Bab : 16

Romance Series 63406

Rambut Inara yang menutup wajahnya itu di alih ke belakang telinga. Wajah lena Inara di pandang penuh sayang dan cinta , dalam hatinya tidak henti mengucap syukur kerana Inara kini kembali ke pelukkannya semula.

"I love you sayang. Abang sayang Inara , abang tak boleh bayang kalau abang hidup tanpa Inara. Mesti kosong jiwa abang tanpa sayang" ucap Adrian lalu dahi Inara di kucup lembut. Selimut di betulkan sebelum kakinya keluar dari bilik mereka. Keluar sahaja wajah Helena , Rysha dan Emma sudah ada di depan pintunya.

"Inara okey ? ada luka ?" soal Helena prihatin. Adrian mengeleng perlahan , dia sudah di sedia maklum tentang kehebatan Helena yang memahir menembak dan khabar itu sedikit sebanyak menyenangkan hatinya kerana Helena semestinya mampu menjaga Inara.

"Kalau macam tu kitaorang turun dulu. Aku cuma nak tahu khabar Inara , itu aje" jawab Helena dan terus turun ke bawah di ikuti Rysha dan Emma. Mereka berdua tidak perlu pertanya kerana soalan yang ada di minda mereka sudah pun di soal oleh Helena.

Selesai sahaja semua perkara , Helena meminta diri dari Datuk Hisyam dan Datin Husna. Puas mereka memujuk agar Helena menginap di rumah mereka tetapi Helena berkeras untuk balik. Baru sahaja pintu kereta di tarik namanya pula di panggil , membuatkan Helena berpaling ke arah suara itu. Kelihatan Harriz yang berjalan santai ke arahnya dengan kedua belah tangan berada di kocek seluar.

"Ouh , lupa kejap" kata Helena setelah Harriz tiba di hadapannya. Pistol di keluarkan dari pinggang lalu di hulurkan pada Harriz , pemilik pistol itu semula. Namun Harriz hanya memandang sebelum dia menolak pistol itu ke arah Helena semula.

"Pakai untuk sementara. Kemungkinan kau pun dijejak oleh musuh - musuh Adrian , sebab kau kawan baik Inara. Jadi pakai pistol ni untuk lindungi diri kau"

Helena mengangguk faham. "Dann aku panggil kau sebab aku nak hantar kau balik. Malam macam ni banyak benda boleh jadi lebih baik aku hantar" sambung Harriz. Helena terus memandang wajah Harriz yang jelas tanpa riaksi.

"Tanda terima kasih sebab jaga keluarga ni tadi. Dah duduk sebelah pemandu sana , aku drive" Arah Harriz dan Helena hanya mengikuti sahaja. Entah kenapa dia rasa tubuh badannya seolah - olah bergerak sendiri apabila di beri arahan segitu oleh Harriz.

Rayyan , Erzan dan Emma hanya memerhatikan dari dalam. Ini semua idea Rayyan , kalau tidak di paksa Harriz tidak akan bergerak ke sana. Mujur dia guna tektik kepercayaan dia dan mujur juga tektik tu berjaya. Erzan menoleh ke arah Rayyan yang sibuk memerhatikan kereta itu sehingga keluar dari halaman rumah lalu phonenya di keluarkan.

"Confirm gaji kau bulan ni ciput. Siapa suruh kau janji macam tu dengan Harriz. Sedap la Harriz dapat bau motor baru , weng weng" ajuk Erzan sambil membunyikan enjin motor berkuasa tinggi. Rayyan menjeling tajam , mulut dah terlepas cakap jadi dia terpaksa teruskan.

*
* *
* *
*

Wajah bengis milik Faris Affan membuatkan mereka semua menunduk diam. Punching bag yang tergantung itu di tumbuk berkali - kali sehingga mengeluarkan cecair merah yang pekat. "Peluang yang aku bagi cuma sekali" kata Faris dan...
BUK

Punching bag di tumbuk. "Tapi kau lepaskan peluang tu sia - sia"

BUK

Sekali lagi Punching bag itu di tumbuk tapi kali ini agak kuat dan membuat kan punching bag itu terjatuh ke bawah. Faris memandang sinis , "Kau lepaskan Inara Khai. Kau lepaskan musuh kau" marah Faris lalu sepakkan di layang tepat di bahagia perut membuatkan Khai yang berada di dalam punching bag itu terbatuk.

"Dapatkan semula Inara. Aku tak kira apa cara sekali pun , i need Inara. Suami dia kau boleh bunuh dan tak perlu bawak bangkai dia pada aku" arah Faris Affan sebelum dia beredar dari tempat yang menyeramkan itu. Khai pula di bantu oleh beberapa orang , dia memilih untuk bantu tuannya tapi ini pula hadiah yang dia dapat.

Inara yang duduk di pondok bersebelah kolam itu di perhatikan oleh Adrian. Sejak Inara sedar , satu patah perkataan langsung tidak terkeluar dari mulut Inara malah soalannya hanya di balas dengan anggukan dan gelengan sahaja. Datin yang baru keluar dari dapur itu menyentuh perlahan bahu Adrian , lalu air herba di hulur.

"Bagi Inara masa , walaupun dah 3 hari Inara macam tu tapi itu tidak mencukupi. Orang keguguran memang macam tu , lagi - lagi itu baby first kamu berdua. Memang Inara akan terasa kehilangan. Tapi kamu cuba pujuk Inara sehabis baik ya , insha allah Inara akn baik - baik je" ujar Datin Husna.

Adrian mengangguk lemah. "Insha allah mummy. Hmm mummy , mama dengan papa nak datang petang ni. Mungkin diorang stay untuk beberapa hari"

"Ha yela. Maklum la mama kamu tu nak tengok menantu dia" jawab Datin Husna lalu meminta diri. Adrian memandang cawan kaca di tangannya , air herba khas untuk orang lepas keguguran. Langkah dibuka ke arah Inara Sophia , sampai sahaja rambut Inara di usap perlahan.

"Sayang" panggil Adrian lembut sahaja panggilan itu lafazkan. Inara memandang ke arah Adrian , sehingga Adrian duduk di sebelahnya wajah Adrian terus di tatap. Lelaki yang dia sayang dan cinta , perasaan sedih mula datang dan menguasai dirinya.

Inara menunduk. "Mesti abang kecewakan. Inara tak pandai jaga diri , baby kita tak ada pun disebabkan Inara. Inara gagal lindung cahaya mata kita" kata Inara sambil menangis. Adrian terus menarik tubuh Inara ke dalam pelukkan , hampir setiap malam Inara akan mengigau tentang hal ini. Dia tidak pernah menyalahkan Inara kerana baginya ini adalah takdir dan bukan rezeki mereka.

"Abang tak pernah salahkan sayang. Semua ni terjadi bukan salah sayang , baby tu bukan rezeki kita sayang. Tapi dia akan tunggu kita dekat sana nanti , jadi jangan sedih okey. Lepaskan , ikhlas kan" pujuk Adrian sambil mengusap lembut rambut Inara.

Mereka diam seketika dan hanya kedengaram tangisan Inara sahaja yang semakin lama semakin perlahan sehingga... "La sayang tidur , tak sempat nak minum air herba ni" bisik Adrian dan terus mencempung tubuh Inara untuk naik ke biliknya.

"Adrian kenapa tu ?" soal Datin Husna. Dia berdiri betul - betul di hadapan Adrian dan wajah Inara di pandang sayu.

"Mummy air tu Inara tak sempat minum dia dah tertidur. Kejap lagi Adrian ambik ya"

"Tak apa la. Kamu teman Inara , kesian anak mummy sorang ni. Air tu biar mummy ambik tak apa" jawab Datin Husna. Adrian mampu membalas dengan senyuman dan meminta diri ke bilik mereka , tubuh Inara di letak perlahan - lahan di atas katil mereka agar tidak mengangguk lena sang isteri.

Selimut di tarik sehingga ke dada lalu sebelah Ianra di baring. Tangan kirinya pula di tongkat ke kepala agar dia dapat menikmati wajah sang Isteri. "Tidur pun cantik , nangis pun cantik. Susah la abang macam ni. Gila bayang dengan isteri sendiri" ujar Adrian.

Rambut Inara di usap lembut. Tapi usapannya terhenti apabila teringat akan musuhnya yang masih terlepas , keselamatann isteri dan ahli keluarga yang lain juga tidak terjamin. Bila - bila masa sahaja ahli keluarganya akan di tangkap dan di jadikan umpan.

"I protect you dear" bisik Adrian sambil menatap wajah Inara. Tidak kira apa yang terjadi , dia mesti melindungi Inara. Dalam dunia gelap ini , orang istimewa dan orang yang terkait turut terkena tempias. Itu adalah cara mereka mengumpan dan melemahkan pihak musuh mereka..


"He is married ? A beautiful wife but will be my victim" Lalu gelakkan sinis kedengaran. Dia lelaki yang tidak pernah kenal erti kalah , pelbagai cara untuk mengakhirkan Adrian tetapi sekali pun tidak pernah berjaya.

" Carlos" Panggil James , lelakinya di percayai malah ia merupakan adik kandung kepada carlos. Kepala di tundukan tanda hormat pada sang abang , mereka sudah di sedia maklum tentang suasana yang tegang antara Adrian dan Carlos.

"Prepara gli oggetti necessari. Ci stiamo trasferendo in Malesia. ( Prepare the necessary items. We will move to Malaysia )" arah Carlos. James terus menunduk sekali lagi dan beredar dari bilik sang abang.

"What do you have I will take everything from you, you killed my older brother and I will make sure you feel the most painful loss" kata Carlos sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience