35

Romance Completed 127597

“Bunga nak ais krim” Aneesa menghentak kaki ..

“Mana boleh? Tadi baru dah makan 2 batang ais krim” Naim menggeleng kepala.

“Sampai hati, orang usung empat ok, baru makan dua itu pun nak berkira.” Aneesa bebel perlahan

Naim tersenyum sumbing sambil menggeleng kepala. “Amboi belum keluar dah bebel” dia ketawa kecil sambil mengusik isterinya.

“Bunga stay here dengan barang-barang , B go and take the car kejap” Naim mengucup dahi Aneesa sebelum berjalan ke arah Vios yang terletak agak jauh didepan.

“Bbbbbbbbbb” Aneesa menjerit tatkala badanya hilang imbangan

Naim berpaling dan bergegas kea rah Aneesa

Streeeeeetttttt……. Duuuuuuussssshhhhhhh

“Naiiiiiiiiimmmmmmmm” Aneesa menjerit apa bila sebuah kereta datang dengan laju dan menlanggar suaminya.

Aneesa dapat merasakan cecair panas membasahi bajunya. Rasa perit dan sakit yang teramat sangat terasa di bahagian bawah badannya. Keadaan sunyi di kawasan pakir kereta tingkat empat itu membuatkan hembusan nafas kasar Naim yang tersadai di laluan kereta kedengaran dengan jelas.

Aneesa mengesot perlahan-lahan kearah Naim yang terdampar tidak berapa jauh dengan tidak mempedulikan cecair yang sedang galak membasahi bajunya mahupun kesakitan yang teramat di ari-arinya.

“B bagun,..” Aneesa bersuara sambil menahan sakit sebaelah tangannya menekap pipi Naim manakala sebelah lagi memegang perutnya yang sakit.

“Buka mata.. ba.. ba.. bagun sayang... aarrghhh ... Ya Allllllaaaaahhh” jeritan bergema di kawasan tempat letak kereta itu.

“Ehh darah nie..” kedengaran suara garau

“Aha kesan darah laa...Sayang sana… tengok sana..” suara wanita menjerit nyaring…

“Sayang panggil ambulans…” suara lelaki itu seperti memberi arahan

Aneesa merasakan kepalanya menjadi berat. Sekelilingnya menjadi gelap.Terasa seperti ada yang memangku kepalanya.

“Kak .. jangan pengasan.. Kak .. Kak..” satu suara memanggilnya namun kepalanya terasa makin berat..

“Lelaki ini bernafas lagi…” suara lelaki yang berhampiran dengannya melegakan perasaan Aneesa yang makin berat kepalanya.

“Ya Allah , Engkau selamatkan anak-anak serta suamiku” dia berdoa perlahan sambil memejam mata yang makin memberat.

“Doktor , macam dengan anak saya” Dato Zakaria menghalang seseorang yang berpakaian biru yang baru keluar dari bilik bedah.

“Khairul Naim is doing well tapi because of the concussion the incoming twelve hours is the stage” Dr. Aman bersuara perlahan.

“A..a.. Aneesa” suara Datin Zahara kedengaran.

“She is still in the OT. Kita sama-sama berdoa”

“Kauuuuuuuu betina sial” Haris menggilai sambil menedang gadis yang berlumuran darah.

“Berani kau sakitkan sayang aku” tangan gadis itu di pijak

“Maa..maa.maafkan aku” gadis itu bersuara tersekat-sekat menahan kesakitan

“Maaf?? Maaf??” rambut gadis itu di tarik kasar

“Aku bunuh kau.. Aku bunuh “ kepala gadis itu dihentak berulang kali ke dinding

Gadis yang terkuali itu dibiarakan sahaja. Kaki Haris laju melangkah ke arah pintu garajnya.

Keretanya meluncur laju di atas jalan menuju ke Hospital.

“Aneesa…” nama itu di sebut perlahan sambil tangannya menggengam stareng keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience