“ Lawa beb… tak berkedip aku pandang “ Zakuan berbisik kepada Naim yang segak bertuxedo..
Naim menarik sehelai tisu dari kotak tisu yang tersedia dihadapannya, tisu itu dihulur kepada Zakuan yang sedang berdiri disebelahnya. Dahi Zakuan berkerut melihat tisu yang dihulurkan kepadanya.
“ Ambil… Lapkan air liur kau tue… Aku tengkok dah meleleh tue..” Naim berkata sambil matanya memandang Aneesa yang cantik berbaju pengantin.
“Kepala hotak kau… “ Zakuan menumbuk perlahan bahu Naim.. Naim ketawa kecil kerana dapat mengenakan Zakuan yang dari tadi tidak berhenti-henti memuji kecantikan Aneesa sejak melangkah masuk ke butik pengantin ini....
“Lawa siot… comey giler Neesa…macam Gabriela Spanic dalam La Usurpadora…” Aina bersuara kuat..
Naim yang bersandar didinding bertemankan Zakuan hanya menelan air liur, lidahnya menjadi kelu melihat Aneesa yang cantik persis seorang puteri..
“ Iiikk sejuk sangat ker air cond kat sini bro sampai kau jadi beku tak bergerak-gerak aku tengok..???” Zakuan menyindir perlahan ke telinga Naim sambil menahan ketawa..
“ Kau ..” belum sempat Naim menghabiskan ayatnya Sherry si "lembut" pemilik butik pengantin menampar lembut lengan Naim..
“ Handsome come “ Sherry bersuara lembut sambil meraba-raba lengan Naim..
Naim hanya tersenyum kelat apabila Sherry meraba-raba lengannya, manakala Zakuan sudah menekan perut menahan ketawa yang bakal meletup bila-bila masa apabila melihat mimik muka Naim yang macam tertelan katak…
Di sebelah sana Aneesa terpaku melihat Naim yang segak bertuxedo.
“Handsome..” dia berbisik perlahan..
“ Apa??” Aina bertanya..
“ Tak ada apa-apa” Aneesa buat derk cover malulah tu…
“ Huh betul ah apa mamat tue cakap… Aku kena buat practice banyak-banyak supaya tak terkantoi again..dalam hati bukan dari mulut..” dia bermonolog didalam hati sepontan satu senyuman terukir bila teringat kata-kata Naim..
“ Kau nie apahal seh.. dari tadi aku pandang macam orang gila meroyan jer…Dari tadi tersenyum-senyum..cakap sorang-sorang.. seram aku Neesa..macam orang kena sampuk aku tengok kau..” Nadirah menyampuk…
Aneesa hanya mempamerkan gigi sebagai jawapan kepada Nadirah.. dadanya berdengup kencang apabila dia terperasan yang Naim sedang merenung dirinya.
Naim berjalan perlahan ke arah Aneesa.. Jantungnya berdengup kencang… “ Calm down Naim… Sabar… Cool down… Control buddy…Cover..cover..” Naim berbisik didalam hati..
Bunga dipegang oleh Aneesa terjatuh kerana terlalu nervous.. Naim terus melutut dan tangannya mengutip jambangan bunga yang terjatuh itu. Naim menghulurkan tangannya kepada Aneesa. Aneesa menyambut tangan Naim dengan perasaan berasaan berdebar-debar.. Mata Naim terpaku pada mata Aneesa.. Perlahan-lahan Naim menarik Aneesa mendekati dirinya. Matanya bertaut dengan mata Aneesa.
“ Cantik “ Naim memuji…
“ Aha..” Aneesa menjadi gugup..
“ Cantik.. Naim suka mata Neesa.. cantik..” Naim bersuara lembut..
“ Coklat.. bulu mata Neesa lebat… “ Naim menyambung lagi kini dia mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Aneesa…
Wajah Aneesa sudah merona menjadi merah… Dia cuba merengangkan badannya dari pelukan Naim..
“ Naim suka pandang Neesa… cute.. lawa.. you make my soul calm, my life perfect…” Naim membisik lembut di telinga Aneesa lagi...
Tanpa mereka sedari jurugambar telah mula klik camera yang dipegang. Cahaya lampu mahupun bunyi klik dari kamera tidak mampu membawa Naim dan Aneesa keluar dari dunia sedang mereka cipta..
Aneesa membetulkan bow dileher Naim. Tiba-tiba satu kucupan singgah dipipinya, Aneesa menjadi kedu sesaat namun dibiarkan sahaja kemudian tanpa disedari Aneesa membawa tangannya kepipi Naim. Aneesa mengusap lembut pipi Naim satu senyuman manis dihadiahkan kepada suaminya itu. Naim memeluk erat pinggang Aneesa dengan tangan kanan manakala tangan kiri memegang rambut Aneesa yang terjuntai di dahi. Naim memandang leher dan bahu Aneesa yang terdedah dengan pakaian pengantin. Bibir Naim singgah dibahu Aneesa lembut. .
“ Neesa pandang muka Naim please..” Naim bersuara dalam suara yang samar- samar..
Aneesa mendongakkan wajahnya.. matanya bertaut dengan mata Naim.. tiba-tiba Aneesa terasa yang jantungnya akan berhenti berfungsi bila-bila masa sahaja… Mata Naim tidak berkedip-kedip merenung wajah Aneesa.. Sudah beberapa kali Naim menelan air liurnya. Wajahnya didekatkan kepada wajah Aneesa. Dahi Aneesa dikucup perlahan-lahan.kemudian bibir itu mengucup perlahan pipi Aneesa. Aneesa hanya membiarkan perilaku Naim itu, perasaannya terbuai-buai apabila badannya menerima sentuhan Naim. Aneesa tersenyum melihat Naim menjilat bibirnya sendiri.. Naim mendekatkan wajahnya ke wajah Aneesa.. bibirnya didekatkan ke bibir Aneesa namun tiba-tiba…..
“ Guys it was bravo..You two look prefect..Photogenic.... Brovo.. Bravo” Sherry bersuara kuat..tangannya yang ditepuk kuat itu membawa Naim dan Aneesa kembali ke dunia nyata...
Aneesa terkedu sebentar muka Naim dipandang lama-lama, Naim kelihatan kaget seperti baru tersedar dari alam yang lain , mereka berdua menatap antara satu sama lain untuk beberapa minit kemudian mereka memandang ke depan. Didepan mereka kelihatan tiga orang makhluk tuhan yang sedang tersengih panjang. Muka Aneesa bertukar menjadi merah secara automatik bila melihat Nadirah mengangkat kening dengan satu senyuman yang sukar untuk dihuraikan …
“ IIkk bro sebelum Sherry lembut tue cakap start kau dah start dah… Not bad…” Zakuan menyindir Naim sebaik sahaja Naim keluar dari bilik persalinan..
Kau nie.. kalau tak smash aku tak leh ker Zack..” Naim mengetap bibir… menahan geram kakinya melangkah ke arah pintu.
“ Cool bro.. it is just a joke..joke..take it easy man..Sabar bro …” Zakuan menepuk lembut bahu Naim dengan tangan kanan manakala tangan kiri menolak pintu butik pengantin itu..
“ Kau tak faham Zack..” Naim mengeluh kecil, lantas kotak rokok dikeluarkan dan sebatang rokok dinyalakan..
“ Apa yang aku tak faham??? Cuba kau story kat aku yang hensem nie…” Zakuan menyandarkan badannya di pintu kereta Vios milik Naim.
" Bukan kau ..." Naim mula bersuara namun sebuah deheman kecil dihadapannya membuatkan kata-kata Naim terbantut .
“ Sini ” Aneesa menarik tangan Naim yang sedang merenungnya.
“Kenapa??” Naim memandang wajah Aneesa yang berkerut…
“Saya nak keluar dengan Aina gan Irah..” Aneesa bersuara perlahan…
“ Keluar lah.. kenapa tak cakap depan Zack jer…” Naim bersuara perlahan, asap rokok dihembus perlahan-lahan..
“Aahh… yelah saya bahaskan diri saya "saya-awak"...kalau saya cakap depan Zack apa pula kawan awak fikir..” Aneesa menjawab sambil matanya terpaku pada lantai kaki lima.
“Huh.. Why don't you use Naim- Neesa..." Naim bertanya laju..
Aneesa hanya menundukkan kepalanya, tangannya diramas pada baju T yang tersarung pada badannya...
"Just forget it...Ignore what others perception…Just use what makes you comfortable..” Naim menjawab dengan satu keluhan kecil…. Aneesa hanya mendiamkan diri matanya menilik kaki lima....
“Eerrmm By the way Neesa suka tilik semua benda yang ada dibawa kaki Neesa ker daripada pandang muka Naim nie??” tiba-tiba Naim menyoal…
“Pe??” terus wajah Aneesa terangkat macam ada spring…
“Yelah dah dekat 4 minggu Neesa tinggal dengan Naim tapi asal bila cakap dengan Naim, Neesa tilik benda yang ada kat bawah kaki tapi dengan orang lain normal jer Naim tengok… Kenapa muka Naim nie ada rupa monster ker??” Naim menyoal dalam nada merajuk....
Aneesa tersenyum kecil mendengar kata-kata Naim… “Aduh merajuk pula… ala—ala… bucuk..bucuk...sini…sini Neesa cium..” Aneesa ketawa sendiri dialam hati . Tanpa Aneesa sedar sepasang mata milik Naim sedang memerhatikan senyuman manis yang terkuntum dibibir Aneesa..
Naim terkedu sebentar… “ Huh memang lawa… kalau macam nie aku tak tau apa yang akan terjadi..control Naim..” Naim mengurut dada…
“Kenapa ??” Aneesa menyoal bila melihat Naim mengurut dada…
“ Ta..tak a..a..ada apa..” Naim tergagap seketika...
Baru sahaja Naim melangkah beberapa tapak…
“ Naim jemput Neesa balik nanti boleh??” Aneesa bertanya perlahan..
“What??? Apa Neesa cakap???” Naim menyoal dengan riak wajah yang teruja..
“Neesa tanya Naim boleh jemput Neesa balik tak?? ..” Neesa bertanya sambil mengetap bibir…
Naim mengangguk kepala beberapa kali sebelum bersuara..“Naim jemput..Lepas habis hang out dengan Irah dan Aina… Neesa call Naim ok..” Naim menjawab dengan senyuman.. dalam hati tak yah kata puyalah seronok sampai Naim boleh dengar bunyi trumpet, gendang dan segala bunyi alat muzik sedang bermain..
Naim dan Aneesa melangkah ke arah Aina, Nadirah dan Zakuan yang sedang bersembang di hadapan Sherry Bridal House. Bibir Naim tersengih panjang manakala Aneesa control ayu.. Nadirah dan Aina memandang antara satu sama lain manakala Zakuan mengangkat kening tanda tanya…
+++++++++++++++++++++++++++
Di pejabat KZ’s pada waktu yang sama…..
“Betul Cik Areesa saya tak tahu ke mana En. Naim pergi “ Tasya bersuara sambil menahan geram..
“ Hey you nie setiausaha dia.. tak kan you tak tau mana Naim pergi..” Areesa mengherdik Tasya yang kelihatan kecil dimatanya..
“Betul bos tak bagi tahu saya Cik Areesa.. Please try to understand.. “ Tasya cuba berlembut dengan Areesa yang kelihatan macam singa tak cukup makan..
“ Ok.. kalau macam tue saya tunggu dia didalam. “ Areesa bersuara sambil melangkah kearah pejabat Naim..
“ Stop..stop.. Cik Areesa.. saya dah cakap bos is not in.. So kalau Cik Areesa nak menunggu just have a sit there “ Tasya bersuara sambil menunjuk ke arah sofa yang terletak di hadapan meja penyambut tetamu..
“ What there???” Areesa menjerit kecil..
Tasya hanya mengangguk sambil menghadiahkan sebuah senyuman sinis kepada Areesa..
“ How dare you…” Areesa menghentak kaki..
“ Sorry Cik Areesa.. Bos pesan jangan bagi sesiapa masuk ke pejabat dia atas sebab-sebab tertentu..” Tasya menjawab selamba ..
Areesa memandang wajah Tasya kemudian dia melangkah ke arah Tasya lalu dia berkata “ You… watch out.. “ kemudian melangkah menuju ke arah sofa dihadapan meja penyamput tetamu. Areesa bertekad hendak berjumpa dengan Naim yang sering mengelak daripada berjumpa dengannya …
“ Khairul Naim.. just wait.. I'll make you mine again..” Areesa berbisik perlahan sambil melabuhkan punggungnya diatas sofa.
Tasya menarik nafas dalam-dalam kemudian dia menghembus perlahan-lahan… “ Gedik nak mampus.. sedar sikit lah bos aku tue tak layan kau so tak yah nak terhegeh-hegeh datang sini buat menyemak…” Tasya mengomel geram…
Tangannya mencapai telefon yang terletak dihadapan lalu didail nombor telefon bimbit Naim…
“ Hello bos..” Tasya bersuara..
“Yes Tasya anything??” Naim menyoal
“Bos... Cik Areesa is in the office..” Tasya menjawab perlahan sambil ekor matanya memandang tubuh badan Areesa yang tak cukup kain..
“ So??” Naim bertanya malas..
“ Dia mengamuk bos.. dia nak masuk bilik bos tapi saya tak bagi…saya suruh dia tunggu di sofa..” Tasya menjawab dengan nada yang berlahan kerana takut..
“ She what??? Mengamuk??? “ Naim bertanya… Tasya hanya mengangguk..dalam hati..”macam lah bos nampak aku terangguk-angguk nie..”
“Yup bos dia mengamuk , terjerit-jerit “ Tasya bersuara besungguh-sungguh..
“So sempat tak dia masuk ke bilik saya Tasya..???” Naim bersuara keras…
“ Tak bos.. sebelum dia masuk saya dah warning dia.. sekarang saya dah lock pejabat bos..” Tasya bersuara sambil tersenyum.. “Warning konon…” dia tersenggih sendiri..
“Good job Tasya..nanti saya belanja awak makan..” Naim bersuara sambil ketawa kecil..
“By the way Tasya awak cakap jer kat dia saya tak masuk pejabat hari nie… Saya ada hal lah Tasya..” Naim bersuara selepas mendiamkan diri beberapa saat..
“ Haaa!! bos nak keluar date dengan Puan Aneesa yer..” Tasya mengusik Naim..
“Pandai lah awak Tasya macam P.Ramlee dalam cerita nujum pak belalang..” Naim ketawa kecil..
“ kalau Cik Areesa tanya apa saya nak jawab bos??” Tasya bersuara lagi..
“ Pandai-pandai awak cover line ok…” Naim berjawab malas…
“ Ha… Kalau dia mengamuk lagi awak suruh jer pak guard halau dia..” Naim menyambung kata-katanya..
“ Ok bos..” Tasya bersuara gembira…
Selepas talian diputuskan Tasya melangkah ke arah Areesa..
“ Cik Areesa.. Bos pesan dia tak akan balik pejabat.. so kalau Cik Areesa nak terus menunggu saya tak kisah..” Tasya melepas sebiji sambil menguntum sebuah senyuman sinis…
“WHAT???” Areesa menjerit kecil..
“ Bos cakap dia tak masuk pejabat… T.A.K masuk pejabat..” Tasya bersuara sambil mengeja perkataan TAK..
“ Kau tipukan..” Areesa memandang wajah Tasya..
“ Terpulang pada Cik Areesa.. “ Tasya menjawab sambil menjungkit bahu kemudian dia melangkah ke tempat duduknya..
“ Padan muka kau… seribu kali aku rasa Puan Aneesa lagi baik..lagi padan dengan bos....” Tasya berbisik didalam hati..
Areesa melangkah keluar dari pejapat KZ’s sambil mengerutkan wajahnya…
“Shit.. macam mana nie.. I have to do something… kenapa Naim don't want to answer any of my call and why in the hell he doesn't want to see me.. Dulu tak macam nie..Bila aku pujuk cair jer dia...Huh..Ini mesti ada kena mengena dengan the next door bitch..” Areesa menyumpah didalam hati..
+++++++++++++++++++++++++++
Naim memandu sambil bersiul-siul kecil.. Dia memberhentikan keretannya dihadapan Hong Kong Video. Naim melangkah masuk ke dalam kedai itu sambil matanya liar mencari sebuah dvd. Tiba-tiba matanya menangkap sebuah dvd yang bertajuk “ Vampire Knight “ di rak ketiga. Terus tangan Naim mengambil dvd tersebut dan dia melangkah ke kaunter pembayaran untuk membuat bayaran...
Selepas membuat bayaran Naim memboloskan badannya kedalam kereta. Beg plastik yang mengandungi dvd " Vampire Knight “ itu dihulurlakan kepada Zakuan yang duduk disebelahnya.
“ Yo.. bro sejak bila kau layan Anime Jepun nie??” Zakuan bersuara pelik..
“ Bukan untuk aku daa… untuk Neesa.. hari tue aku tengkok dia macam keen jer baca sipnosip pasal Anime nie kat internet.. tue yang aku beli..” Naim menjawab sambil memandu..
“ Mana kau tau dia suka tengok Anime??” Zakuan menyoal..
“ Siapa yang tengok Anime dalam bilik tidur aku?? Atirah?? No chance lah bro..mama dan papa aku.. tak yah cakap..mana dia orang layan benda nie.. Abang aku.. boleh tolak tepi.. Kak Ina memang tak masuk bilik aku so ko fikir ah sape lagi.. kalau bukan my wife Aneesa...” Naim menjawab panjang....
“Hmmm not bad..” Zakuan menggelengkan kepalanya..
“ Apa yang not bad..” Naim menyoal Zakuan..
‘Yelah at least kau perasaan apa yang dia buat..I mean what she watch and what she reads..Not bad..I’m proud of you my boy..” Zakuan berkata sambil menepuk bahu Naim..
“ Banyak lah ayat poyo kau Zack.. She is my wife..tiap-tiap malam aku balik bilik aku menhadap dia..So aku tau ah apa dia buat..bro..” Naim menjawab dalam ketawa..
“ Wife yang kau hadap tiap-tiap malam?? Yeker?? or wife yang kau takut sampai tiap-tiap malam kau tumpang rumah aku..” Zakuan menyindir..
“ Bukan takut bini daa.. takut nafsu aku tak terkawal lah..” Naim menjawab sambil senyum lesu..
“ She is your wife Naim.. Apa yang kau takut.. bukan orang lain..hak kau juga..I'm right??” Zakuan berkata sambil mencuri pandang ke arah Naim..
“ Memang lah hak aku… tapi… just lupakan jer lah Zack..” Naim bersuara perlahan..
“ Nak main golf petang nie??” Zakuan menukar topik..
“Tak boleh lah bro.. Neesa minta jemput dia balik.. Kita lepak kat rumah kau jer lah ok..” Naim menjawab sambil tersenyum..
“Date yerr..” Zakuan mengusik..kedua-dua mereka ketawa sambil kereta meluncur laju ke destinasinya.. Mana lagi kalau bukan rumah Zakuan….
Share this novel