9

Romance Completed 127597

“Syarat apa???” Aneesa bertanya sambil tangannya mengenggam selimut diatas katil..

“Eeerrrmm…” Naim mengaru-garu dagunya sambil melihat muka Aneesa yang telah berubah… Didalam hatinya ketawa bergema dengan kuat apabila dia melihat wajah Aneesa macam orang ysng tertelan botol cuka…

“Cepatlah…” Aneesa menggesa…

“Ok..ok.. ada tiga syarat…” Naim menjawap soalah-olah bermain tarik tali dengan Aneesa…

“TIGA???” Aneesa terjerit kecil kemuadian mengetap bibir… namun keadaan berlainan didalam hati ...“woooiii..wooooiiii apa kejadah pula nie… Iiissshh badan aku pun satu hal mengada-ada minta tidur right hand side pula..jantan nie nak minta aku tunaikan tanggungjawab aku ker??? bukan tadi dia cakap dia tak tuntut hak dia kalau aku tidur atas katil ker??? jantan mereng..gila seks...” dia menyumpah sendiri didalam hati…

“First…. Kalau Neesa rasa nak bebal dalam hati make sure kata-kata tu tak terkeluar ikut mulut…” Naim bersuara sambil menahan ketawa…

“aa…” terus Aneesa membawa tangannya untuk menutup mulut..wajahnya merah menahan malu....

“Naim tau Neesa gabra masa time jumpa mama tadikan” Naim bertanya…

Aneesa mengangguk kepala kerana memang betul tekaan Naim itu.. "anda baru sahaja mendapat sepuluh markah" Aneesa bersorak ejek didalam hati...

“Time Neesa gabra Neesa selalu berbisik ker??… tadi masa Neesa berbisik dalam hati Neesa cakapjantung aku macam nak berhenti on the stop.. “ Naim bertanya sambil menekankan perkataanstop…

“Mana ada..saya tak cakap stop saya cakap spotlah.…” Aneesa bersuara seakan-akan terkejut…

“Ada aku cakap macam tue ker??? Mamat nie sengaja apa nak pekena aku ke apa..test drive aku kot.... “ Aneesa berbisik didalam hati…

“Haa.a… macam sekarang lah…"test drive pula daa.." Tengok tu baru jer orang cakap dia buat balik…Lain kali nak cakap ker kutuk ker dalam hati ok.. …so tak adalah Naim nak tahan ketawa depan mama dan papa sampai muka jadi biru..” Naim berkata sambil tangannya sudah dibawa ke mulut menahan ketawa…dia tidak sampai hati untuk ketawa dihadapan Aneesa yang wajahnya sudah berubah menjadi merah….

“Syarat kedua… Neesa kena tidur di katil ever time Neesa in this room.. eeerrmm No..No.. every time you are in the same room with me.. get it..” Naim bersuara seolah-olah memberikan arahan..

Aneesa membatukan diri.. dia tidak tahu apa yang perlu dijawab…

“Aneesa Aliff.. Do you hear me???” Naim bertanya lagi…

Aneesa memintal hujung rambutnya namun tiada jawapan yang keluar dibibirnya hanya anggukkan dihadiahkan sebagai jawapan..

Naim menghembus nafas lalu bersuara lagi “ Syarat ketiga esok Naim cakap… “ dengan itu terus Naim memberi satu kucupan didahi Aneesa dan merangkak ke sebelah kiri katil dan merebahkan badannya. Aneesa yang terpingga-pingga dengan kelakuan Naim itu lantas merebahkan badannya di sebelah Naim.Badannya yang letih terus menjadi relax, matanya tertutup dengan cepat.. Naim hanya tersenyum bila terfikirkan gaya kalut isterinya dalam kegelapan yang mewarnai bilik tidurnya…

Aneesa membuka mata dengan malas. Haruman lavender yang nyaman membuaikan dirinya. Aneesa membuka mata bersama satu senyuman tiba-tiba senyuman Aneesa mati apabila dia melihat ruang bilik tidurnya, corak, warna bilik dan katil yang diduduki berlainan dari bilik tidurnya.

“Mana nie..Kat mana aku???” Aneesa menarik selimut.. Dia cuba berfikir dimana dirinya berada. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dan Naim melangkah masuk dengan rambut yang serabai, matanya merah seperti orang yang tidak tidur semalam. Satu senyuman dihadiahkan kepada Aneesa. Aneesa bingkas bagun dan mengambil tuala dan berjalan menuju ke bilik air. Matanya mengerling kearah Naim yang merebahkan badannya ke katil.

Selepas mandi baru dia sedar yang ketika dia sampai ke rumah Naim dia datang tanpa sepasang baju. Aneesa menggaru kepalannya yang baru dicuci. Dia memandang bajunya yang basah lalu di mengeluh kerana terlupa bahawa dia tidak membawa baju..

“Apa aku nak pakai??” dia bersuara perlahan.

“Tak kan aku nak pakai baju yang basah?? Kalau aku nak pinjam baju kak Ina sure boleh tapi macam mana aku nak keluar nie?? Mesti mamat tue ada dalam bilik” Aneesa bercakap sendiri.

Tiba-tiba mata Aneesa terpaku pada sehelai t-shirt yang tergantung didalam tandas. Dengan teragak-agak Aneesa menyarung t-shirt itu dibadannya. Dia tersenyum apabila melihat seluarnya tidak basah terkena percikkan air sebentar tadi. Bila Aneesa melangkah keluar dari bilik air matanya terpandang Naim yang terlena diatas katil. Aneesa berjalan perlahan-lahan kearah Naim yang sedang lena tidur. Dia memandang wajah Naim yang sedang tidur..

“Tak tidur ker dia malam tadi??? Kenapa matanya merah seperti orang yang kurang tidur???” Aneesa bersuara perlahan ambil tangannya menarik selimut untuk menyelimut badan Naim. Tanpa disedarinya titisan air dari hujung rambutnya tertitis ke wajah Naim. Naim hanya membatukan dirinya setelah terjaga akibat titisan air dari rambut Aneesa. DIa mendiamkan diri apabila dia mendengar perlahan Aneesa bersuara. Selepas Aneesa melangkah keluar Naim membuka matanya tangannya menggaru kepalannya yang tidak gatal dan fikirannya melayang kembali ke pada kejadian malam tadi.

Ketika enak dia diulit mimpi tiba-tiba Naim berasa sejuk menusuk ke tulang…. Diraba tangannyamerata-rata untuk mencari selimut matanya dipejam kerana letih memandu apabila tangannya terjumpa selimut terus selimut itu ditarik namun ada sesuatu objek menarik selimut itu kembali. Lagi kuat ditarik lagi kuat objek itu memegang selimutnya. Lalu dengan perasaan bengang teramat sangat Naim membuka mata untuk melihat apa yang enggan melepaskan selimutnya. Apabila matanya terbuka wajahnya terpandang Aneesa yang sedang menyelubungi badannya dengan selimut yang tebal itu.Gaya gadis itu tidur membuatkan nafus lelakinya bergelora. Lelaki mana yang tidak terangsang apabila melihat seorang wanita yang kelihatan seperti “angle” tidur disebelahnya. Mata Naim tidak berkedip-kedip melihat rambut Aneesa yang ikal mayang itu terbiar mengurai dibantalnya, bibir yang mungil itu kelihatan melazatkan, pipi yang gebu milik Aneesa membuaikan jiwannya lantas tangan Naim mengusap lembut pipi gebu Aneesa sehingga gadis itu mengalihkan badannya menghadap Naim.

Lantas Naim bangun dan turun dari katil. Dia melangkah kebilik air dan mencuci mukanya. Baju t-shirtnya diganti dan seluar pendeknya ditukar dengan jeans lusuh. Tanpa disedari, Naim mengantungkan t-shirt yang dipakai sebentar tadi di penyangkut didalam bilik. Terus dia melangkah keluar lalu dia berhenti seketika apabila melihat Aneesa meyelesakan dirinya diatas katil. Seperti magnet kakinya berjalan kearah Aneesa yang sedang tidur. Dahi gadis itu dikucup lama kemudian tangannya mengapai kunci kereta dan dompet di hujung katil sebelum nafsu menguasai dirinya.

Ketika Naim keluar dari pintu pagar jam dikeratannya menunjuk angka 2 pagi Naim pasti pada saat itu semua penghuni rumahnya enak dibuai mimpi. Dia kembali ke rumah selepas menunaikan solat Subuh diMasjid Damansara. Didalm hati dia tidak berhenti berdoa agar Aneesa sudah bangun dari tidur pada waktu dia sampai dirumah.

+++++++++++++++++++++++++++

Aneesa melangkah kedapur dengan langak yang kemas, didapur dia dapat mendengar suara Kak Ina yang sedang memujuk Atirah yang sedang menagis. Dia melangkah ke Kak Ina sambil menghadiahkan sebuah seyuman. Tiba-tiba Atirah meluru kearahnya dan memeluk pinggangnya wajahnya disembab ditubuh Aneesa. Aneesa membalas pelukan Atirah lalu dia duduk untuk menyamakan ketinggiannya dengan Atirah.

“Kenapa Tirah sayang menagis???” Aneesa bersuara lembut.

“Atirah nak makan McD tapi papa marah” Atirah bersuara dalam tangisan mukanya disembab dibahu Aneesa…

“Tirah nak makan McD??” Aneesa bertanya

Atirah hanya mengangguk… “Eerrmmm apa kata Aunty bawa Tirah makan McD petang nanti.. but for now Tirah makan breakfast yang bibik sediakan ok sayang??” Aneesa memujuk perlahan.

Atirah mengangguk laju dengan mata yang bersinar-sinar lalu dia berlari kearah bibik. Belum sempat Aneesa berdiri tiba-tiba Datin Zahara menegur dari belakang.

“Awal bagun Neesa” Datin Zahara menyapa..

“Dah biasa bagun awal mama” Aneesa menjawab perlahan..

Wajah Datin Zahara berkerut seketika… “ Ina kalau tak salah mama t-shirt nie semalam Naim pakaik time solat Isyak kan??”Datin Zahara bertanya kepada Sabrina dengan senyuman dibibir.

Kepala Aneesa terangkat seperti spring… Matanya seperti terjonjol keluar dari soket..Mulutnya ternganga..

"Macam boleh tak perasan baju nie lah yang Naim pakai masa tidur..." Aneesa mengutuk dirinya..

“Yelah ma.. Ina pun perasan.. Orang baru khawin ma sampai baju pun tertukar… “ Sabrina mula mengusik Aneesa yang sudah merona mukanya.

Aneesa hanya tersenyum kelat apabila Datin Zahara ketawa sambil tangannya mengusap lembut badan Aneesa. Aneesa berjalan laju kearah Sabrina yang ingin melangkah kearah ruang tamu. Ditarik tangan Sabrina ketepi dinding yang memisahkan ruang makan dengan dapur.

“ Sorry Kak Ina.. Neesa nak minta tolong Kak Ina boleh tak??” Aneesa bertanya perlahan takut didengari oleh orang lain.

Sabrina mengangguk perlahan sambil matanya memandang wajah Aneesa yang kelihatan teragak-agak..

“Neesa nak pinjam baju Kak Ina boleh tak?? Neesa tak sempat bawa baju semalam” Aneesa bersuara perlahan..

Sabrina ketawa kecil kemudian dia dia memeluk Aneesa lalu dia berbisik “ Akak faham.. Nanti akak bagi baju tapi sebelum itu bagi akak chance jumpa Abang Nazwan ok dia dah panggil Kak Ina banyak kali tu”.. Sabrina memuncungkan bibirnya ke arah ruang tamu..

Aneesa mengangguk sambil dibibirnya terukir sebuah senyuman lega..

Didalam kereta Aneesa hanya mendiamkan diri sambil memasang telinga mendengar celoteh Atirah dan Naim. Kadang-kadang dia tersenyum apabila mendengar kata-kata Atirah yang mengusik Naim. Fikirannya terkenang pada peristiwa yang berlaku pagi tadi dimeja makan membuatkan wajahnya serta merta menjadi panas.

Di meja makan ketika semua orang sedang bersarapan Naim melangkah lesu ke arah meja makan. Aneesa bingkas bangun untuk mengambil cawan dan pinggan di dapur namun sebelum kakinya melangkah ke ruang dapur tangannya ditarik oleh Naim yang berada diantara dinding yang memisah ruang makan dan dapur...

“Eeehhmm Naim tak kenyang lagi“ Datuk Khairul Zakaria bersuara sambil berdehem kecil dan kata-kata Datuk Khairul Zakaria disambut dengan ketawa kecil oleh Khairul Nazwan dan Datin Zahara..

Naim pula hanya mempamirkan muka kayu yang tak berperasaan.. Aneesa terdiam sambil cuba menarik tangannya dari genggaman Naim..

Tiba-tiba badan Aneesa ditarik,pinggang Aneesa dirangkul kemas dengan tangan kanan agar belakang badan Aneesa menghampiri dadanya, tangan kanan diletakkan didada Aneesa… Naim membisik perlahan ketelinga Aneesa “ Naim suka Neesa pakai macam nie… Lagi-lagi baju Naim yang besar dari badan Neesa...huh laju jantung Neesa berdengup...macam ayat yang Neesa sebut semalam..jantung aku nak berhenti on stop kan??.. ” Naim ketawa halus selepas mengulang ayat Aneesa yang ditutur tanpa sedar dicuping telinga Aneesa kemudian dia melepaskan tangan Aneesa dan berjalan ke ruang makan. Naim menarik kerusi dan duduk untuk menjamah sarapan yang disediakan dengan muka toya ..Aneesa mengetap bibir menahan geram apabila Khairul Nazwan dan Sabrina mengangkat kening seakan-akan memerli diriny, dia berpaling untuk melihat muka Naim yang kelihatan bersahaja..

“Hampes punya mamat…suka hati dia jer nak buat aku malu depan family dia.. semalam beria-ria kata tak nak tuntut hak dia ler tue ler… pas tue suka jer dia goda aku macam nie..huh macam kena electric shock jer bila tangan dia merayap kat dada aku...selamat aku pandai control..mau aku terangsang kang tak pasal-pasal mamat statik nie kena rogol then meraung-raung minta tolong.. hahhaha…baru padan muka dia …” Aneesa kutuk didalam hati sambil ketawa didalam hati…

Selepas kejadian dimeja makan Naim terus menghilangkan diri, puas Aneesa mencari diseluruh kawasan rumah banglo tiga tingkat itu.. Kereta Viosnya tersadai elok di halaman rumah tapi bayangan pemandu kereta itu tidak kelihatan sehingga saat Aneesa melangkah turun ke ruang tamu sambil memimpin tangan Atirah yang comel berjumper. Naim hanya menghadiakan sebuah senyuman kepada Aneesa setelah merenung Aneesa yang memakai selaur jeans dan blouse berwarna hitam milik Sabrina. Naim mendukung Atirah ke kereta untuk menahan gelora dijiwanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience