Bab : 17

Romance Series 63406

"Sayang makan" kata Adrian lalu mangkuk bubur itu di letak di atas meja. Kini Inara baru sahaja menamatkan pantangnya dan ini dengan bantuan Datin Husna serta Datin Maya yang kerap membantu Inara.

"Abang tak makan ke ? kenapa macam kelam kabut sangat ni ?" soal Inara. Hairan , sejak 3 hari ini Adrian kerap pulang larut malam. Pagi pula akan keluar awal hanya sempat menyedikan sarapan dan terus hilang.

Adrian mengaru tengkuknya yang tidak gatal. Dia perlu cepat kalau tidak habis la nanti , "Abang ada kerja. Malam ni abang balik lambat jadi sayang tak perlu tunggu abang" pesan Adrian. Dahi inara di kucup pantas sebelum dia bergegas keluar.

Inara memandang ke arah mummynya. "Mummy tahu kenapa Adrian macam tu ? inara pelik sebab dia tak pernah buat perangai macam tu. Inara dah tak cantik ke mummy ?" soal Inara. Bibirnya cebik , airmata pula sudah bertangkung hanya tunggu masa mengalir sahaja.

Datin Husna pantas duduk di sebelah anaknya dan mengusap lembut wajah Inara. "Tak elok fikir macam tu. Inara cantik , cantik sangat di mata Adrian. Mungkin dia ada kerja yang perlu diuruskan dengan segera" pujuk Datin Husna. Mangkuk bubur di angkat , bubur di gaul sedikit lalu sudu yang terisi bubur ke arah bibir Inara.

"Nak baik , nak mengorat Adrian. Inara kena makan , pikat hati suami Inara semula" kata Datin Husna. Sengaja berkata sedemikian biar Inara makan dengan baik , selama ni hanya 3 atau 4 suap sahaja selepas tu makanan di tolak ke tepi.

Inara terus mengangguk dan menerima suapan Datin Husna. Benar dia sudah tamat berpantang tapi Adrian tidak pernah meminta darinya dan disebabkan itu dia sudah terfikir bermacam - macam tapi dia cuba menolak ke tepi. Kerana dia tahu , dia perlu percaya pada suaminya dan tidak bersangka buruk pada sang suami.

*
* *
* *
*

Faris menatap tajam ke arah Khai. Lelaki itu dari tadi hanya menunduk dan sedikit pun tidak berani memandang ke arah tuannya. "Kau kata rumah tu penuh dengan anak buah Adrian ?" Khai mengangguk hampir sebulan lebih dia mengikut jejak langkah Adrian dan selalu berada di kawasan rumah mertua Adrian.

"Saya dah cuba tapi tak ada jalan untuk masuk. Setiap masa anak buah Adrian berjaga. Ketiga kawan Adrian turut serta berjaya malah..."

BANG

"Arghh" adu salah seorang anak buah Faris. Tepat di sebelah Khai , Khai terus terhenti dan memandang ke arah kawannya yang sudah terduduk. Pehanya mengeluarkan darah yang banyak membuatkan dia sukar untuk berdiri semula.

"Sebulan lebih kau buat kerja bodoh , sia - sia semulanya. Kalini biar aku plan sendiri , aku nak kau ambik mom aku dan bawak ke malaysia" arah Faris dan di terima baik oleh Khai. Pantas Khai menolong kawannya untuk keluar dari bilik Faris Affan.

"Mom , Inara tak kan berani lawan mom" bisik Faris Affan. Hubungan Inara dan Puan Farida cukup baik malah Puan Farida sudah pun merestui hubungan mereka , tetapi satu kejadian merosakkan semuanya.

Harriz menyandarkan tubuh di dinding sambil kedua tangan di silang ke dada. "Kalau bukan di sebab kan Adrian , aku pun tak nak pergi kedai ni" bebel Harriz lalu memandang sekeliling sebelum ia jatuh ke wajah Helena yang sibuk memilih bunga.

Wajah polos itu berjaya menutup perangai Helena yang sebenar. Seorang yang kasar dan suka dengan cabaran , malah Harriz sendiri tidak pernah melihat wajah ketakutan Helena. Selama mereka menghadapi masalah , wajah itu cukup tenang dan polos. Tanpa sedar hujung bibirnya terangkat sedikit.

"Kau senyum ? senyum sebab nampak awek cantik ke ? atau kau minat bunga tu ? nak tukar ?" soal Helena secara tiba-tiba dan menyentakkan lamunan Harriz. Harriz mendeham seketika sambil badan ditegakkan , bila masa Helena tiba di hadapannya pun dia tidak sedar.

"Tak , kau dah siap ke ? kalau dah siap kita gerak sekarang. Aku semak duduk sini lama - lama , bunga yang kau pilih ni pun kalau dah mati akan di buang juga. Adrian nak guna sekejap je bukan selamanya jadi pilih je mana - mana" ujar Harriz.

Helena mengeleng kecik , tidak setuju dengan apa yang di katakan Harriz sebentar tadi. "Bunga ni ada makna tersendiri , saya yakin bunga ni akan di jaga dengan elok. Kalau awak ada bunga istimewa dalam hati awak pun susuh untuk di buang tau. Jadi jaga - jaga hati tu ya" jawab Helena lalu terus ke kaunter setelah bunga rose menjadi pilihan.

Harriz hanya terdiam dan ekor matanya mengikut setiap langkah Helena. Tapi perasaannya lain apabila terpandang seorang lelaki yang berdiri di luar kedai bunga itu , cukup mencurigakan. "Dah lama tak berbunyi sekarang baru nak kacau" bisik Harriz sebelum dia terus keluar dari kedai itu meninggalkan Helena.

Keluar sahaja Harriz tersenyum sinis , lelaki itu mengikuti dirinya dari belakang. Sesuai dengan rancangannya , Harriz terus masuk ke lorong kecik dan menyorok. James memandang sekeliling , jejak langsung tidak di tinggalkan.

"Where did he go ?" soal James sendiri. Baru sahaja dia ingin berpusing tubuhnya di tendang sehingga dia terbentur di dinding.

"Ada apa kau ikut aku ? siapa hantar kau ?" soal Harriz sambil tangannya elok berada di kocek. Wajah tersebut tidak dapat di lihat dan itu menyukarkan Harriz untuk mengenali siapa , James cuba untuk bangun tetapi belum sempat dia berdiri stabil wajahnya pula di tumbuk membuatkan dia mengadu sakit.

"Jawab soalan aku kalau kau tak nak jadi mayat dekat sini" tegas Harriz. Angin dibuatnya bila soalannya tidak di jawab elok , tubuh James yang terduduk itu hanya di perhatikan sahaja.

James mengelap kasar darah yang terkeluar dari hujung bibirnya. "Un promemoria per il tuo capo. Presto incontrerà il suo punto di morte. ( A reminder for your boss. Soon he will meet his death point )" Ujar James dengan nada sinis.

"Italia? Cosa stai facendo qui? Il mio capo non ha niente a che fare con l'Italia. ( Italy? what are you doing here? My boss has nothing to do with Italy )" kata Harriz.

James yang cuba untuk berdiri itu hanya di perhatikan oleh Harriz sahaja , topi , mask dan kaca mata hitam masih elok padanya. " Il tuo capo ha causato molti problemi. Qualcuno sta venendo per vendicarsi. forse sua moglie sarà l'amante del mio capo. ( Your boss has caused a lot of trouble. Someone came for revenge. maybe his wife will be my boss's mistress )" gelak sinis kedengaran.

Genggaman penumbuk diketatkan. Baru sahaja dia ingin melayangkan tumbukkan buat kali kedua , nama nya di seru membuatkan niatnya terhenti dan apabila dia menoleh kelihatan Helena yang sedang berlari anak ke arahnya. "Kau kena tinggalkan aku" soal Helena dengan nafas yang tercunggap - cunggap. James memandang Helena dari atas sehingga ke bawah.

"Bella ragazza, non vuoi condividere con me? ( beautiful girl, want share with me ? )" soal James. Harriz mengetap kuat giginya sehingga rahang terbentuk sempurna. Helena mengaru kening , hairan sebab dia satu apa pun tak faham bahasa alien ni.

"Siapa mamat celup ni ? kawan kau ke ?" soal Helena separuh berbisik pada Harriz. Tanpa menjawab soalan Helena , Harriz terus menarik lengan Helena untuk kebelakangnya. Dia masih tidak dapat melihat sepenuhnya wajah james tapi yang dia tahu lelaki yang ada di depannya adalah orang italy dan mungkin musuh lama Adrian luthfi.

"Puoi andare a morire Non scherzare con i membri del mio gruppo, se non vuoi essere cenere. ( You can go and die. Don't mess with my group members, if you don't want to be ashes )" Amaran keras dari Harriz.

Helena memandang wajah Harriz dari belakang. Cuma kelihatan sisi wajah sahaja tapi jelas kelihatan Harriz menahan marah kerana rahangnya masih sama. Malah pegangan di lengannya tidak di leraikan , Tanpa menunggu jawapan James. Mereka berdua terus pergi meninggalkan james di situ , Helena pula hanya mengikut sahaja mujur bunga dia tak jatuh.

Hampir 20 minit mereka masih berdiam. Suasana bisik hanya disebabkan radio sahaja , Helena bermain jari jemarinya. "Ka..kau marah dia kenapa ? bahasa italy ? kenapa kau cakap dalam bahasa tu ?" soal Helena. Wajah masih tertunduk , entah kenapa aura Harriz kalini agak menyeramkan walhal sebelum ni aura lelaki itu sama sahaja cuma kali ni 3x ganda seram.

"Janga bagitahu sesiapa pasal tadi termasuk Inara. Simpan sebagai rahsia kita berdua je , aku tak nak yang lain tahu" jawab Harriz cukup tegas dan Helena mengangguk lemah.

"Jaga diri kau. Buat masa ni berhati - hati dengan orang luar , jangan percaya pada orang yang baru kau kenal" Helena terus mengangkat wajah memandang sisi wajah Harriz. Masih sama tegang sahaja riaknya , Tetapi ada satu perasaan lain menyentuh hati Helena.

Carlos memandang sang adik yang duduk di sofa berhadapan dengannya. Wajah James di ubat oleh Doktor peribadi mereka yang di bawak ke malaysia , "Harriz ?" James mengangguk lemah.

"lui è sempre lo stesso. È bello e inquietante, ma questa volta so quali punti deboli possiamo usare. ( he still same. Cool and creepy, but this time I know what weaknesses we can use )" kata James lalu memgeluarkan phonenya dan gambar Helena yang sibuk memilih bunga itu terpancar di skrin milik James.

Carlos mencapai phone James dan menilik wajah Helena. "può essere la mia amante o una ragazza per me per lasciar andare la lussuria. La sua faccia da sola mi fa eccitare. ( she can be my lover or a girl for me to let go of lust. His face alone makes me excited )" Bibirnya di jilat.

James mengangguk setuju. Tidak di nafikan Helena semangatnya cantik malah sungguh cantik dan aura yang mahal , "Trovarsi di fronte a belle donne sembra farci dimenticare di fermarci. ( Being faced with beautiful women seems to make us forget to stop )" tambah James. Lalu suara gelakkan besar mereka.kedengaran.

Wajah Helena di tatap Carlos. Seperti ada magnet yang membuatkan dia tidak lepas dari terus memandang wajah Helena. Polos , cantik dan nampak aura sesuatu pada Helena. Senyuman bermakna terselit sebelum satu arahan di keluarkan.

" Prendi questa ragazza ( Take this girl )" arah Carlos membuatkan gelak ketawa james terhenti , wajah abangnya nampak serius bermakna itu adalah arahan yang tidak boleh di tolak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience