Bab : 11

Romance Series 63406

Inara yang bersiap awal pagi itu di tenung lama oleh Adrian , wajah Adrian jelas murung akibat Inara menolak tawarannya untuk meneman Inara ke mall. Inara yang melihat wajah Adrian melalui pantulan cermin itu tersenyum kecik bukan dia tak tahu yang Adrian kini dalam fasa merajuk.

"Hubby saya pergi dengan Helena dengan Rysha. Kami nak bawak Emma bersiar - siar kejap untuk hilangkan kesan truma dia tu , lagipun Emma tak selesa kalau ada lelaki walaupun awak tu suami saya so sorry okey hubby" pujuk Inara.

Dia berjalan ke arah Adrian dan tanpa menunggu Adrian menarik lengan Inara sehingga dia terduduk di atas riba Adrian. "Jangan jauh dari bodyguard aku , aku arahkan dia ikut kau dari jauh. Keadaan masih tak selamat untuk kau dan kawan kau yang lain jadi jangan degil okey" Inara mengeleng.

"Hubby sayang tak perlu bodyguard. Cukup Helena ada dekat kami pun dah cukup selamat dah hubby" Adrian mengeluh perlahan. Terpaksa juga dia mengangguk setuju tapi dia ada perancangan tersendiri.

Inara mengeleng kecik dan tanpa sengaja matanya terlekat pada leher Adrian yang di penuhi dengan gigitan cinta. "Kenapa pipi sayang merah ni ? tiba - tiba je merah , aku tak bagi ayat cinta lagi kau dah blushing. Teruk betul angau kau dekat aku sayang" usik Adrian walhal dia tahu kenapa Inara seperti udang terbakar.

"Saya ganas sangat ke semalam ?" soal Inara cukup perlahan sambil tangannya mengusap perlahan leher Adrian. Adrian tergelak kecik , pinggang isterinya di usap lembut kalau la dia boleh bermanja lama - lama dengan Inara mesti dia akan buat sebegitu tapi kini dia mempunyai urusan lain begitu juga Inara.

Adrian merapatkan wajah ke telinga Inara , rambut inara yang menutup telinga itu di selak ke belakang sempat cuping telinga itu di gigit manja. "Ganas tapi aku suka , lain kali buat la perangai gatal kau tu lagi. Kalau hari - hari proses aku rasa awal kita dapat hasil" jawab Adrian luthfi.

"Awak nak anak ke ? tak awal sangat ke hubby lagipun keadaan pun tak berapa elok sekarang" balas Inara walaupun dia di kawal perasaan malu tapi soalan itu harus di keluarkan.

"Apa nak takut ? aku mampu jaga kau dan anak - anak kita. So maknanya mau setuju la ni kalau kita proses hari - hari untuk dapat hasil cepat ya sayang ?" usik Adrian.

Inara terus menunduk malu , "Saya pergi dulu la. Kalau saya lama - lama dengan awak dekat sini nanti jadi lain pula" Inara bangun dari riba Adrian. Sempat dia menghadiahkan ciuman di pipi kanan Adrian , tanda salam dia dan Adrian.

"Gatal but i like" Adrian mengeyit sebelah matanya malah di balas dengan jelingan manja oleh Inara. Dia mencapai handbag dan juga telefon bimbitnya sebelum dia keluar meninggalkan Adrian di bilik seorang diri.

Hilang sahaja kelibat Inara , phone di kocek di keluarkan dan satu nombor di tekan. "Ikut tapi jangan terlalu rapat. Aku tak nak Inara perasaan sebab dia tak nak sesiapa ikut dia dengan kawan dia hari ni" arah Adrian pada Erzan.

Erzan mengangguk dan menamatkan panggilan. Dia yang berada di ruang tamu hanya memandang ke arah Inara , Helena , Rysha serta Emma yang sudah bersiap sedia untuk keluar. Tanpa sengaja dia bertemu dengan anak mata Emma tapi itu hanya berlaku beberapa saat sebelum Emma mengalihkan pandangan ke arah berlainan.

Erzan mendeham seketika , dia rasa tercuit dengan kecantikan natural Emma. Gadis itu tidak mengenakan sebarang alat solek tapi kecantikkan Emma sungguh mengoyangkan jiwanya. "Weh gila , siapa nama kawan Inara lagi seorang tu ek ?" soal rayyan secara tiba - tiba.

Erzan memandang sekilas , entah bila mamat tu ada sebelah dia sendiri tidak perasan. Mungkin ralat memerhatikan Emma sehinggakan kehadiran kawannya pun dia tidak perasaan , rayyan mengaru keningnya. "Kenapa kau nak tahu ? penting ke ? atau Adrian minta apa - apa ?" soalan di balas soalan.

"Bukan. Aku nak ngorat dia la , dah lama aku single mana tahu dia jodoh aku ha senang juga. Aku boleh bincang dengan Inara cara baik untuk tolong aku , friend help friend kan" ujar Rayyan yakin.

"Aku dengar Rysha tak suka lelaki bodoh macam kau. So lupakan niat kau dan berhenti berangan , lagipun kau tak sesuai untuk dia" sampuk suara Harriz pula. Erzan sudah mengeluh kecik masak kalau diorang start bergaduh mulut.

Rayyan mengecikkan kata , dia menapak ke arah Harriz bahu harriz di cengkam kuat. "Kau member aku dan sepatutunya member tolong member bukan buat perangai hanat kau ni" lawan Rayyan.

Harriz menepis kasar , "Ala kau ni period ke bodoh ? asal sensitif sangat kau ni?" soal harriz datar , mungkin wajah tegangnya tidak nampak seperti dia bergurau. Tangan Rayyan yang mencengkam bahunya itu di tolak kasar , Rayyan mendecis kuat.

"Rysha namanya , dah dapat nama an apa lagi pergi la cari sendiri. Tak kan itu pun aku nak kena tolong kau" sampuk Erzan pula sebelum dia melangkah keluar dari rumah agam itu. Tugas dia untuk harini adalah mengikuti jejak mereka berempat ke mall dan itu adalah arahan dari Adrian dengan rela hati dia setuju. Itu kerana seseorang yang bernama Emma.

*
* *
* *
*

Inara mengeluh perlahan sebelum dia menoleh ke arah Emma , Helena serta Raysha. "Kenapa kejap sangat ? aku nak lagi boleh ? badan rasa penat la" kata Inara pada kawan baiknya. Mereka baru keluar dari spa , saja untuk tenangkan fikiran dan hiburkan Emma.

Helena terseyum bermakan sebelum dia tergelak kecik. "Kau penat buat something kan ? setahu aku kau tak akan mengadu penat kalau kau tak buat kerja berat , so ni maksudnya hmmm faham orang dah kahwin kan" ayat Helena membuatkan pipi Emma serta merta berubah warna.

"Penat buat apa Inara ? kau bersenam ke semalam ?" soal Emma yang jelas hairan dengan ayat Helena dan dia bertambah pelik bila pipi Inara merubah warna seperti udang terbakar dah sebab itu dia bertanya.

Helena menoleh ke arah Rysha sebelum gelak ketawa mereka pecah. Orang yang melintasi mereak turut memandang ke arah Helena dan Rysha yang sakan bergelak ketawa.

"Apa yang lawak sangat tu ? ish kalau tahu minta Adrian letak mic kecik dekt Inara lagi bagus" bebel Erzan di sebalik tempat bersembunyiannya. Nampak mereka berempat happy dan apabila senyuman Emma terbentuk dia turut tersenyum , sekarang nampak kan penangan seorang Emma kepada seorang sniper.

"Kau ni loading la. Hm macam ni , selalu an orang dah kahwin dia akan buat benda tu untuk dapat kan pewaris so Inara dengan Adrian ni bu.."

"Eh stop stop. Dah faham dah" halang Emma yang faham akan maksud Helena. Mereka tergelak kecik , Inara pula memeluk bahu Emma. Nampak yang Emma sudah pun sembuh sedikit walaupun bukan sepenuhnya dia bersyukur.

"Aku nak ke toilet kejap layan korang ish habis kotor otak aku tahu tak" ujar Emma dan melangkah pergi. Inara menoleh ke arah Helena sebelum dia memanggil Emma.

"Kau nk kita orang teman ? takut jadi apa - apa pula nanti" Emma mengeleng laju. Dia bukan budak kecik lagi dan hatinya sekarang tidak merasakan apa - apa jadi tidak ada benda buruk yang terjadi padanya. Sampai sahaja di toilet perempuan dia membetulkan tudungnya yang agak serabut maklum la baru keluar spa jadi lupa nak betulkan tudung.

"Boleh mula" satu arahan di keluarkan pada anak buahnya. Emma yang baru selesai melepaskan hajat itu terkejut apabila susuk tubuh Erzan menghalang pintu keluarnya , bertambah terkejut kerana sekarang Erzan berada di toilet perempuan.

"Awak buat apa dalam..." belum sempat Emma bertanya mulutnya di tekup dengan tapak tangan Erzan dan tubuh nya di tolak lalu di sandarkan ke dinding. Mata Hitam menikam mata cantik milik Emma , keadaan mereka sekarang sangat rapat dan dekat itu agak menyulitkan Emma untuk melepaskan dirinya.

Bunyi tapak kaki yang mula kedengaran , Erzan meletakkan jari telunjuknya di bibirnya sendiri mengarahkan agar Emma tidak bersuara. Emma mengangguk perlahan walaupun jiwanya agak terkacau dengan tindakkan Erzan padanya.

BAM

Pintu bilik air pertama di hempas sehingga kedua belah bahu Emma terangkat. Perbuatan itu berlanjutan sehingga sampai ke bilik air ke 4 iaitu bilik air yang di penghuni oleh mereka berdua. Erzsn agak tersentak apabila hujung bajunya di genggam kuat , dia menunduk kelihantan Emma yang mengenggam kuat mungkin kerana takut dengan keadaan sekarang.

"Emma keluar. Aku tahu kau ada dekat dalam , keluar dan kita settlekan cara baik. Aku tak nak bunuh kau sebab nak ratah tubuh kau tertutup litup tu" ujar salah seorang anak buah Faris.

Genggaman makin di kuatkan. Erzan pula sudah mengetap kuat rahangnya , "Ratah ? kau ingat aku akan berdiam ke setan" marah Erzan dalam dirinya. menahan api kemarahannya kalau ikut kan sudah lama dia keluarkan pistol kesayangannyan itu tapi di sebabkan Emma dia batalkan.

BAM BAM BAM

Pintu itu di ketuk kuat. "Aw....awak buat sesuatu sa..saya takut" bisik Emma perlahan sahaja dan tepat di hadapan wajah Erzan.

"Tutup mata kau. Aku tak nak kau tengok apa yang aku buat , tutup rapat mata tu selagi aku belum arahkan kau buka. Jangan buka , faham ?" kata Erzan nada yang perlahan. Melihat anggukkan Emma dia tersenyum sinis , Emma menutup matanya dan dalam keadaan yang begini hanya Erzan sahaja yang mampu menyelamatkan dirinya.

BAM

Pintu bilik air itu di tendang kuat oleh Erzan sehingga pintu itu tercabut ke arah luar dan menindas pihak lawan. Emma menutup telinga serta matanya di rapatkan , "Perempuan tu aku nak" kata mereka salah seorang dari mereka kini mereka bertiga manakala Erzan hanya berseorangan.

"Nak dia ? langkah mayat aku dulu la bangsat" Tumbukkan di layangkan ke arah mereka. Berlaku pergaduhan di situ dan kedengaran bermacam - macam bunyi seperti orang mengerang kesakitan dan juga bunyi.

Tembakkan

"Emma jom. Jangan buka mata kau" arah Erzan tegas. Tangan mereka di sulam kan bersama , langkah Erzam hanya di ikuti Emma sehingga kan tiba di tempat yang agak sunyi iaitu parking lot mujur tandas itu dekat dengan tempat parking.

"Open you eyes" laju emma buka mata dan apa yang pertama sekali dia lihat adalah wajah Erzan yang ada kesan darah dan juga bahunya.

"Awak ke...kenapa tembak ?" soal Emma. Erzan menoleh ke bahunya , kenapa dia boleh tak perasan ni ? mungkin kerana rasa risau lebih besar dari rasa sakit yang dia tanggung dan sebab itu dia tidak merasakan sakit.

"Sikit je Emma. Kita balik , aku call Inara suruh balik. Kau tak selamat dekat luar sebab kau dah jadi ancaman diorang untuk jatuh kan Adrian dan Inara" ajak Erzan pantas Emma mengangguk. Dia soalan untuk di tanyakan tapi dalam keadaan macam ni bukan la waktu yang tepat.

"Saya bawak kereta awak boleh ? awak luka tu Erzan" ujar Emma sambil menghulurkan tangannya meminta kunci kereta pada Erzan. Erzan memandang sekilas tapak tangan Emma sebelum dia mengeleng laju.

"Sikit je. Aku boleh pandu lagi dah kau duduk je sebelah lagipun aku takut diaorang datang serang pula nanti" Emma terus terdiam. Fikirannya terbayang kejadian yang dia lalui di mana dia kemalangan di sebabkan mereka mengejarnya.

"Dah jom" ajak Erzan. Emma membuntuti Erzan tanpa sebarang suara , dia tahu dalam keadaan yang sekarang tak sepatutnya dia menyusahkan Erzan. Dia sebab kan dia Erzan menanggung sakit di tembak dan di pukul.

*
* *
* *
*

"Emma" suara jeritan Inara memenuhi ruang tamu itu. Pantas Inara berlari dan memeluk tubuh Emma dengan erat di ikuti Helena dan Rysha , mereka terkejut apabila Erzan menghubunginya meminta mereka untuk balik segera kerana Emma di serang pihak musuh.

"Kau okey ? Semua salah aku , kalau bukan sebab aku. Kau tak kena macam ni , kau tak jadi buruan diorang" Kata Inara pada Emma yang tersenyum kecik. Inara cepat sungguh terasa dan mudah meminta maaf pada orang walaupun itu bukan kesalahan darinya.

"Bukan salah kau la Inara. Semua dah okey dan mujur ada Erzan , dia yang selamatkan aku dari penjahat tu" jawapan Emma membuatkan ketiga - tiga memandang wajah Erzan. Inara sekali lagi terkejut melihat Erzan di ubati oleh oleh david , luka pada bahu lelaki itu nampak teruk dan wajah tampan Erzan pula ada beberapa kesan lebam.

"Awak okey je Erzan ? Awak kena tembak ke ? ya allah teruk tu" ucap Inara. Langkahnya yang di buka ke arah Erzan terhenti apabila lengannya di pegang oleh seseorang , pantas dia menoleh ke belakang dan wajah suaminya menghias pandangan matanya.

"Biar je dia tu. Dia kuat lagi tak mati pun , tak payah pergi sana. Lebih baik kau duduk sini je dengan aku" ajak Adrian sambil menarik lengan Inara ke arahnya lalu duduk di sofa yang berdekatan mereka. Inara pula menyembunyikan senyuman , alamak ada orang jeles ke ?.

Emma , Helena dan Rysha pula melaburkan punggung di sofa yang agak dekat dengan Inara. Erzan yang terasa ada seseorang memerhatikanya terus menoleh ke arah Emma , tepat firasatnya Emma sedang memerhati dirinya. Tanpa sengaja mata mereka bertambung semula sama seperti kejadian di toilet.

"Siapa serang kau ? kau ada tanya dekat bangsat tu tak ?" soal Harriz dengan wajah tegangnya itu dan Erzan mengeleng perlahan , sesekali dia mendecis sakit.

"Tak sempat sebab aku dah habiskan diorang semua. Dia orang bertiga lagipun aku salah elak tu yang kena" jawab Erzan. Davis menepuk perlahan bahu Erzan menandakan kerjanya selesai , Erzan pantas mencapai jaket dan memakainya.

Emma bermain dengan jari jemarinya , terasa bersalah kerana disebabkan dia Erzan jadi mangsa. "Saya minta maaf , semua salah saya. Awak di tembak pun disebabkan saya. kalau diorang nak kan saya sangat tak apa biar saya serah diri pada mereka"

"Emma" jerit Inara , Helena dan Rysha serentak. Erzan turut memandang wajah Emma yang menunduk , bukan salah gadis itu malah salah mereka kerana itu adalah musuh mereka tapi orang yang tidaj bersalah jadi mangsa.
"Bukan salah kau Emma. Lagipun diorang tu memang nak mati awal ha sebab tu dia cari masalah" sampuk Rayyan. Erzan memandang wajah Adrian sebelum Adrian mengangguk perlahan , dia menarik nafas panjang berharap ini adalah keputusan dia yang tempat dan mampu menjaga keselamatan Emma.

"Emma kahwin dengan aku , aku jaga kau" Wajah Emma yang menunduk itu terus terangkat. Wajah Erzan dipandang lama , mereka yang berada di situ turut terkejut dengan ajakkan Erzan. Inara mengeluh perlahan.

"Emma kau boleh fikir dulu. Aku tak paksa tapi nak jaga kau tanpa ikatan itu agak susah , aku minta maaf sebab tersentuh kau tadi tapi itu semua terpaksa tapi tidak untuk perkahwinan. Aku betul - betul nak jaga kau , kita boleh bercinta lepas nikah kan ?" Pujuk Erza lagi.

Tangan Emma di sentuh Helena bersama Rysha bagi menyalurkan kekuatan pada Emma. "Saya terima" jawab Emma perlahan tapi cukup jelas pada mereka , Erzan tersenyum kecik. Mujur lamarannya di terima kalau tidak mungkin dia akan berkurung dalam bilik untuk beberapa hari..

"3 minggu dari sekarang. Semua aku akan minta kiara dan diana urusankan , korang hanya perlu bersiap sedia. Jangan lalai dengan keadaan sekeliling" arahan di keluarkan dari Adrian membuatkan mereka semua terdiam.

Erzan yang baru melangkah ke arah dapur itu terhenti apabila dia melihat susuk tubuh Emma yang duduk di meja makan berteman kan secawan air sahaja. Erzan mengeluh perlahan , mungkin gadis itu masih memikirkan hal petang tadi dan sebab itu dia kelihatan bingung.

"Kau fikirkan hal petang tadi ke Emma ?" soalan Erzan berjaya menyentakkan Emma. Dia menoleh ke arah Erzan sambil menolak kerusi berhadapan dengannnya. Wajah tampan itu di pandang lama sebelum dia mengalihkan ke arah berlainan.

"Awak yakin ke dengan keputusan awak ? tak menyesal ke Erzan ? saya...saya tak nak awak buat keputusan ni sebab kesian kan saya" ujar Emma yang masih memandang arah lain. Segan untuk dia memandang wajah itu , kerana wajah itu la yang banyak menolongnya.

"Kalau aku cakap aku sayang kau macam mana ? kau percaya dengan aku ?" jantung Emma terus berdegup laju. Erzan lafazkan kata - kata cinta ke ni ? kenapa jantungnya jadi sebegini.

Erzan tersenyum kecik , kelihatan pipi Emma sudah berubah merah mungkin malu tapi itu adalah kenyata yang patut dia luahkan pada Emma. "Aku sayang kau Emma , aku tak tahu sejak bila tapi aku yakin dengan perasaan aku"

"Aku nak jaga kau. Aku tak nak sesiapa sentuh kau kecuali aku , aku nak kau sentiasa ada di sisi aku. Aku nak berkorban untuk kau dan aku nak kau jadi penguat aku. Boleh kau buat macam tu Emma ?" tambah Erzan.

Wajah cantik itu di pandang dengan tatapan sayang. Dia yakin keputusannya kini adalah yang terbaik , sejak bila perasaan tu muncul dia sendiri tidak tahu cuma apa yang penting dia mahu Emma sentiasa ada bersamanya sahaja.

"Saya...saya cuba balas perasaan awak tu. Awak sendiri kata kita boleh bercinta selepas kahwin kan ? jadi saya akan buat benda tu selepas saya sah jadi isteri awak Erzan. Saya terima awak dengan ikhlas dan saya harap awak adalah lelaki yang saya mahukan. Saya minta diri dulu" Emma terus bangun dan beredar meninggalkan Erzan disitu sendirian.

Erzan memerhatikan susuk tubuh Emma yang semakin hilang. Bibirnya mengoyakkan senyuman manis , kini dia rasakan adalah bahagia dan bersyukur. Kalau arwah ibunya ada semestinya ia akan bahagia kerana tidak lama lagi akan ada menantu yang secantik dan selembut dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience