Bab : 10

Romance Series 63406

Helena dan Rysha memandang wajah Emma yang masih lena bersama Inara silih berganti. Bukan apa , mereka masih terkejut dengan apa yang mereka dengar atau lebih tepat lagi. Mereka sukar untuk percaya bahawa Inara merupakan isteri kepada ketua mafia iaitu Adrian luthfi.

"Emma tahu pasal ni ?" soal Rysha pada Inara. Suara mereka agak terkawal agar tidak menganggu lena Emma yang masih tidak sedarkan diri itu , mereka mengeluh apabila Inara mengeleng.

"Apa yang jadi pada Emma , semuanya ada kena mengena dengan suami kau ? maksud aku , musuh Adrian ke yang cuba nak bunuh Emma ? but why" tanya Helena berserta wajah tegang , Inara menarik nafas panjang sebelum menjawab soalan kawan baiknya itu.

"Aku rasa mungkin sebab Emma orang yang rapat dengan aku , mungkin sebab tu Emma jadi mangsa diorang. Aku cuma tak nak benda ni berlaku pada kau dengan Rysha , aku tak mampu nak jaga korang" jawab Inara. Matanya mula berkaca , entah kenapa perasaanya kacau bilau sekarang.

Helena dan Rysha memandang satu sama lain sebelum mereka bertindak untuk memeluk tubuh ramping Inara. Selama ini mereka tidak pernah tahu tentang keluarga Inara tapi harini pelbagai rahsia yang mereka sendiri tidak sangka , Helena melepaskan pelukkan sebelum dia menyekat air mata Inara yang mengalir.

"Kita kawan baik selamanya kan ? jadi kita akan selamanya bersama , tak kesah la dugaan apa yang datang sekali pun. Kita tetap akan bersama selamanya sebab aku sayang korang , I can't live without you all" ujar Helena.

"Me tooo" perlahan sahaja suara Emma menyampuk percakapan mereka. Serentak tiga kepala di toleh ke arahnya , wajah pucat milik Emma memenuhi ruang pengelihatan mereka. Pantas sahaja mereka menerjah ke arah Emma , dahi dan wajah Emma di sentuh oleh Inara secara lembut.

Emma hanya mampu tersenyum , sikap Inara yang satu ini tidak pernah hilang. Caring Inara hanya mereka yang rapat sahaja yang boleh rasakan hal itu , "Kau dah okey ? demam kau pun dah keba , aku bersyukur sangat kau dah bangun. Emma aku minta maaf sebab aku kau jadi macam ni , sepatutnya yang aku yang ada dekat tempat kau sekarang" kata Inara dengan wajah serba salah.

Emma mengeleng perlahan. "Aku tak salahkan kau langsung Inara , sikit pun tak. Kalau ini akibat disebabkan aku kawan dengan kau , aku terima. Yang penting aku tak kehilangan kau , aku tak nak hilang kawan - kawan aku sebab aku sayang korang" jawab Emma.

Helena dan Rysha mengangguk perlahan , "Kita hadap sama - sama dan kita kuat sama - sama. Kau ada Adrian dan kami so jangan risau , ramai yang jaga kau Inara" pujuk Rysha pula. Inara hanya berdiam diri , hatinya lega dan sangat bersyukur di kurniakan kawan sebaik mereka serta suami yang mampu jaga dirinya dengan baik.

Melihat sahaja Faris bersama Benjamin mereka serentak menunduk hormat pada mereka. Riak wajah Benjamin serta Faris sangat dingin , tiada secalit senyuman pada wajah mereka. Faris memandang ke arah anak buah Liam sebelum dia duduk di kerusi tempat Liam dahulu tetapi kini telah pun menjadi miliknya.

"Mana barang yang aku minta ?" soal Faris tegas. Salah seorang dari mereka maju ke hadapan dan meletakkan beberapa keping gambar di atas meja Faris.

"Mereka kawan baik kepada Adrian Lutfi. Itu sahaja yang saya dapat , maaf gambar isteri Adrian saya tak dapat lagi" ujar nazif. Dia adalah orang yang di pilih oleh Faris untuk menjadi orang kanannya.

Faris membelek gambar yang ada. Gambar Rysha , Helena , Erzan , Harriz serta beberapa orang lagi di pandang. "Macam mana perempuan tu ? kau dah jumpa dia ? aku rasa dia masih hidup" tanya Faris tanpa memandang wajah nazif.

"Maaf. Kami masih belum jumpa perempuan tu lagi boss , tapi jangan risau. Saya dengan yang lain akan cari perempuan tu sampai dapat" jawab nazif penuh keyakinan walhal dia sendiri tidak tahu mana lagi arah untuk mencari kelibat Emma.

Emma hilang selepas berlaku kemalangan yang agak teruk itu. Kalau Emma sudah mati semestinya mereka akan jumpa mayat Emma tapi ini langsung tiada jejak , nampaknya mereka perlu usaha lebih untuk cari Emma.

"Tak payah cari. Aku tahu dia ada dekat mana dan siapa yang simpan dia , tunggu arahan seterusnya. Sekarang korang boleh pergi , uruskan apa yang patut" arah Faris. Nazif mengangguk laju sebelum dia dan beberapa orang lagi pergi meninggalkan Faris bersama Benjamin di bilik itu.

Benjamin yang dari tadi menjadi penonton itu tersenyum. "Sedikit sebanyak perangai Faris sama macam arwah Liam so uncle yakin yang Faris boleh rampas kedudukan king tu dari Adri...."

"Faris cuma nak balas dendam atas kematian dad bukan nak rampas kedudukan king tu. Faris tak berminat untuk itu , tapi Faris berminat untuk buat kehidupan Adrian tu terseksa sama macam apa yang mom dan Faris rasa" potong Faris. Niatnya cuma satu iaitu membalas dendam atas kematian Liam bukan untuk merampas tahta king itu.

"Uncle yakin yang Faris akan ubah fikiran. Dunia mafia terlalu mewah dan kejam , bila Faris dah ubah fikiran bagitahu uncle" pujuk Benjamin manakala Faris pula hanya berdiam diri sahaja.

*
*
*
*
*
*


Inara menoleh ke arah Emma. Sejak isyak tadi dia dan Emma berada di halaman rumah , Itu pun sebab Emma yang ajak dia untuk teman. Katanya menikmati angin malam yang indah ini , "Cantikkan bintang malam ni ?" soal Emma secara tiba - tiba.

Inara mengangguk bagi menjawab soalan Emma. "Kau jangan balik rumah family kau dulu boleh ? Tunggu keadaan dah selamat baru kau balik , lagipun aku takut uncle dengan aunty akan jadi mangsa seterusnya" kata Inara dengan nada berhati - hati.

Emma menoleh ke arah Inara sebelum satu senyuman di ukir. "Boleh Inara lagipun apa yang kau buat sekarang untuk kebaikkan aku juga so tak apa aku ikut cakap kau" jawab Emma.

"Kau pergi la masuk tidur dulu , kau dah bersuami. Pergi layan suami sebab suami adalah keutamaan kau sekarang ni" ujar Emma. Inara menurut kata Emma lagipun matanya sudah mengantuk , maklum la satu hari bersama Helena , Rysha dan Emma sehingga suami sendiri terabai.

Inara bangun dari duduknya sebelum dia perg sempat dia berpesan pada Emma. "Kau pun jangan tidur lambat , kau baru sedar jadi jaga kesihatan kau" pesanan Inara membuat Emma tergelak kecik , dia dah besar tapi masih di layan seperti kanak - kanak.

Hilang sahaja bayangan Inara , emma mengeluh perlahan. "Kau okey ? panjang mengeluh" tegur satu suara menyentakkan Emma , pantas sahaja emma menoleh ke arah suara itu.

Wajah dingin milik Erzan di pandang seketika oleh Emma sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah berlainan. Rasa segan bila dia berduaan dengan lelaki sudah lelaki itu kawan Adrian sudah tentu - tentu lelaki yang berada di hadapannya juga adalah mafia.

"Kenapa awak datang sini ? ada apa - apa ke ? atau Inara yang suruh awak ke sini ?" tanya Emma. Bukan boleh percaya si Inara tu , diri sendiri tak boleh teman boleh pulak dia hantar anak buah.

Erzan mengeleng sambil memandang wajah lembut Emma. Wajah itu mengingatkan dia pada seseorang yang penting dalam kehidupannya , Emma mula merasa kurang selesa pada pandangan Erzan itu berdiri dan tudung sarung di betulkan.

"Ada apa - apa ke dekat muka saya ? ouh saya pucat eh ? biasa la saya kan baru sedar so saya rasa benda tu normal la kan" ujar Emma.

Erzan mendeham seketika untuk menghilangkan rasa janggal , Wajah itu pucat tapi tidak menghilangkan sedikit pun kecantikkan Emma malah wajah itu nampak ayu di matanya.

"Jangan duduk lama - lama dekat luar ni. Angin malam tak elok untuk kau yang baru nak sihat , 5 minit lepastu masuk dalam. Kalau kau degil juga aku sendiri yang heret kau masuk" habis sahaja ayat itu erzan terus beredar meninggalkan emma yang terkebil - kebil.

"Kenapa dia tu ? ish merisaukan la tapi betul juga badan pun dah sejuk ni. Hm bye bintang saya masuk dulu , jumpa lain kali ya" bisik emma sendiri dan masuk ke dalam. Erzan yang memerhatikan itu tersenyum kecik , mujur dengar kata.

Tapi senyuman itu hilang apabila bayangan seseorang menerp ke fikirannya. Wajah emma mengingatkan dia pada arwah ibunya , wajah lembut , polos malah penuh dengan sikap lembut dan emma mempunyai sikap itu , gadis itu mampu mencuit hati Erzan. Terasa bahunya di cuit seseorang membuatkan lamunannya hilang lantas dia menoleh sebelum wajah harriz memenuhi ruang matanya.

"Kau kenapa tak tidur lagi ? malam ni bukan giliran kau untuk berjaga , pergi la tidur" kata Harriz datar sahaja.

Erzan mengeleng perlahan. "Mata tak ngatuk , aku tak boleh nak tidur so biar aku je berjaga malam ni" jawab Erzan pula. Memang betul matanya tak boleh di lenakan dan tanpa sengaja dia terpandang inara bersama Emma di halaman rumah.

"Kau sukakan dia ? do , you Erzan ?" soal Harriz secara tiba - tiba. Harriz menoleh ke arah wajah Erzan , nampak sangat yang dia terkaku dengan soalan Harriz. Harriz mengukirkan senyuman kecik lagipun bukan dia tak nampak perangai Erzan lain sejak Emma berada di sini. Erzan sendiri dengan rela hati untuk menjaga keselamatan emma apabila emma keluar nanti.

"It's impossible for me to fall in love with her" jawab Erzan tegas.

"Tak ada yang mustahil. Bukan aku tak perasaan berubah kau sejak 3 , 4 hari ni. Sejak kedatangan Emma dalam rumah ni kau jadi lain , kau boleh tipu orang lain tapi kau tak boleh tipu aku dan perasaan kau sendiri , lagipun tak salah kalau kau simpan rasa dengan dia" jawab Harriz.

Erzan mengeluh kasar , "Aku tak bodoh lagi nak letak orang yang aku sayang dalam bahaya. Kau tahu kita siapa , musuh kita akan serang orang yang kita sayang untuk lemahkan kita. So , kau rasa aku jatuh cinta pada dia ? the answer is no" Erzan terus beredar dari situ sebelum sempat Harriz menjawab.

"Ye kau tak bodoh sebab kau dah tak sanggup nak hilang orang yang kau sayang lagi" bisik Harriz. Bukan dia tak nampak berbualan Erzan dan Emma tadi , dari mata Erzan sahaja dia tahu yang lelaki itu sudah berkenan dengan Emma.

Inara mengusap perlahan rambut Adrian yang baring dipehanya , suami mahu bermanja jadi kita layankan sahaja kemahuannya. "Awak rasa saya akan selamat ke ? boleh tak kalau saya serah diri pada diorang ? saya tak nak orang lain jadi man...." terhenti percakapan inara apabila Adrian bertindak untuk mengucup bibir mungkil itu.

Terlepas sahaja ciuman bahu Adrian di tepuk kuat. "Saya tengah bercakap kan hubby , ish gatal betul la hubby ni" rengek Inara. Wajah marah Inara langsung tidak menakutkan Adrian malah di matanya wajau itu tersangat comel dan polos.

"Aku ada untuk jaga kau , kau nak serah diri bermakna kau nak bunuh aku"

"Saya bukan nak bunuh awak la hubby. Saya cuma..." jari telunjuk Adrian di letakkan pada bibir inara bagi menghalang inara dari terus bercakap.

"Kau nyawa aku sayang. Kalau kau pergi bermakna aku pun akan pergi , hilang kau , hilang la aku. Aku sayang kau lebih dari nyawa aku sendiri so please jangan buat kerja gila tanpa pengetahuan aku , aku tak nak hilang kau" bibir mungkin itu di usap lembut.

Kepala inara di tarik agar dahi mereka bertemu. Hidung di lagakan , suasana yang agak panas bertukar sejuk. "i'm in love with you sayang" ucap Adrian dengan penuh keikhlasan malah kedengaran romantik di telinga Inara.

Inara tersenyum suka , dia bertindak untuk memeluk leher Adrian dan dia perlahan - lahan membaringkan dirinya. Menjadikan tubuhnya di tindih oleh Adrian , "I love you to hubby" balas Inara malah adrian menjatuhkan wajahnya di potongan leher Inara. Bau wangian yang terhasil di tubuh Inara membuatkan keinginananya semakin membuak , sentuhan dan belaian dari Adrian membuatkan dia tidak keruan.

"I stay with you forever sayang" serentak itu tubuh ramping Inara mengeliar kecik akibat ulah Adrian luthfi. Lampu tidur di tutup agar tiada cahaya yang menganggu malah di temankan angin malam sahaja , setiap sentuhan di luahkan dengan perasaan penuh cinta dan sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience