Bab : 12

Romance Series 63406

Ayuna memandang wajah kakak iparnya. Wajah itu jelas terpancar aura kebahagian , dia menoleh ke arah Emma pula. Gadis itu tidak lama lagi akan masuk ke dunia gelap sama seperti Inara. Apa yang ada di fikirannya sekarang adalah , kuat ke Emma untuk menerima segalanya dan hadap dugaan yang berat nanti ?

"Ayuna tolong hulurkan tepung boleh ?" soal Inara sambil tangannya sibuk memecahkan telur di dalam mangkuk membuat lamunan ayuna terus hilang. Mereka bertiga sibuk buat kek dan ini semua adalah idea Inara , katanya teringin nak makan kek coklat buatan sendiri maka disini la mereka.

"Akak mengandung ke ? sibuk nak kek coklat ? abang nak beli akak tak nak" tanya Ayuna sambil menghulurkan tepung ke Inara.

Inara tesentak kecik sebelum mengukirkan senyuman kecik. "Tak adalah , tapi tekak akak teringin nak makan mungkin sebab hormon tak menentu kot" jawab Inara tenang sahaja.

"Tak apa akak usaha lagi dengan along. Buat la banyak kali ha nanti sangkut la lagipun akak dah 3 bulan kahwin kan ha so banyak lagi peluang" kata Ayuna tenang sahaja nada yang di gunakan ayuna. Emma dan Inara sudah terdiam , budak ni kalau kena ketuk dengan sudip sahaja je kan.

"Ayuna apa cakap macam tu ? ish kotor otakk tu eh , akak bagitahu abang long nanti ha padan muka awak" ugut Inara pantas sahaja Ayuna menutup mulutnya dengan tapak tangan. Emma mengeleng kepala , senyuman yang terbit di bibirnya mati apabila Erzan langkah ke dapur bersama Adrian.

"Sayang nanti petang teman kan Emma pergi butik pengantin ya. Nanti Rayyan dengan Harriz ikut , sorry tak dapat temankan sayang sebab petang ni abang ada urusan dengan meeting penting" ujar Adrian. Inara mengangguk dan jarinya di angkat menandakan 'okey' lagipun dia memang suka berjalan. Sambil menyelam kita minum air la kan.

Erzan yang berdiri disebelah Adrian terus menoleh ke arah Emma. Gadis itu menunduk malu , sejak kejadian dia meluahkan perasaan pada Emma gadis itu sering menunduk dan tak nak memandang wajahnya. Mungkin malu untuk berhadapan dengannya tapi nanti mungkin wajah ini juga yang akan di rindui.

"Emma ikut kejap pergi tepi kolam" arah Erzan. Dia berlalu pergi meninggalkan mereka berempat di dapur , Adrian memandang Emma seketika sebelum pandangan itu di alihkan pada sang isteri.

"Pergi la. Erzan ada benda nak bincang dengan kau kot pasal perkahwinan korang. Pergi , Erzan tak makan orang tapi mungkin malam pertama dia akan makan kau" ujar Inara yang faham pandangan Adrian. Emma menolak lengan Inara , pipinya terus berubah merah tapi langkah di buka jua.

Hilang sahaja kelibat Emma , Inara menyambung kegiatannya semula. "Malam ni aku makan kau boleh ?" Terus membulat mata Inara. Suaminya ini buta atau sengaja ? tidak nampak ke yang Ayuna turut serta dengan mereka.

"Kakak tak payah layan dia ni. Gatal tak bertempat ish buta agaknya adik ada dekat sini. Malas la layan abang , bye" Ayuna menjawab. Jalan sahaja di sebelah Adrian , rambutnya di kibas sehingga terkena pada wajah Adrian. Adrian mengetap gigi geram , kalau bukak sebab adik dah lama rambut tu dia tarik dan rentap biar botak terus.

"Rambut kau tu jangan sampai aku potong. Biar botak kepala kau" jerit Adrian pada Ayuna , kedengaran bunyi gelak kan kecik dari ayuna nampak sangat yang dia tidak takut pada ugutan Adrian. Adrian mendecis perlahan , matanya di alih ke wajah Inara tapi kali ini diaa terdiam.

"Sayang kenapa ? muka tu merah sangat ? marah ke ?"

"Apa awak ni cakap macam tu depan Ayuna. Ish malu saya tahu tak , dah la malas kawan dengan awak. Puasa sebulan" marah Inara. Alah bukan marah betul pun cuma marah - marah manja gitu.

Adrian mencebik sebelum satu senyuman bermakna di hias. Dia berjalan menghampiri Inara , Wajah Inara pula sudah mula ketakutan. Setapak Adrian ke hadapan , setapak itu juga la dia undur kebelakang sebelum...

"ADRIAN LUTHFI"

Emma dan Erzan menoleh ke dalam. Suara jeritan nyaring milik Inara menyentakkan mereka tapi melihat Adrian yang berlari laju ke tingkat atas baru la mereka faham kenapa Inara marah. Wajah Inara di penuhi dengan tepung dan ada beberapa calitan coklat. Emma tersenyum kecil , Erzan pula menoleh ke arah Emma dan serta merta senyuman itu kendur.

Emma menunduk malu. "Aw..awak nak cakap apa ?" soal Emma gagap , entah sejak bila dia gagap pun tak tahu la. Tapi selepas sahaja bertemuan dia dan Erzan di meja makan itu sedikit sebanyak melahirkan rasa sesuatu yang dia sendiri masih tidak tahu apa perasaan itu.

"Aku dah jumpa dengan family kau. Aku dah terangkan segalanya pada family kau dan pasal perkerjaan aku pun aku dah berita..."

"Apa Erzan ? awak bagithu siapa awak ? pasal perkahwinan kita ? no , saya maksudkan tujuan perkahwinan kita ? awak bagitahu mereka ?" soal Emma mencantas percakapan Erzan. Wajah yang dari tadi menunduk kini di angkat dan menikam wajah Erzan tetapi dengan pandangan yang cukup lembut.

Itu , itu la yang membuat Erzan bertambah yakin dengan keputusannya. Emma gadis yang cukup lembut dan gadis itu memerlukan seseorang untuk melindungi dirinya dari bahaya. Gadis selembut Emma pasti akan mudah di tangkap atau di perangkap sebab itu dia mengambil keputusan tekad iaitu mengkahwini gadis selembut Emma untuk melindungi sang gadis dari bahaya.

"Emma aku tak boleh nak rahsiakan semua benda tu dari family kau. Kita akan perkahwinan , mereka akan jadi sebahagian dari hidup aku. Siapa aku ? apa perkerjaan aku ? dan termasuk apa yang jadi pada kau. Semua aku beritahu pada mereka. Aku nak terangkan semua dengan mulut aku sendiri sebab aku tak nak susah di kemudian hari"

Emma diam. Ada betulnya juga apa yang di jawab oleh Erzan , familynya layak untuk tahu siapa lelaki yang akan menjadi imam anaknya dan bakal menantu mereka. Emma mengundur berapa tapak kebelakang itu membuatkan Erzan mengerut dahi.

"Saya minta maaf sebab awak terpaksa kahwin dengan saya. Kalau saya tak lemah mesti awak tak akan ambik keputusan bodoh ni kan ?" Erzan mengeleng beberapa kali sebelum dia menapak dan merapat ke arah Emma. Kedua bahu gadis itu di pegang erat dan Emma terus mengejung dengan sentuhan itu tapi dia tidak menolak.

"Aku sayangkan kau Emma. Aku...Aku cintakan kau" Emma memandang anak mata Erzan mencari keikhlasan dalam anak mata Erzan dan iya. Dia jumpa keikhlasan Erzan padanya , ucapan itu tidak bohong.

"Aku nak jaga kau. Biar aku jaga kau dengan sepenuh kasih sayang aku , aku janji pada kau yang aku tak akan biarkan kau terluka sikit pun. Bila kau jadi isteri aku , aku nak kau tahu satu erti je. iaitu erti kebahagiaan" ucap Erzan dan kali ini dia menggunakam nada yang cukup lembut.

"Keluarga kau dah terima aku. Mereka harap aku mampu jaga kau , kalau aku biarkan kau terluka. Bermaksud aku yang bodoh sebab sia-siakan kau. Aku dah tak ada keluarga dan bila kita kahwin , keluarga kau adalah keluarga aku"

Emma menunduk. Air mata mula bertakung di mata , entah kenapa dia agak tersentuh dengan kata - kata Erzan. "Saya...saya cuba untuk cintakan awak. kita sama-sama belajar untuk sayang dan cinta antara satu sama lain. Saya janji saya tak akan tinggalkan awak walauapapun terjadi"

Jawapan Emma membuatkan Erzan menarik senyuman. Gadis yang ada di depannya ini sungguh lembut dan mudah tersentuh , "Aku janji aku akan jaga kau , selagi aku bernyawa tiada seorang pun yang layak untuk sentuh kau kecuali aku" ucap Erzan.

Emma mengangguk yakin. Dia hanya ikut perancangan yang maha kuasa untuknya , jika benar mereka berjodoh dia hanya harap berjalanan mereka di permudahkan. Tanpa mereka sedar ada 2 makluk yang sibuk menyedap dan dengar berbualan Erzan bersama Emma. Rayyan menoleh ke arah Harriz yang bersandar elok di dinding dengan tangan berada dalam kocek.

"Aku tak sangka dalam hati kawan aku tu ada taman. Nanti tak lama lagi ada penghuninya , ya allah terasa singlet ya aku disini" kata Rayyan dengan memandang Erzan dan Emma saling berpandangan. lawak mata la kot.

"Single bukan singlet. Sekarang dah nampak kan kenapa kau single ? kebodohan kau tu nampak sangat , cuba tutup sikit atau simpan bodoh kau tu. Lagipun siapa je nak orang bodoh macam kau ? boleh gelap masa depan perempuan yang jadi isteri kau tu nanti. Kesian sebab dapat suami blur je memanjang" jawab Harriz dan terus beredar. Malas dia nak mengedap pasangan yang hangat bercinta tu buang masa dan tak ada feadah pun.

"Eleh kau tu hati batu. Tunggu la nanti bila kau dah jumpa jantung hati kau ha baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah" jerit Rayyan pada Harriz. Siapa je yang berani dekat dengan Harriz , lelaki yang 24 jam dengan wajah beku dan dingin. Bila mulut itu buka mulut , semua ayat yang keluar sangat berbisa.

Langkah Harriz terhenti. Cinta ? hmm baginya semua itu buang masa dan menyusahkan. Lagi - lagi dia seorang mafia dan berkerja di bawah Adrian luthfi , jika dia memiliki pasangan sudah semestinya pasangannya yang akan kena ancaman atas perbuatannya. Cukup melihat Adrian dan Erzan , dua orang kawannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi orang tersayang tapi tidak baginya.

"Kalau keluarga aku sendiri pun aku tak boleh nak selamatkan ini kan pula pasangan aku. Aku dah pernah cakap yang aku tak akan terima mana-mana perempuan dalam hidup aku sebab aku tak nak kejadian yang sama berulang lagi" jawab Harriz mendiamkan Rayyan di belakang.

Rayyan mengeluh perlahan. "Lupakan la Harriz. Kejadian tu dah bertahun lepas dah. Bukan salah kau dan semua ni tak.."

"Takdir yang aku sendiri tak mampu nak terima" Rayyan terdiam apabila Harriz terlebih dahulu memotong. Langkah Harriz terus di buka ke arah ruang tamu. Rayyan pula hanya mampu mengeleng sebelum dia bergerak ke dapur.

"Cari calon isteri itu tidak mudah Harriz. Kamu ada dunia kami sendiri dan kalau kamu ada pasangan semestinya pasangan kamu juga akan tanggung risiko kerja kamu ni. Cari yang boleh ada dengan kita masa susah dan senang , cari yang sesuai. Insha allah kamu akan jumpa jodoh kamu cuma cepat atau lambat sahaja. Kami akan terima sesiapa sahaja asalkan itu adalah pilihan kamu" Ayat yang selalu di ucapkan oleh kedua ibu bapanya sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Harriz mengeluh kasar. Dia terasa seperti ada di dunianya sendiri tanpa pedulikan dunia nyata dan...

BUK

"Aduh sakit la" Suara Helena menyentakkan gegendang Harriz membuatkan dia kembali ke dunia nyata. Pantas dia menunduk , Helena yang terduduk di lantai itu di pandang kosong. Kawan Inara jadi tak perlu terkejut kalau diorang kerap kesini dan semestinya untuk berjumpa Inara serta Emma.

Helena mendengus kasar. Dah langgar orang tapi buat bodoh je tak reti nak membantu langsung , "Kau ni memang tak ada perasaan ke ? tak reti nak tolong ? kau dah langgar aku tapi buat bodoh je eh" marah Helena sambil mencapai satu beg yang terjatuh bersama dengannya tadi.

Harriz masih lagi berdiam. "Tak ada guna cakap dengan orang bisu. Ish" sekali lagi helena mengeluh kasar. Dia sempat memandang wajah dingin Harriz dan tidak di nafikan ketampanan lelaki itu cukup buat anak gadis di luar sana menjerit tapi bukan Helena lelaki yang ada di hadapannya ini hanya biasa-biasa dan tidak ada yang menarik.

Mata hitam pekat milik Harriz menilik wajah Helena dan menikam anak mata coklat milik helena. "Kau yang buta. Lain kali jalan pandang depan bukan pandang bawah. Salah kau so kau jangan nak meroyan sangat"

"Kau cakap apa ? aku me..."

"Helena mana pisang aku. Cept la nak buat kek pisang pula ni" suara Inara mematikan niat Helena untuk berlawan mulut. Dia menoleh ke arah Inara yang baru turun itu sebelum wajah Harriz di pandang sekilas. Wajah ini , wajah musuh terbarunya.

Harriz terundur ke belakang apabila bahunya di langgar kasar. "Not bad" kata Harriz , boleh tahan cara helena langgar bahunya cukup kuat dan mampu buat dia terundur kebelakang beberapa tapak. Belakang tubuh Helena di pandang lama sebelum dia beredar.

*
* *
* *
*

"Aku nak kau dapatkan perempuan ni secepat yang mungkin. Aku tak nak dengar alasan apapun , aku cuma nak tahu perempuan ni ada dengan kau sebelum esok"

Mereka berdua menunduk memandang gambar yang baru di beri oleh faris. "Boss ni isteri Adrian kan ?" Faris mengangguk.

"Macam mana kita nak culik dia kalau bodyguard adrian sentiasa mengawasi dia" ujar salah seorang dari mereka. Takut ? ya sedikit sebab Adrian luthfi lelaki yang sanggup buat apa sahaja untuk orang tersayang.

"Kau tak dapt dia , kau culik orang yang berdekatan dengan dia. Aku tak kesah siapa tapi aku nak sebelum esok. Arahan aku mudah kalau kau orang tak dapat buat , biar aku bawak kau pergi jauh dari sini" satu senyuman sinis terukir. Mereka menelan liur yang terasa kelat.

Dulu Bapaknya kini Anaknya pula menyeramkan dan sinis. Tapi Faris lebih menyeramkan dan cukup sinis dengan hanya mengukirkan senyuman sahaja mahu bergetar semua tubuh badan mereka.

"Ba...baik kami buat" jawab mereka serentak dan terus mencapai gambar yang ada di meja faris sebelum mereka keluar dari bilik itu.

"Inara Sophia ? the name familiar , pernah dengar tapi dekat mana ?" soal Faris sendiri. Nama itu , nama yang seakan - akan memberi bayangan indah padanya tapi di mana dan siapa tuan pada nama itu. Dahinya yang berkerut itu di urut lembut , rancangannya untuk jatuhkan Adrian masih belum di difikir sebab itu dia usik orang kesayangan Adrian sahaja.

Emma menunduk malu. Segan apabila Rayyan dan Inara memandangnya dengan senyuman besar , senyum sampai ke telinga mereka apabila melihat kecantikkan Emma yang tersarung baju nikah. Harriz pula hanya bersandar di dingin sesekali kepala mengeleng melihat tingkah laku bodoh yang di lakukan Rayyan.

"Awak dengan Inara dah la. Jangan la tengok macam tu , seram la saya" akhirnya berjaya juga suaranya di keluarkan. Dia bermain dengan jari jemarinya sebelum di kejutkan dengan suara keseronokkan Rayyan.

"Cantik siak Emma. Peh rugi pula rasanya , apa kata kau kahwin dengan aku nak ? Erzan tu biar aku bunuh dia" kata Rayyan bersahaja. Inara dan Harriz terus tercengang , berani ya si budak Rayyan ni.

Emma tersenyum kecik , dia sudah terbiasa dengan perangai anak buah Adrian. Rayyan perangai tidak semengang tapi jangan di buat main , sekali kemarahannya memuncak maka tamat la riwayat kau di muka bumi ini. Rayyan memandang wajah Emma sambil keningnya di angkat beberapa kali , menandakan dia menunggu jawapan dari Emma.

"Boleh. Tapi jangan la bunuh Erzan , awak buang dia dalam laut je ha senang biar ikan-ikan tu makan dia" jawab Emma. Niatnya hanya melayan kerenah Rayyan sahaja , dia tahu Rayyan tidak bermaksud apa - apa selain bergurau.

"Campak la kalau kau berani Rayyan" terkedu , terkejut , terpaku dan bermacam-macam ter yang ada pada Emma. Erzan keluar dari sebalik dinding , Rayyan pula hanya beriak selambar , ala dia bergurau sebab dia tahu kedatangan Erzan di butik itu. Emma menundukkan wajahnya apabila mata tajam Erzan menikam anak matanya.

"Make sure aku mampus dulu baru kau boleh kahwin dengan Emma. Selagi aku tak mati , selagi tu Emma hanya hak milik aku" tegas. Ya tegas ayat itu di meluncur keluar dari mulut Erzan sambil matanya memandang Emma yang masih tersarung baju pegantin. Cantik dan menawan.

Harriz menyembunyikan senyuman , dia dari awal lagi dah tahu Erzan mengikuti mereka. Takut sangat bakal bini hilang , kalau hilang boleh sasau member. Harriz menepuk bahu Erzan beberapa kali sebelum dia meminta diri untuk keluar dari butik itu.

"Erzan cukup la pandang anak dara orang macam tu. Nak tembus dinding dah tu saya tengok. Bersabar sikit je , nanti Emma akan jadi milik awak juga" usik Inara dengan gelak kecik di ikuti Rayyan.

"Member sasau ke tu ? bro kau pergi la cari lain. Aku boleh jaga Emma jadi aku boleh la ganti tempat kau kan ?" soal Rayyan. Serta merta senyuman nakalnya hilang apabila mata helang milik Erzan menikam wajah Rayyan.

"Tak jadi tak apa la. Aku cari Emma lain la , emma Kembung pun jadi la" kata Rayyan dan terus berpura - pura membelek baju yang tergantung itu. Emma masih tersenyum kecik masih takut dengan Erzan. Inara yang faham itu terus menarik Rayyan keluar.

"Baby inara nak kemana ? nak tengok baby Emma la" rajuk Rayyan. Pasrah lengannya di tarik oleh Inara sehingga ke depan butik , Harriz yang bersandar di pintu kereta itu menjadi cctv sahaja.

Hilang sahaja Inara dan Rayyan. Erzan terus berjalan mendekat ke arah Emma , Wajah tanpa solekan tapi cukup cantik dengan baju pengantin. "Nak buang aku dekat laut mana ?" soal Erzan.

"Saya tak ada niat pun. Sa...saya bergurau je dengan Rayyan awak jangan la marah Rayyan kesian dia" jawab Emma masih lagi menunduk. Erzan sembunyikan senyuman , alahai kenapa comel sangat bakal bini dia niii.

"Jangan berangan kau boleh lari dari aku Emma. Sekali kau dah buat aku jatuh sayang , nama kau dan diri kau akan selamanya terperangkap dalam genggaman aku" tegas. Emmma hanya mengangguk laju bukan apa sebab dia pun dah jatuh sayang pada Erzan.

Rayyan yang bersandar di kereta itu tersentak. Badannya di tegakkan , dia memandang wajah Inara yang jelas bahagia dan seri itu. Seri yang ada di wajah Inara itu lain tapi mungkin seri bahagia antara dia dan Adrian. Keluhan kecik di lepaskan.

"Baby Inara" panggil Rayyan pada Inara. Harriz mengeleng sahaja ini kalau di dengar oleh Adrian mahu lari tak cukup tanah si Rayyan. Inara hanya mengangkat kedua belah keningnya sahaja tanda dia menjawab panggilan Rayyan.

"Stay with us. Jangan sesekali jauh dari kitaorang. Dengar arahan dari kami. Faham baby Inara ?" soal Rayyan dan serta merta badan Harriz menegak. Rayyan walaupun lelaki tu agak masuk air tapi bila bab kerja atau berkait dengan nyawa ia tidak pernah sesekali bermain.

"Tapi kenapa ? saya okey je la Rayyan lagipun saya boleh jaga diri saya se..." belum habis ayat yang ingin di katakan Inara , tembakkan di lepaskan tepat ke arah butik tersebut.

"Shit. Erzan dengan Emma ada dalam tu la bodoh" amik Harriz. Pistol yang ada di belakang pinggangnya di keluarkan dan tembakkan di lepaskan ke arah lawan mereka.

"Bawak Inara pergi. Sini aku dengan Erzan boleh handle lagipun diorang nak kan adalah Inara" arah Harriz sebelum dia berlari masuk ke dalam butik itu. Masuk sahaja ke dalam dia melepaskan nafas lega , Emma berada dalam pelukkan Erzan kelihatan tubuh genit itu mengigil kecik.

Erzan memandang belakang Harriz tapi tiada bayangan Rayyan atau Inara laju dia menyoal. "Mana Inara ? Rayyan ?"

"Aku dah suruh Rayyan bawak lari Inara dulu. Diorang sekarang nak kan inara bukan Emma sebab tu aku suruh Rayyan bawak Inara bla dulu" Pantas Erzan bangun dan Emma di sorokkan di belakang tubuh tegapnya itu.

Sementara Rayyan dan Inara pula masih berlari dari musuh mereka. Beberapa biji kereta mula mengejar mereka , tubuh inara mengigil kecik tapi dia cuba untuk bertenang bukan ke ini adalah risiko yang dia perlu hadap jadi dia perlu biasakan diri walaupun sukar untuknya.

"Baby Inara i'm sorry. Aku akan jaga kau , sedikit luka pun aku tak akan biarkan kau rasa" ujar Rayyan serius sahaja wajahnya. Ini adalah amanah Adrian padanya jadi dia perlu pegang amanah itu walaupun nyawanya jadi galang ganti

Wajah ketakutan dan keresahan Inara menambah kemarahan Rayyan. Dia akan pastikan Inara sampai ke tangan Adrian dengan selamat kerana sekarang Inara adalah tanggungjawab dia. Apa pun dia akan pastikan Inara terselamat.

"RAYYANNN" jerit Inara apabila satu kereta hummer menghentam mereka dari arah kanan iaitu tempat Rayyan. Kereta mereka terseret jauh , dunia seakan - akan berpusing.

"I...inara" panggil Rayyan lemah. Kereta mereka terbalik menyukarkan dia untuk melepaskan diri , kelihatan beberapa orang mula menghampiri kereta mereka dan yang pasti itu adalah musuh mereka. Tali pinggang yang mengikat Rayyan di rentap kuat tapi sayangnya tidak terkesan sana sekali. Inara yang tidak menyedarkan diri menyerbu perasaan serba salah pada dirinya.

"I..inara wake up" panggil Rayyan sekali lagi. Tapi Inara masih sama tidak menyedarkan diri , kepala Inara yang mengeluarkan darah yang cukup banyak. Rayyan memberontak kasar , Mungkin ini adalah pengakhiran hidup dia tapi dia perlu selamatkan Inara terlebih dahulu sebelum nyawanya melayang di tangan musuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience