Mata hazel milik Inara perlahan - lahan dibuka. Apabila matanya sepenuhnya terbuka wajah kacak Adrian terlebih dahulu memenuhi ruang pengelihatan Inara , Inara tersenyum kecik.
"Hubby handsome sangat kenapa ? Boleh gila saya kalau hari - hari macam ni" kata Inara sendiri. Dia mengusap perlahan wajah Adrian sebelum matanya tertangkap pada satu kesan merah yang ada di leher Adrian , terus wajah Inara berubah merah.
"Malu ke?" Inara pantas mengangkat wajah dan mata mereka bertembung. Adrian menarik tubuh Inara hingga tubuh mereka bersentuhan secara lamgsung , Inara tidak menolak walaupun dia masih malu dengan Adrian tentang kejadian malam semalam.
"Now , you official mine. You still virgin Inara , hubby adalah orang pertama bagi Inara" ucap Adrian. Siapa sangka , yang sangkaan Inara itu tidak betul. Dia masih suci dan Adrian adalah yang pertama baginya , Inara bersyukur kerana malam kejadian lelaki tersebut tidak melakukan apa - apa padanya.
"Inara pun tak tahu yang inara still virgin. Inara happy sebab abang adalah yang pertama untuk Inara , love you hubby" jawab Inara. Adrian tersenyum senget manakala tangan kanannya merayap di belakang tubuh inara dan di usap lembut.
Inara pula terus kejung , Adrian menolak dagu inara ke atas supaya dia dapat melihat wajah Inara sejelas yang mungkin lalu bibir dan kening inara di kucup sayang. "And i want you more. Awal lagi untuk kita bersiap so apa kata kita buat senaman pagi sekejap , hubby perlukann energy yang lebih"
"Hubby no , ki..." belum sempat Inara menghalang Adrian terlebih dahulu menarik selimut dan menutup tubuh mereka yang terang - terang tidak mengenakan sebarang pakaian.
*
*
*
*
*
*
"You father dead faris" ujar Puan Farida dengan tenang. Bekas suaminya telah mati di tangan musuhnya sendiri , dia tahu siapa yang membunuh Liam tapi dia sedikit pun tidak merasakan sedih. Liam yang telah membuangnya dan memalsukan kematiannya , Liam juga pernah berniat untuk merampas Faris tapi dia bertindak cepat dengan membawak Faris lari ke luar negara.
"Macam mana mom tahu pasal ini ? mom , dad dah buang kita lama dah mom. Sejak Faris usia 3 tahun dad dah buang kita tapi macam mana mom tahu about this ?" soal Faris dan menghulurkan beberapa keping gambar yang dia dapat dari Puan Farida.
"Uncle Benjamin yang bagitahu mom hal ni , Liam di bunuh oleh Adrian luthfi. Kata uncle kamu liam yang sentuh Adrian dulu dan sebab tu mereka lancarkan peperangan"
Faris mengangguk faham. Selama dia dan Puan Faridah di tokyo , uncle Benjamin la yang tanggung mereka di tokyo. Benjamin merupakan adik kandung Liam tapi mereka tidak menjalankan aktiviti syarikat bersama malah mereka di kira sebagai musuh.
"Boleh Faris balas dendam ?"
"Faris nak buat apa ? Mom tak benarkan faris buat kerja macam dad. Mom tahu macam mana kerja tu dan mom tak nak Faris masuk dalam dunia tu , mom tak nak hilang faris" halang puan Faridah tegas.
Faris tersenyum kecik sebelum kedua tangan puan Faridah di genggam erat. "Dia tetap dad Faris , Faris cuma nak tuntut kematian dia. Selama ni pun Faris ikut semua kelas yang Uncle Benjamin uruskan , Faris belajar menembak , pertahanan diri dan Faris boleh hacker. Jadi Adrian tak boleh nak senang - senang kalahkan Faris"
Lama puan Faridah diam , memang tidak di nafikan Faris sangat mahir mengunakan sengata api bahkan Benjamin turut memuji skill yang ada pada faris. "Faris layak gantikan tempat Liam , cuma faris je yang boleh ganti Liam sebab isteri nombor dua Liam keguguran dan sehingga sekarang mereka tidak di kurniakan anak"
Ayat itu yang di tuturkan oleh Benjamin sewaktu beliau datang ke tokyo untuk menyaksikan berkembangan Faris. Puan Faridah memandang lama wajah Farid , kalau itu yang anaknya mahukan dia dengan senang hati menerima apa sahaja risiko.
"Pergi. Tapi jangan sesekali Faris menyesal dengan keputusan Faris , sekali Faris melangkah ke dunia itu bermakna Faris dah tak boleh menoleh kebelakang lagi. Kecuali Faris jatuh cinta pada seorang perempuan dan perempuan itu akan jadi kelemahan Faris" pesan Puan Faridah pada anaknya Faris.
"I will take revenge on him mom. I will not fall in love with anyone because i only have one intention, kill Adrian Luthfi with my own hands" jawab Faris sebelum dia memeluk Puan Faridah se erat yang mungkin.
"Uncle akan tolong Faris. Uncle akan serahkan syarikat and the group is yours" ujar Uncle Benjamin yang baru tiba di rumah itu. Anak beranak itu melepaskan pelukkan , satu senyuman terukir di bibir merah Faris.
"Bila uncle sampai ? kenapa faris tak tahu yang uncle nak ke sini ?"
"Saja. Uncle nak suprise kan kamu tapi nampaknya kamu yang suprise kan uncle , uncle tahu yang Faris akan ikut jejak Liam cuma kamu akan lebih kuat berbanding dad kamu" ujar Benjamin.
"Adrian luthfi lelaki itu bukan calang - calang. Tapi sekarang dia dah ada kelemahan , kelemahan dia terletak pada Isteri dia Inara. Kamu boleh gunakan Inara untuk umpan Adrian dengan itu lebih memudahkan kamu bunuh Adrian" kata Uncle Benjamin lagi.
Faris hanya mempu mendengar. Adrian luthfi masih banyak yang dia kena belajar tentang lelaki itu , siapa lelaki itu , tahap mana kekuatan lelaki itu dan yang penting dia perlu tahu kelemahan lelaki itu.
"Faris akan tahu sendiri siapa dia. Faris cuma nak tuntut bela atas kematian dad , mungkin dia akan rasa apa yang mom rasa kalau Faris bunuh isteri dia" jawapan Faris mendapat sokongan dari Benjamin tapi tidak pada Puan Faridah. Sakit itu la yang dia rasa setelah berita kematian Liam sampai padanya dan apa yang dia nak adrian rasa apa yang dia rasa ? atau sebaliknya.?
~SEMINGGU KEMUDIAN~
"Penatnya harini. Kalau la aku dapat lelaki kaya kan senang , tak payah kerja dah hidup senang dah" ucap Emma sendiri. Bahunya di picit - picit agar hilang penatnya , lampu isyarat masih lagi merah tapi kereta di belakangnya dari tadi mengikuti Emma.
"Kereta ni bukan ke dari office tadi ? dia follow aku ke macam mana ni ?" soal Emma pada dirinya sendiri. Apabila lampu isyarat bertukar hijau Emma terus memecut laju dan betul tekaanya kereta itu sememangnya ikut Emma.
"Kenapa ikut aku ek ? aku dah bayar kereta ni habis la kenapa ikut ?" Jam tangan di tilik. Sekarang dah pukul 9.30 malam tak kan la orang yang menarik kereta itu kerja sampai jam sebegini , Emma terus membelok ke kanan dan rumah inara di tuju. Cuma sekarang ni rumah Inara sahaja yang dekat dengan lokasinya sekarang jadi itu la pilihan yang ada.
Semakin laju Emma bawa , semakin laju juga la kereta itu mengikuti Emma. Emma yang fokus pada kereta belakang itu terkejut apabila satu biji kereta keluar secara tiba - tiba dan Emma terpaksa mengelak tapi nasib Emma tidak menyebelahinya. Dia terbabas dan membuatkan kereta Emma terbalik , pandangannya kian kabur tapi dia masih dapat menangkap ada seseorang yang keluar dari kereta itu pergi ke kereta yang dari tadi mengikuti dirinya tadi.
"Ya allah" kata Emma. Perlahan - lahan dia cuba untuk melepaskan diri dengan peluang yang ada kerana dia tahu apa yang akan jadi sekiranya dia stay di situ. Dengan lelaki itu memegang senjata api dia tahu kemana aragnya nanti , darah yang mengalir di kepala dan tubuhnya langsung tidak di hiraukan , apa yang dia tahu dia cuma nak selamatkan dirinya dari orang yang tidak di kenali.
"Argh" rintih Emma apabila kakinya terpijak sepihan kaca , dengan kekuatan yang ada dia berjalan sesenyap yang mungkin untuk tidak menyedarkan pihak di sana.
"Pergi ambik perempuan tu" arahan yang di arah oleh seseorang dapat di dengari Emma. Dia pantas berlari dan menyorok di sebalik pokok besar , doa itu sahaja yang dia mampu buat tika ini.
"Shit macam mana boleh hilang ? dia tu perempuan biasa je yang itu pun susah ke korang nak tangkap?" marah lelaki itu. Suara itu dingin dan cukup menakutkan , "Cari sampai dapat , dia orng terdekat dengan inara jadi aku tahu dia pun kelemahan inara" kata lelaki itu.
Emma pantas menekup mulutnya , inara ? kenapa inara ? dan apa yang dah jadi sekarang ni ?. Hilang sahaja kelibat kereta itu , Emma kembali berjalan perlahan sehingga la ada seseorang yang menolong dirinya.
*
*
*
*
*
*
Inara hanya memerhatikan sahaja suaminya yang berbincang dengan yang lain. Dia dan Adrian pulang ke rumah Datuk Malik dan Datin Maya selepas seminggu mereka duduk di kondominium milik Adrian. Wajah adrian di tenung penuh minat dari tadi mereka merancang tentang majlis yang akan diadakan di syarikat mereka , majlis anniversary company yang ke 8 tahun. Siapa sangka syarikat itu akan kukuh selama 8 tahun dan itu semua atas titik peluh Adrian sendiri.
"Hubby m..."
BAM
pintu utama mereka di rempuh oleh 2 orang anak buah Adrian dengan memapah seorang perempuan yang tidak sedarkan diri. Inara terus menoleh dan matanya di kecikkan untuk memandang wajah gadis itu , wajah itu di penuhi darah jadi susah untuk mengecam wajah itu.
"Kenapa ? siapa yang korang bawak ni ?" soal Erzan pada anak buah Adrian. Erzan terus bangun dan melangkah ke arah mereka , wajah gadis itu di tenung lama sebelum suara Inara bergema di seluruh ruang tamu itu.
"Ya allah Emma" jerit Inara dan berlari ke arah Emma. Wajah emma di tekup , sayu hatinya melihat keadaan Emma yang begitu teruk. Dia menoleh ke arah Adrian sebelum dia memberi arahan pada anak buah Adrian supaya membawa Emma ke bilik tetamu.
"Maaf , pakcik yang tolong kawan kamu tadi. Dia yang arahkan pakcik bawak dia ke sini , katanya ada orang cuba untuk bunuh dia. Pakcik nak bawak dia ke balai polis tapi kawan kamu tu degil menolak" kata seorang pakcik yang berusia. Erzan memandang lama pakcik itu sebelum dia memandang ke arah harriz , harriz yang faham pandangan itu terus mengangguk.
"Pakcik mari saya hantar pakcik ke rumah. Saya cuma nak balas budi pakcik sebab selamatkan bakal isteri kawan saya" satu ayat spontan meluncur laju dari mulut Harriz dan memandang ke arah Erzan yang turut memandang tajam ke arahnya.
Pakcik itu tersenyum. "Jaga bakal isteri kamu tu baik - baik , pakcik yakin dia gadis yang baik untuk kamu" ujar pakcik itu sebelum mengikut Harriz keluar dari rumah gah itu , inara pula dari tadi hanya memandang wajah Adrian.
"Why sayang ?" soal Adrian kening kanan terangkat.
"Musuh awak ke Adrian ? kalau musuh awak kenapa diorang kacau Emma ? kenapa bukan saya yang diorang cari ? seminggu ni kita aman tak ada gangguan pun , tapi kenapa harini Emma datang dengan berlumuran darah ? awak ada musuh baru ke Adrian" ujar Inara.
Jantungnya seakan - akan mahu terkeluar apabila wajah Emma berlumuran darah. Dia tahu Emma seorang yang cukup lembut jadi sebab itu dia risau keadaan Emma , "Sayang hubby tak tahu. Kita bincang sekejap lagi okey ? now sayang pergi check keadaan Emma , hubby call doktor david" pujuk Adrian lembut sahaja.
Inara mendengus geram , sempat dia menjeling manja ke arah Adrian sebelum lengan baju Erzan di tarik bersama. "Kenapa bawak aku inara ?" soal Erzan pada Inara , bukan dia tak nampak senyuman Adrian mati selepas Inara menarik lengannya nasib kau la Erzan kalau lepas ni.
"Teman saya tengok kan Emma" jawab Inara tanpa menghiraukan Adrian. Sampai sahaja di bilik tetamu , Inara dan Erzan masuk secara senyap. Sempat Inara mencapai kain basah dan mangkuk yang berisi air untuk membersihkan wajah Emma.
"Dia kawan baik saya. Kami berkawan lama dekat luar negara tu , Emma dia paling lemah di antara kami. Hati dia cepat tersentuh dengan sesiapa sahaja , di antara kami dia juga la yang paling susah untuk buka hati pada lelaki. Dia pernah nampak bapak dia pukul mak Emma disebabkan duit , selepas mak ayah dia bercerai. Mak Emma bawak Emma ke luar negara dan siapa sangka , mak Emma akan jumpa jodoh yang baik di sana. Mak Emma kahwin dengan lelaki tu , Emma nampak kebahagian mak dia selepas berkahwin dengan yang baru"
"Tapi dia masih trauma dengan lelaki. Sikap dia terlalu lembut untuk dunia saya yang menyakitkan ni , saya cuma berharap akan ada lelaki yang mampu jaga dia lebih dari saya jaga dia. Tengok dia dalam keadaan yang tadi cukup buat hati saya sakit , bila dia sakit bermakna kami pun akan sakit"
"Kami ?" soal Erzan yang mula bersuara. Dari tadi dia hanya mendengar luahan Inara sahaja , siapa sangka gadis secantik dan selembut ini telah melalui dugaan yang besar.
"Saya , Helena dan Raysha. Kami jaga Emma ketat masa di sana , tipu la kalau tak ada lelaki yang tertarik dengan Emma. Dia cantik , wajah dia lembut bertambah pula dia bertudung lagi sejuk mata memandang. Tapi semua di tolak oleh emma , dia kata dia tak akan berkahwin selagi dia tak jumpa lelaki yang ikhlas dengan dia dan mampu buang trauma dia" tambah Inara lagi.
"Inara doktor sampai" jerit rayyan dari luar bilik itu. Pantas Inara bangun dan memandang Erzan. Erzan turut memandang ke arah Inara sebelum dia mengangguk sekejap dan keluar dari bilik itu.
Hampir 30 minit mereka menunggu doktor david check keadaan Emma di bantu oleh nurse kepercayaan david. David merupakan doktor peribadi keluarga Adrian dan dunia gelap ini juga di ketahui olehnya , Inara menoleh ke arah Adrian.
"Saya risaukan Emma" ujar Inara dan menyandarkan kepalanya di dada bidang sang suami. Tempat kesukaannya selepas dia bergelar isteri , lagipun tempat itu dapat menenangkan dirinya. Tangan kanan Adrian naik untuk mengusap belakang Inara.
David yang selesai memeriksa Emma itu membuat kan Inara menegakkan tubuhnya semula. Kakinya melangkah ke arah David , "Macam mana keadaan Emma ?" soal Inara.
"Dia okey , nasib baik hentakkan di kepala dia tak teruk. Kalau teruk mungkin dia akan mengalami amnesia , luka yang ada di tubuh dia pun cuma luka ringan sahaja. Biar kan dia berehat dan jangan buat kerja - kerja berat untuk sementara waktu ni" jawab david pada Inara.
"Aku kena pantau berkembangan dia , setiap hari aku mungkin akan datang sini untuk check keadaan dia." kata david pada Adrian pulak. Adrian mengangguk dan mengikut jejak david yang mahu beredar dari rumahnya itu.
Inara duduk di sebelah Emma. Wajah suci kawannya itu di usap lembut , "Aku tahu kau kuat , don't worry okey aku akan jaga kau sampai kau sihat. Aku sayang kau , bukan tapi kami sayang kau" kata Inara sebelum satu kucupan hangat singgah di dahi bersih Emma. Erzan yang berdiri tidak jauh dari katil itu memerhatikan sahaja tingkah Inara terhadap Emma , dia tahu bersahatan ini tidak mudah untuk di putuskan.
Emma masih tidak sedarkan diri , jadi Inara membuat keputusan untuk memberitahu pada Helena dan Raysha tentang kejadian yang menimpa Emma. Mungkin mereka akan tahu siapa keluarga Inara dan juga dunia gelak Adrian , kalau Emma boleh jadi mangsa mereka boleh jadi Helena dan Rysha turut terkena sama.
Share this novel