Bab : 15

Romance Series 63406

Inara menolak mangkuk yang berisi bubur itu ke tepi. Matanya memerhatikan Faris. Hampir seminggu dia terpaksa menelan bubur sahaja , lelaki yang yang berdiri di hadapannya ini pula tidak faham bahasa. "Saya tak nak makan. Awak tak faham bahasa melayu dah ke ? nak saya cakap dalam bahasa apa untuk faham kan awak ?" soal Inara.

Faris mengeluh sebelum dia melutut di hadapan Inara. Inara masih duduk di katil dan memerhatikan tindakkanya. Inara , kekasih hatinya tidak pernah berubah walaupun sedikit. Masih cantik malah bertambah cantik , dia mengetap gigi kuat apabila teringat akan status Inara sebagai Isteri Adrian.

"Makan untuk tenaga kau. Kalau kau tak makan , kau pengsan macam mana ? siapa susah ? aku inara , aku susah sebab.."

"Tak payah susah kan diri awak. Saya mati itu lebih baik kan ? kenapa awak nak susahkan diri awak walhal itu yang awak nak" sampuk Inara tanpa menunggu Faris menghabiskan ayatnya. Faris terus mengeleng laju dan tangan Inara cuba dia raikkan tapi pantas sahaja Inara menepis kuat.

Faris mengeluh lembut. "Kau baru keguguran jadi kau kena jaga diri kau. Aku masih sayang kan kau dan sebab itu aku ambik berat tentang kau. Aku susah sebab kau sakit , hati aku tak tenang kalau tengok kau sakit Inara" pujuk Faris kali ini nadanya cukup lembut dan membuatkan inara tersentak.

Nada yang sama di gunakan Faris sewaktu mereka bersama dahulu. Inara menundukkan wajah cantiknya , tanpa sedar airmata mengalir di wajah. "5 tahun awak tinggalkan saya dan kenapa baru sekarang awak muncul ?"

"5 tahun saya tunggu awak tapi bila saya dah jumpa lelaki yang buat saya jatuh cinta sekali lagi dan awak muncul. Awak nak apa dari saya ? kenapa awak bertinda sejauh ni ? saya dah tak penting dalam hidup awak Faris. Cerita kita dah lama tamat dan itu di sebabkan awak sendiri. Salah awak. You leave me alone" kata Inara panjang lebar.

Bahu Faris di tumbuk beberapa kali. Tipu kalau dia kata yang dia tidak rindu pada Faris , lelaki itu pernah duduk di hatinya maka tidak mudah untuk dia buang semua kenangan yang ada. Tapi cinta dan sayang kini hanya untuk Adrian dan dia tidak akan sesekali berpaling arah.

"Aku terpaksa Inara. Aku terpaksa tinggalkan kau sebab..."

"Sebab awak dah jumpa perempuan yang lagi better dari saya ? apa pun alasan awak , saya dah tak nak dengar. Saya bukan lagi kekasih awak malah saya bukan lagi sesiapa untuk awak. Saya isteri Adrian luthfi dan saya cintakan suami saya. Lepaskan saya , jangan pernah kacau kehidupan saya dan juga suami saya. Kenapa awak culik saya Faris ?" sekali lagi Inara memotong malah Faris terdiam.

Inara beranikan diri untuk menatap mata hitam milik Faris. Rahang lelaki itu jelas kelihatan menahan kemarahan apabila Inara melafazkan kata - kata tadi. Faris terus bangun dari melutut dan keluar dari bilik Inara. Dia bimbang sekiranya dia terus berada di situ , Inara kemungkinan akan sakit di sebabkan kemarahan dirinya sendiri.

"Dulu plan aku cuma satu , untuk buat Adrian bunuh Adrian dan buat dia terseksa. Tapi kini aku ada dua tujuan , untuk bunuh Adrian dan dapatkan cinta kau semula Inara" bisik Faris sendiri. Pintu bilik Inara di pandang sekejap sebelum dia menuju ke bawah.

*
* *
* *
*

"Ini ke tempat dia Harriz ? aku macam tak percaya je" soal Rayyan dengan tangan sibuk membuka sampul coklat cadbury. Harriz mengangguk yakin , mata masih tertumpu pada skrin laptop kesayangannya.

"Ikut plan macam kita dah rancang. Jangan ubah atau rosakkan plan kita , aku tak nak sesiapa terluka ataupun mati katak" pesan Hanif pada mereka semua yang berada di kereta itu. Adrian yang berada di sebelah di pandang sebelum Adrian mengangguk lemah , kemarahan perlu di kawal.

Hampir 2 minit baru la mereka memulakan rancangan mereka. Perlahan - lahan Harriz dan Rayyan menyelinap masuk dari arah belakang , itu kerana mereka mahu menyelinap bilik khas yang di tempatkan Cctv sahaja.

"Ada 4 , kau 3 aku satu boleh ?" soalan rayyan mendapat kerutan dari Harriz. Tak adil la macam ni , tapi nak buat macam mana Rayyan sudah terlebih dahulu bergerak. Harriz mengeluh. Perlahan - lahan Rayyan mendekat ke arah security itu dan sepantas kilat leher lelaki itu di patahkan.

"Aku dah slow dah tu. Kau je lemah , baik jadi mayat je kau ni" bebel Rayyan sendiri. Dia memandang ke arah Harriz tepat di hadapannya yang sibuk berlawan dengan 3 orang dengan perasaan teruja kerana dapam sekelip mata. Ketiga - tiga itu jatuh ke lantai.

"Power tapi aku lagi power" ujar Rayyan dan terus masuk ke bilik Cctv.

"Ada kesempatan ada aku tempat budak ni" bisik Harriz cukup hanya dia sahaja yang dengar.

"Settle. Go , Go , Go selamatkan baby Inara aku sekarang" suara Rayyan kedengaran di earpiece milik mereka semua. Adrian tanpa menunggu arahan Hanif , dia terus keluar dari kereta dan berlari ke dalam rumah itu.

"Habis rosak plan" kata Hanif dan Zander hanya mengeleng kepala. Sampai sahaja di depan halaman rumah Faris dia di halang oleh 10 orang anak buah Faris yang berbadan sasa. Adrian tersenyum kecik , tangan kanan di naikkan lalu jarinya di gerakkan menanda dia memanggil semua ke arahnya.

BAM

Pintu bilik Inara di rempuh kasar. Kelihatan yang wajah Faris memerah dan nafas yang tidak teratur da itu kerana dia dapat tahu tentang ketibaan Adrian di rumahnya. Dia melajukan langkah ke arah Inara sebelum lengan Inara di tarik kasar sehingga menyebabkan Inara terpaksa berdiri tegak. Sakit genggaman di lengannya , tapi apabila memandang wajah Faris niatnya untuk memberontak terhenti.

"Ikut aku kalau kau nak suami kau hidup. Buat keputusan bijak Inara , ikut atau suami kau mati" Mata Inara terus membulat , dia cuba memberontak tapi semakin kuat genggaman di lengannya.

"Jangan usik suami saya. Awak bukan lawan dia Faris , kalau niat awak hanya mahukan saya jadi teruskan tapi jangan usik suami sa.." jawab Inara terhenti serta rontaan Inara turut terhenti ini kerana nama Adrian keluar dari mulut anak buah Faris.

"Boss kita kena pergi. Adrian dah masuk ke dalam" Inara memandang ke arah lampu tidur bilik itu. Tangan kirinya mula mencapai dan

"Argh" aduh Faris. Kepala di pegang terdapat cecair merah yang keluar. Pantas Inara mencapai pistol yang berada di pinggan Faris , mujuk matanya tajam jadi nampak pistol yang ada pada Faris. Muncung pistol di acu pada anak buah Faris yang berada di hadapan pintu.

"Ketepi" arah Inara. Tapi tiada ganjakan dari anak buah Faris , pandangan anak buah Faris teralih pada tuannya yang jelas kesakitan.

"Tuan awak boleh mati kalau awak tak selamatkan dia" kata Inara. Terus sahaja anak buah Faris beranjak dan Inara terus memboloskan dirinya , lengan Faris di sentuh tapi sentuhannya di tepis kasar.

"Kenapa kau lepaskan dia ? bodoh , pergi kejar" arah Faris sambil memegang kepalanya yang berdarah itu. Hilang sahaja kelibat anak buahnya , dia berdecis kuat dan terus berlangkah mengikuti jejak yang lain.

Rayyan memandang Cctv itu dengan teliti sehingga dia nampak satu susuk tubuh yang amat dia nantikan. "Perhatian , perhatian. Inara ada dekat tingkat 2 menuju ke tingkat bawah" ujar Rayyan. Mereka yang mendengar itu terus bergegas ke untuk ke arah Inara sambil melawan beberapa anak buah Faris.

Nafas Inara termengah - mengah , bahagian bawahnya terasa tercucuk dan sakit tapi itu semua di abaikan. "Mana aku nak pergi lagi ni ? abang mana abang" bisik hati Inara sambil memerhatikan sekeliling. Langkahnya yang baru di buka terhenti apabila namanya di panggil dari arah kananya.

"Abang" jerit Inara. Inara yang jalan perlahan itu membuatkan Adrian dan Hanif mengerut dahi , pantas sahaja Adrian berlari dan memeluk sang isteri. Tepi kepala Inara di cium dengan penuh kasih sayang , haruman wangian Inara masih segar.

"Are you okey ? abang minta maaf sebab cuai jaga sayang , i am sorry sayang" ucap Adrian sambil memeluk tubuh Inara. Inara sebak , belakang tubuh suaminya di usap perlahan sebelum dia sendiri yang meleraikan pelukkan itu.

"Kita kena cepat , kalau tak nanti kita yang susah" sampuk Hanif dari belakang. Inara yang berniat untuk membuka bicara itu mati apabila suara abangnya bernada cemas. Pantas sahaja mereka berlari ke arah kereta mereka semua , semua anak buah Faris tumbang di kerjakan oleh mereka dan malangnya Adrian tidak dapat melihat wajah Faris iaitu anak musuhnya sendiri.

*
* *
* *
*

Mereka akhirnya tiba di rumah dengan selamat. Kini , ruang tamu di penuhi oleh mereka untuk menyambut Inara. "Syukur alhamdulilah Inara selamat , korang pun selamat balik" ujar Datin Husna sambil memerhatikan wajah mereka dan di akhiri dengan wajah Inara yang pucat.

"Inara"

"Sayang"

Panggil mereka apabila Inara mengeluarkan tangisan. Pantas Adrian mencapai tangan Inara dan kekura tangan itu di kucup penuh cinta. "Inara gugur , anak Inara dah tak ada" ucap Inara membuatkan semua terdiam.

"Inara gagal jaga baby Inara. Inara gagal lindungi baby Inara , abang Inara gagal selamatkan baby kita" sekali lagi suara Inara kedengaran. Kali ini wajah Adrian di tekup dan dia menatap wajah Adrian yang jelas terpancar kekecewaan.

"I am sorry , Inara tahu Inara salah sebab tak jaga baby kita baik - baik. Inara minta maaf abang" tangan Adrian di bawak ke bibir dan di kucup beberapa kali. Tindakkan Inara terhenti , tubuhnya di tarik ke dalam pelukkan sang suami dan ubun ubun di kucup hangat.

"Bukan rezeki kita sayang. Tak apa , abang tak marah sayang. Baby kita dah bahagia dekat syurga jadi kita ikhlaskan je ya" pujuk Adrian sambil mengusap belakang tubuh Inara untuk meredakan tangisan sang Isteri.

"Ala benda boleh proses baru buat apa nak sedihkan. Lagi pun Adrian ni kan gatal ha jadi la tu" kata Rayyan dengan penuh bersahaja. Semua mata memandang ke arahnya.

"Ops sorry. Eh mak aku dah panggil balik la. Okey la bye" ucap Rayyan dan terus lesap dari ruang tamu itu , hilang sahaja kelibat Rayyan mereka menghembuskan ketawa. Adrian memandang Inara sebelum dahi Inara di cium , pasti isterinya melalui fasa yang sukar selama dia berada di tangan musuhnya tapi sedikit sebanyak dia turut sedih akan kehilangan cahaya mata pertama mereka.

*
* *
* *
*

*Maaf atas kelewatan update story ini. Saya ada masalah sedikit jadi sekarang saya akan sambung semula dan saya nak tanya awak semua nak saya sambung cerita ni semula ke ? atau nak cerita lain ?*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience