Bab : 5

Romance Series 63406

Wajah Inara yang pucat itu di pandang lama oleh Hanif , sekarang yang ada cuma ahli keluarganya sahaja. Kawan - kawan Hanif meminta diri untuk balik dan membersihkan diri mereka , Adrian ?

Adrian meminta izin untuk stay bersama Inara tapi Hanif terlebih dahulu menghalang katanya mahu berbincang dengan Datin Husna dan Datuk Hisyam tentang niat Adrian pada Inara. Maka Adrian menurut , Inara yang masih tidak menyedarkan diri itu membuatkan Hanif melepaskan keluhan.

"Daddy dengar niat Adrian. Kenapa Hanif susah nak terima ? Lagipun Adrian tu kawan baik Hanif juga , jadi jangan ada rasa was - was pada dia. Niat dia baik Hanif , think about future not the past" Kata Datuk Hisyam yang terlebih dahulu bersuara.

"Tapi daddy tahukan siapa dia ? Hanif cuma tak nak Inara jadi mangsa keadaan , Dia tak tahu apa - apa tentang dunia ni. Kalau dia kahwin dengan Adrian , hidup dia tak akan sela..."

"Macam mana kamu boleh yakin yang hidup Inara tidak akan selamat kalau dia kahwin dengan Adrian ?" soal Datin husna yang memotong bercakapan Hanif. Naluri seorang ibu kuat menyatakan Adrian mampu untuk jaga anak perempuannya yang satu ini.


Hanif menoleh ke arah Datin Husna pula. "Mummy nak backup Adrian ? mummy , hanif tak suka dan hanif tahu apa yang ada dalam fikiran mummy tu"

"Mummy nak kahwin kan Inara dengan Adrian secepat mungkin kan?" teka Imani pula. Datin Husna mengangguk laju manakala Datuk Hisyam pula hanya berdiam , dia akan setuju kalau itu adalah keputusan yang baik untuk Inara.

"Kamu tak boleh jaga Inara sepanjang masa. Kamu nak berkahwin dengan alice dan kamu akan ada keluarga sendiri. Inara biar Adrian jaga , as husband. Mumny yakin Adrian mampu jaga Inara sebab tu mummy luahkan pada Hanif" ujar Datin Husna.

Kali ini Hanif hanya berdiam diri , tidak mampu untuk membalas apa - apa lagi jikalau keputusan Dati Husna dan Datuk Hisyam sebegini. Dirinya seakan - akan di lema , dia risau akan keadaan Inara jika dia berkahwin dengan Adrian dan dia juga percaya pada Adrian.


"Hm Hanif setuju dengan mummy. Esok Hanif bagitahu Adrian pasal ni , biar dia bawak ahli keluarga dia datang jumpa mummy daddy" Imani tersenyum kecik.

"Hanif cuma nak yang terbaik untuk Inara" ujar Hanif sambil memandang wajah Inara yang pucat itu. Rambut Inara di betulkan oleh Hanif , sebelum dia keluar dari wad Inara sempat dahi Inara di kucup sekilas. Perbuatan Hanif di pandang oleh Datin dan juga Datuk , memamg tidak di nafikan perangai hanif yang sangat menyayangi adiknya tidak kira Imani mahu pun Inara.

*
*
*
*
*
*

"Ada apa kamu ajak berkumpul ni Adrian ? dah malam ni baik kita tidur je" soal Datuk Malik pada Adrian yang berada di hadapannya. Adrian menarik nafas panjang , dia nekad pada dirinya dan dia juga nekad tentang Inara.

Aryan yang sanggap itu di pandang oleh ayuni , kepalanya di gelengkan. Susah dengan abang keduanya ini , asyik bermain sahaja langsung tak fikir tentang kahwin. Eh macam mana nak kahwin kalau girlfriend pun tak ada.

"Adrian nak mama dengan papa masuk meminang seseorang..."

"Oh my good , is that Inara ?" soal Aryan yang menyampuk bercakapan Adrian. Adrian pula sudah melemparkan pandangan maut pada Aryan , ini kalau kena lempang aci tak aci ni ?.

Aryan tersenyum sumbang sebelum dia mencapai satu bantal segi empat lalu di tekupkan pada wajahnya. "Inara anak Datuk Hisyam ?" soal Datuk Malik dan Adrian mengangguk perlahan.

Datin maya tersengih kecik , "Mama tumpang gembira untuk Adrian. Mama dengan papa akan masuk meminang Inara secepat mungkin tapi majlis kamu akan di buat secara tertutup boleh ?"


"Boleh. Adrian tak kesah asalkan Adrian di satukan dengan Inara , Adrian tak cintakan dia tapi Adrian nak jaga dia dan mungkin perasaan tu akan muncul selepas kami berkahwin" Datin maya mengangguk setuju. Dia tidak kesah asalkan anaknya bahagia dan dia akan sentiasa berdoa untuk anak - anaknya.

"My good abang dingin nak kahwin. like seriusly i is terkejut lalu terkentut" bisik Aryan sendiri yang masih menutup wajahnya tapi suaranya masih didengari oleh yang lain.


Datuk Hisyam mampu mengelengkan kepala. "Aryan pikat la si Imani tu , bukan papa tak tahu yang kamu sukakan si imani tu kan?" usik Datuk hisyam. Aryan kaku , langsung tidak bergerak atau mengeluarkan sebarang suara.

"Haah papa Ayuni pun nampak yang abang ngah ni pandang kak Imani macam nak terkam" sambung Ayuni pula. Lalu bahu Aryan di tepuk beberapa kali oleh Ayuni yang membuatkan Aryan menoleh ke arah Ayuni.

" Don't be gelojoh men" sejurus ayat itu di ucap oleh Ayuni. Ahli keluarga yang lain tertawa kecil kecuali Adrian , Aryan pula menunduk malu ish nampak sangat ke muka dia yang macam di lamun cinta ni ?.

Adrian yang berjalan menghampiri wad Inara itu mula berkerut dahi apabila dia melihat Hanif yang bersandar di dinding sambil menekup wajahnya dengan kedua belah tapak tangan , Adrian pantas mendekat dan bahu Hanif di tepuk.

"Kau bila sampai ?" soal hanif sebelum dia mendeham seketika untuk hilangkan perasannya.


"Baru je sampai. Aku nak bagitahu dengan Uncle dan Auntie pasal aku nak kahwin dengan Inara , tu sebab aku datang sini" jawab Adrian mendapat anggukan dari Hanif.


"Adrian aku rasa masa sekarang ni tak sesuai untuk kita cakap pasal tu. Inara dia..."


"No , Inara tak suci jangan bohong Inara" suara Inara kedengar jelas pada Adrian. Dia menoleh memandang Hanif seketika sebelum dia pantas melangkah ke bilik Inara , perlahan - lahan dia membuka pintu agar kedatangannya tidak di sedari oleh mereka yang berada di dalam.


"Inara sedar. Inara ingat , dia tindih inara. Di..dia tak pakai baju , dia cuba buka pakaian Inara mummy. Mummy tipu Inara , jangan tipu Inara" kata Inara dengan tangisan kedua belah lututnya di peluk erat. Ya dia tersedar sewaktu lelaki bersasa itu menghampiri dirinya dengan keadaan tidak memakai baju , menyedari hal itu lelaki itu bertindak menutup mulut Inara dengan kain yang sama dan Inara pengsan buat kali kedua.


"Keluar , bagi inara masa. Inara nak bersendirian" ujar Inara. Datin dan Datuk pasrah , puas mereka memujuk inara dan memberitahu perkara yang sebenar tapi Inara menyatakan itu adalah pembohongan yang mahu menjaga perasaannya sahaja.


Mereka akur dan akhirnya mereka keluar dari bilik Inara , Datin sempat menoleh ke belakang melihat Inara yang sudah baring membelakangi mereka. Datuk yang baru hendak membuka pintu itu terkejut apabila dia memandang tepat ke wajah Adrian yang dari tadi hanya berdiri si balik pintu sahaja.


"Bagi saya pujuk Inara uncle , saya cuba sebaik mungkin" Datuk Hisyam mengangguks setuju. Mana tahu pujukkan Adrian akan melembutkan hati anak perempuan bongsunya. Adrian tersenyum kecil sebelum dia meminta untuk masuk ke dalam.


Inara yang baring membelakangi pintu itu mengeluh kasar. "Inara dah kata , Inara tak nak jumpa sesiapa termasuk abang Hanif" kata Inara tanpa memaling ke belakang.


"Tapi aku bukan Hanif dan aku bukan ahli keluarga kau. So aku boleh la jumpa kau kan?" Suara Adrian berjaya menyentakkan Inara , dia pantas bangun dari pembaringang dan perlahan - lahan memandang ke arah belakang.


Wajah dingin itu , kenapa wajah itu buat dia rasa nyaman dan perasan takut itu hilang ?. Sedar akan pandangan Adrian padanya , Inara terus memalingkan wajahnya ke arah berlainan. Malu pada dirinya yang sudah kotor ini , macam mana pandangan Adrian terhadap dirinya ?.


"Inara kita kahwin" ucap Adrian.


Inara terkesima dan beberapa saat baru la Inara bereaksi dengan gelakkan kecik manakala Adrian pula hairan. "Kahwin ? biar betul awak ajak saya kahwin ? jangan buat lawak bodoh la Adrian , saya tak nak kahwin dengan awak. Sebab saya tahu awak kahwin dengan saya hanya sebab rasa simpati pada nasib saya"


"Pergi cari perempuan lain. Perempuan yang masih suci dan perempuan yang bermaruah , sebab saya dah tak ada semua tu" tambah Inara sekali lagi.


Adrian hanya diam tidak membalas apa - apa pada Inara , lantas itu dia menghampiri Inara. Kedua belah tangannya di letakkan di sisi kiri dan kanan Inara seperti memerangkap Inara , Inara menelan air liut. Wajah dingin Adrian membuatkan Inara tertunduk akan tetapi Adrian menahan dengan menyentuh dagu Inara dan menangkat supaya pandangan mereka bersambung.


"Aw...awak tak akan dapat terima perempuan kotor macam saya Adrian. Awak boleh dapat perempuan yang baik , jauh lebih baik dari saya" ucap Inara. Dia cuba untuk mengalihkan pandangannya tapi Adrian masih memegang dagunya membuatkan wajah Inara tidak boleh di gerakkan.


"Kau , kau perempuan yang aku cari. Kita kahwin , aku jaga kau dan kau jaga aku. Kau masih suci dan aku akan bukti kau benda itu pada malam pertama kita" ujar Adrian tanpa tapis.

Inara mengemam bibirnya tika ini terasa aura yang berlainan pada Adrian. Bohong kalau Inara kata dia tidak cair pada ajakkan Adrian , lelaki itu la yang berjaya manambat hatinya tapi dalam keadaan sebegini dia buang jauh perasan itu.


"Saya..."


"Aku tak terima penolakkan , hujung bulan kita nikah" tergamam inara dibuatnya. Hujung bulan bermakna lagi 2 minggu , gila Adrian memang gila.


"2 minggu lagi Adrian ? cukup ke masa untuk siap semua bersiapan ? Adrian , saya tak nk awak kahwin dengan saya sebab atas rasa simpati. Saya tahu awak tak sayang apatah lagi cinta so.."


"So what ? kita kahwin dan itu muktamad. Cinta tu boleh di pupuk lepas kita berkahwin , aku janji aku akan jaga kau. Walaupun baru beberapa kali kita jumpa tapi kau dah bawak sinar dalam hidup aku" balas Adrian yang memotong bercakapan Inara.


lama mata mereka bertentang sehingga Adrian sendiri yang melarikan pandangannya dan menjauhkan dirinya dari Inara. Mata itu , mata hazel milik Inara membuatkan jantung Adrian berdegup kencang.


"Saya minta maaf sebab saya tak suci. Saya sukakan awak Adrian tapi bagi saya masa untuk fikirkan ha ini boleh ? " kata Inara suram.


"Aku bagi kau masa 3 hari je Inara , kalau kau tolak bermakna kau tak ada peluang kedua. Aku betul - betul nak jaga kau dan aku betul - betul nak lindungi kau sebagai seorang suami. Aku janji pada kau yang aku akan cuba sehabis baik untuk lindungi kau dari musuh aku , kau akan jadi nombor 2 untuk aku selepas family aku" ucap Adrian.


Inara tidak membalas , Adrian pula mengangguk faham. "Aku keluar dulu. Kau fikir la baik - baik nanti apa - apa call aku" Satu kertas note hulurkan pada Inara , Inara terkebil - kebil


Tanpa menunggu balasan dari Inara , Adrian terus beredar dari wad vvip milik Inara. Inara melihat pintunya sudah di tutup terus mencapai kertas itu lalu di baca , satu senyuman terbit di bibir Inara. Kini dia dah dapat nombor crush tapi ajakkan Adrian masih di bertimbangkan.


"Kalau aku terima lepastu aku betul - betul dah tak suci macam mana ? dia akan ceraikan aku ke ? ataupun dia akan seksa aku ? eh tak dia tak seksa sebab abangkan boleh belasah dia hm mungkin dia akan layan aku acuh tak acuh je kot" bisik Inara sendiri.


Fikirannya kini bermain dengan perkara yang negatif. Seandainya dia mahir dalam seni pertahankan diri mesti dia tidak akan di perlakukan sebegini dan mungkin mahkota berharganya akan selamat. Inara mengeluh perlahan , tubuhnya di baringkan dan mata cuba di lelapkan untuk seketika.


"Aku dah dapat lokasi liam , kau nak settle bila ?" soal Harriz pada Adrian melalui aplikasi Whatsapp. Adrian yang membaca itu tersenyum sinis , sudah tiba masa untuk membalas peperangan.


"Sentuh hak milik aku , kau mati liam" ujar Adrian dengan senyuman bermakna dan menakutkan. Pintu bilik Inara di pandang seketika sebelum dia beredar dari situ untuk berjumpa dengan datin dan datuk di cafe bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience