"Lepaskan dia. Jangan korang berani nak sentuh dia la bodoh" marah Rayyan. Tali pinggang cuba di rentap tapi hasilnya tetap mengecewakan. Mereka yang melihat itu hanya tersenyum sinis , Rayyan lelaki itu tidak mampu membuat apa - apa dan itu memudahkan kerja mereka.
"Korang akan mati di tangan Adrian. Sikit luka pada Inara , maka nyawa korang ada di genggaman Adrian luthfi" Kata Rayyan dengan niat menakutkan mereka. Tindakkan mereka yang mengeluarkan Inara terhenti sebelum wajah Rayyan di pandang lama.
"Ini akibat yang perlu Adrian rasakan. Darah di balas darah" jawab salah seorang dari mereka. Rayyan cuba mengenali suara itu tapi sedikit pun dia tidak cam. Wajah mereka pula di tutup dengan mask menyukarkan lagi dia untuk cam musuh mereka.
Inara di bawak pergi ke kereta milik mereka. Rayyan pula tidak henti - henti memberontak. Nyawa Inara keutamaannya. Mujur mereka tidak menembak kereta itu kalau tidak habis la riwayatnya.
"Shit , shit , shit. Sorry Adrian aku mungkir janji aku" ujar Rayyan sendiri. Dia tahu apa yang akan jadi selepas ini tapi dia tidak gentar kerana ini adalah kesalahannya. Dia meraup wajahnya sebelum bantuan tiba iaitu Erzan dan juga Harriz.
"Rayyan" jerit mereka dan terus berlari ke arah Rayyan. Beberapa buah kereta turut berhenti , orang awam mula menyerbu tempat mereka. Erzan dan Harriz cuba menolong Rayyan untuk keluar dari kereta itu.
"Macam mana kau boleh excident ni ? inara macam mana ? ada budak backup ke ?" soal Erzan. Jantungnya pula sudah berdegup kencang sewaktu mereka ternampak kereta milik Rayyan terbalik dan agak teruk.
Emma melangkah ke arah tempat Inara , dahinya berkerut. "Mana inara ? Rayyan inara tak ada ni , mana dia ?" soal Emma. Harriz memandang wajah Rayyan sebelum dia turut melangkah ke arah Emma untuk memastikan.
"Sebelum excident ada budak kita ambik dia ke ? kau excident sorang je kan Rayyan ?" Soal Erzan yang memanpah rayyan sambil memandang wajah Rayyan yang berdarah itu.
"Kita kena bagitahu Adrian secepat mungkin. Inara , Inara dah kena ambik dengan musuh kita. Salah aku sebab tak mampu nak jaga dia. Aku salah dan aku boleh hadap Adrian dengan Hanif" tersentak mereka bertiga.
"Ya allah Inara awak" ujar Emma. Sedih , takut dan risau itu bercampur menjadi satu perasaan. Dia tahu betapa bahayanya mereka , cukup la apa yang dia rasa sebelum ni.
"Kita balik sebelum polis datang" ajak Harriz dan terus menolong Erzan memapah Rayyan ke dalam kereta. Bahaya kalau polis tiba dan mungkin Rayyan akan di soal siasat. Emma menoleh ke arah kereta yang agak teruk itu sebelum dia berlari lalu mencapai satu beg milik Inara.
*
*
*
*
*
*
Faris mengurut pelapis dahinya. Mereka membawa Inara kepadanya dengan keadaan yang di penuhi darah , cukup teruk tapi dia bernasib baik kerana Inara masih lagi bernyawa. Pintu bilik tetamu di buka , laju sahaja dia menapak ke arah doktor yang baru selesai memeriksa Inara.
"Macam mana ? dia okey ?" soal Faris pada doktor peribadinya iaitu kevin. Kevin menepuk beberapa kali bahu Faris sebelum dia menarik faris jauh dari bilik itu.
"Dia okey , mujur hentakkan pada kepala dia tak begitu kuat. Kalau kuat mungkin dia boleh hilang ingatan dan dia ada beberapa calar di lengan dan kaki. Lagi satu aku nak bagitahu..."
Faris terus beriak serius. "Dia keguguran" Faris terus kaku , Inara isteri Adrian luthfi mengandung. Pewaris yang akan meneruskan tahta Adrian luthfi tapi kini tiada lagi pewaris itu.
"Kau culik dia tapi aku nasihatkan kau. Orang keguguran ni cukup lemah , dia perlukan makanan yang khasiat. Kalau ia pun nak seksa tunggu la dia sihat sikit" ujar kevin. Bukan dia tak tahu apa kegiatan faris yang sekarang.
Menganti tempat ayahnya iaitu Liam dan mungkin Faris boleh berlembut sebab itu dia berani bersuara. Kalau dengan Liam mungkin dia mampu cek sahaja dan tidak mampu memberi kata sebegini rupa.
"Hm" jawab Faris. Mereka turut bersama - sama , faris menghantar Kevin sehingga bayangan lelaki itu hilang dari pandangannya.
"Orang keguguran ni lemah sebab dia baru kehilangan nyawa yang paling dia sayang. Sedih dan kalau dia tak kuat , kemurungan boleh terjadi" Ayat itu. Ayat yang pernah di lafazkan oleh Puan Farida sewaktu menjaga kawannya dahulu. Dia menyaksikan sendiri betapa teruknya keadaan kawan puan farida itu sehingga dia terkurung di bilik sahaja.
"Shit. Kenapa aku nak rasa kesian pula ni ? patutnya aku rasa happy sebab pewaris dia dah tak ada. Aku boleh ambik tahta tu" bisik Faris sendiri. Kakinya melangkah ke bilik yang di duduki Inara , wajah Inara itu dia masih belum di lihat.
Kerana tadi wajah itu di penuhi darah dan rambut yang agak serabai menyukarkan penglihatannya pda Inara. Kini dia mahu melihat siapa Inara dan nama itu seakan - akan dekat dengannya.
*
*
*
*
*
*
PRANG
Pasu bunga itu selamat mencium lantai akibat balingan Adrian Luthfi. Dadanya turun naik akibat menahan amaran yang memucak. Wajah Inara yang tersenyum itu secara tiba - tiba bermain di fikiranya. Dia gagal , gagal untuk melindungi isterinya sendiri.
"Tak ada guna kau marah macam tu Adrian" suara Hanif mengejutkan mereka. Dari tadi Harriz , Erzan dan Emma menyaksikan Adrian melepaskan kemarahannya. Rayyan pula di rawat di dalam biliknya bersama Doktor David.
"Kau dapat kesan dia ?" soal Hanif pada Harriz. Perlahan kepalanya di geleng , dari tadi dia cuba untuk jejak lokasi Inara tapi satu habuk pun dia tak dapat. Itu la yang menambah kan lagi ke kemarahan Adrian.
"Salah aku sebab tak jaga Inara betul - betul. Kalau aku ada semua ni tak akan berlaku nif. Salah aku dan sekarang isteri aku ada dalam genggaman musuh aku sendiri" kata Adrian. Dia meraup wajahnya kasar sebelum dia terduduk dan tersandar di sofa berdekatan itu.
Emma meramas kuat beg milik Inara. Perlahan - lahan dia bangun dan menghampiri Adrian , Erzan pula memerhatikan sahaja. Emma dari kejadian tadi hanya berdiam diri sahaja , apa yang ada dalam beg itu pun dia tidak tahu.
"Kenapa ?" soal Adrian pada Emma selepas Emma menghulurkan beg Inara padanya.
"Awak ambik dan buka beg tu. Ada satu perkara yang awak kena tahu" jawapan Emma itu membuatkan Adrian mencapai laju beg Inara. Darah yang terkena di beg itu di pandang sayu sebelum di buka perlahan.
Sekali lagi dia terkejut dengan sesuatu yang dia sendiri sukar untuk berkata. Air mata mula mengalir perlahan di pipi membuatkan mereka yang berada di situ tergamam , dia. Adrian luthfi menangis dan itu pertama kali mereka semua melihat Adrian Luthfi menangis di hadapan mereka.
"Adrian apahal ? ada apa dalam beg tu ?" soal Erzan lalu memandang Emma yang berada di sebelahnya. Gadis itu turut mengalir air mata , apa yang berlaku.
"Pregnant. My baby" kata Adrian sebelum Hanif duduk di sebelah Adrian. Memandang beg Inara jelas ada testpack yang bergaris dua dan itu bermakna Inara mengandung. Bahu Adrian di sentuh perlahan , apa yang di rasakan Adrian pasti lebih berat darinya.
"Inara ajak saya singgah farmasi sebelum kami tiba di butik. Dia try testpack tu pun dekat butik , bila dapat tahu dia mengandung. Dia gembira sangat , dia kata ini hadiah dia untuk awak. Dia plan nak bagitahu awak malam ni tapi tak tahu pula ini yang terjadi" ucap Emma.
Harriz dan Erzan berpandangan. Patut la sebelum singgah butik Inara minta mereka singah di farmasi. Katanya nak beli ubat perempuan dan ternyta ini la yang di beli Inara. Harriz mengeluh perlahan , kenapa dia tak perasaan dengan berubahan mood Inara. Inara nampak gembira selepas keluar dari toilet butik itu tapi dia sedikit pun tidak syak apa - apa.
"Patut la perangai dia lain beberapa harini. Ada baby aku dalam rahim dia , anak aku. Anak aku dan Inara. My baby" kata Adrian Luthfi. Beg inara di cium lembut tidak peduli dengan kesan darah itu. Patut la Inara selalu sahaja mengidam makan itu ini rupa - rupanya ada anak mereka yang tubuh di rahim Inara.
"Kita doakan moga Inara dan kandungan dia selamat. Kita jangn fikir negatif , positifkan diri kau insha allah Inara selamat dan baby tu pun selamat" pujuk Hanif. Risau ? bohong kalau dia tidak risau dengan keadaan Inara lagi - lagi adiknya kini mengandung. Zuriat mereka yang pertama.
"Tapi dia kemalangan hanif. Anak aku ? keadaan Inara aku tak dapat tahu apa - apa pasal diorang. Macam mana kalau..."
"Aku minta maaf sebab tak mampu jaga Inara. Salah aku dan aku terima apa sahaja hukuman yang kau nak bagi pada aku. Kau amanahkan aku untuk jaga Inara dengan baik tapi aku gagal. Aku gagal bawak Inara balik ke pangkuan kau semula" sampuk Rayyan yang baru turun di bantu oleh Harry.
Dia baru menapak ke ruang tamu dan di kejutkan dengan keadaan Inara yang kini mengandung. Fikirannya melayan dan kejadian kemalangan itu berlayar di fikirannya. Teruk keadaan Inara , jadi bagaimana dengan kandungan Inara.
"Bukan salah kau. Dah jangan salahkan diri kau sendiri. Harriz jejak sampa dapat. Aku nak malam ni , aku sendiri turut padang" arah Adrian. Dia melintasi Rayyan tapi sempat juga dia menepuk belakang badan Rayyan beberapa kali menandakan dia tidak marah pada Rayyan.
"Zander , Harry siapkan barang untuk malam ni. Aku nak kita selesaikan malam ni juga. Mampus aku kalau daddy dengan mummy tahu. Mahu lari tak cukup tanah aku di buatnya" Zander terus bangun dan mengangguk. Dia menapak ke bilik senjata di ikuti oleh Harry dibelakang.
Faris yang duduk di berhampiran dengan katil Inara itu mendengus kasar. Kenapa ? kenapa banyak - banyak perempuan yang bernama Inara. Kenapa Inara Sophia yang jadi isteri Adrian ? kenapa Inara sophia ini juga la yang kandungkan zuriat Adrian. Kenapa Inara sophia.
Inara Sophia , Wanita yang sentiasa berada dalam hatinya. Kisah dia dan Inara Sophia tidak pernah tamat , baginya Inara sophia jiwa dan nyawanya. Wajah inara di pandang sayu. 5 Tahun dia tinggalkan Inara atas alasan yang dia sendiri simpan.
"5 Tahun Inara. 5 tahun aku tak pernah berubah hati pada kau. Perasaan aku tetap sama untuk kau Inara tapi kenapa ? kenapa kau kahwin dengan Adrian luhtfi ? kenapa kau tak tunggu aku Inara ? kenapa ?" soal Faris sendiri walhal dia tahu Inara tidak akan menjawab soalannya dengan keadaannya yang tidak sedarkan diri.
"Kau dah ada dalam pelukkan aku. Aku tak akan lepaskan kau. Hapuskan Adrian untuk dua sebab , satu sebab dendam dan demi dapatkan kau semula" ujar Faris kini nadanya kedengaran agak menyeramkan.
Rambut Inara di usap lembut sebelum dia keluar dari bilik itu. Inara , kekasih hatinya kini berada dalam genggamannya dan itu membuatkan niatnya untuk menghapuskan Adrian luthfi semakin kuat.
Share this novel