Wajah Hanif Sufian di pandang sekilas oleh Imani Sophia , Wajah abang sulungnya itu jelas kelihatan letih. Mungkin letih menyiapkan majlis pernikahan Hanif dan Alice yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.
"Kenapa bukan kau yang ambik ? kenapa nak suruh aku juga ni ?" soal Hanif Sufian pada Imani. Imani mengeleng perlahan , ini kalau dia ketuk guna handbag mahal dia ni aci ke tak ek ?.
"Abang lupa ke ? abang yang janji dengan Inara yang abang akan ambik dia kan ? lupa ?" soal Imani. Tangannya membetulkan tudung shawl yang berterbangan itu , sesekali kepalanya di toleh ke kanan dan kiri untuk mencari kelibat Inara.
"Tapi kau tahu kan aku tidur pukul berapa semalam ? bagi la aku peluang nak tidur sam..."
"Abang Hanif , Kak Imani" jerit satu suara yang amat mereka rindui. Pantas kepala mereka di toleh ke arah suara itu terlihat Inara yang berjalan cepat ke arah mereka dengan gaya diva dan rambut yang beralun lembut itu.
Inara sampai sahaja di hadapan Hanif dan Imani. Terus tubuhnya di peluk erat oleh mereka berdua , rindu yang teramat pada adik bongsu mereka ini. Sempat kepala Inara di usap lembut oleh Hanif sebelum pelukan di leraikan oleh mereka sendiri.
"I miss you so much , why you look so pretty and you. Why so handsome ?" tanya Inara dengan wajah yang teruja. Jarang berjumpa dengan kakak dan abangnya jadi mungkin banyak berubahan pada mereka.
"Kau dah dekat malaysia kan ?" Inara mengangguk untuk membalas soalan Hanif. Hanif mendecis perlahan , ish diva tapi polos susah juga dik.
"So speak malay , aku tak power english macam kau. Maklum la kau tu duduk New York bertahun jadi mesti la power english kan , kami ni duduk malaysia so power malay ha jom la lawan siapa lagi hebat cakap malay" bebel Hanif pada Inara sempat keningnya di angkat beberapa kali.
Inara tergelak kecil , Hanif langsung tidak membuatnya takut malah bertambah comel. "Okey maaf abang Hanif , adik mu ini memang pakar berspeaking. Al maklum la anak mak salleh gitu ha kau hadoh ? tak hadoh kan ha lemah" rambut lembut itu di libas tepat di wajah Hanif.
Hanif mengecikkan matanya sambil menahan bibir yang mahu malakarkan senyuman. "Dah jom balik adik rindu mummy and daddy , mesti mummy daddy rindu anak dia yang paling meletups ni" lengan Imani di tarik perlahan.
Hanif yang masih berdiri itu terdiam seketika , " Eh kenapa aku berdiri seseorang ? eh Inara beg kau la gila , kau ingat beg kau ni ada kaki ke nak jalan ikut kau" kata Hanif.
Orang - orang yang memandang ke arahnya itu langsung tidak di hiraukan. Ah peduli apa aku yang penting aku kacak ha gituw , Inara yang melambai itu membuatkan darah kemarahannya membuak - buak mahu sahaja dia lempar Inara ke laut hindi biar di makan jerung.
"Bawak bertendang bang , saya ni masih kecik baru 22 tahun so yeah sila la bawak beg yang berat macam gajah tu" jawab Inara dan masih mengheret Imani agar mengikut jejaknya.
Hanif menarik nafas panjang sebelum di hembus perlahan. Dia tersenyum kecik sebelum troli yang berisi beg Inara itu di tolak ke arah kereta miliknya , akan tetapi dia tersedar sesuatu iaitu kehadiran orang yang tidak di undang.
"Shit , kenapa sekarang ? Inara ada la kau nak follow aku ish masak aku" bisik Hanif sendiri sebelum dia menekan satu butang merah yang ada di skrin phonenya. Butang itu berfungsi untuk meminta bantuan dari ke empat - empat kawannya , dia tidak mahu Inara terlibat dalam dunia gelap ini jadi dia perlu lindung Inara.
*
*
*
*
*
*
"Eh apa masalah ek mamat ni ? aku tengah sedap - sedap makan ramen la kau nak tekan butang merah , apa kehanatan kau ni ?" bebel Rayyan sendiri. Garfu dan ayam yang berada di tangannya itu di letakkan semula ke dalam mangkuk , hilang selera bila phonenya menjerit nyaring menandakan kecemasan masuk.
Jaket yang tersedia di kerusi itu dia capai lalu di sarungkan ke tubuh tegapnya. Kunci kereta sport di ambik dan sempat juga dia trace lokasi terkini Hanif agar memudahkan kerja , apabila melihat lokasi Hanif secara automatik dahinya berkerut.
"Kau nak pergi honeymoon ke bang ? otak kau awal lagi nak buat projek bang , kahwin pun belum lagi. Peh nampak sangat yang kau gelojoh tahap ayah pin" bebel Rayyan lalu memasukkan badannya ke dalam perut kereta.
Adrian yang kelihatan kelam kabut itu di tahan oleh Ayuni. Lengan kekar abangnya di pegang kuat agar terhenti langkah si abang , adrian menoleh sebelum kening kanannya di angkat.
"Nak kemana ? nak culik janda untuk di buat bini ke ?" soal Ayuni dengan wajah yang tidak berperasaan. Adrian mendecit lalu lengannya di tarik dan langsung menjentik dahi sang adik , apa fikir sampai ke situ ?.
"Look" serentak itu mata Ayuni membesar.
"Oh my , pergi la selamat kan kawan abang tu. Kenapa berdiri dekat sini ? nak kawan abang tu mati dulu baru nak selamat kan ke ? dah pergi la"
Ayuni menolak tubuh Adrian , adrian pula yang hairan. Tadi siapa yang tahan siapa ni ? kenapa dia pula kena marah ? tanpa membuang masa dia terus menelankan diri ke perut kereta audi miliknya. Ayuni yang melambai kan tangan itu langsung tidak di hiraukan.
Baru beberapa minit perjalanan adrian sudah tersenyum kecil , ada tiga buah kereta yang ikut belakangnya sekarang siapa lagi kalau bukan Rayyan , Erzan dan Harriz.
"Cepat" puji Adrian dan menekan minyak keretanya agar laju meluncur. Dia sebenarnya baru habis work out jadi habis bajunya basah akibat peluh dan kelihatan la roti - roti yang mahal di dalam sana ,ini kalau ada yang nampak confirm menjerit ataupun pengsan.
*
*
*
*
*
*
"Abang , kenapa kereta dekat belakang ni an asyik ikut kita je ? kita kanan dia kanan , kita kiri eh dia pun ikut. Eee sibuk je ikut pergi la main jauh - jauh sana si sibuk la" bisik Inara. Dia memerhatikan 3 biji kereta berwarna hitam itu , sesekali dia terdengar keluhan halus dari kakak dan abangnya.
"Inara , i think you should know about this" serentak itu pistol kecik berwarna coklat di keluarkan dari beg Imani , anak mata Inara terus memandang objek itu. Pistol itu di halakan kepada Hanif lalu pistol bertukar tangan.
"Nak main tembak - tembak ke ? ouh abang polis dia ni penjahat eh ? gituww keerr ?" soal polos Inara. Hanif mengeluarkan tangan yang memegang pistol dan...
BANG BANG
Inara terbeliak , "Abang gila ini memang gila. Hey itu pistol betul la kenapa tembak dia ? nanti dia mati macam mana abang" jerit Inara dengan kekalutan.
Baru sahaja Imani hendak memujuk Inara , pihak sana terlebih dahulu membalas tembakkan dan secara spontan Inara terus menunduk. Badan genit itu mula mengigil kecik , dia tidak pernah berada dalam keadaan sebegini. Perasaan takutnya mula muncul , terbayang sudah wajah kedua ibu bapanya.
"Inara tak nak mati dulu la. Inara nak jumpa mummy daddy cause i miss them so much" ngadu Inara dan tangisan Inara mula pecah.
"Inara hold my hand" arah Imani yang menghulurkan tangannya je Inara. Dengan pantas tangan Imani di pegang erat oleh Inara , Imani dapat merasakan tangan Inara mula berpeluh. Dia sudah terbiasa dengan keadaan ini cuma Inara , dia sahaja yang tidak pernah melalui semua ini.
"Don't kill them. I will hate you if you kill them" jerit Inara dan membuatkan Hanif tersentak seketika. Cermin sisi di pandang sebelum satu nafas lega di hembus , ada 4 biji kereta sport yang sedang menghampiri mereka sekarang dan dia tahu siapa itu.
"Diorang nak bunuh kita Inara , kalau aku tak bunuh diorang. Kita akan mati" jawab Hanif yang mula perlahankan kenderaan miliknya.
"Jan...."
BANG BANG BANG
Tiga das tembakkan di lepaskan oleh Rayyan , Inara hanya menunduk dan menutup matanya. Apa semua ni ? kenapa abang dan kakaknya terlihat seperti sudah terbiasa dengan keadaan sebegini rupa.
"Hello" Jawab Hanif apabila panggilan dari Adrian di angkat olehnya. "Pergi markas" arah Adrian tegas dan terus menamatkan panggilan sepihak , Hanif kemudian menoleh ke arah Imani sebelum Imani mengangguk perlahan.
Sempat Hanif memandang ke arah belakang terlihat 2 bijik kereta hitam itu sudah pun terbabas membuatkan kereta itu terbalik dan terbakar sebelum dia meluncur laju ke arah markas.
*
*
*
*
*
*
Hampir 5 minit mereka semua mendiamkan diri termasuk Adrian yang turut serta di situ. Hanif dan yang lain baru sahaja selesai menerangkan segala - galanya pada Inara dan siapa sangka Inara akan bagi tindak balas yang positif.
"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal adik kau yang ni ?" soal Rayyan sambil memandang wajah cantik Inara. Inara pula mula rasa tidak selesa dengan pandangan itu , dia mengesot kan dirinya rapat ke arah Imani.
"Bodoh apa pandang adik aku macam tu ? Adik aku tak selesa la bangkai"
PAK
Satu bantal kecik selamat mendarat di wajah kacak Rayyan. Habis mencuka si Rayyan , "Alah dia kan bakal isteri aku so tak salah la kalau nak pandang. Ish dah la cantik , comel tapi tu la sayang sebab ada abang bebal macam kau" jawab Rayyan lagi.
"Eh bangkai , aku handsome la gila sebab tu adik aku cantik..."
Dalam bergaduhan Rayyan dan Hanif , Harriz yang berada di situ tersedar akan pandangan Adrian pada Inara. Satu senyuman kecik terukir di bibirnya ini kerana Adrian tidak pernah memandang mana - mana gadis macam mana dia memandang Inara sekarang.
"Adik dah jom balik , kau dah tahu kan siapa kitaorang ha penat aku bercakap" ajak Hanif lalu lengan Inara di tarik lembut. Inara dan Imani berdiri serentak , baru beberapa langkah Inara menarik lengannya semula.
Inara memusingkan badannya. Wajah Erzan , Harriz , Rayyan dan Adrian di pandang satu persatu sebelum dia terhenti pada Adrian. Lelaki ini berjaya menarik perhatiannya sejak kali pertama mereka bersua muka tadi.
Inara yang menghampiri Adrian itu membuatkan Hanif menepuk dahi. Jangan buat hal dik , mati aku nanti disebabkan kau.
"Boleh tunduk sikit tak ?" Tanpa banyak kata Adrian terus merendahkan dirinya agar ketinggiannya dan Inara sama. Al maklum la Inara 163 cm manakala Adrian pula 178 cm , Inara tersenyum manis bila mendapat respon baik dari Adrian.
Wajahnya di dekat kan ke arah telinga kanan Adrian. Adrian menelan air liur yang terasa seakan - akan pasir itu , wangian yang terhasil dari rambut Inara membuatkan dia jadi tidak tentu arah. Yang lain pula cuma memerhatikan sahaja , Inara lain dari yang lain.
"Abang kacak pulangkan semula hati saya yang awak dah ambik. Kalau awak tak pulangkan awak kena bertanggungjawab atas kesalahan awak"
Inara terus berjalan ke arah Hanif dengan selamber dia memeluk lengan Hanif. "Bye mafia semua , ada rezeki jumpa lagi oke" kata Inara dan beredar dari situ bersama Imani dan Hanif.
Hilang sahaja kelibat mereka bertiga Rayyan duduk kembali ke kerusinya. "Comel betul adik Hanif tu ish kenapa la baru sekarang aku tahu , kalau tak dah lama aku jadi adik ipar Hanif" bebel rayyan.
"Aik kau kenapa Adrian ? jadi patung dah ke ? pipi kau apahal merah wey ? ha apa dia bisik dengan kau tadi" sibuk Rayyan.
Erzan dan Harriz tersenyum kecik. Ala bukan diorang tak dengar tadi , Inara perempuan yang berjaya menarik perhatian Adrian lelaki si dingin beku ini dan berani meluahkan perasaan tanpa segan silu.
Adrian tersedar dari lamunanya , dia mencapai kunci kereta dan berjalan keluar. Soalan Rayyan pula hanya di bairkan bagai angin , sekarang kepalanya hanya di penuhi oleh ucapa inara.
Sejak dia sampai ke markah dia ajak tercuit dengan kepolosan Inara. Inara sangat fokus pada mereka yang menceritakan tentang dunia gelap mereka , dan riaksi dari Inara membuatkan dia tersenyum sendiri.
"Ouh mafia yang kuat tu eh ? Inara pun nak jadi mafia juga tapi Inara tak reti gaduh tapi tak apa , abang Hanif boleh ajar Inara kan"
itu jawapan yang diberi oleh Inara. Gadis itu sungguh cantik dan menawan malah bertambah cantik dengan kepolosan miliknya , dia tidak pernah merasakan perasaan sebegini rupa. Inara perempuan yang pertama melafazkan kata - kata bersemut padanya.
Dalam perjalanan balik sepanjang itu bibirnya mengukirkan senyuman , "Inara sophia? the right name to be my future wife" bisik Adrian sebelum kereta sport miliknya meluncur laju.
Share this novel