangai aku ni tak okey ke ?" soalan Inara membuatkan ketiga - tiga itu memandang satu sama lain sebelum mereka tergelak perlahan. Inara sudah memandang pelik ke arah rakan - rakannya itu , Apa soalan dia kelakar ke ?.

"Babe perangai kau ni okey je cuma kau ni macam crazy sikit and you know polos" Rysha dan Helena mengangguk setuju dengan apa yang di katakan Emma.

"Polos and crazy but i'm cute okey" jawab Inara confident itu kena ada ya kawan - kawan.

"Yup you cute. Don't worry aku yakin lelaki tu sebenarnya dah sukakan kau tapi dia tepis , lelaki kan memang macam tu. Dah jom kita shopping" ajak emma.

Inara bangun dengan keadaan malas lalu Rysha dan Helena memegang kedua belah lengan Inara dan membawaknya ke arah kereta masing - masing. Helena menunggang motor yang berkuasa tinggi manakala Rysha pula naik bersama Emma yang memandu kereta BMW milik Emma.

*
*
*
*
*
*

Hanif yang baru balik dari kerjanya itu di sambut oleh Imani yang berdiri di pintu utama. "Kenapa tunggu abang ? tak pernah - pernah sambut abang balik harini lain pula , ada apa - apa ke?" soal Hanif hairan.

"Ke kau nervous ? eh aku yang nak kahwin ke kau yang nak kahwin esok ni ?" soal Hanif sekali lagi. Imani pula mengeleng laju lalu kedua belah bahu abangnya di pegang erat.

"Imani bukan sambut abang tapi Imani tunggu Inara balik. Dah dekat pukul 11 malam ni abang inara tak balik lagi , risau la" ujar Imani lalu melepaskan pegangannya.

"Imani , inara dah balik ke ?" soal Datin Husna yang baru keluar dari dapur. Imani mengeleng lalu wajah Datin Husna di pandang , jelas wajah itu terpancar riak kerisauan.

Hanif yang dari tadi berdiri tegak itu terbeliak mendengarnya , "Dia keluar ? kenapa Hanif tak tahu pun ? Imani abang dah pesan jangan bagi dia keluar without bodyguard , you and me" tegas Hanif dan seketika Imani terus menunduk.

"Imani ingat abang dah tahu pasal ni" perlahan sahaja suara Imani. Takut akan kemarahan Hanif memuncak , ini semua salah dia kerana melepaskan Inara keluar.
"Bukan salah Imani , mummy dengan daddy bagi Keizinan pada Inara" Hanif mengeluh kasar. Phone yang berada di poket di keluarkan dan nombor Inara di dail tapi sayangnya panggilan itu tidak di angkat oleh Inara.


"Bye , jumpa minggu depan okey girls" ujar Inara yang melambai ke arah ketiga - tiga kawannya. "Bye babee bawak kereta elok - elok" pesan Emma pada Inara manakala Inara hanya mengangguk sebelum dia masuk ke perut kerete audinya itu.


"Dah cepat follow dia" arah salah seorang dari mereka yang berada di van putih itu. Mereka dia arah oleh boss mereka untuk menculik Inara , gadis jelita itu merupakan adik kepada musuh boss mereka.


"Abang marah tak ek ? dah nak pukul 11 dah ni , phone pula habis bateri. Cable cas pun lupa nak bawak ish" bebel Inara.


Sampai sahaja di tempat yang agak sunyi van putih itu melulu laju dan berhenti di hadapan kereta Inara membuatkan Inara terpaksa break mengejut. Mujur dahinya tidak terhantuk pada stereng kalau tak boleh pengsan di buatnya.

"Alamak siapaa ni ? mumny , daddy help me please" jerit Inara. 2 lelaki berbadan sasa itu keluar dengan memegang sebatang besi yang agak besar , tanpa sempat Inara keluar cermin kereta miliknya pecah berkecai akibat di ketuk oleh mereka.

"Keluar" jerit salah seorang dari mereka. Inara tanpa banyak kata dia terus keluar , perasaan takut mula mengawal dirinya. Dia pasrah dan mungkin ini kali terakhir dia melihat bumi yang cantik ini.

"Nak ap..." terhenti bercakapan Inara apabila seseorang menekup mulutnya dengan kain dan mengakibatkan Inara jatuh pengsan. Rambut inara yang menutup setengah wajah itu di alihkan.

"Cantik. Apa kata kita rasa dia dulu? muka cantik , badan mesti sedap. Nak tak ?" soal salah seorang. Mereka tersenyum penuh makna , lagi - lagi melihat wajah jelita milik Inara. Sesiapa sahaja yang melihat wajah jelita ini pasti akan terpegun , wajah yang kecil , mata yang indah dan memiliki bibir yang mungkin tambahan pula mata Inara yang berwarna hazel menambah seri di wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience