Bab : 7

Romance Series 63406

Inara mencelik mata apabila dia terasa berat pada pinggangnya. Hampir beberapa minit baru la mata Inara tercelik luas , tanpa sengaja wajah Adrian menyapa penglihatannya. Inara mejatuhkan kepala ke bawah terlihat lengan sasa milik Adrian yang telah memeluk dirinya sejak dari malam semalam.

"Morning pretty" ucap Adrian menyentakkan Inara. Pantas Inara mendongak terlihat mata Adrian masih tertutup dan secara tiba - tiba usapan pada pinggang Inara membuatkan dia kejung seratus peratus , sentuhan Adrian sungguh lembut dan dia merasakan selamat bila ada di samping lelaki itu.

"Mana morning aku ? isteri aku tak nak wish morning ke dekat suami sendiri ?"

"Mo...morning handsome" kata Inara. Pipinya jangan di tanya merah habis macam baru lepas kena tampar , adrian tersenyum kecil sebelum satu ciuman di laburkan pada dahi licin Inara. Inara pula langsung tidak menolak malah dia memejam kan mata tanda dia mengikhlaskan sentuhan Adrian pada dirinya.

"Saya nak minta maaf sebab saya tak mampu nak jalankan tugas saya yang tu sebagai isteri. Saya..."

Terhenti kata - kata Inara bila satu jari di letakkan atas bibir mungkil Inara. "Aku tak kesah , aku kahwin dengan kau bukan sebab nafsu tapi sebab aku nak jaga kau sepanjang hayat aku" sampuk Adrian mematikan kata - kata Inara.

Dagu Inara di tolak ke atas agar pandangan mereka bertemu , jelas jantung inara kini perlu berkerja keras atas sebab kedudukan mereka yang sangat rapat. "Kau cantik walaupun baru bangun tidur , kecantikkan kau buat aku angau Inara"

"Can i ? just a moments" lama inara memandang anak mata Adrian sebelum dia mengangguk perlahan. Hanya itu yang dia mampu beri selebihnya dia masih trauma , takut dia tidak mampu untuk hadap reality nanti.

Adrian tersenyum kecik apabila dia mendapat anggukan dari Inara. Kepalanya di dekat kan pada Inara dan bibir mereka bertemu , lama mereka dalam keadaan sebegitu sebelum Inara menepuk perlahan dada bidang Adrian. Nafas dia dah hujung - hujung dah ni nasib Adrian lepaskan kalau tak jadi duda hot Adrian.

"Sweet like candy. I like and i want it again" ucap Adrian pantas Inara menyorokkan wajahnya di dada bidang Adrian. Malu tahu tak kenapa nak cakap macam tu ish , tahu la bibir kita ni manis sebab selalu pakai lipbam strawberrry.

"Dah la awak. Mandi la sana nanti nak sarapan kan" perlahan sahaja suara Inara di dada bidang Adrian. Adrian pula terkekeh perlahan , malu ke sayang oi baru bibir belum lebih lagi tu.

Adrian menyelak rambut Inara ke belakang telinga lalu wajahnya di dekat kan di ceruk leher inara. "Macam mana nak mandi kalau kau melekat dada aku ? nak lebih ke ?"

"Ish" satu tamparan hinggap di lengan Adrian. Alah tak sakit macam kena gigit semut je , Inara pantas bangun dari pembaringannya. Sempat dia mencapai satu getah rambut di night stand miliknya dan rambut di tocangkan tinggi.

Adrian pula hanya memerhati. "Nice tapi aku nak pesan keluar jangan ikat rambut. Aku tak suka orang tengok hak milik aku , tu leher kau aku punya" muncung di arahkan pada leher Inara. Adrian yang berjalan ke arah tuala itu di tenung oleh Inara.

"La saya dah biasa ikat rambut kalau rimas" jawab Inara yang masih duduk di katil itu. Langkah adrian terhenti , dia memusing semula ke arah katil lalu tubuh inara di tolak dan ditindih olehnya.

"Leher kau untuk aku. Kau nak aku buat lakaran ke baru kau nak tutup ? boleh juga , aku pun tak sabar nak hias leher kau dengan lukisan aku. Aku buat banyak - banyak boleh ?"

Lantas itu kepala Adrian di jatuhkan di celah leher Inara. Inara pula menahan dada Adrian , bahaya la Adrian ni sejak bila jadi gatal semacam ni bahaya betul. "Okey inara tk ikat rambut kalau keluar. Semua nya awak punya tak ada yang layak dapat kecuali awak suami saya" pujuk inara.

Adrian mengangkat kembali wajahnya. "Good girl and good wife" puji adrian lalu bangun dari menindih Inara. Sempat kepala inara di usap dan hidung Inara di cuit lembut sebelum dia masuk ke bilik air. Inara sudah tersenyum manis manakala tangannya sebelah kanan pula di letakkan atas dada.

"Boleh mati aku kalau macam ni ? kenapa sweet sangat sekrang ni ? ish dulu beku sekarang mak ai sweet kalah gula" bebel Inara sendiri.

"Morning mummy , aik mana adik dengan Adrian ? tak turun lagi ke ?" soal Hanif lalu duduk di sebelah Alice yang sibuk menghidangkan makanan untuk sang suami. Datin Husna mengelengkan kepalanya , Hanif memandang alice dan satu senyuman bermakna terukir di bibirnya.

"Penat kot mummy. Penat buat projek sains , yelah nak bagi cucu dekat mummy and daddy" Alice terus mengerutkan dahinya. Hanif pula mengangkat bahu , baru hanif nak menyambung ayat satu suara terlebih dahulu memotong.

"Haah nak bagi kau anak buah. Aku buat awal sebab tak nak kau menang dulu" selambar sahaja ayat itu meluncur di bibir Adrian. Inara pula sudah menunduk malu , ish kenapa cakap macam tu benda belum proses buat apa nak kecoh.

"Kau nak kalah kan aku bro ? oh come on la Adrian luthfi , aku kahwin dulu dari kau so mesti la perut Alice ada isi dulu berbanding kau" jawab Hanif yang jelas tak nak kalah dari Adrian.

"Mana tahu rezeki aku awal" Adrian memeluk bahu isterinya sebelum kerusi itu di tarik dan tubuh Inara di tolak ke arah kerusi untuk duduk. Inara tidak membantah malah akur sahaja dengan tindakkan Adrian , dia malu kerana topik itu di buka sudah la dia tidak menjalankan tanggungjawab itu pada Adrian.

"Kau memamg tak nak kal..."

"Hanif sudah. Depan rezeki cakap nak cakap bukan - bukan , betul apa kata Adrian tu kalau dah rezeki nak buat macam mana kan ? dah makan nanti daddy ada benda nak bincang dengan kamu semua termasuk menantu - menantu daddy" tegas Datuk hisyam. Hanif pula sudah menjatuhkan kepalanya di bahu Alice , sedih kena marah.

"Nanti kita usaha lebih lagi eh. Pagi , petang , malam kita senam tau baby" bisik Hanif pada Alice. Alice yang sibuk menghirup jus oren itu tersedar , pantas Hanif menepuk belakang isterinya yang memberi pandangan tajam.

"Ya allah Hanif apa kamu buat ? tersedak Alice tu ish kamu ni" sampuk Datin Husna pula. Hanif tersenyum janggal sambil tengkuk nya di garu , ish la bini kenapa la comel sangat tersedak pun comel pipi merah - merah tu nak cendol la tu.

"Mummy mana kak imani ?" tanya Inara pada Datin Husna. Dia sibuk mencari kelibat Imani langsung tidak kelihatan , tidak sihat ke dia atau ada kerja yang perlu di uruskan ?.

"Ha itu lagi seorang. Dia keluar dengan Aryan sengal tu , apo la test macam tu. Dah la si aryan tu tak pernah serius sikit - sikit melawak ish stress member" Adrian mengangkat wajahnya.

Hanif mendeham. "Bro kau lain. Kau beku , dingin tapi kacak sikit dari aku. Adik aku tu je lain , dia anak kutip ke bro ?"

"Haah mama aku jumpa dia dekat air terjun mana tah. Dah hanif makan , lagi sekali suara kau berbunyi aku sumbat kau dengan bihun ni"

"Eleh aku ni abang ipar kau tau. Tu adik aku tu ha karang aku bawak lari dia kau pula mengelupur cari" Hanif mengeleng tajam sebelum Adrian mengelengkan kepala. Sejak bila Hanif jadi bebal macam ni ? sejak dah kahwin ni kebodohan dia makin double pula.
Adrian menoleh ke arah isterinya yang fokus pada bihun itu. Perempuan memang pantnag nampak makanan terus senyap mood pun boleh naik , "Kau nak tambah lagi tak ? selera aku tengok kau makan" soal Adrian pada Inara.

"Tak nak. Saya makan sikit je takut berat badan naik nanti aku cari perempuan lain pula" ujar Inara.

"Buat apa nak cari perempuan lain ? perempuan yang ada depan mata aku ni dah cukup sempurna dah , perfect dan cantik sebab tu aku tertarik pada kau" kata Adrian.

Adrian tersenyum melihat kecomelan Inara , tepi bibirnya yang comel bihun itu di tenung lama sebelum tangan kanannya di angkat dan mengambil bihun itu. Inara kaku , kini jantungnya berdegup pantas kenapa setiap sentuhan Adrian mampu buat jantungnya berkerja lebih masa ?.

"Tak payah sweet depan mata aku la" marah Hanif. Alice pula hanya buat tidak endah pada suaminya malas nak layan perangai gila suaminya itu , baik dia kenyangkan perut sebelum dia pergi ke markah mereka nanti. Datin husna dan Datuk hisyam tersenyum melihat gelagat anak menantu mereka , sekarang hanya perlu tunggu Imani sahaja.

*
*
*
*
*
*

"Aryan cepat la cakap apa yang awak nak cakap ? awak tahu kan saya ada banya kerja lagi nak di buat , saya datang sini pun sebab awak rasuah saya makanan tau ha kalau tak memang tak nak saya nak datang" bebel Imani yang sibuk menikmati aiscream kesukaannya. Ini pun di beli oleh Aryan , aiscream yang tidak dapat di tolak oleh Imani jadi senang la nk umpan.

"Kahwin jom"

Imani terhenti menguyah , aiscream itu pula di cucuk dengan sudu. "Aw...awak ni benda tu mana boleh buat main , tak elok la mummy saya cakap" jawab Imani yang masih menunduk.

"So kau tak nak kahwin dengan aku ke ?"

"Bukan macam tu cuma ish awak ni tak romantik langsung la. Benci awak la" tubuh Imani di pusing menghadap arah berlainan. Malu sebenarnya tapi dia gagahkan juga diri untuk bersuara , kalau ikut kan mahu sahaja dia menjerit.

"Kau suka aku tak ?" soal aryan di belakang Imani.

"Su..suka. Sebab tu saya selalu tolak awak saja nak tengok awak tahan ke tak dengan saya" ujar Imani dan sudu aiscream itu di bawah ke mulut. Sedap so jangan sampai cair rugi oi.

"So nak kahwin dengan aku?" Imani mengangguk perlahan. Aryah tersenyum di belakang , dia menyelup kocek nya dan satu kotak cincin di keluarkan.

"Pakai ni. Aku tak boleh sentuh kau lagi kan ? so kau pakai depan aku , tanda kau terima lamaran aku dan terima aku dalam hati kau" Imani pantas menoleh.

Satu kotak cincin berwarna merah itu di ambik dan dibuka. Cantik , sungguh cantik walaupun simple tapi ia kelihatan elegant dan bersinar. Imani mengeluarkan cincin itu lalu di sarung di jari manisnya , tangan di angkat separah wajah Imani untuk di lihatkan pada Aryan yang dia telah menerima lamaran itu.

"Aku sayang kau dari dulu lagi. Cuma takut nak luah kan sebab aku tak nak bersahabatan kita putus , tapi sekarang aku dah dapat kekuatan aku so yeah ini la hasilnya" Imani tersenyum malu.

"Saya pun" jawab Imani dan menutup wajahnya dengan cup aiscream. Aryan terkekeh perlahan , comel walaupun malu tetap manis di pandang. Ayu mungkin sebab Imani memakai tudung ia menambah seri di wajah Imani.

"Ni liam. Budak dia yang tiga orang tu hidup lagi , yelah kita tak bunuh pun diorang pun kan so masih hidup la. Kau nak buat apa sekarang ? aku tak rasa dia akan diam kan diri lagi - lagi Inara sekarang dah jadi isteri kau boleh meroyan dia kalau tahu hal ni" ujar Harriz pada mereka semua.

Inara di sebelah Adrian pula sudah memandang gambar - gambar yang ada di atas meja. "Ish kenapa dia nak saya ? dah tua kan kenapa tak bertaubat je , masuk islam la pergi umrah sana" kata Inara dengan nada geram.

"Hey kenapa ni ?" tanya Adrian. Kepala inara di usap sebelum dia menolak kepala Inara di bahunya untuk berehat , selepas breakfast tadi Adrian mengajak mereka semua ke markah dan berbincangan Datuk hisyam juga terpaksa di tundakan.

"Geram. Dia ingat saya ni apa ? patung ke sibuk nak culik orang ish geram la saya" bebel Inara yang masih bersandar di bahu suaminya itu , gelagar mereka berdua di perhatikan oleh yang lain rayyan pula buat muka menyampah.

"Kenapa la Inara suka dekat dia ni ? kenapa tak jatuh cinta dengan aku ? aku ni handsome gak kan" soal rayyan pada erzan. Erzan mengeleng laju sebelum dia memandang Inara dan Adrian bergilir.

"Inara sesuai dengan Adrian. Kau tak nampak Adrian dengan inara tak beku langsung beb , dingin apa tah lagi. So adrian dah jumpa penawar dia dan aku tak pernah tengok adrian senyum selebar tu tau" Erzan.

Rayyan dan harriz memandang Adrian. Betul apa yang di katakan erzan , jarang adrian senyum selebar itu pada sesiapa pun tapi Inara. Inara berjaya buat Adrian tersenyum lebar tanpa ada sedikit pun berwatakkan dingin pada lelaki itu. Rayyan mengangguk pasrah , rela lepaskan crush untuk ketua mafia kalau tidak nanti dia pula yang mati.

"So alice buat kerja kau macam biasa. Goda dan bawak dia ke titik merah , if kantoi harriz akan masuk untuk back up kau. Goda sampai dia tergoda"

"Tugas ni bagi kiara boleh ? aku tak boleh la tengok alice teruskan kerja dia ni lagi" halang Hanif sebelum jari jemarinya di sulamkan bersama jemari Alice. Kiara yang berdiri di depan pintu itu hanya mengangguk setuju lagipun kawannya itu sudah berkahwin dan kalau part mengoda rasanya berbahaya untuk Alice.

"Alice kau jaga Inara dekat dalam kereta je" arah Adrian.

"Boleh. Easy je nak jaga adik ipar aku ni" Inara tersenyum sumbang malu la kita. Mereka meneruskan membahagi bahagian untuk part masing - masing supaya mudah dan tidak berterabur nanti. Hampir setengah jam mereka rancang dan itu akam bermula malam ini di mana mereka akan mula berperang.

"Saya nak ikut awak boleh ? risau la saya dengan awak" Inara memandang sisi wajah suaminya. Wow dari tepi pun nampak handsome ilmu apa la yang si adrian luthfi ni pakai habis angau inara di buatnya.

"No la inara. Bawak kau bahaya , lagipun diorang nak kau and kalau aku bawak kau bermakna aku letak kau dalam situasi merbahaya. Aku minta kau faham keadaan sayang" Inara terkedu.

"You call me what ?"

"Call you what ? nothing right ?" nafi adrian.

"Fine" ajuk Inara dan memaling ke luar tingkap. Adrian pantas mencapai jemari maisarah sebelum kekura Inara di kucup sekilas sebelah lagi sibuk memegang stereng kereta sport milik adrian. Apa yang dia rasa tika ini adalah kebahagian , kebahagian yang di cipta oleh dia dan juga Inara.

"I call you sayang , kau tak marah kan ?" Inara pantas mengeleng.

"Saya suka awak panggil saya. So can i call you hubby ?"

"Sure. Untuk sayang aku ni semua nya boleh , kau nak panggil aku beruk pun aku tak kesah sayang" Inara tersenyum bahagia , pandangannya jatuh ke tangan mereka yang erat memegang antara satu sama lain.

"Kau angel aku sayang. Apa sahaja kemahuan kau , aku akan turut kan yang penting sayang aku bahagia dan sentiasa tersenyum. Tapi ingat senyuman tu khas untuk aku jangan untuk orang lain okey"

"Hm. Okey hubby , sayang promise" ceria Inara dan memeluk lengan Adrian.

Senyuman nipas terukir. Kalau la dari dulu dia kenal Inara mesti kehidupan dia sebelum ini tidak teruk dan di warnakan dengan keceriaan inara yang sentiasa senyum dan happy go lucky. Sempat ubun - ubun Inara di kucup dan dia berjanji dia akan sentiasa ada di sisi Inara tidak kira halangan apa yang mendatang dia tetap di sisi inara selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience