Kereta Adrian Luthfi meluncur masuk ke dalam halaman rumah mertuanya. Selesai parking kereta dia terus keluar dan merengangkan badan , terasa penat tapi penat yang buat dia bahagia. Satu senyuman terukir di bibir sambil kakinya melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
"Baru balik ke Adrian ?" soal Datuk Hisyam. Adrian yang mahu mendaki tangga itu terus berpusing dan menghadap bapak mertuanya , Adrian mengangguk menjawab soalan Datuk Hisyam sambil senyuman masih terukir dibibir.
"Rehat la , nampak penat sangat kamu ni. Daddy rasa Inara masih berjaga sebab tadi dia tanya pasal kamu. Mujur daddy dan mummy pandai bagi jawapan" ujar Datuk Hisyam pada Adrian.
Adrian tersenyum sambil tengkuknya di garu walhal ia tida gatal sama sekali. "Maaf susahkan mummy dan daddy , tapi ini je cara supaya Adrian siapkan segalanya" Datuk Hisyam menepuk beberapa kali bahu Adrian.
"Rest" sepatah itu sahaja yang di katakan Datuk Hisyam malah ia merupakan satu arahan. Adrian meminta diri dan terus naik ke biliknya , sampai sahaja di bilik dia di kejutkan dengan susuk tubuh Inara yang duduk di katil sambil tangan menyilang ke dada.
"Sayang ya allah terkejut abang. Nasib tak ada sakit jantung tau" bebel Adrian sambil dada di usap beberapa kali. Tubuh Inara pula di pandang , hairan kerana inara hanya memakai bath robe sahaja.
"Lambat abang balik ? pukul 3.30 pagi baru nak balik ? abang pergi mana ? kerja ? tak kan sampai lewat macam ni sekali ?" soalan bertubi - tubi dari Inara Sophia. Adrian memandang wajah Inara dan apabila mata mereka bertembung Adrian terus melarikan anak matanya.
"Kenapa abang elak dari pandang mata Inara ? Inara dah tak cantik sebab tu abang dah tak nak pandang Inara ?" Adrian mengeleng laju.
"Abang nak mandi. Abang malas nak gaduh , sayang tidur dulu" pantas sahaja kaki di langkah ke arah bilik air. Inara yang memerhatikan itu tersenyum dalam diam , tidur ? rasanya malam ini adalah malam yang panas untuk mereka berdua nanti.
Hampir 20 minit Adrian selesai membersihkan dirinya , seluar pendek di capai dan di pakai. Rambutnya pula di biarkan messy. Keluar sahaja dari bilik pakaian , kelihatan Inara yang berdiri di hujung katil sambil membelakangkan dirinya.
"Sayang. Abang kan dah suruh sayang tidur. kenapa berjaga lagi ni ?" soal Adrian. Bahu Inara di sentuh lembut tapi tindakkan Inara yang menepis itu menyentakkan Adrian. Inara berpusing dan menolak Adrian untuk duduk di katil mereka lalu peha Adrian menjadi tempat Inara duduk.
"Sa..sayang kenapa ni ?" soal Adrian. Wajah inara di pandang penuh rasa cinta , malah malam ini Inara nampak lebih berseri. Tanpa membalas pertanyaan Adrian , leher Adrian terlebih dahulu di rangkul. Lalu dahi Inara di rapatkan sehingga bertemu dengan dahi Adrian. Hanya beberapa saat sebelum Inara bergerak ke arah telingga adrian.
"I want you abang. I miss you a lot" bisik Inara dengan suara lembut dan mengoda. Adrian pula menelan kasar air liurnya. Belum sempat Adrian menjawab Inara pula bangun dari duduknya dan berdiri tepat di hadapan Adrian Luthfi.
Gerakkan tangan Inara mampu menarik perhatian Adrian. Tangan Inara mula bergerak ke arah bath robe miliknya dan di buka , bath robe itu terus melucut jatuh ke lantai dan sekarang yang ada cuma baju yang tersangat seksi. Inara hanya memakai dress night satin yang bertali satu berwarna merah dan Jarang.
Sekali lagi air liur di telan kasar. Inara duduk semula di peha Adrian , dada bidang Adrian yang terdedar di sentuh oleh Inara membuatkan Adrian semakin tidak keruan. Semakin bawah dan bawah lalu...
"Stop Inara. Abang tak boleh kawal kalau Inara berterusan macam ni , abang tahu Inara penat. Jadi Inara perlukan rehat" kata Adrian sambil menahan tangan Inara yang berada di pusat sensitifnya.
"Inara nak abang tapi kenapa abang tolak ? Inara dah tak cantik sebab tu abang tak nak ? abang dah ada perempuan lain , selain Inara ? sebab tu abang tak nak sentuh Inara lagi ke ? sebab tu juga abang tak pernah meminta dari Inara ?" amarah Inara tanpa sedar dia telah pun meninggikan suara pada Adrian Luthfi.
Pantas dia berdiri dari peha Adrian. "Kalau abang dah ada perempuan lain , it's okey. Abang boleh havefun dengan perempuan simpanan abang tu. Tapi ingat , Inara tak sudi bermadu atau berkongsi jadi kalau abang nak kahwin dengan dia. Let me go and set me free" ujar Inara sekali lagi.
Niatnya untuk beredar terhenti apabila lengannya di tahan oleh Adrian dan dengan sekali tarikkan , Inara kembali duduk di peha Adrian. Rambut Inara yang terlepas itu di usap dan di hidu oleh Adrian , haruman yang berjaya buatnya semakin gila.
Wajah Adrian yang semakin hampir itu di tahan. Tapi pantas sahaja tangan Inara di pegang dan di tahan ke belakang sebelum leher jingang inara menjadi sasaran Adrian luthfi. Di hidu dan dicium membuatkan Inara mengeliat kegelian.
"Abang adalah lelaki yang paling beruntung sebab abang ada bidadari secantik dan semanis Inara. Tiada siapa yang boleh lawan Inara sebagai isteri abang , hidup , jiwa dan hati abang hanya untuk sayang. Tiada yang lain dan selamanya sayang" ujar Adrian yang masih berada di cekup leher Inara.
Inara yang mengusap rambut Adrian di kejutkan dengan tindakkan pantas dari Adrian. Sepantas kilat kini tubuhnya sudah pun terbaring di tengah katil , Adrian pula mula menindih tubuh Inara.
Rambut Inara di bawak ke belakang telinga sebelum dahi inara di cium lembut. "Tolong buang segala sangka buruk Inara pada Abang , cause i love you , i love you so much , i love you always sayang"
"I am sorry kalau selama ni perangai abang buatkan sayang terasa. But please trust me , abang cuma ada sayang dalam hati abang" pujuk Adrian
Inara menatap mata Adrian yang penuh bersarang dengan rasa cinta. Anak mata itu tidak pernah menipu dan selalu memandang dirinya dengan tatapn cinta. Wajah Adrian di usap lembut sehingga ke dagu tajam Adrian Luthfi.
"Love you abang" jawab Inara. Rambut Adrian di usap lembut , senyuman mekar pada kedua - duanya terukir manis. Tali halus milik night satin di tarik ke bawah membiarkan bahu mulus itu terdedar dengan sebarang pakaian. Inara yang mendengar Adrian membaca sepotong ayat , dia terus menutup mata dan dia tahu kemana pengakhiran mereka untuk malam ini.
*
*
*
*
*
*
Jam yang bernyaring kuat itu menyentakkan lena Adrian. Pantas sahaja tangannya mencapai phone miliknya lalu jam di matikan dan di letak di night table semula. Matanya jatuh ke wajah Inara yang masih lena di dalam pelukkannya , satu senyuman terukir apabila teringat kejadian panas di antara mereka berdua. Baru satu jam lalu aksi mereka itu berakhir.
Rambut Inara yang berserabut itu di betulkan sebelum satu ciuman jatuh di dahi licin sang isteri. "Sayang bangun. Kita solat subuh dulu sayang" kejut Adrian sambil mengusap tulang belakang Inara yang terbentuk sempurna.
"Hmmm" itu sahaja jawapan Inara tetapi mata masih tertutup rapat. Senyuman Adrian semakin lebar , wajah comel dan cantik Inara di pandang tanpa jemu. Cintanya pada Inara terlalu dalam walaupun kisah mereka sebelum berkahwin agak bercelaru.
"Sayang nak bangun atau nak sambung senaman kita ?" soal Adrian dengan suara nakalnya itu dan bahu Inara yang terdedah di usap manja. Mata Inara terus terbuka luas , laju sahaja dia bangun dari pembaringannya sambil menahan selimut di dada. Seram bunyi suara Adrian itu adalah penyebab Inara sedar sepenuhnya.
"Sa..saya mandi dulu" kata Inara dan menarik selimutnya. Tetapi belum sempat kakinya mencecah lantai , tubuhnya pula terasa di angkat pantas kedua belah tangan memaut pada leher Adrian Luthfi yang tersenyum nakal.
Inara terus menundukkan wajahnya yang seperti kerang rebus itu. Adrian meraparkan bibirnya pada telinga Inara untuk membisikkan sesuatu. "Kita mandi sama-sama , biar cepat sikit. Nanti sayang boleh goda abang lagi macam semalam" Pipi Inara terus memerah dan pintu bilik air di tutup.
Selesai mendirikan solat subuh bersama. Inara menyambut tangan Adrian lalu di cium lembut sambil Adrian meletakkan tangannya di ubun ubun Inara. Tidak lama itu kepala Inara di angkat dan mata mereka bertembung lama sebelum suara Adrian memecahkan keheningan itu.
"Abang cuma nak sayang percayakan abang boleh ?" soal Adrian luthfi.
"Inara percayakan abang. Maaf sebab Inara ragu - ragu dengan kesetian dan cinta abang pada Inara" jawab Inara sambil mengusap kekura tangan Adrian luhtfi.
"Ingat , apapun yang berlaku nanti. Inara adalah pilihan pertama abang. Inara adalah nyawa abang , jiwa abang , belahan hati abang. Abang sayangkan Inara Sophia untuk selamanya" luah Adrian lalu menarik Inara ke dalam pelukkanya dan di balas balik.
"è lui, sembra solo. ( that's her , her looks alone )" Ujar James lalu menunjuk Helena ke Carlos. Helena yang baru keluar dari sebuah kedai itu di pandang dengan tatapan penuh minat. Helena hanya memakai casual sahaja tetapi masih terserlah kecantikkan dirinya.
Gerak geri Helena di pandang dengan penuh minat. Helena , dia mempunyai aura tersendiri dan mampu menarik perhatian Carlos. "Voglio che tu lo prenda. Può essere la mia ragazza, ho bisogno di una bella ragazza come lei per soddisfare la mia lussuria. ( I want you to take it. She can be my girlfriend, I need a beautiful girl like her to satisfy my lust )" kata Carlos membuatkan James terbungkam seketika.
"ma mi hai detto che lo avresti usato solo per debolezza. Non ha bisogno di essere la tua ragazza, basta solo per liberare la lussuria. ( But you told me you would only use it out of weakness. She doesn't need to be your girlfriend, just to release the lust )" balas James dengan wajah yang jelas terpancar aura terkejut.
Carlos memandang wajah James dengan senyuman. " la voglio. ( I want her )" nada di tekan dan kedengaran tegas. James terus menunduk , tidak berani untuk menatap mata helang itu lebih lama. Dia tahu bahawa dia akan kalah dengan panahan itu.
"Get her and give it to me tonight" James mengangguk lemah. Arahan di keluarkan oleh Carlos bermakna James tidak akan mampu untuk membantah. Wajah di angkat dan memandang Helena , dapatkan gadis itu bermakna dia akan menghadap masalah besar iaitu berhadapan dengan Harriz yang mampu membunuh dalam sekelip mata walaupun kedudukan dia adalah sebagai hacker sahaja.
Helena yang baru membuka pintu pemandu itu terhenti. Entah kenapa , sejak dia keluar dari kedai dia merasakan seoleh - oleh dirinya di perhatikan. Helena memandang sekeliling dan matanya terhenti di kereta audi berwarna hitam. Tetapi cermin itu bertinted jadi sukar untuk dia melihat siapa di dalam.
"Perasaan kau je Helena. Tak perlu nak overthinking sangat , everthing is fine" pujuk hati Helena dan memasukkan dirinya ke dalam perut kereta. Lalu beredar dari situ , Carlos tersenyum. Pandangan Helena pada keretanya sangat kuat menyatakan Helena mempunyai sesuatu yang berguna untuknya.
"Nice to know you pretty girl or should i call her as my future wife" James hanya mampu terdiam. Apa yang dia nampak pada Helena tidak sama dengan apa yang di pandang oleh Carlos adalah berbeza. Carlos , lelaki yang jarang menunjukkan minat pada mana - mana perempuan. Tetapi lain pada Helena , dia mampu mengoyangkan lelaki itu.
*
*
*
*
*
*
Inara yang baru masuk ke biliknya itu mengerut dahi apabila melihat Adrian yang baru keluar dari bilik pakaian mereka. Hairan , kerana pakaian yang di pakai oleh Adrian nampak seperti sesuatu. Inara berjalan merapatkan dirinya ke arah Adrian.
"Abang nak kemana ? dah malam ni abang ? tak kan hari minggu macam ni pun ada kerja urgent ?" soal Inara sambil memegang kedua belah tangan Adrian. Adrian tersenyum sambil melepaskan kedua belah tangannya dari pegangan Inara.
"Abang nak jumpa orang. Orang yang akan berkerjasama dengan abang , dia baru sampai KL jadi dia nak jumpa abang terus malam ni" jawab Adrian Luthfi mengundang seribu satu kerutan pada Inara. Inara menoleh ke jam dinding sebelum jatuh ke wajah suaminya semula.
"Abang ni dah pukul 10.00 malam. kenapa nak jumpa malam macam ni ? esok tak boleh ke ? jumpa dekat office itu lagi okey" kata Inara masih mencuba untuk menghalang Adrian dari keluar.
Adrian mengeluh kasar. "Inara Sophia , ini kerja aku. Kenapa susah sangat kau nak faham ni ? benda kecik macam ni pun kau sibuk nak besar - besarkan kenapa ?" Inara terus menunduk apabila Adrian meninggikan suara padanya.
Takut pada wajah garang milik Adrian , Sebak di dada cuba di tahan sebaik mungkin. "Tak payah tunggu aku balik" ujar Adrian sebelum dia berlalu keluar dari bilik tidur mereka itu. Kedengaran enjin kereta milik Adrian berlalu pergi , Inara terus mencapai phone dan handbagnya.
"Inara nak kemana ? malam ni sayang" tanya Datin Husna.
"Mummy sekejap je , Inara pergi dulu ya" balas Inara dan terus pergi ke arah keretanya. Kereta milik Adrian di ikuti oleh Inara , entah kenapa firasat hatinya menyatakan ada sesuatu yang di sorok oleh Adrian Luthfi sehingga menyebabkan Adrian berubah.
"Anak awak dah gerak ke ?" soal Datuk Hisyam pada sang Isteri , Datin mengangguk lemah. Melihat itu Datuk Hisyam terus memeluk bahu Datin Husna dengan lembut.
"Semoga semuanya berjalan dengan lancar , dah jom rehat" ajak Datuk lalu membawak Datin ke arah ruang tamu untuk berehat.
Hanya mengambil masa 45 minit sahaja untuk tiba di sebuah rumah mewah. Inara mengerut dahi , "Rumah ? rumah siapa pula ni ?" bisik hati Inara. Jantungnya berdegup kencang apabila melihat Adrian keluar dari keretanya dan terus masuk ke dalam rumah mewah itu dengan senyuman manis.
Nafas di tarik sedalam yang mungkin sebelum dia mengambil tindakkan untuk memasuki rumah tersebut. Untung Inara kerana pagar besar itu masih terbuka dan tiada guard yang menjaganya.
Perlahan - lahan Inara berjalan hingga ke arah pintu utama. "Baby sorry i lambat" suara Adrian membuatkan jantung Inara semakin kencang dan apa yang lebih mengejutkan ada suara...
"It's okey la sayang. I okey je , lagipun I tahu Inara tu macam mana. But you know what , i miss you"
Zap seperti di siat siat hatinya. Kawan baik yang dia sayang dan anggap seperti keluarga kini menikam dirinya dari belakang. Dengan perasaan sakit , Inara mengedap sedikit dan kelihatan Helena dan Adrian duduk bersebelahan sambil memegang tangan. Pantas Inara mengalihkan pandangan , dirinya tersandar lemah di dinding. Dada di pegang kuat , sakit yang teramat kini di rasakan.
"I miss you too. Tunggu sikit lagi okey , kita akan hidup bahagia tanpa Inara" jawapan Adrian menambah kesakitan pada Inara. Air mata tanpa meminta terus mengalir di pipi , sakit. Terlampau sakit sehingga dia tidak mampu untuk berkata - kata.
"I sayang you tau" kedengaran Helena melafazkan kata - kata cinta. Inara menarik nafas sedalam - dalam yang mungkin , dalam fikirannya sudah memikirkan pengakhiran untuk hubungan dia dan Adrian.
Dengan lafaz bismillah , Inara terus melangkah masuk ke dalam. "Wahh congrats abang , congrats Helena. Puas tikam aku ?" suara Inara membuatkan mereka berdua terus melepaskan pegangan tangan dan terbangun dari duduknya.
Kelihatan jelas dari wajah mereka , riaksi terkejut malah ketakutan turut kelihatan. "Sayang , aban..."
"No more sayang and no more abang. Yang ada cuma kau dan aku. Puas khianat aku ? puas bodoh kan aku ? kau Helena , puas tikam kawan baik kau sendiri?" suara Inara meninggi , ruang tamu itu di penuhi dengan suara Inara sahaja.
"Inara , sorry aku tak..."
"Tak menyundal dengan lelaki orang ?" senyuman sinis terukir di bibir Inara. Wajah Helena di pandang dengan tatapan menyampah , bertambah sakit hati apabila Adrian turut mempertahankan Helena.
"Sayang , please jangan macam ni. Abang..."
"Dua pilihan. Inara Sophia atau Helena ?" soal Inara dengan wajah yang tegang. Suaranya turut berubah dan pandangannya pada Adrian ikut berubah , tiada lagi pandangan kasi sayang malah pandangan datar sahaja.
Adrian Luthfi mengeluh perlahan. "Abang minta maaf Inara , abang akan pilih..."
"Stop. Aku tahu apa keputusan kau , so set me free" potong Inara tanpa menunggu jawapan Adrian sepenuhnya. Adrian luthfi memandang wajah Inara yang di temani air mata , nafas di tarik sebelum satu ucapan di keluarkan dan melihat tindak balas Adrian ia menambah sakit dan kesedihan pada Inara.
Kerana dia sendiri tidak sangka perkara ini akan terjadi dan kawan baiknya sendiri merupakan musuh dalam selimut. Mata di pejam se erat mungkin , takut dengan apa yang akan di lafazkan oleh Adrian.
"Inara Sophia abang..."
Share this novel